BAGAI IKAN PULANG KELUBUK adalah satu peribahasa lama yang semakin kurang digunakan oleh generasi masa sekarang. Peribahasa mudah ini membawa maksud sebagai "Orang yang pulang ke tempat asal atau pun Kehidupan yang senang". Peribahasa ini amat signifikan dalam pemilihan perkataan iaitu ikan yang sememangnya hidup dalam air dan lubuk yang merupakan tempat tinggal ikan yang banyak makanan, selamat dan boleh mereka membiak. Ikan merupakan hidupan dalam air sama air tawar, air payau dan air masin dimana mereka makan lumat atau jenis ikan carnivor yang makan haiwan lain dalam air. Ikan adalah sejenis haiwan yang mana kebanyakannya boleh dimakan sebagai sumber protin penting bagi manusia walau pun banyak juga jenis ikan yang tidak boleh dimakan kerana beracun dan sebagainya. Terdapat juga jenis ikan yang dipilih untuk dijadikan ikan hiasan didalam akuarium bagi memberi keseronokan kepada mereka yang hobinya melihat ikan bergerak dirumahnya. Harga ikan akuarium ini daripada yang murah kepada yang mahal seperti ikan Arowana yang berharga ribuan ringgit seekor. Lubuk Ikan ditakrifkan sebagai lokasi dimana ikan suka berkumpul sama ada ia berada di Sungai, Air Terjun, Tasek, Kolam, Laut dan sebagainya. Bagi jenis lubuk dalam aliran sungai biasanya ia ada banyak ikan kerana cukup makanan, selamat dan boleh mereka membiak. Dalal laut lubuk ikan adalah disekitar batu karang atau pada tukun tiruan yang dibuat manusia. Disinilah ikan akan berkumpul sekitar tukun kerana banyak makanan dan mereka terselindung daripada ikan besar pemangsa. Dalam tukun ikan-ikan laut ini membiak dan membolehkan populasi ikan terus stabil dalam ekosistemnya. Artikel pagi Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai infimasi berkaitan ikan dan lubuk ikan secara teknikal untuk bahan bacaan dan rujukan semua.
SEKTOR PERIKANAN di Malaysia merupakan salah satu cabang sektor pertanian yang terus berkembang setiap tahun. Negara Malaysia yang mempunyai laut di sekelilingnya dan taburan hujan yang banyak mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain yng tidak mempunyai sumber alam tersebut. Jumlah pendaratan atau pengeluaran ikan di Malaysia adalah sebanyak 1,854,000 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 8,613.33 juta. Jumlah ini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan pendaratan atau pengeluaran pada tahun 2005 iaitu sebanyak 1,416,702 metrik tan bernilai RM 5,213.53 juta. Jumlah mereka yang terlibat dengan sektor ini pada 2010 adalah seramai 149,518 orang. Sektor Perikanan di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sektor Perikanan Laut (Marine) dan Sektor Perikanan Penternak Akuakultur. Sektor Perikanan Laut adalah aktiviti yang melibatkan penangkapan ikan di kawasan Laut Pantai (Zon Ekonomik ZEE) dan kawasan Laut Dalam. Aktiviti menangkap ikan di laut ini menggunakan pelbagai teknik dan cara penangkapan daripada kaedah yang tradisional sehinggalah kepada kaedah moden menggunakan GPS, Ultra Sonic dan sebagainya. Kajian saya mendapati terdapat seramai 125,632 nelayan yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010. Hanya terdapat seramai 90,702 nelayan yang ujud pada tahun 2005 di Malaysia. Bilangan perkakas menangkap ikan yang dilesenkan pada 2010 adalah sebanyak 47,732 unit melibatkan sebanyak 48,745 buah vessel atau bot menangkap ikan. Daripada sebanyak 48,745 bot nelaayan sebanyak 2,998 adalah bot tidak berjentera, 27,857 bot yang berjentera sangkut (Injin Bot Sangkut) dan 17,890 buah adalah bot nerinjin laut dalam.
IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak dari keluarga Anabantidae yang mudah didapati dinegara kita. Adakah ikan puyu ini ujud dan berpotensi untuk dijadikan satu bidang usaha yang boleh menguntungkan dan memberikan pulangan yang baik?. Ini merupakan satu peluang kepada bakal usahawan jika mereka ingin menjadikan penternakan dan penjualan ikan puyu sebagai punca pendapatan. Pada penulis, ikan puyu dikenali sebagai ‘Climbing Perch’ kerana sifat semula jadinya yang tahan lasak dan mampu bertahan dan berpindah kekawasan lain perlu dikenali dahulu oleh bakal usahawan (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Spesies ikan puyu biasanya hidup secara berkumpulan didalam Lubuk atau kolam yang mempunyai air bersih secara semula jadi. Ikan ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti aktiviti menjaring, pukat, jala, tuba dan aktiviti memancing yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil). Pada masa kini telah ada teknologi untuk menternak ikan puyu secara komersial dijalankan iaitu dengan cara menggunakan kolam simen atau kanvas dan paling sesuai adalah menternak dalam dalam kolam tanah. Teknologi penternakan ikan puyu boleh dipelajari melalui kursus penternakan ikan air tawar dianjurkan oleh Jabatan Perikanan atau melalui lawatan persendirian ke projek-projek ternakan ikan puyu di dalam negara atau luar negara yang berjaya secara komersil. Negara Thailand juga dilaporkan telah menjalankan penternakan ikan puyu dengan agresif dikawasan sawah padi semenjak dahulu lagi sebagai sumber pendapatan tambahan terutama kepada petani dan pesawah. Ini kerana di Thailand terdapat banyak air disekeliling sawah mereka dan ianya dijadikan asas untuk aktiviti penternakan ikan puyu secara komersil. Penulis ada beberapa kali melawat projek ternak ikan puyu disekitar Bangkok dahulu. Negara Indonesia juga aktif didalam aktiviti penternakan ikan puyu yang dijalankan secara kecil-kecilan dan taraf komersil. Penternakan ikan puyu secara moden menggunakan bahan makanan daripada pelet makanan ikan komersil yang boleh dibeli seperti memelihara ayam. Makanan ikan ini mampu memberikan peratus tumbesaran yang sesuai untuk mempercepatkan penuaian hasil. Peribahasa bagai ikan pulang kelubuk memang sesuai digunakan pada masa-mas tertentu sahaja. DIharap artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.

LUBUK IKAN ...BERADA DIMANA...
IKAN BERKUMPUL...IA BAHAGIA...
KETEMPAT ASAL.. SEMUA SUKA...
HIDUP SENANG... HARAPAN SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)
Posted from Hotel Serena,
Faisalabad, Pakistan
Just arrived at 3.30 am
IKAN BERKUMPUL...IA BAHAGIA...
KETEMPAT ASAL.. SEMUA SUKA...
HIDUP SENANG... HARAPAN SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)
Posted from Hotel Serena,
Faisalabad, Pakistan
Just arrived at 3.30 am
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.