Friday, September 19, 2014

KOPI - JENIS ROBUSTA

 
TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan sedikit dibahagian Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak. Penulis dapati ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada. BBerdasarkan laporan statistik Jabatan Pertanian 2013, terdapat seluas 5,667 hektar tanaman kopi dengan hasil sebanyak 16,608 metrik tan bernilai sebanyak RM10.83 juta yang majoriti ditanam di Johor, Selangor dan Perak. . Dari segi sejarah, tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika dan kemudian ia dibawa ke Malaysia pada tahun 1779 dengan jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Kini penanaman kopi di Malaysia menjadi semakin kurang diminati oleh petani kerana banyak faktur. Antara fakturnya seperti pendapatan yang rendah disebabkan harga biji kopi yang rendah serta tidak menentu, kos memungut hasil yang tinggi dan saingan dengan tanaman gantian seperti kelapa sawit. Walau pun pada masa ini hanya kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam di kawasan Semenanjung Malaysia tetapi tahap pendapatan masih rendah. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta (Coffea robusta) pula banyak ditanam di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Setakat ini tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja. Harga kopi di pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi harga biji kopi ialah gred kopi, kaedah pemperosesan biji kopi dan marjin pemasaran. Faktor luaran pula ialah status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai jenis-jenis kopi yang ditanam untuk menghasilkan biji kopi bagi dijadikan serbuk kopi yang terdiri daripada pelbagai jenama.


Pemerhatian dan pengalaman penulis mendapati pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih akan mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia akan mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam. Lazimnya buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak (Sila lihat foto disebelah kanan). Biasanya buah kopi yang dipetik dipanggil sebagai "Kopi Jambu" walau pun ia tidak ada kaitan dengan buah jambu. Buah kopi ini mengandungi dua biji "Kopi Beras" iaitu isi biji walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea atau pun berry. Kopi jenis Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh untuk pengeluaran bunga dan jangkamasa untuk masak. Dilaporkan juga kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak sebelum dipetik secara manual dengan tangan. Jenis kopi yang ada di tanam ini sangat banyak ragamnya. Bagaimana hanya empat jenis kopi yang diusahakan petani dan didagangkan secara komersil diseluruh dunia. Empat jenis kopi yang banyak diusahakan adalah jenis Kopi Arabika, Robusta, Liberica dan ExcelsaLaporan FAO menyatakan bahawa sebanyak 70% jenis kopi yang ditanam dan juga beredar di pasaran dunia adalah Kopi Arabika dan diikuti dengan jenis Kopi Robusta sebanyak 28% dan bakinya hanya 2% adalah Kopi Liberica dan Kopi Excelsa.


(2) KOPI ROBUSTA
Kopi Robusta (Coffea canephora) adalah jenis kopi yang kedua terluas ditanam didunia dengan menguasai sebanyak 28% daripada pengeluaran. Kopi Robusta adalah lebih toleran terhadap ketinggian kawasan kebun untuk ditanam tidak seperti jenis arabica yang perlu suhu sejuk sedikit. Jenis kopi ini boleh tumbuh dengan baik pada ketinggian sekitar 400-800 meter dari paras laut dengan suhu sekitar 21-24C (Itu pun dikategorikan agak sejuk juga berbanding dengan tanah rendah). Penanaman jenis kopi ini sangat sesuai untuk dilakukan didataran sederhana rendah dimana kopi arabika rentan terhadap serangan penyakit Karat Daun (HV disease). Kajian menujukkan masa dulu terdapat tanda serangan penyakit Karat Daun (HV disease) yang didapati memusnahkan tanaman kopi arabika dimana program penanaman semula dilakukan untuk kopi jenis kopi robusta yang lebih tahan penyakit di Indonesia. Jenis kopi robusta lebih cepat berbunga dibanding jenis kopi arabika selepas ditanam. Selalunya dalam waktu selama 2.5 tahun selepas penanaman kopi robusta sudah mulai boleh dituai hasilnya. Pada umur ini produktiviti adalah ditahap masih rendah. Produktiviti bagi kopi robusta secara purata adalah lebih tinggi dibandingkan dengan kopi arabika. Produktiviti kopi robusta adalah sekitar 900 -1,300 kg/ha/tahun. Pengurusan dan pemeliharaan yang intensif boleh meningkatkan hasil sehingga melebihi 2,000 kg/ha/tahun dikawasan tanah subur dan cuaca baik.


Tanaman kopi jenis robusta boleh menghasilkan biji kopi yang baik dengan pengurusan agronomi tanaman mengikut keperluan seperti pembajaan, kawalan rumpai dan penyakit. Bagaimana pun untuk berbuah dengan baik, jenis kopi robusta memerlukan waktu panas selama 3 - 4 bulan dalam setahun dengan beberapa kali hujan sahaja. Buah kopi robusta mempunyai bentuk yang bulat dan warna merahnya cenderung gelap (Sila lihat foto disebelah). Buah kopi jenis robusta melekat kuat pada tangkainya meski pun buah didapati cukup matang dan tidak mudah gugur. Kadar rendemen kopi robusta cukup tinggi sekitar 22%. Lazimnya antara para penggemar kopi menghargai jenis kopi robusta walau pun permintaannya agak lebih rendah berbanding jenis kopi arabika. Berbeza dengan isu pemasaran kopi lazimnya harga kopi robusta adalah agak yang murah berbanding arabika. Ramai juga para petani seringkali memproses sendiri biji kopi robusta dengan proses kering yang lebih murah. Bagaimana pun kopi ini dijual untuk dijadikan pelbagai produk kopi dipasaran dunia. Wasallam!.


JENIS KOPI...NAMA ROBUSTA...
BUAH BULAT..MERAH MASAKNYA...
TAHAN PENYAKIT..MUDAH JAGANYA...
MURAH SEDIKIT... HASIL UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jojakarta DIY,
Indonesia
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.