Sunday, February 7, 2016

AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS

AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS adalah satu peribahasa lama yang selalu diajar disekolah dan ada digunakan sesekali dalam masyarakat kita. Peribahasa unik ini menggunakan 'air' sebagai objek cecair yang mana jika ia dicincang secara saintifiknya ia tidak akan putus. Peribahasa ini memberi maksud sebagai "Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula". Semasa sekolah dulu diminta oleh guru untuk membuat ayat berasakan kepada peribahasa ini. Walau pun masa itu agak sukar hendak buat ayat tetapi akhirnya dicipta juga ayat berbunyi "Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicincang tidak akan putus". Bukan main lega ketika cikgu sekolah kata ayat tersebut boleh diterima. Kerja mencincang air merupakan kerja yang tidak perlu dilakukan oleh orang sihat otaknya (tidak gila) tetapi ada kemungkinan ia akan dilakukan orang kurang siuman. Ini mengukuhkan idea pemikir bahasa melayu yang mencipta peribahasa ini adalah tepat dan betul. Cecair adalah terdiri daripada molikul halus yang bercantum dan selalunya mudah bercantum balik kalau dipisah atau pun di cincang dengan parang. Begitu juga air dalam bentuk gas memang tidak boleh dicincang kerana ianya tidak akan putus atas sifat gas yang ringan dan terapung. Apa pun air batu yang berbentuk bongkah mungkin boleh dicincang atau dipotong dua dengan parang atau gergaji. Air batu bongkah juga boleh di potong dua kalau mahu kerana ia berbentuk pepejal yang boleh dipisahkan. Perbuatan berkaitan aktiviti mencincang air ini mungkin dibezakan dengan beberapa pesawah yang bekerja membersihkan rumpai pada parit atau taliair sawah yang memotong rumpai dalam parit hingga terputus. Sekali pandang macam mereka atau pesawah memotong air tetapi sebenarnya tidak. Peribahasa yang merupa sindiran ini amat sesuai digunakan untuk memberikan bayangan agar kes-kes perselisihan dikalangan adik beradik ada sia-sia sahaja kerana jika ada majlis kekeluargaan seperti kenduri kendarat majlis perkahwinan maka kehadiran adik beradik tidak boleh dipisahkan dalam aktiviti 'rewang' atau sokongan kewangan serta lain-lain bantuan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa lama iaitu air dicincang tidak akan putus yang dikupas secara teknikal mengenai aapakah itu air dan kepentingannya dari segi saintifik. 


Air (Water) dengan formula H2O merupakan salah satu unsur penting dibumi dalam bentuk cecair selain daripada Pepejal (Solid) dan Udara (Air). Air adalah unsur yang penting bagi semua bentuk kehidupan yang diketahui dibumi dan dilaporkan ia tiada atau sedikit terdapat di planet lain. Air menutupi hampir 71% permukaan bumi dalam bentuk laut dan lautan berwarna biru jika dilihat dari atas langit. Dilaporkan pada masa ini terdapat 1.4 trilion kilometer kubik (330 juta liter³) air yang tersedia di bumi. Air sebenarnya menjadi laut dengan menjadi air masin dan juga sebagai lapisan-lapisan air batu (ais) yang berada di kutub urata dan selatan serta berada dipuncak-puncak gunung. Penulis dapati air juga ujud dalam bentuk wap dan awan yang kemudian turun menjadi hujan yang membasahi bumi. Malaysia adalah negara yang selalu menerima hujan banyak dimana air mengalir dalam sungai, tasik, kolam, tali air, empangan, lopak, paya dan sebagainya. Air ada dikenali sebagai air tawar, air payau dan air masin. Apa yang pelik adalah air dalam bentuk keras iaitu air batu (iceberg) dan boleh dijumpai dalam peti sejuk atau dikutub utara atau kutub selatan. Kitaran air sangat unik dalam ekosistem daripada proses pengwapan, berkumpul menjadi awan, hujan dan larian air dipermukaan tanah sebelum dialirkan kesungai yang menuju kelaut dan pusingan tersebut akan berulang semula. Apa juga pun keperluan air tawar adalah menjadi sumber air penting untuk minuman dan kegunaan domestik lain serta unsur utama dalam sektor pertanian. Semua tumbuhan perlukan air apa lagi tanaman seperti padi sawah yang memang hidup direndam dalam air. Sebenarnya air bersih penting bagi kehidupan manusia. Apa pun kini untuk mendapatkan air tawar dari air laut boleh kita lakukan dengan cara osmosis terbalik (Reverse osmosis) iaitu teknologi memproses menapis air laut dengan teknik menggunakan tekanan disalirkan melalui suatu membrane tapisan. Sistem ini disebut SWRO (Seawater Reverse Osmosis) dan banyak digunakan pada kapal laut atau pusat memproses air bersih di pantai dengan bahan asas daripada air laut. Terdapat beberapa negara didunia ini yang masih kekurangan air tawar dan menggunakan teknologi SWRO walau pun kos bagi produk air tawar tersebut adalah tinggi berbanding dengan penapisan air cara kovensional. 


