Thursday, October 27, 2016

LANDAK - BOLEH DIKOMERSILKAN?

LANDAK merupakan sejenis haiwan mamalia dari order Rodentia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti 'babi berduri'. Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae. Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang amat berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Seekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras dan mencacak. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya akan mencucuk kepada pemangsa tersebut. Landak Raya mampu mencacakan durinya beberapa meter kepada pemangsa. Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti spesis Trichys lipura di Borneo. Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul dan Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Jenis Landak Raya), Trichys fasciculata (Jenis Landak Padi) dan juga Atherurus macrourus (Jenis Landak Nibung). Haiwan ini merupakan jenis yang lazimnya makan serangga kecil seperti semut, buah2an dan tumbuh-tumbuhan dalam keadaan liar semulajadi. Kaedah menangkap landak liar ini ada banyak cara daripada memasang perangkap landa sehingga aktiviti menembaknya. Artikel subuh Rabu ini dalam "Anim Agro Technology" penulis dapat kongsi info mengenai haiwan landak yang ditulis semula daripada artikel asal dirujuk kepada laporan akhbar Kosmo sebagai bahan rujukan semua.

Dalam akhbar tersbut artikel bertajuk 'Harga landak cecah RM120 sekilogram' dengan gambar hiasan diatas menarik perhatian penulis. Ia dimulakan dengan ayat iaitu APABILA beberapa rakan mempelawanya menikmati hidangan daging landak raya semasa kunjungan mereka ke Restoran Selera Rimba, Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor itu minggu lalu dilaporkan lelaki itu masih lagi teragak-agak. Penulis blog sendiri sebenarnya lebih dari 5 kali berkunjung ke Restoren tersebut untuk menikmati berbagai masakan yang eksotik. Mungkin penulis blog tidak terkejut apabila kali pertama mendengar restoren ini ada menghidangkan daging landak. Bagaimana pun mungkin ada pelbagai persoalan bermain di fikiran orang yang tidak biasa lebih-lebih lagi mengenangkan rupa bentuk mamalia berbulu keras dan tajam itu yang membuatkan tekaknya sedikit kembang tekak. Bagaimanapun disebabkan rombongan mereka telah melalui perjalanan hampir dua jam dari Kuala Lumpur ke restoran itu yang terkenal dengan hidangan eksotik semakin ramai yang datang untuk makan tengahari. Wartawan yang menulis ada menyatakan rakannya hanya cubit sedikit sahaja dagingnya sekadar untuk rasa dan ternyata ia tidaklah pelik seperti yang dibayangkan. Daging landak pada penulis blog pun ada yang mempunyai rasa daging yang manis dan lembut dan rasanya seperti daging ayam, cuma isinya sedikit pejal. Seterusnya akhbar tersebut menyatakan kini dia dan rakan-rakannya dari Kelab Bikers Chow Kit menjadikan restoran itu sebagai lokasi untuk menikmati pelbagai hidangan eksotik seperti landak raya dan rusa. Lazimnya mereka akan berkonvoi ke lokasi dengan kekerapan dua atau tiga bulan sekali dan kini menjadikan menus masakan daging landak raya sebagai satu menu wajib yang akan dipesan.

Dilaporkan b
iarpun harganya mahal iaitu sekitar RM120 sekilogram namun ia berbaloi kerana keenakannya lagi pun tidak banyak restoran yang menghidangkan hidangan sedemikian unik dan eksotik di negara ini. Dalam pada itu maklumat mengenai haiwan ini menyatakan terdapat terdapat tiga spesies landak yang biasa ditemui di negara ini iaitu Landak raya (Hystrix brachyura),  Landak nibong atau Landak Batu (Atherurus macrourus) dan Landak Padi (Trichys fasciculate). Hanya jenis landak raya dan landak nibong sahaja yang dibenarkan diburu dan diternak oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai satu kaedah mnghalang dari kepupusan haiwan ini dinegara kita. Landak lazimnya ditemui dan aktif dikawasan kebun, kawasan ladang, dusun buah-buahan dan hutan. Dalam keadaan liar haiwan ini akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Landak juga lebih aktif pada waktu malam untuk cari makanan dan balik ke sarang pada waktu subuh. Pada penulis yang makan masakan landak direstoren ini memang enak apabila ia dihodangkan dengan nasi panas, ulam-ulaman dan lauk landak (Sila lihat foto disebelah). Memang kalau seseorang itu kurang biasa dengan haiwan ini agak kembang tekak untuk makan daging landak. Penulis semasa zaman remaja dulu (45 tahun dulu) sudah biasa makan daging landak yang dibawa pulang oleh arwah ayah dengan memburu dikawasan kampong di Muar, Johor. Memang enak makan daging landak dimasa ungkep atau masak kari atau rendang.

Dalam kes lain, akhbar juga melaporkan nilai komersial landak raya mendorong ada pengusaha seperti En Mohamad untuk memulakan aktiviti penternakan landak raya secara komersial mulai tahun 2013. M
inat mendalam terhadap bidang penternakan mendorong Datuk Mohamad berumur 72 menjadi penternak landak raya sejak tiga tahun lalu. Selain landak beliau juga turut menternak lembu dan kambing bagi memanfaatkan ruang kebun kelapa seluas 33 hektar miliknya yang terletak di Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penglibatan dalam penternakan landak raya juga mendapat galakan daripada Perhilitan kerana ia mempunyai nilai komersial dan permintaan tinggi di pasaran. Disebabkan itu pengusaha dibantu isteri Datin Rohani tidak teragak-agak menyertainya dengan modal sekitar RM35,000. Modal besar tersebut di gunakan untuk membina sangkar besi di samping membeli 15 pasang baka induk landak raya daripada pihak Jabatan Perhilitan untuk tujuan pembiakan. Kini biarpun haiwan itu bersifat tahan lasak, mudah dijaga dan jarang diserang penyakit namun ia juga agak sensitif berhubung soal pemakanan dan pembiakan. Haiwan ini makan apa sahaja yang diberi namun jika tidak sesuai akan menyebabkan ia sakit dan mati sekali gus merugikan penternak. Halangan paling besar ialah aspek pembiakan kerana haiwan ini tidak akan mengawan sebarangan dan memilih pasangan yang serasi. Sebab itu jika ia tidak bunting mengikut tempoh ditetapkan pengusaha perlu menukar pasangannya.

