Saturday, January 24, 2015

KELULUT - KEAJAIBAN MADU KELULUT


MADU KELULUT (Stingless bee honey) merupakan sejenis madu yang berkhasiat dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Percaya atau tidak rasa dan khasiat madu bergantung kepada pengaruh persekitaran sesebuah kawasan terutama bunga yang menjadi sumber makanan kepada koloni berkenaan. Kelulut (Heterotrigona spp) mempunyai banyak jenis tetapu dua jenis yang sering diternak adalah Trigona itama dan Trigona thorarica. Ini menyebabkan penulis banyak membuat tinjauan dan pemerhatian mengenai industri ternakan kelulut yang semakin menarik ramai usahawan masa kini. Golongan muda merupakan mereka yang ramai berminat untuk menternak kelulut setelah mereka menjalani latihan dan kursus atau lawatan kebeberapa projek ternakan kelulut yang berjaya. Kursus ternakan kelulut dibawah Program Agropreneur Muda Jabatan Pertanian yang diadakah di Pusat Pertania sekayu, Terengganu contohnya telah melatih lebih 30 orang usahawan teknologi ternakan kelulut. Saya sebagai salah seorang penceramah jemputan amat berbangga kerana kebanyakan peserta kursus tersebut kini telah menternak kulut dengan lebih konfident. Ia dibuktikan seorang pengusaha, Hafify Hafiz Saripudin, 29, apabila kelulut diusahakan di kawasan ladang herba di Kampung Pasir Ambor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan menghasil­kan produk berkhasiat. Malah, sebagai testimoni adiknya yang menghidap penyakit leukemia kronik tahap empat pada 2011 turut menggunakan madu kelulut. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu testimoni dalam akhbar Kosmo mengenai keajaiban madu kelulut yang diterbitkan pada 13 Januari 2015 untuk dijadikan bahan rujukan anda.

Masyarakat sedia maklum madu lebah mempunyai khasiat luar biasa, tetapi madu kelulut yang diternak di dalam ladang herba dikatakan jauh lebih berkhasiat. Buktinya, doktor memaklumkan adik lelaki saya yang ketika itu berusia 13 tahun menghidap leukemia dan sukar untuk diubati, pulih dengan mengamalkan minum madu kelulut herba secara teratur selama enam bulan," katanya. Penternak muda ini telah mula menternak kelulut secara kecil-kecilan pada 2012, kini Hafify Hafiz mempunyai 200 sarang madu kelulut. Ia diiktiraf Jabatan Pertanian negeri sebagai satu-satunya pengusaha madu yang menjadikan herba sebagai sumber makanan kelulut diternak. "Saya pernah menghadiri kursus menternak kelulut di Sekayu, Terengganu pada 2012 bersama 45 peserta seluruh negara. "Ketika itu, difahamkan saya antara satu-satunya penternak kelulut herba di negara ini," katanya. Menurut Hafify Hafiz, madu kelulut sentiasa mendapat permintaan berterusan pelanggan dan antara spesies atau koloni kelulut di ladangnya adalah tetrigona, homotrigona, odontorigona, lophotrigona dan tetragonilla.

Selain madunya, kelulut juga boleh menghasilkan propolis yang bernilai tinggi dan mempunyai khasiat perubatan. Hasil propolis terhasil daripada struktur binaan sarang kelulut dan tempayan simpanan madu yang dihasil­kan kelulut. Jika disimpan ia menjadi seperti ketulan batu," katanya. Bagi penggunaanya, ia perlu ditumbuk hancur dan dicampur dengan madu kelulut herba serta diminum dengan teratur. "Inilah yang diamalkan adik saya hingga dia sembuh," katanya ditemui di kampung itu baru-baru ini. Hafify Hafiz berkata, rasa setiap madu kelulut berbeza mengikut spesis dan sumber makanan iaitu nektar yang diperolehinya. Kebanyakan madu kelulut diternak di ladang biasa rasanya manis, sementara di ladang herba menghasil­kan madu masam. Antara pokok herba terdapat di ladang saya adalah tongkat ali, mahkota dewa, pecah beling, mas cotek, pokok pelanduk dan buah ajaib," katanya. Pokok lain seperti belimbing madu, bidara, pokok kenanga, sirih, limau purut dan serai turut ditanam dan pokok ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Menurutnya, bagi memudahkan proses mengambil madu dari tempayan, dia menggunakan pam khas iaitu vakum (penyedut hampagas) bagi membantu mempercepatkan proses pengambilan madu. "Kira-kira 200 sarang kelulut ini mampu menghasilkan hampir 80 kilogram madu sebulan dengan kekerapan pengambilan dua kali sebulan. "Madu kelulut biasa dijual RM150 sekilogram sementara RM300 sekilogram bagi madu herba," katanya. Selain daripada beliau mengusahakan madu kelulut, Hafify Hafiz berkata dia juga ada menjual sarang kelulut bagi yang berminat untuk menternak secara kecil-kecilan. "Sebuah sarang yang lengkap dengan kelulut dijual pada harga RM450 dan sebelum dijual saya akan pastikan ia mempunyai telur yang menunjukkan sarang itu lengkap dihuni kelulut jantan dan betina," katanya. testimoni dan laporan akhbar ini adalah sebagai satu bukti dimana penternakan kelulut mempunyai masa depan yang amat cerah untuk di bangunkan dinegara kita. Bagaimana pun paling penting adalah kejujuran semua penternak agar tidak melakukan perkara kurang seperti membuat madu kelulut tiruan. Anda boleh baca artikel saya berkaitan kelulu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) dan banyak lagi. Wasallam!.


TERNAK KELULUT... MENARIKNYA...
HADIR KURSUS...ANTARA CARANYA...
HASILKAN MADU ....PROPILIS JUGA...
SUMBER NEKTAR... MADU BERBEZA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 724, Hotel Pine Tree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.