Saturday, February 28, 2015

BERAS BARIO - POTENSI


BERAS BARIO merupakan satu jenama dan varieti beras yang unik dan istimewa terdapat dikawasan pendalaman Sarawak iaitu berasal dikawasan Tanah Tinggi Bario, Miri, Sarawak. Pada saya yang telah sampai dikawasan Bario itu mendapati yang beras Bario merupakan antara beras baik kualitinya kerana rasanya berbeza daripada beras biasa. Ini kerana ia lebih lemak, saiz lebih kecil melekit (sticky) sedikit dan yang penting harganya lebih mahal iaitu antara RM25 hingga RM30 segantang (3.5 kilogram). Mungkin tidak ramai orang di Semenanjung yang pernah merasai akan keenakan beras bario ini kerna ia amat sukar didapati dan kalau ada dijual di Semenanjung pun mungkin harganya berlipat kali ganda. Beras Bario dijual dengan harga mahal kerana produk itu terpaksa diterbangkan ke Miri menggunakan pesawat udara (MAS WING) atau pun pengangkutan darat melalui jalan balak yang mengambil masa perjalanan jauh sehingga 12 jam untuk sampai ke bandar Miri. Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut dan beras Japonica. Pada penulis apa yang lebih menarik lagi adalah walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak tetapi ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan seperti makan beras biasa. Beras Bario yang ditanam di kawasan tanah tinggi Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan. Beras Bario dihasilkan secara organik dan bebas daripada pencemaran alam, menyebabkan ia selamat dan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Ia mempunyai jangkamasa tanaman lebih lama daripada beras biasa yang memberikan rasa keenakan kepada beras tersebut. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan berkaitan beras bario sekadar menambahkan pengetahuan pembaca.


Dalam membuat pemerhatian penulis sebagai agronomist, didapati terdapat dua jenis beras bario yang ditanam dikawasan tersebut. Ia adalah Beras Bario Putih dan Beras Bario Perang (keperang-perangan) seperti foto diatas. Saya sering membeli dan makan beras bario putih semasa bertugas di Sarawak dulu tetapi jenis beras bario perang agak jarang saya beli. Beberapa temubual dilakukan mendapati beras merah juga dikenali sebagai beras bario yang mempunyai beberapa khasiat. Antara khasiat yang didakwa mengenai beras bario perang ini adalah dimana ia mempercepatkan pencernaan makanan dan juga mampu untuk menurunkan atau mengurangkan pengumpulan plak atherosclerotis disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam diet. Apa yang paling seronok apabika dikatakan ia juga dipercayai dapat menghindari serangan barah. Kajian klinikal bagaimana pun perlu dilakukan diatas dakwaan itu kerana apa yang saya lihat beras bario ditanam tanpa menggunakan racun kimia dan mendapat sumber air bersih dar kawasan pergunungan. Ini yang berkait kerana pada saya racun yang memnyebabkan ia menyebabkan serangan sel kanser pada manusia.
Kawasan penanaman padi di kaki bukit dekat Bario, Miri kini telah  turut menjadi produk agro pelancongan berdaya saing di Sarawak. Daripada pelbagai jenis beras dikeluarkan di Sarawak , namun beras Bario yang ditanam di kawasan tanah tinggi Bario yang terletak di bahagian u­tara negeri ini memang tidak dapat ditandingi keunikan dan keenakan rasanya. Beras keluaran Bario kerana meskipun ditanam di luar kawasan asal dalam banyak versi, namun beras yang telah dihasilkan di tanah tinggi itu tetap dikenali kerana keunikan asli dan memiliki kelasnya tersendiri. Beras ini merupakan sesuatu yang asli kepada Sarawak dan Borneo kerana mempunyai ciri unik termasuk cara dan juga kaedah penanamannya. Mereka yang berada di luar Sarawak dan dunia luar memang masih terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai beras Bario sehinggakan tiada usaha dapat dibuat untuk memasarkannya ke pasaran luar.Pada masa ini terdapat sekitar 60 serta penduduk tempatan yang terlibat dalam penanaman beras tanah tinggi dari Ulu Baram dan Ulu Lawas. Satu forum melibatkan penyelidik, pengeluar dan pembekal bagi membincangkan pelan pembangunan, pengeluaran serta pemasaran beras Bario telah diadakan.


Pada masa ini kaedah penanaman dan pengeluaran beras bario adlah secara tradisional dengan standard organik serta penge­luaran beras tanah tinggi. Teknik ini adalah sejajar dengan agro pelancongan setempat dan sesuatu yang bernilai untuk dibincangkan. Adalah penting untuk mereka mewujudkan akses kepada situasi iaitu pengeluaran beras tanah tinggi dengan mengenal pasti cabaran masa depan dan tahu bagaimana memastikan pelan pemasaran beras jenis ini dapat dibangunkan. Perkara tersebut memerlukan satu pertimbangan bagi memastikan produk kekal untuk bersaing dan dipasarkan di peringkat global. Bantuan teknikal dan juga peranan penting dalam perkembang­an beras bario ini dan pembangunan sosial bologikal dan ekonomi Sarawak dengan menyumbang melalui penyelidikan dan hubungan dengan masyarakat bagi membentuk pemahanan lebih baik terutama aspek seperti biodiversiti, ekologi, warisan kebudayaan, sejarah, astropologi serta kepelbagaian bahasa di negeri seperti beras Bario perlu diketengahkan dengan terancang. Terkenang berada di Bario 1997 dahulu... Wasallam!...



