Saturday, April 23, 2016

LAMPAM SUNGAI - TEKNIK MEMANCING

MEMANCING IKAN seperti jenis Ikan Lampam Sungai ATAU di tasek merupakan satu aktiviti yang menyeronokan bagi kaki pancing. Ini kerana ikan lampam dan tilapia merupakan dua spesis ikan air tawar yang paling mudah dijumpai didalam sungai, tasik atau lubuk ikan. Selalunya ikan ini telah menarik perhatian ramai pemancing dengan menggunakan pelbagai teknik dan umpan termasuklah sekeping roti dan pisang yang disorok banyak mata kail di dalamnya. Dalam pada itu sememangnya kita tidak mengiktiraf kaedah ini sebagai sukan memancing yang sihat kerana cangkukkan yang tidak tepat pada ikan yang terlepas boleh juga akan menyebabkannya ikan akan dijangkiti penyakit. Biarpun begitu ramai pemancing lebih gemar menggunakan dodol sebagai umpan. Walau pun perkara ini agak jarang didengar dan macam pelik bunyinya tetapi teknik ini berkesan. Kini walau apa jenis umpan dan teknik memancing yang akan digunakan untuk memancing ikan lampan apa yang penting adalah faktur keindahan kawasan lubuk ikan selalunya pasti menggamit ramai pemancing. Pemancing selalu tahu waktu terbaik untuk memancing ikan. Terdapat banyak sungai, anak sungai, tasek dan lubuk ikan lampam yang dikunjungi oleh kaki pancing. Ikan lampam selain daripada ujud semulajadi juga ada Jabatan Perikanan melepaskan anak-anak ikan air tawar di lokasi tertentu untuk tujuan pembiakan dan juga menambah populasi ikan air tawar. Ikan-ikan tersebut yang membesar dikatakan menjadi agak jinak dan ini merupakan peluang baik kepada para pemancing yang masih baru dan ingin mencuba kemahiran dilokasi tertentu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sedikit info mengenai aktiviti memancing ikan lampam sungai yang sering dilakukan oleh kaki pancing. Penulis dahulu memang kaki pancing juga tetapi sudah bersara.


Ramai dikalangan kaki pancing memilih Tasik Kenyir di Terengganu sebagai salah satu dari lokasi melepaskan gian memancing. Tasik ini dikatakan merupakan salah satu kawasan habitat lampam sungai yang sangat baik dan jarang kaki pancing kecewa apabila mereka berkunjung kesana. Ramai dikalangan kaki pancing akan bercerita pengalaman meraka memancing ikan lampam ditasik ini dimana mereka bercerita betapa banyaknya ikan lampam sungai yang terdapat di tasik tersebut (Sila lihat foto disebelah). Dalam mengenali ikan lampam sebenarnya secara semulajadi ikan lampam sungai adalah omnivor dan umpan yang digunakan oleh pemancing adalah bermacam-macam. Antara jenis umpan ialah cacing, cengkerik, belalang, udang, dedak, hirisan pisang, buah kelapa sawit, perut ayam dan lundi. Ada juga kaki pancing yang menggunakan umpan tiruan (casting) dimana ikan lampam sungai sememangnya tidak begitu memilih akan makanan. Mengikut pengalaman pemancing biasanya apabila air agak berlumpur dan keruh disyorkan agar menggunakan jenis umpan yang berbau seperti cacing dan udang tetapi bukan perut ayam kerana ia terlalu busuk dan menjijikkan. Memancinf dalam air yang jernih sebaiknya menggunakan jenis umpan seperti roti atau pisang emas. Selalunya umpan pisang emas yang tidak berapa masak sesuai kerana ia tahan lebih lama pada mata kail. Pisang ini perlu dihiris dengan ketebalan lebih kurang 0.5cm dan dipotong tiga. Kemudian umpan pisang ini perlu dicangkuk kepada mata kail seperti mencucuk sate. Ikan lampam adalah jenis ikan omnivor dimana makanan asli semasa hidupnya hanya terhad kepada pelbagai jenis serangga.


