Friday, February 17, 2017

KELULUT - SARANG KURANG RISIKO

 
MENTERNAK KELULUT (Trigona spp) merupakan satu jenis hobi yang boleh membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Kini telah ramai dikalangan masyarakat kita di Malaysia yang mula meminati menternak kelulut setelah mendengar bahawa kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee) dan akan menghasilkan jenis madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri kelokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil di Malaysia. Ada kursus yang percuma diadakan oleh Jabatan Pertanian dan ada kursus berbayar yang dianjurkan oleh swasta dan pakar kelulut yang lain. Bagaimana pun sebelum memulakan penternakan lebah kelulut penulis fikir adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Perkara ini difikir penting agar mengurangkan kadar risiko kegagalan penternak nanti terutama jika anda adalah dari kumpulan penternak amatur. Penulis ada mendengar bagaimana beberapa pengusaha gulong tikar mengalami kerugian akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah kos bagi membeli koloni kelulut yang mahal (RM400 - RM1,200 satu koloni kelulut siap dengan kotak super). Tetapi setelah ia diletakkan dikawasan ternakan, kelulut tersebut mati atau ada kes dicuri orang atau dirosakkan oleh haiwan. Kes kecurian kotak kelulut juga semakin menjadi serius dimana beberapa laporan polis dibuat oleh pengusaha. Menternak kelulut perlukan komitment tinggi dan minat mendalam dan jangan jadi ikut-ikutan kerana seronok melihat pengusaha lain yang telah berjaya. Maklumat awal mengenai potensi menternak kelulut untuk menjana pendapatan telah pun diwar-warkan oleh pihak media dan berjaya menimbulkan minat ramai bakal usahawan baru. Banyak cabaran dan ilmu yang perlu ditimba untuk mengetahui pengurusan ternakan kelulut daripada awal sehingga mampu menghasilkan produk madu yang berkualiti. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa yang perlu dilakukan oleh bakal usahawan menternak kelulut didalam memilih sarang kelulut yang baik dan mampu menghasilkan hasilan madu seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan.


Dalam akhbar tempatan di paparkan artikel bertajuk 'Cari sarang kelulut kurang risiko' ia telah mempaparkan bagaimana usahawan kelulut telah menyedari akan kepentingan menyediakan sarang kelulut yang baik. Ini kerana hanya daripada koloni kelulut yang baik akan menghasilkan madu kelulut yang berkualiti apabila siap diproses dimana ia mengandungi pelbagai khasiat. Kini sarang kelulut telah dipelbagaikan dengan pelbagai rekabentuk, saiz, bahan digunakan dan hiasan. Terdapat sarang kelulut yang dibuat dari daripada ketulan simen walau pun kebanyakan usahawan akan menggunakan sarang kelulut dari pokok kayu balak (Sila lihat foto disebelah). OMAR merupakan seorang usahawan kelulut yang sering mengambil madu kelulut daripada sarang kelulut apabila ianya telah matang. Omar telah mulakan usaha menternak kelulut setelah dia menerima latihan khusus dengan Jabatan Pertanian dimana ia amat berminat menternak kelulut semenjak 4 tahun lepas. Berdasarkan kepada minat adan percaya dengan khasiat madu beliau kini meningkatkan aktiviti kerana telah terbukti madu kelulut membantu merawat pelbagai jenis penyakit antara faktor yang mendorong individu ini menceburi dunia pencarian pelbagai madu lebah sejak usia 15 tahun. Kini Omar Sahari telah berumur 43 tahun yang juga pengusaha madu kelulut berkata pencarian sarang lebah kelulut lebih mudah berbanding sarang lebah lain. Ini kerana ia hanya memerlukan lubang kecil sama ada pada kayu, batu atau tunggul yang berada di sekelilingnya. Selain daripada lokasi sarangnya yang mudah didapati didakwa lebah kelulut tidak mempunyai sengat seperti lebah lain yang lebih berisiko. Bukan itu sahaja, madu lebah kelulut juga lebih banyak khasiatnya biarpun rasa madunya manis-manis masam.