NAIK BELON... KE BARIO KITA...
BELON KECIL ... 40 MINIT SAJA...
SAMPAI DISAMA... DISAMBUTNYA...
BERAS BARIO... ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
15, Rigdeway Road, Jalan ong Tiang Swee,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(Rumah kuarters lama semasa bertugas di Sarawak 1995-1997)

Friday, February 27, 2015

POKOK ASAM JAWA - CIRI TUMBUHAN

POKOK ASAM JAWA (Tamarindus indica) merupakan sejenis tumbuhan yang mampu menghasilkan buah asam jawa yang diproses untuk dijadikan pes asam jawa yang banyak kegunaannya terutama dalam masakan harian. Ia adalah daripada kingdom Plantae (tumbuhan) dan juga subKingdom Tracheobionta (tumbuhan berpembuluh) serta dari kumpulan Spermatophyta (jenis tumbuhan yang akan menghasilkan biji). Ia merupakan pokok yang berbunga dari dua kotilidon dari keluarga Fabaceae (Kekacang). Penulis dapati tumbuhan ini tergulong dalam jenis pokok yang tumbuh tegah dengan banyak cabang dimana ia boleh dikategorikan sebagai pokok yang berumur panjang (Bertahun-tahun lamanya). Bentok kanopi pokok adalam jenis yang besar dimana sentiasa menghijau (tidak mengalami masa gugur daun) dengan kadar ketinggian sampai 30 meter. Lazimnya ukurlilit batang di pangkal pokok sehingga 2 meter jika pokok membesar. Kulit batang berwarna coklat kelabu yang memang kasar dan kulitnya pecah-pecah atau kelihatan beralur-alur vertikal. Bentuk pokok adalah jenis yang rendang dan berdaun lebat lazimnya ia adalah lebar dan membulat. Asal usul pokok asam jawa kurang pasti walau pun dipercayai mungkin dari kawasan Savana kering di Afrika. Pokok ini dahulu diperkenalkan ke Asia dimana ia telah ditanam sebagai tanaman komersial atau menjadi tanaman hiasan atau langskap sahaja. Tumbuhini sesuai tumbuh dikawasan separa-kering dan iklim monsoon yang basah. Ia juga sesuai tumbuh pada kebanyakan jenis tanah daripada yang berpasir, liat, gambut dan tanah mineral. Ia akan tumbuh di lokasi bersuhu panas sehingga 47°C tetapi sangat sensitif terhadap kesejukan air batu. Keperluan hujan yang sesuai sekitar 500 -1,500 mm/tahun dimana kadar hujan 350 mm/ tahun masih bileh tolerate dengan adanya sistem pengairan sewaktu mula menanam. Di kawasan negara beriklim tropika yang basah menerima hujan lebih dari 4,000 mm setahun menyebabkan pembungaan dan pembuahan menurun dengan jelas. Pokok asam jawa yang ditanam dari bijii benih menghasilkan benih lebih banyak buah dan bertahan hidup dikawasan kering yang panjang.

Akar Pokok Asam Jawa adalah dari sistem perakaran akar tunjang yang dalam masuk dalam tanah dan ada jenis akar radicula yang kemudian mengeluarkan akar rerambut (Sila lihat foto disebelah). Akar tunjang (radix primaria) adalah jenis akar yang penting dimana ia dapat menembusi ke dalam tanah untuk menyerap air dan juga zat mineral. Biasanya pada akar terdapat bahagian seperti leher akar (collum), hujung akar (apex radicis), batang akar (corpus rasicis), cabang-cabang akar (radix lateralis), serabut akar (fibrilla radicalis), rambut-rambut akar atau bulu-bulu akar (pilus radicalis), dan tudung akar (calyptra). Akar pokok asam jawa jauh masuk kedalam tanah dan ia menyebabkan pautan kokuh pada pokok dari tumbang apabila ditiup angin kencang. Pokok asam jawa yang tumbuh dikawasan tanah mineral dikawasan lereng bukit lazimnya mampu tumbuh tinggi sehingga boleh dikatakan sebaga sejenis pokok balak yang ada nilai komersil. 

Pokok Asam Jawa merupakan tanaman yang berbatang besar jelas kelihatan dengan batang yang boleh dikelaskan sebagai jenis kayu keras dan kuat yang juga disebut dengan pokok batang berkayu (Sila lihat foto disebelah). Bentuk batang bulat dengan bentuk kanopi pokok yang selalu tegak (fastigiatus) dimana ia mampu mempunyai garispusat batang di pangkal hingga 2 m. Kulit kayu batang berwarna coklat kelabu yang selalunya berkulit kasar. Jika diperhatikan pokok asam jawa mempunyai sudut antara batang dan cabang yang amat kecil menyebabkan arah pertumbuhan cabang hanya pada pangkalnya saja sedikit serong ke atas. Pertumbuhan dahan adalah hampir sejajar dengan batang pokoknya. kelihatan pada permukaan banyak memperlihatkan adanya lentisel. Batang kayu asam jawa yang matang ditebang untuk dijadikan kayu papan, perabot, tiang rumah dan juga produk berasaskan kayu lain. Kayu-kayu kecil pula amat baik untuk dijadikan bahan bakar (kayu api) yang cekap.