Peralatan memancing ikan lampan adalah jenis ringan dan menengah bergantung kepada modal, lokasi memancing dan kemahiran pemancing. Pemilihan alatan memancing adalah peralatan yang sesuai untuk lampam sungai bergantung kepada keadaan air dan persekitaran. Joran aksi parabolik (Joran yang hujungnya boleh melentur sehingga menyentuh kekili) dan menengah sepanjang 7 hingga 9 kaki dengan tali tangsi berkuasa 6 hingga 9 paun adalah pilihan terbaik. Peralatan yang selalu digunakan ialah joran aksi parabolik sepanjang 12 kaki dengan tali tangsi berketahanan 3 - 6 paun. Joran sebegini memberi sepenuh kepuasan dan keseronokan apabila bertarung dengan ikan bersaiz sederhana kecil ini. Walau bagaimanapun terdapat jenis joran seperti ini tidak terdapat di negara kita namun joran lembut sepanjang 9 kaki sudah cukup memberi kepuasan lebih-lebih lagi dengan kekili yang mempunyai sistem tegangan yang lembut. Ikan Lampam sungai mendiami bahagian pertengahan dan dasar sungai. Oleh itu disyorkan agar teknik pancing dasar adalah teknik yang popular digunakan. Perambut sepanjang 6 - 12 inci yang berketahanan 6 paun sudah mencukupi. Mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4 - 6 atau mata kail udang bersaiz 9 - 11 boleh digunakan. Batu ladung hidup adalah amat sesuai. Bagi sungai yang terdapat rumpai atau ada sampah sebaiknya jenis batu ladung perlu berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan.


Dalam memancing ikan lampam sungai cara menggunakan pelampung juga merupakan teknik yang popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya. Panjang perambut daripada pelarnpung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air. Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki. Lampam sungai meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun, kita perlu menyentap supaya sangkutan lebih teguh. Oleh kerana saiznya yang kecil, tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik. Dari segi sejarah, ikan ini telah dibawa masuk ke negara kita daripada Indonesia sebagai ikan makanan sama seperti ikan yang diimport dari China iaitu kap rumput, kap perak dan sebagainya. Lampam jawa biasanya ditemui di dalam kolam ternakan dan perairan yang pernah terdapat aktiviti akuakultur. Sesetengah ikan mungkin terlepas ke dalam sungai semasa banjir ataupun sengaja dilepaskan. Lampam jawa amat mudah dipancing dan boleh membesar sehingga 2.5 kg. Ototnya yang kuat serta siripnya yang besar mampu memberi tentangan yang agak hebat.


Lampam jawa yang tinggal di dalam kolarn atau lombong dapat memberi kepuasan kepada kaki pancing jika sekiranya mereka menggunakan peralatan pancing yang ringan. Teknik yang sama untuk memancing lampam sungai turut boleh digunakan tetapi gunakan joran aksi lembut. Bibir lampam jawa agak lembut dan rembatan yang kuat daripada joran yang keras boleh menyebabkan mata kail tercabut daripada mulutnya. Sebenarnya ikan lampam jawa adalah spesis herbivor dimana bahan dedak dan roti adalah umpan terbaik. Walau bagaimanapun ada dikalangan kaki pancing yang pernah mendapat ikan lampam ini menggunakan gewang layang menyerupai serangga dan anak ikan. Mungkin akibat makanan yang terhad menyebabkan ia memburu makanan hidup pula. Ikan lampam jawa yang besar mengejar anak-anak ikan lain sebagai makanannya. Semua ikan lampam yang di tangkap adalah melalui cara pancing dasar. Selalunya memancing dikolam dan lombong mereka akan menggunakan batu ladung kecil supaya umpan tenggelam dengan perlahan ke dasar. Mata kail udang no. 8 digunakan dengan perambut sepanjang 7 inci. Jika terdapat ikan yang besar selalunya digunakan mata kail yang mepunyai ukur lilit yang tebal. Dengan menggunakan tali halus cara di atas menjadi sempurna iaitu memberi tentangan yang cukup baik bagi lampam yang besar. Bagaimana pun ada kemungkinan keadaan menjadi lebih serius sekiranya anda memancing lampam sungai. Tali 10 - 2 paun perlu digunakan dengan batu ladung yang lebih besar untuk menetapkan umpan di dasar. Saiz batu ladung juga perlulah sesuai dengan tahap kelajuan arus sungai. Sebaiknya diggunakan batu ladung yang betul-betul mencukupi untuk mengatasi arus. Dengan cara ini biasanya ragutan yang kecil akan memberi kesan ke atas pergerakan hujung joran atau penunjuk ragutan yang digunakan. Lampam jawa yang hidup di sungai kurang menggemari makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding lampam jawa yang hidup di kawasan air tenang. Selain umpan biasa seperti dedak dan roti, anda boleh mencuba hirisan buah kelapa sawit, cacing dan juga perut ayam. Semuga tulisan ,emhenai memancing ikan lampam ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
IKAN LAMPAM...MUDAH JUMPA..
DALAM TASEK..SUNGAI ADA...
MUDAH DIPANCING...ADA CARA...
BACA ARTIKEL... HATI GEMBIRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hulu Sungai Tembeling,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(3 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.