Friday, November 11, 2016

PAK SABRI - DUTA KELULUT MALAYSIA

Duta kelulut walk malaysia yang bernama Sabri Ali akan menyasarkan untuk menamatkan program berjalan kaki sejauh 2,000 kilometer di seluruh Malaysia. Program kelulut walk yang memulakan misi berjalan kaki secara solo sejak 31 hari lalu berjaya merentasi sembilan negeri sejauh 1,052 kilometer apabila sampai di Masjid Kampong Balok, Kuantan, Pahang pada 6 November 2016 dimana dia disambut oleh pasukan Pahang di ketuai oleh penulis sendiri (Sila lihat foto diatas). Negeri yang telah dilalui oleh Sabri ialah Selangor, Sarawak, Sabah, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis Kelantan, Terengganu dan semasa artikel ditulis memasuki Negeri Pahang. Beliau yang memulakan misi pada 8 Oktober di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor selamat tiba di Kg Chendor sempadan Terengganu-Pahang pada jam 9.15 pagi dimana akan meneruskan perjalanannya untuk 8 hari lagi melibatkan 9 daerah di Pahang kecuali daerah Cameroon Highland dan Bentong beliau sebelum tiba di Endau Johor. Ketibaan Pak Sabri yang berumur 54 tahun di Pahang disambut meriah oleh lebih 50 orang ramai dan pihak urusetia dan meneruskan perjalanan dimana ia mendapat sambutan penduduk setempat. Pak Sabri yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta akan meneruskan perjalanan sehingga tiba di MAEPS Serdang pada hujung November sebagai satu promosi untuk madu kelulut sebagai Superfood Malaysia dan Pameran MAHA 3016. Antara laluan Pak Sabri di negeri Pahang adalah di daerah Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis, Raub, Temerloh, Pekan dan Rompin. Negeri Pahang dengan 8 laluan kini merupakan kedua terbanyak laluan selepas Johor dengan 10 laluan. Sepanjang aktiviti ini dijalankan diharapkan misi Kelulut Walk ini akan berjaya dan mencapai matlamatnya. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laluan Pak Sabri di Pahang sebagai satu testimoni untuk dijadikan satu rekod kejayaan Malaysia.


Kelulut Walk 2016 dianjurkan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro- pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 yang akan berlangsung dari 1 hingga 11 Disember di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS). Misi berjalan kaki secara solo itu diadakan sebagai testimoni kepada khasiat madu kelulut untuk kesihatan dan kecergasan. Sabri yang merupakan datuk kepada 12 orang cucu itu dijadual merentasi 14 negeri sejauh 2,000 kilometer selama 54 hari dengan hanya berjalan kaki. Beliau dijadual menamatkan misi pada 4 Disember ini di MAEPS dan sekiranya berjaya Sabri akan mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book Of Record sebagai pejalan kaki solo paling jauh di negara ini. Pak Sabri dijadual akan menerusi misi ke Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebelum tiba di MAEPS, Serdang. Pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah MOA diketuai oleh Jabatan Pertanian menyelaraskan perjalanan kelulut walk ini dibantu oleh Pasukan Polis, Kesihatan, Pejabat Daerah dan semua pemimpin-pemimpin tempatan. Banyak aktiviti dilakukan disepanjang perjalanan seperti singgah di projek ternakan kelulut, rumah kebajikan masyarakat, sekolah-sekolah, melepaskan anak ikan air tawar, promosi jualan produk IAT dan promosi produk ternakan, ternak air dan sebagainya. Antara yang diedarkan oleh Pak Sabri adalah 'Kelulut Stick' madu kelulut sebanyak lebih dari 8,000 unit diseluruh Negeri Pahang. Kelulut stick ini telah disediakan oleh pengusaha-pengusaha ternakan kelulut dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan agensi lain.


Dalam temubual penulis dengan Pak Sabri ketika makan malam di Maran Hill Golf Resort (MHGR) pada malam pertama ketibaan Pak Sabri di Pahang, banyak kisah menarik mengenai Pak Sabri. Beliau yang sebenarnya Pengerusi JKKK 'suka berjalan' untuk menghilangkan stress atau tekanan. Ini kerana katanya sebagai pengerusi JKKK selalu akan menjalankan tugas tanpa waktu dan ada permintaan masyarakat yang berjaya manakala ada juga yang tidak berjaya disebabkan kekangan bajet dan sebagainya. Oleh itu bagi mengelakkan tekanan ini beliau akan bersukan. Mula-mula beliau berjogging dimana selepas jogging (percuma katanya) dia akan keletihan, makan sedap dan akan tidur lena. Cara ini akan mengurangkan masaalah dan meningkatkan tahap kesihatan. Kemudian beliau tukar daripada aktiviti jogging dengan berjalan yang perlukan teknik berjalan dengan betul. Penulis kagum melihat bagaimana Pak Sabri menunjukkan teknik berjalan yang betul. Ini kerana jika teknik berjalan tidak betul akan meletihkan, kasut rosak malahan boleh mencederakan. Teknik berjalan betul dimana tapak kaki digunakan sebagai landing point dan tangan kanan dan kiri digayakan mengikut langkah kaki. Jika punggung atau pinggul dapat bergerak sama maka akan lebih laju langkah perjalanan. Latihan yang konsistent perlu dilakukan mengikut teknik senaman yang betul dimana ada 'warming up' dan 'cooling down'. 