Daun pokok asam jawa seperti jenis pokok kekacang lain merupakan jenis dau majmuk yang unik dan jelas. Daun ini termasuk ke dalam daun majmuk tumbuh bertentangan pada tangkai daun secara genap dengan berwarna hijau muda kepada hijau pekat (Sila lihat foto disebelah). Susunan tangkai daun keluar pada hujung dahan secara bergantian dimana lazimnya mempunyai sebanyak 8 - 18 pasang anak daun. Ukuran panjang anak daun 1.0 - 3.5 cm. Tanaman ini termasuk ke dalam kumpulan pokok dimana ada daun bertangkai yang memiliki bahagian tangkai dan helaian daun saja. bahagian tangkai daun (petioulus) selalunya memiliki penampang melintang yang bulat dan kecil. Tangkainya juga memiliki panjang sekitar 0.2 cm dan selalunya berwarna hijau. Helaian daun (lamina) pokok asam jawa mempunyai bahagian daun berperingkat saiznya dengan paling lebar di bhagian tengah helaian daun. Lazimnya ia mempunyai bentuk memanjang (oblongus) iaiitu sebagai perbandingan panjang dan lebar daunnya 2.5 - 3.1 cm dengan panjang daun sampai 15 cm, lebarnya 0.5-1.0 cm. Bahagian hujung Daun (Apex Folii) selalunya memiliki bentuk hujung daun yang tumpul (obtuse). Bahagian pangkal daun pula termasuk daun membulat (rotundatus). Susunan tulang-tulang daun mempunyai susunan bertulang daun yang meyirip (penninervis). Ia dikatakan jenis daun majmuk yang menirus. Bahagian tepi daun termasuk ke dalam tepi daun yang rata (integer). Daging daun memiliki daging daun yang tipis dengan warna daun iaitu  hijau dengan permukaan daun yang ketara halus.

Pa yang dilihat bunga pokok asam jawa termasuk ke dalam bunga jenis majmuk yang tidak terbatas (Inflorescentia racemosa) terdiri atas beberapa bahagian. Bahagian bunga yang bersifat seperti batang atau cabang adalah 'ibu tangkai bunga' (pendiculus, pendunculus communis atau rachis), tangkai bunga (pedicellus), dan dasar bunga (receptacullum). Sementara itu bahagian yang bersifat seperti daun seperti daun-daun kelopak (sepala), daun-daun mahkota (petala), benang sari (stamen), dan daun-daun buah (carpella) penyusun putik (pistillum) akan dilihat dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Bunga asam jawa termasuk bunga lengkap kerana ia memiliki daun kelopak, daun mahkota, benang sari dan putik sebagai alat pendebungaan (Jenis bunga hermaphrodite). Ini adalah kerana bunganya memiliki dua alat kelamin bunga iaitu benang sari sebagai alat kelamin jantan dan putik sebagai alat kelamin betina. Bunga yang berukuran kecil dan juga jenis bersimetri banyak (polysimetris) serta memiliki kelopak yang termasuk ke dalam polysepalus atau antara kelopak yang satu dengan yang lainnya saling lepas yang berjumlah 4 helai. Pada bahagian mahkotanya saling lepas atau disebut polypetalus dengan warna kekuning-kuningan dan jalur merah muda sebanyak 3 helai setiap tangkai. Lazimnya ia berukuran panjang 3 - 5 cm dengan mahkota kecil. Selain itu benang sarinya berada di atas kelopak yang dinamakan Calyciflorae berjumlah tiga helai. Putiknya termasuk putik tunggal (simplex).

Buah Asam Jawa termasuk ke dalam buah sejati tunggal (buah sebenar) dan kering yang dihasilkan dalaam lenggai. Ia mengandungi banyak atau lebih dari satu biji dan jika masak dapat pecah menjadi beberapa bahagian buah (mericarpia). Buahnya termasuk buah bekas atau kelongsong bergulong atau melempai kebawah yang mempunyai daging (isi buah) dan jika masak juga tidak pecah. Buahnya yang berbentuk seperti lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada coklat gelap apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya buah asam jawa tidak merekah ketika kering tetapi kulitnya akan menjadi rapuh. Buahnya mempunyai ukuran panjang sekitar 5.0 - 15.0 cm dengan tebal 2.5 cm yang berbentuk agak melengkung dan membalut biji didalamnya. Kulit luar adalah enak yang rasa buahnya masam tetapi kini banyak varieti dijual dari Thailand sebagai asam Jawa Manis. Daging buahnya walau pun lazimnya rasa masam tetapi ia sedap dimakan oleh mereka yang minat. Terdapat 1 -10 biji atau isi asam jawa dalam sati kelongsong buah yang melekat pada uri kulitnya. Ketika buah muda daging isi buahnya berwarna putih kehijauan dan sesudah tua menjadi coklat. Biji asam jawa adalah berbentuk panjang sampai 18 mm dengan bentuk tidak teratur yang berwarna kemerahan atau coklat tua atau hitam berkilat.

Kegunaan buah dari pokok asam jawa adalah dan isinya yang sangat masam rasanya  dan biasa digunakan sebagai ramuan dalam masakan. Buah yang telah masak dapat disimpan lama setelah dikupas dan sedikit dikeringkan dengan bantuan sinaran haba matahari. Asam jawa ini biasa dibungkus dan dijual dalam bentuk segar dengan kaedah pembungkusan sesuai. Ia tahan lama setekah diproses dengan betul dan kaedah penyimpanan sesuai keran asid masam menyebabkan  tiadak ada kulat yang tumbuh. Selain sebagai ramuan masakan lazimnya asam jawa memberikan rasa asam atau untuk menghilangkan bau hamis ikan, dijadikan perasa minuman dan dijadikan makanan snek seperti gula-gula, halwa dan sebagainya. Cara membuatnya adalah dengan menjemur isi buah asam jawa yang sudah dibuang kulitnya dan dibulatkan seperti telur itik. Biji asam jawa biasa dimakan setelah direndam dan direbus atau pun setelah ia dipanggang. Selain itu, biji asam juga dijadikan tepung untuk membuat pelbagai kueh atau roti. Daun mudanya asam jawa boleh digunakan dengan kunyit dan bahan ramuan lain untuk membuat jamu jawa tradisional untuk minuman kesegaran. Di Indonesia dikatakan diminum untuk melancarkan dan memperbanyak air susu ibu dan juga boleh digunakan sebagai ubat sapuan (disapukan pada atau ditampalkan di permukaan kulit) untuk mengurangkan kes radang dan rasa sakit sendi, di atas luka atau pada sakit tulang rheumatik. Daun muda yang direbus untuk mengubati batuk dan demam. Kayu keras asam jawa yang berwarna coklat kemerahan adalah berat, keras, padat, tahan lama dan bertekstur halus yang sesuai digunakan untuk membuat lantai, kraftangan, gasing dan patung.  Sementara itu memang penulis sahkan bahawa pokokn asam jawa ditanam di tepi jalan sebagai peneduh dan cantik dipandang. Wasallam!.

