Sunday, July 13, 2014

LEBAH MADU - PERALATAN PERLU (Part 2)

MENTERNAK LEBAH MADU (Bee Keeping) memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus sama seperti kita hendak berkecimpong dalam industri pertanian yang lain. Di negara kita perusahaan menternak lebah madu kurang hebat jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran yang mampu mengekspot produk berasaskan lebah madu keluar negara. Antaranya adalah negara Vietnam dan China yang mampu menghasilkan madu lebah dan produk kesihatan berasaskan lebah madu. Pada masa ini aktiviti menternak lebah madu di Malaysia hanya melibatkan sekitar 100-150 orang pengusaha dengan jumlah haif sekitar 2,500 - 3,500 buah sahaja yang masih aktif. Ia amat berbeza dengan industri ternakan burung walit yang tumbuh bagaikan cendawan diseluruh negara. Antara kawasan tradisional penternakan lebah madu adalah di kawasan kebun kelapa, kebun buah-buahan (terutama kebun belimbing), kawasan ladng nenas dan paling ketara dalam kawasan pokok hutan gelam. Selain daripada Lebah Keran (Apis cerana) yang sering diternak saya dapati jenis Lebah Impot (Apis melllifera) dan Kelulut (Trigona spp) merupakan jenis yang paling lazim diusahakan. Setiap penternak lebah perlu mendapatkan kelengkapan asas dalam aktiviti untuk menternak lebah. Artikel subuh Isnin 2 Ramadan 1435 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peralatan yang perlu ada oleh pengusaha lebah madu untuk bacaan anda semua diluar sana.


4. PERALATAN METAL (Steel hive tool)

4.1 ALAT PENGUMPIL  (Steel frame lifter and scraper)
Alat Pengumpil dan Skraper ini merupakan sejanis alatan yang perlu digunakan ketika membuat penyelenggaraan pada koloni lebah dalam haif (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya dipasaran banyak jenis alat seperti ini yang mana ianya muran tetapi perlu ada. Alat pemplaster simen yang juga digunakan oleh penjual burger boleh digunakan dalam industri lebah. Harga sekitar RM 5.00 - RM 10.00 bergantung kepada jenis, kualiti dan bilangan membelinya. Seorang penternak lebah hanya memerlukan satu unit sahaja. Alat ini akan digunakan bagi memisahkan kom-kom lebah yang bercantum, memotong kom-kom lebah dan sebagainya. 


4.2 SARONG TANGAN (Cotton bee gloves)
Sarong tangan adalah penting dipakai bagi mengelakkan sengatan lebah. Terdapat beberapa jenis sarung tangan yang boleh dibeli dipasaran seperti sarung tangan kain berharga sekitar RM1.00 - RM2.00 sepasang atau jenis sarung tangan kulit (Lebih selesa digunakan) yang herganya mencapai lebih RM50 sepasang. Memakai sarng tangan agak menyusahkan semasa hendak memegang kom atau alatan yang digunakan pada peringkat mula tetapi kemudian akan menjadi okey. Sarung tangan boleh digunakan antara 8 bulan hingga 1 tahun bergantung kepada jenis dan kualiti sarung  tangan (Sila lihat foto didebelah).


4.3 BERUS LEBAH (Bee brush)
Berus Lebah adalah sejenis alat berus yang yang digunakan untuk penternak mengalihkan koloni lebah yang enggan beralih. Alat ini terdiri daripada dua bahagian tangkai kayu atau plastik serta ada bahagian bulu (plastik atau bulu haiwan). Ia jarang digunakan untuk lebah jenis Apis cerana kerana mudah diuruskan bagaimana pun berus ini perlu digunakan untuk lebah jenis Apis mellifera (Lebah impot). Sebenarnya lebah memang tidak suka untuk dialihkan dengan berus ini kerana ia menganggu pergerakannya. Banyak jenis berus yang ada dijual dipasaran dan anda boleh beli yang mana sesuai dan senang untuk digunakan sahaja.


4.4 GETAH LUTUT/TANGAN (Ankle or wrist straps)
Penahan getah untuk lutut dan tangan diperlukan untuk kegunaan penternak lebah. Ia digunakan untuk melindungi bahagian lutut dan sendi lain untu kengelakan sebarang kejadian buruk dimana kemungkinan kita akan terjatuh kletika menguruskan ternakan lebah. Walau pun ia bukan perkara wajib tetapi keperluan memakainya tetap ada. Sarung Lutut (Ankle straps) atau Sarung Sendi ada dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM 5.00 - RM 9.00 satu unit. Kalau mengguna sut baju lebah maka ianya melindungi pemakainya dan tidak perlu pakai sarung lutut ini lagi. Artikel ini akan bersambung pada Part 3 yang ditulis dalam 3 siri untuk dijadikan rujukan anda. Wasallam!.
MENTERNAK LEBAH... DIMANA2...
LINDUNGI DIRI.. SENGATAN BISA.
KALAU BOLEH...PERLU DISEDIA...
WALAU HERO..JAP TETAP KENA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Pusat Pertanian Parit Botak,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(3 Ramadan 143H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.