Monday, April 28, 2014

TIKUMIN - MENYEDIA UMPAN

TIKUMIN 1000 adalah sejenis nama dagangan bagi racun tikus yang dikeluarkan oleh ACM (Agriculture Chemical of Malaysia).  Racun ini amat popular dikalang pesawah padi di Malaysia sebagai sejenis racun yang berkesan untuk mengawal tikus sawah. Kandunag bahan aktif racun ini adalah Warfarin 1% dijual dalam bentuk umpan (Bait concentrate). Ramai dikalangan petani selain pesawah seperti pemilik ladang kelapa sawit menggunakan racun tikus ini untuk mengurangkan populasi serangan tikus diladang kelapa sawit. Buah kelapa sawit yang hampir masak sering dirosakkan oleh tikus jika tidak dikawal dengan baik. Racun ini lazimnya dibungkus dalam saiz bungkusan 1 kilogram atau 25 kg dimana ia menyasarkan jualan kepada pekebun kecil dan juga estet-estet yang luas. Ia diluluskan pendaftarannya dengan nombor rujukkan LRMP R1/0025 yang ada ditulis pada label. Gambar diatas menunjukkan cara pembungkusan racun Tikumin 1000 iaitu mempunyai warna bungusan Kuning Kunyit dan ada gambar tikus tergolek berwarna hitam ditengah-tengahnya.  Pada saya perkataan 'TIKUMIN' mungkin membawa erti sebagai Tikus (Tiku) dan Meninggal (mati - Min) agar petani mudah ingat dan suka membelinya.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara-cara untuk menyediakan umpan dengan racun Tikumin 1000 dan bagaimana kita menggunakannya.


Dalam lamanweb ACM yang saya baca dan penerangan oleh pihak penjual, terdapat teknik bagaimana cara untuk penyediaan 100 unit umpan bagi diberikan kepada tikus dalam mengawalnya. Bagi menyediakan UMPAN TIKUS antara caranya adalah dengan mencampurkan satu bahagian TIKUMIN® 1000 dengan 38 bahagian bahan yang sesuai untuk membuat umpan. Antara bahan untuk membuat umpan umpamanya jagung hancur, ikan hancur, beras hancur dan lain-lainnya. Cara menyediakan umpan yang berikut adalah sebahagian panduan untuk membuat umpat tikus. Bahan Lilin sebanyak 16 bahagian (Sekita berat - 800 g) digaul dengan Ikan hancur atau debu udang iaitu 4 bahagian (200 g), Jagung hancur atau beras hancur iaitu 14 bahagian (700 g), Minyak makan (minyak kacang atau minyak kelapa) iaitu 4 bahagian (200 g) dan paling penting adalah Racun TIKUMIN ® 1000 iaitu sebanyak 1 bahagian (Sebanyak 50 g). Gaul sehingga sebati dan rata sehingga ianya manjadi satu jenis makanan yang amat disukai oleh sang Tikus (Rattus sp.). Letakkan umpan tersebut dimana ia menjadi laluan utama tikus atau dilokasi dimana terdapat lubang sarang tikus di kawasan kebun atau sawah padi. 


Bagi menyediakan umpan untuk haiwan Tupai (Callosiurus sp) perlukan cara yang berlainan sedikit dengan menyediakan umpn untuk tikus. Lazimnya Umpan Tupai dibuat dengan mencampurkan dengan sempurna TIKUMIN® 1000 sebanyak 1 bahagian (50 g) dengan bahan Kacang goreng atau jagung goreng sebanyak 36 bahagian (1.8 kg). Ia juga sebaiknya dicampur dengan minyak makan atau minyak masak (umpananya minyak kacang atau minyak Kelapa) sebanyak 2 bahagian (100 g). Gaul kesemuanya sehingga sebati dan sesuai digunakan sebagai umpan untuk tupai. Mungkin ramai kurag tahu mengenai teknologi ini iaitu menyediakan umpan untuk mengawak musuh tupai. Seterusnya kita boleh masukkan umpan ke dalam tabung buluh atau dalam tin dan kemudian ia di gantung pada pokok buah-buahan iaitu di tempat setinggi 1-2 meter yang terdapat banyak tupai. Tupai yang menghidu atau lalu dikawasan umpan lazimnya akan memakan umpan dan tidak lama kemudian akan mencari air kehausan. Setelah terkena air lazimnya warfarin yang terkandung dalam umpan akan bertindak dan membunuh tupai tersebut. Kesian.... sejenis haiwan yang comel melompat-lompat diberi umpan Tikumin 1000. Wasallam!



MEMBUAT UMPAN...ADA CARA...
KITA BELAJAR... BLOG UTAMA...
UMPAN TIKUS...LAIN BAHANNYA..
UMPAN TIKUS...PELIK BUNYINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment 10, Karlovo Namesti,
Praha, Republic Chec.

(24 JamadilAkhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.