POKOK MEMBESAR...ASAM JAWA...
AMAT KURANG TANAM... DIMALAYSIA...
HASIL BUAH... DIPROSES MASAMNYA...
BAHAN MASAKAN... ENAK JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 108, Hotel Laverage,
Bandar Baru Mergong,
Alor Setar, Keda,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1436H)

Thursday, February 26, 2015

DURIAN - VARIETI KOP KECIL (D99)

DURIAN VARIETI KOP KECIL - D24 (Durio zibethinus Linn ) merupakan satu varieti atau klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. Klon Durian D99 juga dikenali sebagai 'DURIAN KOP KECIL' yang mana didaftarkan pada 17 Jun 1970 (Sudah hampir 45 tahun lalu) yang berasal dari Thailand. Makna 'Kop' dalam bahasa Thailand adalah 'Katak' atau 'Frog' dalam bahasa Inggeris. Di negara asal Thailand terdapat 8 varieti Durian KOB ini iaitu Kob Champ, Kob Hemaraj, Kob KKum. Kob Lab, Kob Mae Too, Kob Pang, Kop Picum dan Kob Takhom. Bagaimana pun di Malaysia hanya dua jenis kob sahaja yang telah dipopularkan berdasarkan kepada kesesuaian dan juga permintaan iaitu Kon Kecil dan Kob Besar. Kob Kecil mempunyai berat buah sekitar 1.0 - 2.5 kg sebiji semantara Kob Besar saiz buahnya adalah sekitar 3.0 - 7.0 kg sebiji. Ramai generasi sekrang tidak kenal akan durian D99 yang ada dijual pada musim buah-buahan kerana tidak tahu akan pencirian sifat buah tersebut. Dikalangan petani, peraih, pegawai pengembangan (yang baru kerja) mungkin juga kurang kenal akan buah durian 'King of the Fruit' varieti ini yang sangat terkenal semanjak 45 tahun dulu. Artikel kali ini saya cuba menjelaskan ciri-ciri Durian D99 dengan ada gambarnya sekali agar menjadi panduan kepada pembaca. Maklumat ini merujuk kepada maklumat pencirian buah durian dilaman web di Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel subuh Isnin ini sempena cuti rehat Tahun Baru Cina saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri-ciri durian varieti Kop Kecil (Katak Kecil) atau D99 untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Klon Durian D29 ditanam menggunakan abakbenih yang telah disahkan dan mengambil masa lama untuk mula menghasilkan buah bergantung kepada pengurusan kebun. Jangkamasa dari waktu berbunga sehingga buah masak dan gugur adalah selama 105-115 hari. Pokok durian D29 adalah rimbun dan mempunyai dahan yang banyak untuk menghasilkan bunga dan buah. Cantasan pembentukan sangat penting di peringkat awal penanaman. Harga durian klon D99 adalah tinggi setanding dengan klon popular lain seperti Klon Durian D197 ( Raja Kunyit/Musang King), Klon Durian D24, Klon Durian 123 (Chanee), Durian 175 (Udang Merah) dan sebagainya. Tahun 2015 dijangka harga durian diparas paling tinggi apabila pengeluaran durian sangat kurang (dianggarkan cuma 40-60% sahaja dari tahun sebelumnya) pada musim utama. Jenis buah ini berasal dari Thailand dimana buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat tetapi dempak ditangkai dan dihujung (Sila lihat foto disebelah). Warna kulitnya hijau gangsa. Durinya halus dan tajam. Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal. Rasanya manis. Ira isinya halus dan agak lembek.

Biji Durian D99 berwarna coklat dan bersaiz sederhana (Lihat foto sebelah). Bijinya padat dengan kadar ulas yang mengandungi biji penoh adalah pada kadar sebanyak 80% dan ulas yang mengandungi biji tidak penoh 20%. Klon Durian D99 jarang mempunyai biji yang kesep. Purata bilangan ulas dalam satu pangsa ada 2 - 4 Ulas. Bagaimana pun pokok durian D99 yang telah berumur melebihi 20 tahun kadang-kadang ada terdapat kejadian biji kesep dan bilangan biji yang agak berkurangan berbanding dengan pokok muda. Biji durian D99 boleh disemai untuk dijadikan 'root stock' bagi penyediaan anak benih cantuman.