Pada masa ini banyak tempat di dunia berlaku krisis kekurangan air dimana ada kawasan gurun yang tidak menerima hujan. Selain di bumi dilaporkan ada sejumlah besar air terdapat pada kutub utara dan selatan planet Mars, serta pada bulan-bulan Europa dan Enceladus. Air dapat dikeraskan menjadi Pejal (Ais), Cecair (air) dan Gas (Wap air). Air merupakan satu-satunya unsur yang memang secara semulajadi terdapat di permukaan Bumi dalam ketiga-tiga bentuk pejal, cair dan wap. Pengurusan sumber air yang kurang baik boleh menyebabkan kekurangan air dan ianya boleh berlaku monopoli erta pengswastaan yang beoleh menyebabkan konflik. Sebagai contoh Sungai Nile yang merentang utara Afrika mempunyai konflik dimana apabila empangan Aswan dibina menyebabkan bantahan daripada negara jiran Mesir yang lain. Kebanyakan negara didunia mempunyai undang-undang mengenai pengurusan air kerana air adalah bahan terpenting untuk kehidupan manusia dan tumbuhan serta keperluan biologi yang lain. Penulis semasa belajar dulu diingatkan bahawa air bersifat tidak berwarna, tidak berasa dan tidak berbau pada keadaan asli dan piawainya. Ujian rawatan pada tekanan 100 kPa (1 bar) atau dengan suhu 0 °C menyebabkan air akan menjadi peja atau ais. Ais atau air batu merupakan bahan campuran minuman sejuk ayang mat popular dinegara tropika yang panas. Air sangat signifikan dalam aktiviti melarutkan bahan lain seperti Garam, Gula, Asid dan beberapa jenis gas dan beberapa molekul organik. Lazimnya keadaan air yang berbentuk cecair merupakan satu keadaan yang tidak umum dalam keadaan biasa. Air sering disebut sebagai ;bahan pelarut' universal oleh sebab air melarutkan banyak unsur kimia. Air berada dalam keseimbangan dinamik antara fasa cair dan fasa padat di bawah tekanan dan suhu asal. Dalam bentuk ion, air dapat didmaksudkan sebagai sebuah ion hidrogen (H+) yang bergabung (berikatan) dengan sebuah ion hidroksida (OH-).


Dalam fisiologi tumbuhan, air merupakan perkara yang sangat penting sehingga menjadi perkara utama yang disiasat untuk diusahakan dengan bidang pertanian. Fungsi air bagi tanaman bagi fasa pertumbuhan tanaman adalah seperti penggubaan air bagi tanaman merupakan bahan penyusun utama dari pada protoplasma. Kandungan air yang tinggi membantu aktiviti fisiologi tinggi sedang kandungan air rendah menyebabkan aktiviti fisiologisnya turut menjadi rendah. Air merupakan unsur penting dalam proses pertumbuhan tanaman iaitu Proses Fotosintesis (Sila baca artikel - Sila klik disini dan Sila klik disini). Air juga merupakan bahan Pelarut substance (bahan-bahan) pada berbagai hal dalam reaksi-reaksi kimia. Kini air juga telah digunakan untuk memelihara tekanan derta mendorong proses respirasi sehingga penyediaan tenaga meningkat dan tenaga ini dimana ia akan digunakan untuk pertumbuhan tanaman. Secara tidak langsung perkara ini dapat memelihara suhu tanaman. Keperluan air amat penting untuk pertumbuhan tanaman. dari laporan Jabatan Pertanian (2014). Masaalah kekurangan air akan menyebabkan tanaman menjadi kerdil, pertubuhan pokok padi menjadi abnormal dan akhirnya menyebabkan kematian tanaman. Kekurangan yang terjadi terus menerus selama jangkamasa panjang maka pertumbuhan akan menyebabkan tanaman tersebut menderita dan kemudian mati. Antara beberapa tanda-tanda kekurangan air adalah pertama yang terlihat ialah daun-daun jadi LAYU. Perkara ini berlaku kerana proses penyerapan air tidak dapat mengimbangi kecepatan pengwapan air dari stomata pada daun tanaman. Jika proses tranpirasi ini cukup tinggi dan penyerapan air tidak dapat mengimbanginya apa berlaku adalah tanaman tersebut akan mengalmi kelayuan sementara (transcient wilting). Sebenarnya perkara ini adalah proses biasa dikawasan terdedah kemarau di Utara Semenanjung. Tanaman dalam keadaan ini sudah sulit untuk disembuhkan karena sebagaian besar sel-selnya telah mengalami plasmolisia. Peribahasa Air Dicincang Tidak Akan Putus yang berasaskan kepada kata dasar merupakan satu ungkapan yang betul dan tepah dari segi teknikal. Wasallam!


KERJA APA... CINCANG AIR KATANYA...
DARI PAGI.. KEPETANG DIBUATNYA...
MACAM GILA... KURANG SIUMAN DIA...
ADEK BERADIK... BERSELISIH TIADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1924, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(10 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.