Menyentuh mengenai g
enerasi kedua landak seperti peraturan dibawah akta perlindungan haiwan landak, peraturan sedia ada hanya membenarkan generasi kedua landak raya yang lahir dibenar untuk dijual. Baka induk memang tidak boleh disembelih atau dijual bagi tujuan pembiakbakaan kecuali ia tidak lagi produktif. Selain itu cara pembinaan sangkar juga perlu sesuai selain penyediaan makanan dan vitamin dan ubat-ubatan untuk yang sesuai bagi memastikan ia sihat. Pengusaha yang merupakan bekas ADUN Juasseh kini menternak 60 ekor landak raya yang terdiri daripada generasi pertama dan kedua. Setakat ini beliau belum lagi menjualnya untuk tujuan komersial kecuali baka induk landak kepada sesiapa yang berminat menceburi penternakan ini. Beliau juga berkata landak ternakannya diberi makan sayur-sayuran, keledek, nangka, pisang dan betik yang diperoleh di kebunnya atau penduduk kampung berhampiran. Seekor landak raya mempunyai jangka hayat antara lima hingga tujuh tahun (5-7 tahun)Lazimnya seekor landak raya betina beranak lima kali dalam tempoh dua tahun dengan jumlah antara seekor atau dua ekor sekali beranak dan boleh disembelih ketika usianya mencecah lapan bulan. Ketika ini seekor landak raya hidup boleh dibeli dengan harga sekitar RM1,000 seekor manakala harga sepasang landak raya adalah RM3,500 bergantung pada saiz dan umur. 

Dalam pada itu kes lain dilaporkan Pengurus Restoran Selera Rimba iaitu En Hamka yang mempunyai restoran makanan eksotik yang diusahakan sejak 2007 itu menjual pelbagai makanan eksotik kepada pelanggan seperti landak raya, pelanduk, ayam hutan, rusa dan burung wak-wak. Ini merupakan satu restoren yng semakin ramai pelanggannya.
Gambar sebelah pula menunjukkan En Hamka (berdiri) melayan para pelanggan yang menikmati pelbagai hidangan eksotik yang ditawarkan di Restoran Selera Rimba, Sungai Besar, Selangor. Kini semua bekalan tersebut diperoleh daripada pemburu berlesen di sekitar negeri Selangor untuk dimasak direstoren yang semakin ramai datang untuk makanan eksootik. Dahulu beliau hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan, namun selepas mendapat lesen daripada Perhilitan barulah dia beralih kepada makanan eksotik.  Setakat ini sambutan yang diterima dari pelanggan amat mengalakkan dan pelanggan saya datang dari seluruh negara seperti Pulau Pinang, Johor, Melaka termasuk Singapura kerana mahu menikmati keunikan makanan yang ditawarkan. Beliau yang mengusahakan restoran itu bersama isterinya dan anak sulungnya memberitahu diantara menu istimewa di restoran itu ialah rendang landak raya yang menggabungkan resipi tradisional masyarakat Banjar dan Melayu. Ia merupakan hidangan wajib pelanggan di sini selain daging rusa dan juga ikan baung liar kerana ia sukar diperoleh di restoran-restoran lain di negara ini. Ramai pelanggan menggemarinya kerana ia dikatakan mempunyai protein tinggi, tidak mengandungi lemak, kurang serat serta selain mengandungi asid amino yang tinggi yang dikatakan mujarab untuk menyembuh luka. Biarpun daging landak raya mendapat permintaan tinggi namun bekalannya sukar diperoleh kerana aktiviti pemburuannya hanya dibenarkan daripada bulan Mei hingga Ogos. Sebelum ini katanya harga landak hanya sekitar RM30 sekilogram tetapi disebebkan kesukaran mendapatkan bekalan di pasaran menyebabkan harganya kini meningkat sehingga RM120 sekilogram dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi memastikan ia mencukupi untuk semua pelanggan, beliau juga terpaksa menyimpan stok dan adakalanya terpaksa mengehadkan jumlah tempahan yang diterima. Ditanya dia lazimnya akan memperuntukkan seekor landak raya sebulan bagi tujuan itu. Kini dia berharap akan ada usaha yang dilakukan Perhilitan untuk mengkormersialkan ternakan landak raya akan membuahkan hasil kerana kini dagingnya mempunyai tahap permintaan tinggi di pasaran.  Kita boleh ambil contoh rusa, dimana dahulu ia agak sukar diperoleh sebab hidup liar di dalam hutan namun selepas dilaksanakan secara komersial dagingnya mudah didapati di mana-mana sahaja. Selain dijadikan hidangan, tanduk, kulit dan organnya juga boleh dijadikan sebagai produk hiliran seperti kraf tangan dan ubat-ubatan. Menu Daging Landak adalah memang enak dimakan jika tahu memasaknya dan dimakan semasa perut lapar. Wasallam.
HAIWAN LANDAK... APAKAH DIA...
 BADAN BERDURI...JADI BURUAN...
BOLEH DITERNAK..ADA KEBANARAN...
RENDANG ENAK... LANDAK RAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoran Selera Rimba, 
Sungai Besar, Selangor,
Malaysia.
(28 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.