Bentuk buah D99 adalah bulat dengan warna kulit buah yang kehijauan serta mempunyai duri tajam. Panjang buah adalah sederhana dengan purata panjangnya 21 - 22 cm dan garispusat buah juga sederhana iaitu purata 19 - 21 cm. Kajian pakar juga menyatakan kadar panjang kepada lebar buah adalah pada ukuran 1.07:1. Klon durian D99 juga mempunyai bentuk buah yang mudah dikenali oleh pakar-pakar buah durian dan peraih yang mahir kerana ia mempunyai lekukan dibahagian bawah buah dengan ketara (Lihat foto sebelah). sahaja apabila beberapa jenis klon di kumpulkan bersama. Paling baik jika anda hendak mengetahui klon durian D99 dengan perlu melihat sekali pencirian pada pokoknya selain daripada melihat pencirian pada buah sahaja (paling tepat lihat buah tersebut). Dibahagian bawah buah (orang jawa kata 'bontot buah') akan terdapat bulatan berwarna coklat perang berukuran 1-1.5 cm garispusat dengan titik kehitaman ditengahnya dan akan jelas persempadanan pangsa ulas durian. Tanda garisan sempadan pangsa pada klon D99 boleh dikatakan seimbang yang lazimnya ada 4-5 garisan atau sempadan pangsa. Garisan ini memudahkan kerja-kerja membelah durian untuk klon D99. Klon ini juga tidak mempunyai masaalah untuk dibelah pencirian ini. Membelah menggunakan parang atau alat pengopek durian bagi klon ini adalah SEDERHANA senang. Kajian juga menunjukkan tebal kulit D99 purata setebal 1.0 cm iaitu sederhana. 


Tangkai durian D99 adalah sederhana iaitu dengan purata panjang 4.7 cm. Tangkai buah adalah berwarna coklat berbentuk bulat selinder dan mempunyai ukuran garispusat berikuran 1.7 cm (Sila lihat foto sebelah). Jika diperhatikan ciri khusus ialah dimana susunan duri pada pangkal tangkai buah merupakan duri halus pendek yang bergabung. Terdapat tanda melekuk yang sangat ketaral pada bahagian bahu seperti yang membolehka ia dijadikan satu ciri bagi varieti ini. Di kawasan kebun durian tradisional varieti ini agak kurang ditanam kerana ia diambil daripada negara Thailand dan kalau ada ia ditanam secara bercampur dengan varieti lain dikawasan dusun durian. Sebenarnya penanaman durian dengan klon bercampu amat digalakkan kerana ia akam memberikan kadar pendebungaan lebih cekap dan hasil lebih baik. Durian D99 yang mempunyai isi yang berwarna kuning dengan sederhana tebal rasa amat manis tetapi kualiti ira isinya adalah halus dan lembik. Kepada peminat durian yang ingin makan durian Kop Kecil atau D99 boleh berkunjung kekebun durian yang memiliki jenis ini. Wasallam!.

DURIAN ... KOP KECIL NAMANYA...
D99... ITU SENARAI DAFTARNYA...
ASAL THAILAND... POPULAR JUGA... 
RASA MANIS... LEMBIK ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Malaysia.
(11 JamadilAwal 1436H)

Wednesday, February 25, 2015

PADI - SEMAKAN TANAMAN PADI (Part 3)


SEMAKAN TANAMAN PADI (Rice Check) adalah satu panduan untuk menguruskan tanaman padi (Oryza sativa) mengikut sasaran yang ditetapkan. Terdapat 10 peringkat yang ada dimana setiap peringkat Rice Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan tanaman padi yang baik ke arah penghasilan yang lebih tinggi. Aktiviti pemantauan dan pemerhatian pokok padi dan status sawah/ ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah faktor yang penting untuk mengenalpasti masalah dan perlu untuk mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman padi perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang setiap musim. Pengamalan semakan tanaman padi merupakan satu dari Amalan MyGAP yang perlu diamalkan oleh pesawah diseluruh Malaysia sama ada dikawasan jelapang padi mahu pun dikawasan luar jelapang padi. Jadual 1 dibawah menunjukkan purata pengeluaran padii negara sekitar 4,476 kg sehektar (4.4 mt/ha) yang melibatkan seluas 194,356 hektar kawasan utama jelapang padi di Malaysia. Kawasan MADA merupakan kawasan pengeluaran utama padi negara dengan keluasan 96,558 hektar dan purata pengeluaran 5,038 kg/ha dengan jumlah pengeluaran padi sebanyak 963,189 mt pada tahun 2010. Pengamalan semakan tanaman padi oleh pesawah dikawasan jelapang padi amat penting bagi meningkatkan prodiktiviti padi negara. Artikel subuh Ahad ini saya berkarya lagi dalam "Anim Agro Technology" pemahaman penulis mengenai 'Rice Check' untuk dikongsi bersama anda semua.

Jadual 1: Maklumat Pengeluaran Padi diKawasan Jelapang Padi 2010


RICE-CHECK UTAMA 7

PEMBAJAAN
Konsep rice-check ke 7 berkaitan dengan pembajaan dimana motonya "Hasil yang tinggi diperolehi melalui pembekalan nutrien yang mencukupi dan tepat pada masa yang diperlukan". Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasilan padi maksima atau hasil potensi sebanyak 10 tan sehektar dicapai. Berikut jadual pembajaan dalam rice-check yang sesuai diikuti oleh pesawah. Jadual 2 dibawaj menunjukkan pemberian baja mengikut jenis dan kuantiti serta masa pembajaan yang betul.


Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut varieti padi adalah berbeza dan juga mengikut jenis tanah. Baja foliar digalakkan untuk digunakan bagi menambah nutrien padi pada 45HLT dan 65HLT. Jadual 3 dibawah menjelaskan kaedah pembajaan seperti berikut.

