TANAMAN KOPI (Coffea liberica) di Malaysia merupakan satu jenis tanaman yang masih diusahakan oleh petani terutama di Sabah dan Johor. Terdapat seluas 3,764 hektar tanaman kopi di negara kita pada tahun 2014 dengan junlah pengeluarkan direkodkan sebanyak 16,560 mt (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia). Amalan agronomi tanaman kopi yang dilakukan oleh petani di negara kita berbagai-bagai dan mengikut kesesuaian jenis tanah, cara pengurusan dan umur pokok. Penulis telah berpeluang melawat beberapa kawasan tanaman kopi komersil dibawah tanaman kelapa Matag di Benut, Pontian dimana petani tersebut meletakkan tayar lori dipangkal setiap pokok kopi (Sila lihat foto diatas). Kebun seluas 24 ekar ini menanam kelapa Matag berumur 8 tahun dengan kopi yang berumur 6-7 tahun. Kopi jenis liberica ini adalah daripada varieti MKL 3, MKL 4 dan juga MKL 7 (Varieti kopi terbaru yang diistiharkan MARDI pada tahun 2008). Menurut pemilik kebun, Encik Gan menyatakan kopi varieti MKL 7 merupakan varieti kopi yang di paling suka kerana buahnya besar dan biji kopinya juga besar. Terdapat sekitar 300 pokok varieti MKL7 yang telah berbuah dan dalam keadaan terjaga dengan baik. Jenis tanah adalah coastal alluvium (berliat) dengan mempunyai sistem perparitan yang sempurna setiap 60 kaki (1 rantai). Sekilas pandang penulis agak pelik juga kenapa diletakkan tayar lori yang besar dibawah pokok kopi semasa mula menanam dahulu?. Amalan ini agak jarang dilakukan oleh kebanyakan penanam kopi di Johor dan mana-mana lokasi kebun kopi yang lain. Ini kerana bukan mudah untuk mencari tayar lori terpakai dengan jumlah beratus-ratus buah malahan sehingga beribu. Tayar terpakai ini dulu kita dengan dibuat tukun atau dikitar semula atau yang terbiar akan menjadi perumah kepada nyamok. Artikel malam ini sambil berehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penggunaan tayar lori terpakai diletakkan dibawah pokok kopi di Pontian sekadar untuk mencetuskan otak pemikiran kita dalam usaha menanam kopi.
Tayar lori terpakai berukuran 1.5 - 2.0 meter garispusat dibeli daripada pemborong kedai tayar terpakai. Tayar-tayar ini diletakkan dibawah anakpokok yang baru ditanam dahulu dimana menurut petani tersebut ia adalah untuk mengelakkan pokok kopi tenggelam dalam air semasa musim hujan (monsoon). Tayar ini akan diisikan dengan tanah dan benih ditanam diatasnya setelah dibubuh baja organan, CIRP dan TSP didalam lubang penanaman. Usaha ini didapati berjaya kerana ketika hujan lebat pada bulan Disember didapati paras air dalam kebun meningkat dan hampir semua anakpokok kopi selamat. Tanaman kopi adalah tidak tahan dikawasan yang terendam dan ia mudah mati. Sistem saliran sempurna dengan teknik menanam diatas busut atau dalam tayar ini didapati satu cara dalam pengamalan teknologi yang cekap. Kini setelah pokok dewasa maka tayar tersebut masih berfungsi dengan baik dimana ia masih mengikat pangkal pokok kopi dengan kuat (Sila lihat foto disebelah). Kerja-kerja mengawal rumpai yang dilakukan membolehkan kebun contoh ini dalam keadaan bersih dan nyamok juga agak kurang. Aktiviti cantasan dikebun ini dilakukan mengikut jadual dimana pokok kekal setinggo 4 -5 kaki sahaja. Ianya memudahkan kerja-kerja mengutip hasil dan kawalan perosak tanaman.
Pembajaan pokok kopi dilakukan 4 kali setahun dengan baja NPK 12:12:17:2 dan juga aktiviti pengaporan. Baja ini ditabur disekeliling pokok kopi diluar tayar sekitar kanopi daun (Sila lihat foto disebelah). Oleh kerana jenis tanah dikebun ini rendah kandungan humus maka pemberian baja organan selalu diberikan perhatian. Kebun kopi yang sentiasa dicantas dengan sempurna mengikut jadual menyebabkan bentuk pokok yang seimbang dan dahan pokok mampu mengeluarkan bunga dan buah kopi dengan baik. Penulis juga mendapati dahan pokok kelapa matag yang tua dan melempai dipotong bagi memberikan penggunaan baja optimum pada pokok kopi dan kelapa selain memberikan lebih cahaya matahari kepada pokok kopi. Semua buah kelapa dari kebun ini dipetik sebagai buah muda dan dijual dengan harga ladang RM1.20 - RM1.40 sebiji bergantung kepada saiz. Bilangan buah kelapa Matag dihasilkan sekitar 12 - 18 biji setandan dan ada kalanya jika keadaan baik mencecaah 28 - 30 biji setandan. Jualan kelapa Matag dipetik sebagai kelapa muda ini lebih menguntungkan berbanding dengan jualan kelapa tua diantara RM1.00 - RM1.20 sebiji sahaja. Selain daripada isipadu airnya banyak, kelapa Matag muda ini amat sesuai dijadikan air minuman kelapa dan diproses menjadi 'coconut shake' yang amat terkenal di Melaka.
Kebun ini didapati amat terjaga dari segi amalan agronomi dan dijadikan contoh kepada pekebun lain. Pekerja tempatan diberi peluang memetik buah kopi jambu dengan kadar ubah minima sebanyak RM0.25 sekilogram bermakna kalau mereka mengutip sebanyak 80 kg maka mendapat upah RM20.00 atau RM25.00 untuk 100 kg buah kopi. Buah kopi yang masak akan dipetik dan dimasukkan dalam guni (Sila lihat foto disebelah) sebelum ditimbang dan disimpan dalam setor. Oleh kerana pokok kopi dikebun ini dibuat cantasan dengan baik dan kawasan kebun juga bersih maka aktiviti memetik kopi yang telah masak dapat dilakukan dengan cepat dan cekap. Penggunaan tayar lori dikebun ini juga amat menarik ramai pengunjung dari luar negara untuk melawat kebun kopi yang komersil dan produktif. Semuga artikel coretan kali ini dapat memberikan info berguna kepada anda. Wasallam!.
TANAM KOPI .... TAYAR DIGUNA....
PANGKAL POKOK...ITU TEMPATNYA...
ELAKAN BANJIR... ITU ALASANNYA...
POKOK SUBUR... PERLU DIBAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Kopi Komersil,
KM 20, Kg Tampok Laut,
Benut, Pontian,
Johor, Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1436H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.