BURUNG TERKUKUR (Streptopelia chinensis) ialah sejenis burung merpati yang amat diminati oleh penghobi menternak burung di negara kita dan ia adalah burung yang disukai ramai kerana bunyi suaranya. Burung cantik ini tergolong dalam famili Columbidae. Bagaimana pun pengkelasan terbaru adalah dimana burung terkukur telah dimasukkan kedalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan saintis dunia. Penulis juga kenal akan burung terkukur ini yang hidup liar dikawasan belukar atau dikawasan kampong dan dijadikan burung peliharaan yang diletakkan disangkar dirumah jiran. Burung Tekukur merupakan burung telah dijalankan program biak baka sehiingga menghasilkan burung yang berkualiti. Ia natif atau terdapat dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Burung ini juga merupakan spesis burung yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan tropika dimana tumbuhan agak jarang atau terbuka dan dikawasan tanah ladang. Dari segi penyebarannya juga dilaporkan terkukur telah membawa burung ini masuk ke USA iaitu dikawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Dilaporkan bahawa di Australia burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan semenjak dari itu maka burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli dinegara tersebut. Kini dibenua tersebut, burung merpati telah boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehinggaPelabuhan Lincoln dan Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai burung terkukur untuk dijadikan bahan bacaan.
Sangkar Burung Terkukur mempunyai pelbagai jenis dan bentuk sama ada jenis tertutup atau terbuka (Sila anda lihat foto disebelah sangkar tertutup). Sangkar burung merpati hendaklah perlu sentiasa dibersihkan kerana najis burung boleh mengundang akan kehadiran kuman atau hama. Kekotoran oleh hama ini juga akan mendatangkan masalah organ mata dan selsema pada burung. Kadang kala burung ini akan makan najisnya sendiri sebagai ganti pasir untuk menghadamkan makanan dimana ini semestinya tidak elok untuk kesihatan burung. Perlu dipastikankan sangkar burung terhindar dari bahaya lain seperti daripada ancaman oleh Kucing, Tikus, Ular dan pemangsa lain. Semut dan kerengga juga boleh menyerang burung dalam sangkar jika ianya tidak diawasi dimana serangga ini akan membunuh burung dalam sangkar. Perlu diingat bahawa kedudukan sangkar burung terkukur tidak boleh dimasuki oleh musuhnya kedalam sangkar. Jika jenis sangkar tersebut digunakan untuk tujuan pembiakkan (Breeding cage) sebaiknya ia perlu dilletakkan betul-betul berjauhan dari sebarang gangguan musuhnya kerana ianya akan membantutkan proses pembiakkan. Sangkar burung ini sebaiknya juga menerima sinaran matahari dan mempunyai sistem pengudaraan supaya burung dapat berjemur, bermain angin serta mengelakkan daripada kehadiran semut. Ada juga pemilik burung terkukur sesekali yang akan membawa sangkarnya kelokasi lain dan menjemur dikawasan terdedah untuk memberikan kebebasan dan persekitaran khusus terutama untuk burung pikat. Burung Pikat merupakan sejenis burung yang mempunyai suara nyaring dan berulang-ulang untuk memikat burung terkukur liar bagi tujuan memanggilnya dan dipasang racik.
Memelihara burung terkukur agak berbeza dengan beberapa jenis burung peliharaan yang lain. Burung ini diberikan makanan tambahan terutama bagi burung pikat agar menghasilkan suara merdu dan nyaring. Ini kerana sudah tentu burung yang dipelihara tidak dapat makan sepertimana di habitat asalnya. Oleh itu kita kena sediakan set makanan tambahan untuk kesihatan burung agar tidak mudah diserang penyakit. Selalunya bagi tujuan proses pembiakkan maka burung betina memerlukan banyak zat khusus untuk bertelur. Seterusnya bagi menjadikan pikat agar sihat sentiasa galak dan rajin berbunyi ia perlu diberikan cili burung (Capsicum frustcens) secara berjadual. Rasa pedas dari cili inilah (Capsaicin) yang akan membantu burung pikat menjadi hebat suaranya (Sila lihat foto disebelah). Burung tekukur suka berjemur panas dibawah matahari pada masa tertentu dimana ini adalah bertujuan untuk memastikan bulu-bulunya kering. Ianya juga elok untuk menhindarkan burung dari serangan hama serta kutu parasit. Seeloknya burung yang diikat pada sangkar layang atau sangkar bulat hendaklah dijemur pada panas pagi diantara jam 7-10 pagi. Aktiviti memandikan burung tekukur dilakukan kerana ia suka mandi dan berendam didalam air untuk mengurangkan suhu panas badan. Jika burung terkukur ini dipelihara dalam sangkar besar maka kita boleh meletakkan satu bekas besar berisi air yang bersesuaian untuk burung mandi. Bagaimana pun air didalam bekas besar ini juga hendaklah selalu ditukar. Sekiranya burung yang ditambat pada sangkar jenis layang maka seelok-eloknya ia sembur dengan penyembur air (Plastic sprayer) terutama pada cuaca panas. Ia perlu dilakukannya diwaktu pagi kemudiannya dijemur dan lakukan paling kurang 2 kali seminggu.
Meracik Burung Terkukur merupakan satu aktiviti yang amat menyeronokkan kepada mereka yang berminat. Terdapat banyak jenis racik yang boleh digunakan untuk meracik burung terkukur. Racik tradisional selalunya diperbuat daripada tali nylon (Atau tali tangsi) bersaiz kasar dimana ia akan dijadikan jerat bulat yang disambung pada tiang dipacak pada tanah. Setelah racik dipasang maka burung pikat akan diletakkan berhampiran racik tadi dan dibiarkan berbunyi memanggil rakannya iaitu burung terkukur liar. Ada juga pemikat yang meletakkan biji padi sebagai umpan disekitar lokasi memikat burung. Apabila burung terkukur liar datang dan menghampiri burung pikat maka ia akan memijak jerat racik dan seterusnya kakinya akan tersangkut pada tali racik (Sila lihat foto disebelah). Burung liar amat takut akan manusia apabila didekati dimana ianya akan mencederakan bahagian kaki dan kepaknya. Sebaiknya ia perlu dedekati dengan berhati-hati agar burung terlukur liar tersebut tidak terlepas atau ia meronta tidak akan mencederakannya. Burung liar tersebut perlu dijinakkan dalam sangkar tertutup dengan memberikan makanan dan melatihnya bersuara sebelum boleh dijual sebagai aktiviti komersil. Semuga artikel pada Ahad ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
SUARA MERDU..MEMIKAT TERBUKTI...
DALAM SANGKAR...DIJAGA PASTI...
MERACIK BURUNG...IANYA ADA SENI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekuruan,
Malaysia.
(7 RabiulAwal 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.