Jadual 3: Kadar pembajaan padi ikut varieti

RICE-CHECK UTAMA 8

PENGURUSAN AIR
Konsep ke 8 dalam rice check adalah berkaitan dengan moto iaitu sistem "Pengurusan air yang cekap dan mencukupi pada masa diperlukan adalah penting untuk pengeluaran hasil yang tinggi".  Buat parit kilik sepanjang batas petak untuk mempercepatkan pengairan dan saliran. 
Jaga kedalaman air di dalam petak antara 5 – 10 cm (2-4 inci) bergantung kepada ketinggian pokok sepanjang peringkat pertumbuhan. Pastikan jangan berlaku kekeringan kerana ia akan mengurangkan hasil padi. Kajian menunjukkan bagi varieti matang 105 -111 hari keringkan air 7-10 hari sebelum tuai. Bagi varieti matang 120 hari dan lebih keringkan air 14 hari sebelum tuai.


RICE-CHECK UTAMA 9

KAWALAN PEROSAK
Konsep seterusnya adalah mengenai kawalan rumpai dimana motonya adalah "Rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi". Aktiviti kawalan rumpai dilakukan semanjak proses penyediaan tanah dan juga libatkan aktiviti pengurusan air yang sempurna membantu dalam kawalan rumpai.  Periksa 3 - 5 hari sekali selepas tabur benih dan kenalpasti rumpai yang terdapat di dalam petak sawah. Masa mengawal rumpai ialah beberapa cara dimana masa TERBAIK pada tempoh KURANG 15 HLT dan masa
KRITIKAL pada 15 - 30 HLT dan kawalan rumpai KURANG BERKESAN pada LEBIH 30 HLT.  Pilih jenis racun rumpai yang sesuai dengan rumpai yang dikenalpasti di sawah. Antara jenis-jenis racun yang biasa digunakan ialah prethilachlor, thiobencarb + propanil dan 2, 4-D butyl ester.
Dinasihatkan JANGAN guna racun jenama yang sama lebih dari 3 musim berturut-turut kerana ia boleh menyebabkan kerintangan (kebal). 

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN PENYAKIT 
Kawalan perosak perlulah mengikut konsep Pengurusan Perosak Secara Bersepadu (IPM) iaitu kawalan dijalankan setelah serangan mencapai tahap ambang tindakan. Tahap ambang tindakan beberapa jenis perosak dan penyakit utama dan syor kawalan adalah seperti Jadual 4 yang berikut :

Jadual 4: Kawalan perosak dan penyakit padi

Perosak / Penyakit
Tahap Ambang
Tindakan (ATL)
Contoh (Bahan Aktif
Racun)
1. Tikus
 5% serangan
 Chlorophacinone
 Brodifocoam
2. Siput gondang
   emas
 1 ekor bagi 1 meter persegi
 Saponin  Niclosamide
3. Ulat gulung daun
 40% serangan
 Buprofezin + cartap
 hydrochloride
4. Ulat batang
 40% serangan atau 2  ekor
 Seperdu
 Fipronil Carbaryl
5. Bena perang
 20 ekor dewasa / 50 ekor
 Nimfa seperdu
 Buprofezin
 imidaclopid
6. Bena Belakang
   putih
 20 ekor dewasa / 50  ekor
 Nimfa seperdu
Carbaryl imidaclopid
7. Hawar seludang
 10% serangan
 Difenochonazole
 pencycuron      

Bagi kawalan tikus lakukan kerja berikut biasanya dilakukan dengan membuat pengumpanan sebelum dan semasa penyediaan tanah, semasa menabur benih, padi bunting dan padi berbuah.


RICE-CHECK UTAMA 10

PENUAIAN
Menuai hasil padi adalah perkara yang boleh menentukan produktiviti hasil padi. Ini kerana "Pengurusan penuaian sempurna menentukan hasil sebenar diperolehi". Menuai tanaman padi apabila diperiksa bahawa sebanyak 85% padi adalah cukup masak.  Semasa ini pastikan sentiasa untuk mengawasi kerja-kerja penuaian bagi memastikan peratus kehilangan (padi tumpah) berada pada tahap minima. Hanya menggunakan jentuai yang cekap dari kontraktor berwibawa dengan cuaca pemotongan yang sesuai. Hasil padi yang dituai seterusnya dihantar kekilang dengan kadar segara untuk mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan berat timbangan. 
Demikian 10 peringkat semakan tanaman padi (rice check) yang boleh dibaca dan dirujuk oleh semua. Wasallam!.

SEMAKAN TANAMAN PADI.... ADA...
10 PERKARA... MUDAH SAHAJA...
AMALAN MYGAP... SYARATNYA...
HASIL TINGGI... HATI GEMBIRA....


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 212, Hotel Tandop, Jalan Langgar,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(13 Rabiulawal 1436H)

Tuesday, February 24, 2015

PADI - SEMAKAN TANAMAN PADI (Part 2)



SEMAKAN TANAMAN PADI (Rice Check) adalah satu panduan untuk menguruskan tanaman padi (Oryza sativa) mengikut sasaran yang ditetapkan. Terdapat 10 peringkat yang ada dimana setiap peringkat Rice Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan tanaman padi yang baik ke arah penghasilan yang lebih tinggi. Aktiviti pemantauan dan pemerhatian pokok padi dan status sawah/ ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah faktor yang penting untuk mengenalpasti masalah dan perlu untuk mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman padi perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk dapat mempertingkatkan pengurusan ladang setiap musim. Pengamalan semakan tanaman padi merupakan satu dari Amalan MyGAP yang perlu diamalkan oleh pesawah diseluruh Malaysia sama ada dikawasan jelapang padi mahu pun dikawasan luar jelapang padi. Jadual 1 dibawah menunjukkan purata pengeluaran padii negara sekitar 4,476 kg sehektar (4.4 mt/ha) yang melibatkan seluas 194,356 hektar kawasan utama jelapang padi di Malaysia. Kawasan MADA merupakan kawasan pengeluaran utama padi negara dengan keluasan 96,558 hektar dan purata pengeluaran 5,038 kg/ha dengan jumlah pengeluaran padi sebanyak 963,189 mt pada tahun 2010. Pengamalan semakan tanaman padi oleh pesawah dikawasan jelapang padi amat penting bagi meningkatkan prodiktiviti padi negara. Artikel subuh Ahad ini saya berkarya lagi dalam "Anim Agro Technology" pemahaman penulis mengenai 'Rice Check' untuk dikongsi bersama anda semua.