Sebenarnya usahawan ini menyatakan dimana sebelum beralih kepada perusahan madu kelulut secara serius dahulu sebenarnya dia antara pencari madu tualang (Apis dorsata) dan pernah memanjat pokok setinggi 91.4 meter untuk mendapatkan madunya. Risikonya mencari lebah tualang sangat tinggi biarpun saya tidak pernah terjatuh yang kini telah menetap di Kampung Parit Sangit, Semerah, Batu Pahat, Johor. Menyentuh berkenaan pencarian sarang kelulut, Omar berkata, dia mendapatkan bekalan sarang itu daripada kenalan yang tinggal di kawasan kampung dan Orang Asli. Sarang Kelulut yang dibeli sekitar RM250 hingga RM500 bergantung kepada saiz tunggul. Selepas itu ia diperbaiki dan dibuat rumah kecil di atas sarang berkenaan untuk menempatkan madu yang dihasilkan lebah kelulut. Malah madu lebah boleh terhasil seawal dua hari dengan terbentuknya propolis. Beliau menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sarang kerana terdapat permintaan yang menggalakkan daripada peminat madu kelulut. Biasanya antara 80 hingga 100 sarang diperoleh dalam tempoh sebulan. Harga bagi sarang jenis Trigona itama bermula RM450 hingga RM600, sementara sarang jenis Trigona thoracica dijual pada RM900 hingga RM1,200 setiap satu bergantung kepada besar saiz sarang atau tunggul,” katanya. Omar berkata dimana bagi madu yang diproses pula dia menjual satu kilogram (kg) dengan RM400, sementara bagi botol bersaiz 150 milimeter dijual RM50 setiap satu. Permintaan madu kelulut semakin meningkat sepanjang tahun dengan promosi khasiat yang dipaparkan oleh media massa dan dari kepercayaan awam.


Daripada pemerhatian dilaporkan sarang madu kelulut yang paling besar penternak ini pernah ada adalah sarang di kayu balak. Beliau mendapatkannya selepas seorang kenalan dari FELDA Pasak, Kota Tinggi, Johor memberitahu ada sarang lebah kelulut di kayu balak yang ditebang bagi memberi laluan projek pembinaan empangan tiga tahun lalu dimana ianya adalah diantara koleksi peribadi paling disayanginya. Kini dia berdasarkan pemerhatian penjagaan sarang madu kelulut ini dikatakan berbeza daripada sarang madu lain kerana tidak boleh diletakkan di tempat yang panas. Jika diletakkan di tempat panas akibatnya bahan propolis mudah rosak dan cair hingga menjejaskan menghasilan madu kelulut. Mereka yang berminat dengan pemeliharaan lebah kelulut perlu menjaga sarangnya sebaik mungkin kerana perlu diletakkan ditempat redup dan berbumbung. Panduan ini penting kerana kebanyakan pembeli sarang bukan saja terdiri daripada pengusaha madu kelulut tetapi turut juga membabitkan peminatnya yang meletakkan sarang di kawasan rumah mereka. Jika dibandingkan madu kelulut dengan madu jenis lain lazimnya madu kelulut ini antara terbaik kerana mempunyai khasiat tersendiri. Madu kelulut mampu membantu mengatasi pelbagai penyakit antaranya asma, luka dalaman, darah tinggi, antibarah, mengawal paras gula dalam darah dan boleh mengatasi demam. Bagi mendapatkan kesan yang baik pengambilan madu kelulut perlu konsisten. Ia boleh diambil dengan mencampurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk dan diminum sebelah pagi sebelum sarapan. Ada yang tidak suka dimana mereka boleh minum terus satu sudu besar madu kelulut tanpa mencampurkan air ketika pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sarapan. Cara ini sesuai untuk membantu mencegah dan merawat batuk, selesema, sakit tekak dan masaalah resdung. Penternakan kelulut kini menjadi tumpuan ramai usahawan muda dimana pihak kerajaan dan swasta ada memberikan khidmat latihan teknikal serta bantuan tertentu didalam industri ini. Madu Kelulut menjadi popular`setelah promosi melalui DUTA KELULUT PAK SABRI ALI yang berjalan lebih dari 2,000 km diseluruh negara dalm masa 52 hari. Kini madu kelulut dijadikan 'Super Food Malaysia' kerana kehebatan khasiatnya. semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
MADU KELULUT... SUPERFOOD MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT... MUDAH TERNAKNYA...
BATANG KAYU ... RUMAH ASAL DUDUKNYA...
LAPORAN AKHBAR... TESTIMONI BUKTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Jerantit Hill Inn,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.