Wednesday, February 5, 2014

RACUN RUMPAI GLYPHOSATE


GLYPHOSATE adalah sejenis bahan perawis yang sering digunakan dalam racun rumpai yang sangat popular dipasaran. Ramai tidak biasa dan tidak pernah pun mendengar perkataan ini. Mungkin pada petani dan agen pengembangan ianya satu perkataan yang penting. Bagi pembuat racun dan penjual racun pula ianya memang perkataan 'mainan' mereka. Sebenarnya bahan yang dijual sebagai Racun Rumpai (Weedicide or Herbicide) adalah merupakan satu campuran dari bahan kimia yang digunakan dalam mengawal pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan petani terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Racun rumpai merupakan satu bahan kimia yang sering diigunakan oleh ramai petani di Malaysia  untuk mengawal pertumbuhan rumpai terutama didalam kebun. Diantara jenis racun yang dijual di pasaran, racun dari kumpulan yang mengandungi bahan aktif Glyphosate (active ingredient) adalah paling luas digunakan dan dijual dengan banyak jenama dipasaran. Penulis kali ini berkongsi maklumat yang mengandungi maklumat berkaitan dengan racun rumpai kumpulan Racun Glyphosate didalam 'Anim Agro Technology' kepada semua pembaca blog ini berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman penulia didalam bidang pertanian selama hampir 34 tahun. 

Glyphosate


Glyphosate (N-(Phosphonomethyl)glycine) adalah sejenis bahan aktif dalam racun rumpai dari jenis 'broad spectrum' untuk membunuh rumpai terutama untuk jenis daun lebar. Racun ini adalah satu produk oleh Mosanto yang dijumpai oleh seorang saintis bernama John E. Franz pada tahun 1970 dan kini merupakan produk paling kuas dipasaran. Jenama produk racun ini keluaran Mosanto yang paling popular diseluruh dunia adalag "Round-Up". Mendengar namanya sahaja, kita boleh faham yang racun ini membunuh rumpai disekeliling kawasan semburan. Racun ini didakwa mempunyai kesan toksik yang agak rendaah terhadap tumbuhan dan haiwan serta manusia.  Walau pun harga pasaran racun rumpai yang mengandungi bahan aktif Glyphosate agak mahal dengan produk lain, keberkesanannya membunuh banyak jenis rumpai meneyebabkan ia menjadi pilihan. 


Racun Rumpai Kumpulan Glyphosate

Racun rumpai jenis ini juga antara jenis racun rumpai yang sangat popular di Malaysia. Bahan aktif yang digunakan adalah seperti (a) Glyphosate dimethylamine dan (b) Glyphosate isoprophylamine (banyak jenama produk). Racun jenis ini adalah sistemik dengan bertindak menghalang biosintesis protin apabila disembur pada rumpai. Di Malaysia, beberapa jenama yang telah diluluskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) adalah dengan jenama dagangan jenis (a) seperti D-M-A 160, INDEX, MONSTER , MOSTER, LOTUS 250, MASTERMIND, Q-WEAPON 52, SPIRIT 162, WEEDACT X-53, ZYNERGY 160 dan beberapa lagi. Mungkin senarai ini sentiasa berubah-ubah mengikut sistem pendaftaran yang diuruskan oleh LRMP. Walau pun agak sukar hendak mengingati nama-nama dagangan tersebut, anda boleh layari lamanweb bagi mengetahui nama-nama dagangan racun rumpai yang mengandungi bahan perawis (active ingredient) glyphosate.

Racun jenis (b) pula banyak dipasaran dengan jenama seperti ACOMAC, AGLOW 13.6, AGR GLYWEED 13.6, AMEX, AKIRA, ALLROUND, ABSORB 41, AGR GLYWEED, AGR GLYWEED 41, AGR UP 41, AKIRA, ALLOUT 13.6, ASBLU, ASSET NRG, ASSET GOLD, ATTAIN, BALASS, BINA GLYPHOSATE 41, BIONASA 600, BL GLYPHOSATE, BM GLYPHOSATE (270/ 41%/ 480), BRIGHT UP, BRIGHTLY 270, BRIGHTSPARK, CHALLANGE, CHALLANGER, CIRCLE, CLOSE-IT, CMC PHOSATE 136, CUT-OFF, CRUNCH 410, CONCEDE 136, GLYPHOSATE 41, DRY-UP, ECOMAX, OPTION 360, E-KILL 33, ERASE 360, GENANG, GET-IT, EE OPTION 360, GLYSATE 480 dan banyak lagi jenama dagangan. Kumpulan ini mempunyai hampir 300 jenama dagangan.


Racun Rumpai 
Kumpulan PASFA GLYPHOSATE 41
Racun rumpai jenis ini mengandungi bahan aktif Pasfa glyphosate 41 dan antara jenis racun rumpai yang luas pasarannya dan banyak pengeluar. Tindakannya secara sistemik dan berkesan untuk mengawal rumpai. Terdapat hampir 100 jenama dagangan dan antaranya yang popular seperti PELADANG GLYPHOSATE 41, PELADANG-UP, PERFORMER, PLANTER 410, ROUND-UP, PUNCH, REWARD, SLASH 270, SONIC 27, SPEEDOUT, STAYOUT, SUPREMO, SURIA 41, SYABAS BETA, TOUCH-UP, THUNDER, TOMOHA, TOR FARM 40, TRIBROWN 27%, TRICROWN, VEGA, THYPOON, WAJA, WORRIOR, WEED-GO, WEEDO, WEEDKILLER, WEEDACT 480, WEEGO, WES-UP, WIPE OUT YUAN-YUAN 41 dan banyak lagi. Kesemua jenama racun ini ada dijual dipasaran mengikut bungkusan dan pembotolan yang banyak saiz. Ada yang dijual dalam kuantiti 1 liter sehingga ada yang dijual dalam kuantiti 20 liter terutama untuk pasaran estet

GLYPHOSATE... POPULAR NAMANYA...

JENAMA 'ROUND-UP'... DIJUAL DIMANA...
IABERKESAN... PUAS KITA GUNANYA...
KITA MEMBELI ... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem
Room 3011B, Hotel Khalifa Suites,
Jalan Masjid, Kota Bharu,
Kelantan, 
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.