Saturday, March 18, 2017

IMPORT BIJI KOPI - TIDAK PERLU PERMIT

MINUMAN KOPI (Coffea spp) merupakan antara jenis minuman yang sangat penting diseluruh dunia. Kopi telah diminum oleh berjuta manusia setiap hari dengan kandungan bahan caffiene yang menyegarkan. Jumlah keluasan tanaman kopi diseluruh dunia (Green coffee) mengikut data FAOSTAT pada tahun 2010 adalah sebanyak 10,139,797 hektar. Keluasan tanaman kopi di Brazil sahaja adalah seluas 2,155,570 hektar. Jadi memang sahlah penulis blof ini katakan yang pengeluar kopi terbesar didunia adalah Brazil dengan sebanyak 2.44 juta mt pada tahun 2010 diikuti pula dengan Vietnam (1.057 million mt), Colombia (887,661 mt), Indonesia (791,000 mt) dan yang ke lima adalah negara India (262,300 mt). Negara lain yang tersenarai berikutnya adalah seperti Ethiopia, Peru, Mexico, Guatamala dan ke 10 negara Honduras. Keluasan tanaman kopi di Malaysia pula adalah seluas 9,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 68.184 mt pada tahun 1996 telah menurun kepada hanya seluas 8,557 hektar pada tahun 2005 dan pada tahun 2010 hanya seluas 3,160 hektar sahaja. Anggaran pengeluaran kopi di Malaysia pada 2015 sebanyak 20,591 metrik tan yang mana ia bernilai RM 12,355,000 sahaja. Kajian penulis dapati kebanyakan kawasan tanaman kopi berada di Negeri Sabah (65%) dan Johor (20%) dan Sarawak (5%). Ada sedikit yang masih ditanam dinegeri lain seperti di Pahang, Selamgor dan Kedah. Kebanyakan tanaman kopi dibawah pokok kelapa dan buah-buahan sebagai tanaman selingan atau tanaman intergrasi. Jenis kopi yang di tanam diseluruh dunia ada 3 jenis iaitu Coffea arabica, Coffea liberica dan Coffea robusta. Jenis yang paling luas ditanam di Malaysia sekarang  adalah jenis Cofea liberica di Semenanjung dan di Sabah ada jenis ditanam dari Coffea liberica dan Cofea robusta. Malaysia adalah negara pengimport kopi dengan anggaran sebanyak 100 metrik tan setahun untuk kegunaan domestik dan kuga kebanyakannya adalah diproses untuk pasaran eksport. Pengimport kopi perlu mendapatkan Import Permit daripada MOA sebelum dibenarkan membawa masuk biji kopi mentah sebagai kawalan. Bagaimana pun pada bulan Januari 2016 kawalan ini telah dimansuhkan. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini saya menulis mengenai liberasasi kopi untuk dijadikan bahan rujukkan anda. 

Daripada laporan rasmi yang dirujuk penulis menunjukkan keperluan produk kopi di Malaysia menjelang tahun 2020 adalah sebanyak 27,250 tan metrik setahun. Dari laporan menunjukkan penggunaan kopi jenis Arabica merupakan sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan pasaran dunia diikuti dengan Kopi Jenis Robusta sekitar 28 peratus dan Kopi Jenis Liberica sebanyak dua peratus sahaja. Kopi Robusta antara biji kopi yang paling banyak diimport Malaysia kerana ia merupakan jenis kopi paling banyak ditanam didunia dan harga pasaran duna yang rendah berbanding dengan harga biji kopi arabica dan liberica. Kopi yang ditanam di Malaysia adalah daripada jenis Liberica (90 peratus) dan Robusta (10 peratus) manakala biji kopi mentah yang banyak diimport adalah daripada jenis Robusta dan Arabica. Mengikut data statistik Jabatan Pertanian, terdapat peningkatan pada bilangan pengimport biji kopi mentah daripada 95 syarikat pada 2014 kepada 99 syarikat (2015). Di samping itu penulis blog tahu dimana pengeluaran biji kopi tempatan didapati menurun daripada 16,332 tan metrik pada 2009 berbanding 14,739 tan metrik pada 2013. Bagi import biji kopi mentah pula terdapat peningkatan ketara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Jumlah import adalah sebanyak 51,579 tan metrik dengan nilai RM401.93 juta pada 2009 berbanding 106,555 tan metrik yang bernilai RM972.3 juta (2013). Penggunaan perkapita kopi di Malaysia adalah sebanyak 0.86 kilogram seorang berdasarkan kepada kajian yang dijalankan pada tahun 2015. Dianggarkan keperluan produk kopi di Malaysia menjelang tahun 2020 adalah sebanyak 27,250 tan metrik.


Bermula tari tahun1969 lagi didapati pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah diamanahkan untuk tujuan mengawal kebenaran mengimport biji kopi mentah sebelum diambil alih oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada 1987di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Namun begitu pada 11 -16 Disember 2014 berdfasarkan kepada satu Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport Keluaran Pertanian dimana telah memutuskan bahawa Jawatankuasa Teknikal dan Pentadbiran Kelulusan Mengimport Biji Kopi Mentah telah dipindahkan atau diambil alih oleh Jabatan Pertanian berkuat kuasa 1 Januari 2015. Ini bermakna syarikat yang ingin untuk mengimport biji kopi mentah perlu mendapatkan kebenaran daripada MOA. Pada 28 Januari 2016 pula Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 menyatakan dimana proses pengimportan biji kopi mentah telah diliberalisasikan berkuat kuasa serta merta mulai tarikh tersebut. Hal ini didakwa mampu berjaya memudahkan proses pengimportan biji kopi mentah. Syarikat tidak perlu mendapatkan kelulusan kuota import akan tetapi masih perlu memohon permit import (IP) daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia untuk Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri di Sabah dan Sarawak.


Permit import kopi adalah diperlukan kerana pengimportan bahan pertanian masih lagi tertakluk di bawah Akta dan peraturan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa (MAQIS) serta Peraturan-peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 (FAMA). Pengimportan biji kopi mentah dilihat tidak akan memberi kesan signifikan kepada pembangunan industri kopi di Malaysia khususnya di peringkat perladangan kerana kopi yang ditanam di Malaysia adalah jenis Liberica manakala yang diimport pula jenis Arabica dan Robusta. Menerusi liberalisasi kebenaran mengimport biji kopi mentah, industri kopi akan berkembang pesat dengan kemasukan bekalan biji kopi yang berkualiti tinggi dan konsisten pada harga berpatutan. Liberalisasi ini juga bersifat sementara. Ia dijangka mampu mengatasi isu lambakan biji kopi mentah di pasaran tempatan pada masa hadapan. Liberalisasi ini juga dijangka menyumbang kepada penglibatan lebih ramai usahawan industri kecil dan sederhana di samping meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar melalui aktiviti pengeksportan produk-produk berasaskan kopi. Selain itu ianya juga boleh menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan melalui aktiviti perkembangan industri hiliran kopi. Semuga anda mendapat info terbaik dari blog Anim Agro Technology setiap hari. Wasallam!...

IMPORT KOPI... DARI LUAR NEGARA...
PALING BANYAK..JENIS ROBUSTA...
ADA PERMIT... KINI TELAH TIADA...
MINUM KOPI... JENIS KOPI 3-RASA...

By,
Dato M Anem,
Senior Agronomist,
Kilang Kopi 434, Jalan Sulaiman,
Muar, Johor,
Malaysia.

(17 Ramadan 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.