Mengenai kasut, beliau hanya gunakan kasut sukan jenama Assic dengan ada lapisan gel dibahagian tapak. Kasut memainkan peranan penting untuk berjalan dengan baik dan tidak menyakitkan atau mencederakan kaki. Kasut berharga RM600 ini amat sesuai dengan cara berjalan Pak Sabri dimana beliau mempunyai 3 pasang kasut jenama ini. Bagaimana pun untuk laluan Pahang kali ini beliau memakai kasut Assic berharga RM300 yang longgar sedikit dan selesa dipakai. Kasut ini telah dipakai selama lebih dari 21 hari dan tapaknya masih elok. Ini kerana tapak kasut tidak diseret atau digesel sehingga tapaknya menjadi nipis jika tidak digayakan dengan betul. Menurut cerita Pak Sabri, beliau memulakan aktiviti jalankaki ini semenjak 2014 dengan jarak 1,800 km tanpa bantuan banyak pihak. Beliau masa itu tiduk di masjid-masjid, premis sesuai dan makan digerai makan disepanjang perjalanan. Ada kariah-kariah masjid yang memberi Pak Sabri penginapan dan makan. Bagaimana pun semua perjalanan tersebut tidak divideokan atau maklumat tersebut didokumenkan sebagai bukti beliau berjaya berjalan sejauh itu. Kemudian pada tahun 2015 beliau berjalan lagi sejauh 1,600 km diseluruh semenanjung dan divideokan sebagai bukti. Ini membolehkankan beliau memberikan bukti bahawa aktiviti berjalan kaki secara berpasukan dan solo ini sebanarnya memang dilakukannya. Banyak kos yang perlu ditanggung oleh Pak Sabri untuk dua kali perjalanan ini dengan sumbangan daripada beberapa pihak. Bagi kes perjalanan pertama pada 2014 beliau perlukan RM27,000 untuk keseluruhan tetapi sumbangan hanya tidak sampai separuh diterima. 


Perjalanan Kelulut Walk 2016 ini dirancang dengan kerjasama Menteri Pertanian dan industri Asas Tani Malaysia dan Kerajaan Malaysia. Ini berkait bagaimanaada satu pengusaha kelulut dari Kedah yang memberikan madu kelulut kepada Pak Sabri untuk dimakan dan dipromosikan. Setelah mengambil madu kelulut, Pak Sabri merasakan madu ini memberikan banyak kesan positif terhadap kesihatan beliau dan aktiviti program berjalan kaki. Madu Kelulut katanya memang mampu menghilangkan batuk dan masaalah lain. Madu Kelulut Asli (tulin) jika disapu pada muka akan menyebabkan seseorang itu awet muda katanya. Kawasan kaki melecet juga jika disapu dengan madu kelulut akan cepat sembuh. Madu Kelulut yang dihasilkan oleh Serangga Kelulut (Stingless Bee) didapati mempunyai potensi yang amat besar untuk diketengahkan kepasaran global dengan ada jaminan kualiti. Antara beberapa spesis kelulut yang popular diternak adalah seperti Trigona itama dan Trigona thoracica. Di Negeri Pahang sahaja terdapat sebanyak 99 usahawan kelulut dengan 5,356 koloni dengan penuaian hasil sebanyak 7,730 kilogram bernilai RM 1.08 juta dari Januari - Oktober 2016 (Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Pahang). Program Kelulut Walk ini menjadikan ia acara yang melibatkan banyak pihak daripada atasan sehingga penduduk kampong dan masyarakat tempatan. Semuga tulisan rendana dalam Anim Agro Technology ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
KELULUT WALK... PROGRAM SEMUA...
PAK SABRI ... DIA SEORANG IKON DUTA...
MADU KELULUT... MULAKAN HIDUP ANDA...
SELAMA 50 HARI... 2,000 KM JARAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sempadan Terengganu-Pahang,
Kg Chendor, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
7 Safar 1438H)
Ketua Penyelaras Solo Kelulut Walk Pahang 2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.