Pemerhatian dan pengalaman penulis mendapati pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih akan mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia akan mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam. Lazimnya buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak (Sila lihat foto disebelah kanan). Biasanya buah kopi yang dipetik dipanggil sebagai "Kopi Jambu" walau pun ia tidak ada kaitan dengan buah jambu. Buah kopi ini mengandungi dua biji "Kopi Beras" iaitu isi biji walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea atau pun berry. Kopi jenis Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh untuk pengeluaran bunga dan jangkamasa untuk masak. Dilaporkan juga kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak sebelum dipetik secara manual dengan tangan. Jenis kopi yang ada di tanam ini sangat banyak ragamnya. Bagaimana hanya empat jenis kopi yang diusahakan petani dan didagangkan secara komersil diseluruh dunia. Empat jenis kopi yang banyak diusahakan adalah jenis Kopi Arabika, Robusta, Liberica dan Excelsa. Laporan FAO menyatakan bahawa sebanyak 70% jenis kopi yang ditanam dan juga beredar di pasaran dunia adalah Kopi Arabika dan diikuti dengan jenis Kopi Robusta sebanyak 28% dan bakinya hanya 2% adalah Kopi Liberica dan Kopi Excelsa.
(1) KOPI ARABIKA
Ini merupakan jenis kopi yang paling popular ditanam dibeberapa negara termasuk di negara jiran Indonesia iaitu jenis Kopi Arabika. Kajian pasaran mendapati kopi arabika menguasai 70% pasaran dunia dan ia amat diminati oleh para peminat kopi dan amat menghargai jenis kopi arabika berbanding jenis kopi lain. Dari kajian yang saya buat mendapati jumlah pengeluaran kopi di negara-negara ASEAN adalah sebanyak 153,268 metrik tan pada tahun 2013 yang merupakan 26% daripada jumlah pengeluaran kopi dunia. Antara faktor penentu nilai pada mutu kopi arabika kerana habitat pertumbuhannya, teknik amalan agronomi, proses pasca tuai dan cara menyediaan atau pengolahan biji. Kopi Arabika (Coffea arabica) merupakan jenis kopi yang paling ditanam petani kerana ia mempunyai nilai rasa yang dinilai paling baik. Jenis kopi ini disyorkan untuk ditanam di tanah dengan tahap ketinggian antara 1,000-2,00 meter dari paras laut (Agak sejuk). Ini bermakna ia perlukan cuaca sejuk didataran tinggi dibeberapa negara pengeluar kopi arabika popular. Bagaimana pun ada dilaporkan bahawakopi arabika juga akan juga hidup dengan baik pada ketinggian diatas 800 meter walau pun pengurusan berbeza dan kualiti kopi juga berbeza.
Ada kajian mendapati jika ia ditanam di dataran yang lebih rendah maka jenis kopi ini sangat rentan terhadap penyakit dinamakan Karat Daun (HV disease). Kopi Arabika akan tumbuh pada keadaan yang optimum pada suhu sekitar antara16 - 20 Celcius dimana terutama dikawasan tanah tinggi. Bagaimana pun untuk mendapatkan hasil tuaian yang baik maka pokok kopi arabika perlukan suasana beberapa bulan kering sekitar 3 bulan dalam setahun. Pokok Kopi Arabika mula dituai setelah berumur 4 tahun. Anggaran produktiviti kopi ini purata antara 350 - 400 kg/ha/tahun bergantung kepada pengurusan dan umur pokok. Pengurusan tanaman secara intensif lazimnya boleh menghasilkan hasil kopi basah diantara 1,500 - 2,000 kg/ha/tahun. Lazimnya bila buah telah masak maka warna buah arabika menjadi merah terang (Sila lihat foto diatas). Buah yang telah matang mudah sekali gugur bila masak jika dibiarkan diatas pokok. Buah tersebut akan jatuh ketanah dan menyerap bau-bauan yang ada pada tanah sehingga mutu aroma turun. Kopi Arabika sebaiknya dituai apabila masak sebelum buah gugur ke tanah. Kadar pertukaran berat buah biji basah (green beans) dengan biji kering (kopi beras) sekitar 18-20%. Para petani yang menanam kopi arabika biasanya akan masa untuk mereka memproses sendiri buah kopi dengan proses basah. Meski memerlukan kos dan waktu lebih lama akan tetapi ia mampu untum menghasilkan mutu biji kopi yang jauh lebih baik. Wasallam!...
TANAM KOPI...JENIS ARABICA...
TANAH TINGGI...SESUAI IANYA...
KOPI BERMUTU...TINGGI HARGA...
PENGELUAR UTAMA... INDONESIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Memproses Kopi,
FAMA Rengit,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(21 Zulkaedah 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.