Thursday, July 9, 2015

RACUN RUMPAI - BAHAN AKTIF (Part 2)



RACUN RUMPAI (Weedicide or Herbicide) merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal pertumbuhan rumpai. Penggunaan racun rumpai merupakan salah satu daripada teknik kawalan rumpai di ladang selain daripada cara mekanikal, biologikal dan sebagainya. Menajak merupakan satu teknik mengawal rumpai selain daripada penggunaan penutup bumi dan plastik silvershine. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan terutamanya dalam bidang pertanian dan juga perladangan komersil. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada 3 jenis iaitu dikenali sebagai RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Industri racun rumpai kini mencecah jutaan ringgit setiap tahun dimana ia merupakan satu kaedah kawalan rumpai yang paling popular digunakan. Bagaimana pun beberapa jenis racun rumpai telah diharaamkan kerana ia memberi kesan merbahaya kepada kesihatan manusia, mencemarkan alam sekitar dan juga tidak ada antidot jika terkena kepada manusia. Pembuatan racun rumpai, perlabelan, pengedaran dan penggunaannya juga dikawal melalui beberapa akta dan peraturan kerana ia dikategorikan sebagai bahan kimia yang boleh menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain jika disalahgunakan. Pihak berkuasa sentiasa mengawal dan memantau penggunaan racun haram (atau racun yang tidak didaftarkan) melalui beberapa pendekatan. Pengendali racun rumpai juga perlu memakai pakaian keselamatan ketika membuat semburan dan mengikuti prosedur penggunaan racun rumpai yang selamat. Penulis kali ini berkongsi artikel yang mengandungi maklumat berkaitan dengan jenis bahan aktif yang ada pada racun rumpai dalam 'Anim Agro Technology' kepada semua pembaca blog ini berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman dalam bidang pertanian selama hampir 33 tahun. Selama 4 tahun, artikel ini sentiasa mendapat kunjungan paling hebat dikalangan pembaca. Setiap minggu sekitar 500 pembaca akan membaca artikel berkaitan racun yang ingin mengetahui mengenai racun rumpai.




Jenis-jenis Racun Rumpai

Daripada laporan mendapati terdapat 3 kategori racun rumpai yang selalu digunakan dalam sektor pertanian. Racun tersebut adalah Racun Pra-cambah, Racun Sentuh dan juga Racun sentuh. Pengelasan ini merujuk kepada penggunaan racun untuk tujuan khusus. Berikut adalah penerangan bagi jenis racun tersebut:-

(1) RACUN PRA-CAMBAH 

Racun Pra Cambah (Pre-emergent weedicide) ini digunakan dikawasan kebun baru dibersihkan atau baru dibajak . Racun ini akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih khususnya benih rumpai daripada tumbuh sebelum aktiviti penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk elakkan berlakunya pertumbuhan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Penggunaan racun pra-cambah perlu disesuaikan waktu semburan, jenis tanaman dan juga pengurusan sistem penanaman. Sesetengah tanaman sayuran dan singkat masa kurang sesuai  digunakan racun pra cambah.


(2) RACUN SENTUH (Contact weedicide) 

Racun Sentuh adalah racun dimana jenis ini akan bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tumbuhan yang berklorofil atau bahagian hijau tanaman (daun dan batang). Kesannya adalah dimana ia akan matikan tumbuhan tersebut khususnya rumpai dalam masa yang cepat dan ketara. Lazimnya kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat dimana tumbuhan layu dalam beberapa jam selepas dibuat penyemburan dijalankan. Cara pemilihan racun sentuh boleh dikhususkan kepada jenis untuk daun lebar, tumbuhan renek, rumput dan sebagainya. Terdapat banyak jenis dan jenama racun sentuh dipasaran dan ia merupakan antara pilihan petani yang lazim digunakan. 


(3) RACUN SISTEMIK (Systemic weedicide) 

Racun Sistemik akan bertindak dimana racun yang disembur akan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan daripada bahagian pucuk daun, batang sehingga kepada bahagian akar. Kesan racun ini akan menyebabkan rumpai akan mati secara perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat secara fizikal seperti kesan semburan racun sentuh. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh kerana ia membunuh keseluruhan bahagian pokok sehingga kebahagian rizom lalang didalam tanah. Harga racun jenis ini lazimnya lebih tinggi daripada jenis racun sentuh. Terdapat banyak jenama dan produk racun rumpai jenis sistemik dipasaran. Antara yang popular seperti ROUND-UP yang dihasilkan oleh syarikan multinasional.