Jadual 1: Maklumat Pengeluaran Padi diKawasan Jelapang Padi 2010



RICE-CHECK UTAMA 4

JADUAL PENGAIRAN

Konsep ke 4 adalah "Ikut jadual pengairan untuk menjimatkan air". Lakukan aktiviti penyediaan tanah selaras mengikut fasa pertumbuhan padi seperti jadual pengairan yang dikeluarkan oleh MADA. Patuh kepada jadual ini juga membantu penuaian dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pihak berkuasa dalam sistem pengairan akan mengeluarkan jadual sistem pengairan dan dieritahu kepada semua pesawah melalui ntis dan ketua-ketua blok. Adalah malang jika penanaman padi tidak dapat mengikuti jadual sistem pengairan yang telah disturkan.



RICE-CHECK UTAMA 5

PENYEDIAAN TANAH
Konsep kelima dalam Rice check adalah keupayaan dalam proses "Penyediaan tanah yang sempurna asas kepada pertapakan benih yang seragam".
Kerja membajak dengan Bajak Putar tanah sehingga kedalaman 10 cm - 15 cm (4 inci - 6 inci). Sebelum menabur benih pastikan keadaan tanah lumat dan bersaiz kurang dari 2.5 cm (1 inci).
Tanah sawah perlu rata. Perbezaan kerataan tanah mestilah lebih kurang 5 cm (2 inci). Buang jerami padi, tunggul padi, rumpai atau anak padi batat yang masih tertinggal di dalam petak. Buat lorong kerja pada jarak 10 kaki antara lorong.


RICE-CHECK UTAMA 6

MENABUR BENIH
Konsep ke6 dalam semakan ini adalah "Benih terbaik menjamin hasil yang tinggi". Pastikan menggunakan benih padi terbaik dan berkualiti yang didapati dari sumber yang sah. Peratus percambahan benih mestilah tidak kurang dari 80%.
Rendam benih dengan bahan penggalak percambahan bagi membantu pertapakan anak benih yang baik. Tabur 140 kg/hektar (40 kg/relong) bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 400 bilangan anak benih yang bercambah untuk 1 meter persegi. Guna penyembur berjentera untuk mendapatkan sebaran benih yang seragam (Sila lihat foto disebelah). Kerja menabur benih perlu dilakukan mengikut jadual yang sesuai dengan jadual pengairan dan keseragaman dengan pesawah lain dilokasi yang sama. Bersambung pada artikel Rice-check pada Part 3. Wasallam.

SEMAKAN TANAMAN PADI.... ADA...
10 PERKARA... MUDAH SAHAJA...
AMALAN MYGAP... SYARATNYA...
HASIL TINGGI... HATI GEMBIRA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 212, Hotel Tandop, Jalan Langgar,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(13 Rabiulawal 1436H)

Monday, February 23, 2015

PADI - SEMAKAN TANAMAN PADI (Part 1)



SEMAKAN TANAMAN PADI (Rice Check) adalah satu
panduan untuk menguruskan tanaman padi (Oryza sativa) mengikut sasaran yang ditetapkan. Terdapat 10 peringkat yang ada dimana setiap peringkat Rice Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan tanaman padi yang baik ke arah penghasilan yang lebih tinggi. Aktiviti pemantauan dan pemerhatian pokok padi dan status sawah/ ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah faktor yang penting untuk mengenalpasti masalah dan perlu untuk mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman padi perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang setiap musim. Pengamalan semakan tanaman padi merupakan satu dari Amalan MyGAP yang perlu diamalkan oleh pesawah diseluruh Malaysia sama ada dikawasan jelapang padi mahu pun dikawasan luar jelapang padi. Jadual 1 dibawah menunjukkan purata pengeluaran padii negara sekitar 4,476 kg sehektar (4.4 mt/ha) yang melibatkan seluas 194,356 hektar kawasan utama jelapang padi di Malaysia. Kawasan MADA merupakan kawasan pengeluaran utama padi negara dengan keluasan 96,558 hektar dan purata pengeluaran 5,038 kg/ha dengan jumlah pengeluaran padi sebanyak 963,189 mt pada tahun 2010. Pengamalan semakan tanaman padi oleh pesawah dikawasan jelapang padi amat penting bagi meningkatkan prodiktiviti padi negara. Artikel subuh Ahad ini saya berkarya lagi dalam "Anim Agro Technology" pemahaman penulis mengenai 'Rice Check' untuk dikongsi bersama anda semua.

