Tuesday, April 29, 2014

MADU LEBH AKASIA TERBAIK?

MADU LEBAH AKASIA kini telah mula dikenali ramai sebagai jenis madu lebah yang terbaik diantara beberapa jenis madu lebah tempatan dan impot. Benarkah dakwaan ini?. Pokok Akasia (Acacia mangium) merupakan sejenis tumbuhan jenis saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencecah 30 meter. Pokok ini mempunyai banyak cabang dengan daun kecil berwarna hijau. Pokok akasia lazimnya ditanam untuk mendapatkan kayu balak bagi pelbagai kegunaan. Antara lokasi penanaman hutan akasia adalah di Johor (Sempadan Mersing-Kota Tinggi) dan beberapa lokasi lain. Lazimnya masa memuncak keluar bunga pokok akasia dilaporkan terjadi bulan Julai di lokasi Semenanjung Malaysia, Januari di Sabah, Oktober hingga November di Taiwan dan September di Thailand. Pokok akasia akan berbunga setelah daun mekar dan benih dapat dituai iaitu sekitar 24 bulan setelah penanaman.  Bunga dari pokok akasia yang banyak dikeluarkan amat sesuai untuk dikunjungi oleh lebah untuk mengambil Nektar dan Debunga sebagai makanan dan disimpan didalam haif. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai madu lebah akasia untuk bacaan dan rujukkan.

Semasa kita hendak membeli produk madu, ujud persoalan iaitu apakah Jenis Madu Terbaik Untuk Dibeli?. Beberapa persoalan yang kita sering bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti madu yang mana kita nak dibeli?, Madu mana yang terbaik?, Brand apa yang patut dibeli?, Apa perbezaan madu asli dan madu mentah?, Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik?, Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi?, Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik? dan Nektar debunga mana yang lebih baik?. Berdasarkan persoalan di atas, mari kita kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia. Pada saya Madu Acacia sebagai pilihan terbaik untuk anda. Madu pada asasnya adalah terhasil dari 2 aspek utama iaitu nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan sepanjang tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90% madu yang dihasilkan termasuk madu Tualang adalah dari nektar debunga bermusim. Nektar debunga sepanjang tahun adalah seperti nektar dari pokok Acacia yang terdapat banyak di Johor dan Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat menghasilkan dan menjamin kualiti dan kuantiti madu yang baik dan terbukti dari segi saintifik.

Telah ada kajian membuktikan bahawa madu akasia adalah jenis Madu TerbaikMenurut kajian oleh Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida di USA telah menyatakan bahawa madu lebah dari pokok Acacia mangium disahkan mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin. Antaranya seperti seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu akasia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Madu ini kini dijual diseluruh dunia dengan pelbagai jenama dan cara untuk pembungkusan produk (Sila lihat foto sebelah). Walau pun harganya agak lebih tinggi daripada produk madu dari tumbuhan lain, pengguna tetap memilih produk madu daripada pokok akasia terutama yang dihasilkan dari kawasan pergunungan Himalaya. 

Beberapa testimoni mengenai kehebatan madu lebah akasia telah ditulis oleh saintis dan pakar perubatan. Berikut adalah rumusan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan madu lebah daripada pokok Acacia mangium untuk rujukan. Penyakit yang dapat dirawat seperti semput (Athma), masaalah haid tidak teratur, penyakit resdung,  Alahan, Jerawat, Rambut gugur,  Barah, Letih dan cepat Lesu, sakit kepala, Buasir, Lendir kahak, Sakit pinggang, Batuk kering, Lemah jantung, Sakit sendi, Batuk, Sakit mata, Sukar untuk tidur, Darah tinggi, Selalu Pening dan juga masaalah Gastrik. Madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti untuk menambahkan stamina, Menjadi sumber tenaga, Meningkatkan metabolisme tubuh, Mengandungi agen antioksidan yang tinggi, Melancarkan peredaran darah, Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, Melancarkan sistem perkumuhan dan juga sistem pencernaan, Meningkatkan semangat seksual dan tenaga batin, Mengubati luka dan juga Menjadikan kulit lebih licin dan halus. Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah dimana ia juga mempunyai rasa yang sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan. Selain disukai oleh orang dewasa didapati ia juga sangat digemari oleh kanak-kanak. Terkini adalah kenyataan bahawa madu lebah akasia boleh dijadikan pengganti manisan gula bagi pesakit diabetes. Wallahualam!...
MADU AKASIA...AMAT HEBATNYA... 
MADU TERBAIK...MAHAL HARGANYA...
PERMINTAAN TINGGI...SATU DUNIA...
KENALKAN ANDA... KEASLIANNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
30A-30B, DAVIDS Apartment,
18600, Praha 8, Karlin,
Prague,
Republic Chec.
(14 Jamadilakhir 1435H)
29 April 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.