HALIA (Zingiber officinaIe Ross) adalah sejenis tumbuhan umbisi yang juga dikategorikan sebagai sejenis HERBA berdasarkan kepada penggunaan dan khasiatnya. Penulis telah menulis lebih dari 7 artikel sebelum ini mengenai tanaman herba. Anda boleh layari artikel tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Halia merupakan tanaman penting dimana ia mempunyai banyak nama seperti Ginger (lnggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia) Kinkh, Khing daen (Thailand) dan beberapa lagi. Tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae sama keluarga dengan tanaman kunyit dan lengkuas. Halia merupakan salah satu jenis rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah sejarah penjajahan berlaku disebabkan oleh perdagangan rempah seperti halia yang juga amat terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia pada masa ini adalah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Di Semenanjung Malaysia kawasan utama penanaman halia adalah dikawasan berbukit Janda Baik Daerah Bentong dengan varieti Halia Bentong (Sila baca disini) dan juga di Kundasang, Sabah (menanam varieti Halis Sabah). Kedua-dua kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia semakin berkurangan luasnya akibat banyak faktor yang mengancam industri penanaman halis di Malaysia. Artikel malam ini (Malam Raya) saya sempat untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Tumbuhan Halia ialah tumbuhan herba jenis saka yang tumbuh dengan ketinggian antara 30-100 cm. Tanaman ini mempunyai pucuk dan daun yang tersusun berdekatan di antara satu sama lain. Bunga halia berwarna ungu ke coklatan. Di Malaysia pembungaan jarang berlaku dalam keadaan iklim di negara ini. Rizomnya bercabang dan berkedudukan secara mendatar berdekatan dengan permukaan tanah. Isi rizom halia bersifat keras dan tebal dan mempunyai cabang berbentuk jari. Ukuran garis pusat antara 1.5-2.5 cm. Ciri-ciri rizom seperti kandungan serabut, hasil dan kepedasan (pungency) berbeza mengikut varieti. Dua kultivar halia yang telah lama ditanam di Malaysia ialah Halia Bentong (Halia Bukit Tinggi) dan Halia Tanjung Sepat (Halia Indonesia). Kedua-dua kultivar ini dipercayai berasal dari China dan India. Halia Bentong mempunyai rizom besar dan elok rupa bentuknya dengan isi berwarna pucat keputihan. Kultivar ini kurang berserabut dan bermutu tinggi. Ia ditanam dikawasan berbukit sekitar Bentong semenjak lama dulu sebagai tanaman komersil. Halia Tanjung Sepat pula mempunyai rizom berbentuk kurus dan panjang. Warna isinya ialah kekuningan muda dan lebih banyak serabut. Tanaman ini kurang diminati oleh kebanyakkan petani kerana banyak faktor. Dua kawasan penanaman halia di bentong dan Kundasang merupakan pembekal utama halia segar di Malaysia. Penanaman halia dalam plibeg kini menjadi popular di negara jiran (Sila lihat foto sebelah). Cara ini boleh dilakukan sendiri dirumah sebagai satu program "Jom Tani" atau (Menanam sayuran sendiri) yang kini telah dilancarkan oleh kerajaan.
Apakah dia khasiat dan kegunaan halia sebagai herba yang sangat diperlukan oleh manusia?. Sejak dahulu halia telah digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulan dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif di dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri. Apa pun penulis amat suka dengan minuman air halia panas atau susu sarbat kerana ia amat menyegarkan sama ada dibuat sendiri dirumah atau minum di kedai mamak.
Penulis membuat beberapa rujukkan mengenai kesesuaian iklim dan tanah untuk penanaman halia. Umumnya halia secara asasnya ialah tanaman kawasan tropika dan sesuai ditanam di kebanyakan tempat di Malaysia. Tanaman ini tumbuh dengan baik pad a ketinggian tanah sehingga 1,500 m dari aras laut. Salah satu kawasan pengeluar halia yang utama di negara ini ialah Bukit Tinggi, Bentong. Kawasan ini mempunyai ketinggian antara 600 - 700 m dari aras laut dengan suhu minimum dan maksimum masing-masingnya 16OC dan 28°C. Keperluan hujan yang optimum yang diperlukan ialah 2,000 - 3,000 mm setahun. Bagaimanapun, taburan hujan lebih penting daripada jumlah hujan. Hujan sederhana lebat perlu semasa menanam, hujan lebat semasa pertumbuhan manakala tiada hujan kira-kira sebulan sebelum menuai kecuali jika hasil dituai muda. Halia matang perlu dituai pada musim kering untuk mengelakkan masalah reput rizom dan percambahan di ladang. Kemudahan pengairan adalah perlu di kawasan yang kekurangan hujan. Halia boleh ditanam di pelbagai jenis tanah iaitu dari tanah gambut sehingga tanah yang agak liat. Hasil yang terbaik boleh didapati dari tanah jenis 10m yang bersaliran sempurna serta bebas daripada penyakit bawaan tanah seperti penyakit layu bakteria. Tanah yang gembur, kaya dengan bahan organik dan bersaliran baik dapat memastikan perkembangan dan pembesaran rizom yang sempurna. Tanaman halia amat peka kepada keadaan air bertakung. Ketahanan kemasaman (pH) tanah bagi tanaman halia ialah 4.3 - 7.4, manakala pH yang optimum ialah 6.8 - 7.0. Kawasan penanaman halia hanya tertumpu dikawasan yang mana petani mempunyai kemahiran dan jaminan pasaran serta harga yang menguntungkan. Artikel ini bersambung kepada Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
Penanaman halia dalam polibeg - Amalan Teknologi Terkini |
TANAM HALIA..KATEGORI HERBA...
HALIA BENTONG...MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT...BANYAK GUNA...
TANAM SENDIRI... MACAMANA CARA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Badar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.