BERIKUT BEBERAPA JENIS BAHAN AKTIF DAN JENAMA RACUN RUMPAI YANG DIDAFTARKAN DI MALAYSIA



E. Racun Rumpai Kumpulan glufosinate ammonium
Racun BASTA
Jenis ini merupakan racun yang paling popular dikalangann petani. Ianya mengandungi bahan aktif glufosinate ammonium yang merupakan racun sentuh bertindak dengan menghalang sintesis glutamine. Terdapat banyak jenama dagangan racun jenis ini seperti AVANSTA 06, AVANSTA 15, BASTA 06, BASTA 15, BASTA 5.66, CHAMBER 15, FINALE, SINGA, TEPAT dan banyak lagi. Racun rumpai jenis BASTA adalah sejenis racun rumpai yang sangat popular di Malaysia dikalangan petani. Ini kerana racun ini sangat mudah dibeli dan kesan yang dipercayai membunuh rumopai oleh petani.


F. Racun Rumpai Kumpulan Glyphosate

Racun rumpai jenis ini juga antara jenis racun rumpai yang sangat popular di Malaysia. Bahan aktif seperti (a) Glyphosate dimethylamine dan (b) Glyphosate isoprophylamine (banyak produk). Racun jenis ini adalah sistemik dengan bertindak menghalang biosintesis protin apabila disembur pada rumpai. Jenama dagangan jenis (a) seperti D-M-A 160, INDEX, MONSTER , MOSTER, LOTUS 250, MASTERMIND, Q-WEAPON 52, SPIRIT 162, WEEDACT X-53, ZYNERGY 160 dan beberapa lagi.

Racun jenis (b) pula banyak dipasaran dengan jenama seperti ACOMAC, AGLOW 13.6, AGR GLYWEED 13.6, AMEX, AKIRA, ALLROUND, ABSORB 41, AGR GLYWEED, AGR GLYWEED 41, AGR UP 41, AKIRA, ALLOUT 13.6, ASBLU, ASSET NRG, ASSET GOLD, ATTAIN, BALASS, BINA GLYPHOSATE 41, BIONASA 600, BL GLYPHOSATE, BM GLYPHOSATE (270/ 41%/ 480), BRIGHT UP, BRIGHTLY 270, BRIGHTSPARK, CHALLANGE, CHALLANGER, CIRCLE, CLOSE-IT, CMC PHOSATE 136, CUT-OFF, CRUNCH 410, CONCEDE 136, GLYPHOSATE 41, DRY-UP, ECOMAX, OPTION 360, E-KILL 33, ERASE 360, GENANG, GET-IT, EE OPTION 360, GLYSATE 480 dan banyak lagi jenama dagangan. Kumpulan ini mempunyai hampir 300 jenama dagangan.


G) Racun Rumpai Kumpulan PASFA GLYPHOSATE 41

Racun rumpai jenis ini mengandungi bahan aktfi Pasfa glyphosate 41 dan antara jenis racun rumpau yang luas pasarannya dan banyak pengeluar. Tindakannya secara sistemik dan berkesan untuk mengawal rumpai. Terdapat hampir 100 jenama dagangan dan antaranya yang popular seperti PELADANG GLYPHOSATE 41, PELADANG-UP, PERFORMER, PLANTER 410, ROUND-UP, PUNCH, REWARD, SLASH 270, SONIC 27, SPEEDOUT, STAYOUT, SUPREMO, SURIA 41, SYABAS BETA, TOUCH-UP, THUNDER, TOMOHA, TOR FARM 40, TRIBROWN 27%, TRICROWN, VEGA, THYPOON, WAJA, WORRIOR, WEED-GO, WEEDO, WEEDKILLER, WEEDACT 480, WEEGO, WES-UP, WIPE OUT YUAN-YUAN 41 dan banyak lagi.


H. Racun Rumpai Kumpulan Propanil

Jenis racun yang ada a.i propanil merupakan racun sentuhan yang bertindak dengan menghalang proses fotosintesis. Kebanyakan racun ini digunakan dikawasan sawah padi. Antara jenama dagangan yang dijual dan digunakan di Malaysia adalah seperti ACM PROPANIL, BINGO 80WG, BONAZA 35, COBOL 350, MM PANIL 80WG, SEMAK 85, PADIMATE 80, SCEPTRE 80WG, SAMOFF, ZAPRONIL, ZEPRONEX 35, STAMWEED dan banyak lagi.


Penggunaan racun rumpai adalah satu daripada alternatif dalam aktiviti pengawalan rumpai dalam sektor pertanian. Kaedah lain seperti kawalan rumpai secara manual seperti menajak, menebas, membakar, menggunakan plastik silvershine, menggunakan tanaman penutup bumi (Centrosema pubecens), menggunakan struktur pelindung hujan (SPH) dan kaedah biologi boleh dijalankan. Semuga artikel ini memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada para pembaca. Wassalam.


RACUN RUMPAI... BANYAK JENISNYA...
BAHAN AKTIF... KANDUNGAN UTAMA...
BANYAK PRODUK...BANYAK JENAMA...
PILIH YANG SESUAI... UNTUK DIGUNA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 505, Hotel PineTree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia
(25 March 2013)
Posting dan kemaskini pada 22 Ramadan 1436H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.