Jadual 1: Maklumat Pengeluaran Padi diKawasan Jelapang Padi 2010


RICE-CHECK UTAMA 1

PENENTUAN STATUS KEASIDAN TANAH


Sawah Padi di Malaysia lazimnya mempunyai 3 jenis tanah yang berasaskan kepada bahan induk iaitu Tanah Lanar Laut (Kawasan Pantai Barat Semenanjung - Kawasan MADA), Tanah lanar Sungai (Kawasan Pantau Timur KETARA dan KADA) dan Jenis Tanah Lanar Organik (Seperti di Rompin, Barat Laut Selangor dan Sarawak). Paras keasidan tanah dalam sawah menentukan kadar pembajaan, pengurusan dan juga penghasilan. Pastikan tanah sawah tidak berasid merupakan satu faktur penting dalam tanaman padi. Oleh itu pesawah perlu mendapatkan bantuan Pegawai-Pegawai Pengembangan PPK MADA dan Jabatan Pertanian untuk menentukan keasidan tanah. Kajian menunjukkan pH tanah yang paling sesuai untuk tanaman padi ialah 5.5 - 6.5. Jika bacaan pH tanah kurang dari pH 5.5 tabur kapur jenis debu atau sembur kapur jenis cecair. Penggunaan jenis kapor dan ketepatan amat penting. Kadar kapur debu yang perlu digunakan ialah jikakada bacaan pH 5.0 – 5.5 maka ditabur sebanyak 1.4 tan/hektar kapor atau pun kadar 16 beg/ relong @ 25 kg/beg. Seterusnya jika bacaan pH 4.5 - 5.0 maka perlu ditabur sebanyak 2.8 tan/hektar kapor (32 beg/relong @ 25 kg/beg), Jika bacaan pH 4.5 dan kurang maka perlu ditabur sebanyak 5.0 tan/hektar (57 beg/relong @ 25 kg/beg). Jika jenis kapur cecair digunakan maka kadar yang disyorkan ialah pada bacaan pH 4.5 – 5.0 maka perlu disembur sebanyak 17.5 liter/hektar (5 liter/relong). Jika bacaan pH 3.5 - 4.5 maka perlu disembur 35 liter/hektar kapor cecair (10 liter/relong). Jika bacaan pada pH 3.5 dan kurang maka perlu disembur sebanyak 52.5 liter/hektar kapor cecair (15 liter/relong). Analisa tanah yang lengkap berkaitan status kemasaman atau kesuburan tanah akan dilakukan oleh MADA dan Jabatan Pertanian secara berperingkat-peringkat. Syor pembaikan akan dikeluarkan berdasarkan kepada keputusan yang didapati.


RICE-CHECK UTAMA 2

KEADAAN PETAK SAWAH


Konsep untuk Rice-check kedua adalah "Petak sawah mestilah rata dan dijaga dengan baik". Ini bermakna pada permukaan sawah mestilah rata. Perbezaan antara tempat paling rendah dan paling tinggi lebih kurang 5 cm (2 inci). Lakukan perataan tanah pada musim kering jika tanah sawah tidak rata. Batas mesti dijaga dengan sempurna untuk mengawal air di dalam petak. Jangan guna racun rumpai jenis menyerap contohnya glifosat dengan kerap untuk mengawal rumpai di atas batas kerana ia boleh menyebabkan struktur tanah batas runtuh. Sebaiknya guna mesin rumput jenis galas untuk kawalan rumpai di batas. Pastikan adanya tempat air masuk dan keluar bagi setiap petak sawah. Anda boleh membaca teknologi merata sawah padi dengan membaca artikel saya sebelum ini mengenai merata sawah (Sila klik disini). Merata sawah banyak membantu dalam peningkatan hasil padi.


RICE-CHECK UTAMA 3

KAWALAN PADI ANGIN


Konsep ketiga adalah "Padi angin boleh mengurangkan hasil padi sehingga 90%". Kenalpasti petak yang mengalami infestasi padi angin musim lepas bagi memudahkan kawalan dijalankan pada musim ini. Kaedah paling berkesan mengawal padi angin ialah menanam (mencedung). Sekiranya kaedah tabur terus hendak diamalkan pastikan langkah-langkah berikut diikuti. Pertaman potong tunggul padi rapat dengan tanah antara 0 hingga 5 hari lepas menuai.Serakkan dengan sekata di dalam petak. Kemudian bakar jerami yang kering. Ini bertujuan bagi memusnahkan benih padi (termasuk benih padi angin) yang terdapat di atas permukaan tanah. Buat putaran kering 7-14 hari selepas membakar jerami. Ini bertujuan memusnahkan benih padi yang tumbuh selepas pembakaran. Sembur racun glifosat jika masih lagi terdapat padi batat yang tumbuh selepas 7-10 hari putaran kering dijalankan. Buat putaran kedua dalam keadaan basah (air bertakung). Selepas putaran ini sembur racun pretilachlor pada kadar 500 ml/relong ke atas permukaan air. Ini bertujuan bagi membunuh benih padi yang terdapat di dalam air bagi petak tersebut. Takung air sekurang-kurangnya 7 hari sebelum disalir keluar. Buat putaran ketiga diikuti dengan membadai dan pembinaan lorong kerja pada jarak 10 kaki antara lorong. Tabur benih bermutu (didapati dari sumber yang sah) yang direndam dengan bahan penggalak percambahan benih bagi membantu pertapakan anak benih yang baik. Buat penakaian (potong) padi meninjau sebelum tangkai padi masuk isi. Jika hendak membaca artikel saya mengenai padi angin (Sila klik disini). Sekiranya kaedah menanam dan kaedah di atas tidak dapat diikuti, kaedah tabur benih dalam air disyorkan. Sila baca artikel selanjutnya dalam Semakan tanaman Padi Part 2 dan Part 3. Wasallam!.



SEMAKAN TANAMAN PADI.... ADA...
10 PERKARA... MUDAH SAHAJA...
AMALAN MYGAP... SYARATNYA...
HASIL TINGGI... HATI GEMBIRA....


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 212, Hotel Tandop, Jalan Langgar,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(13 Rabiulawal 1436H)