Thursday, February 6, 2014

KURA-KURA

KURA-KURA (Tortoise) merupakan sejenis haiwan reptelia yang ujud didaratan sejak zaman prasejarah sehingga kini. Kura-kura (Amyda cartilaginea) atau Labi-labi (Dalam air) atau Bulus (Bahasa Jawa) memang terkenal dengan pergerakannya yang sangat perlahan sehingga ada cerita diseluruh dunia perlawanan lumba antara Kura-kura dan Arnab. Dalam kisah tersebut kita semuaya tahu yang kura-kura 'menang ' dalam pertandingan tersebut kerana tertidur. Realitinya saya pasti kura-kura dengan arnab memang tidak berkawan langsung walau pun diletakkan dalam kandang ternakan yang sama. Kura-kura adalah reptilia yang merangkak diatas daratan yang dilindungi dengan struktur cengkerang besar yang keras dibelakangnya. Cengkerang keras in  melindungi kura-kura dari diserang pemangsa.  bahagian atas cengkerang dipanggil sebagai 'carapace' sementara dibawahnya adalah 'plastron' yang disambungkan dengan struktur dinamakan 'bridge'.  Saiz kura-kura adalah berbagai daripada yang sekecil beberapa centimeter sehingga kepada 2 meter panjang. Haiwan ini dikategorikan sebagai 'diurnal' dan ia adalah haiwan dua alam atau mempunyai tendensi kepada 'crepuscular' bergantung kepada suhu disekelilingnya (Jenis berdarah sejuk). Artikel petang ini sambil tunggu Flight MH1347 dari Kota Bahru ke KLIA saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kura-kura untuk bacaan dan rujukkan anda semua. 


Kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama dan ia dijadikan ikon oleh beberapa budaya sebai simbol keamanan dan kesabaran. Terdapat sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun. Di Istana Jepun dilaporkan ada kura-kura yang berumur sehingga 266 tahun. Kajian saintis menunjukkan yang kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur iaitu kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kebanyakan jenis kura-kura samaada yang masih hidup atau telahpun pupus dikatakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines. Dalam beberapa rujukan saya dapati tersapat 10 jenis Kura-kura yang lazim di kenali iaitu bermula dengan Kura-kura Besar, Kura-kura Daun, Kura-kura Dendang Hitam, Kura-kura Duri, Kura-kura Gergasi, Kura-kura Panjang, Kura-kura Siput, Kura-kura Telinga Merah, Kura-kura Arang dan Kura-kura Kayu.  Banyak juga spesis kura-kura yang telah pupus dan hanya tinggal beberapa fosil yang dijumpai sebagai bukti.

Kura-kura betima lazimnya membuat sarang untuk bertelur dengan kapasiti antara 20 - 30 biji tekur mengikut spesis. Lazimnya kura-kura bertelur pada malam hari ketika cuaca sejuk dan ia aktif mencari makanan. Setengah spesis kura-kura betina sama seperti penyu yang akan akan menggali tanah untuk bertelur dengan kakinya dan menimbusnya kembali. Telurnya dibiarkan dalam sarang atau dibawah tanah begiru saja dan akan menetas selepas 60 - 120 hari bergantung kepada spesis. Telur kura-kura terhasil selepas proses mengawan dan ia dihasilkan telur yang lazimnya berkulit dan akan menetas kelak. Embryo dalam telur akan membekalkan makanan sehingga telur menetas. Anak dan telur kura-kura terdedah kepada pemangsa (predators) seperti biawak, ular, burung dan pemangsa yang lain. Hanya peratus yang kecil sahaja (Kurang dari 10%) anak-anak kura-kura yang akan menjadi dewasa dan meneruskan kehidupan. 


Laporan mendapati kura-kura bergerak sangat perlahan dan mempunyai denyutan jantung paling perlahan dikalangan haiwan berjantung. Rekod kelajuan sekitar 0.17 batu sejam (0.27 km/jam) dan paling pantas adalah 5 batu sejam. Ia berjalan menggunakan dua kaki hadapan dan dua kaki dibelakang dengan disokong oleh ekornya didaratan. Semasa bergerak dalam air atau dipermukaan air, kura-kura juga menggunakan keempat kakinya dan ekornya untuk berenang. Uniknya kura-kura merupakan haiwan yang mampu mempertahankan dirinya dengan memasukkan semua empat kaki dan kepalanya dalam tempurong yang keras. Tempurong dibahagian atas dan bawah biasanya amat keras dimana kalau dicampakkan pun tidak pecah. Ia akan berada dalam tempurong beberapa lama sehingga tiada ancaman untuk kepala dan kakinya keluar untuk bergerak semula. Teknik mempertahankan diri ini disokong dengan warna kulit tempurong yang gelap dibahagian atas sama seperti habitat keliling dan agak cerah dibahagian bawahnya.


Kebanyakan kura-kura (tortoises) adalah Herbivor yang makan tumbuhan seperti rumput rampai, daun hijau, bunga, buah-buahan dan yang paling disukai adalah Kangkong. Terdapat juga kura-kura jenis 'Omnivor' yang makan dengan cara berbeza sedikit. Kura-kura yang dipelihara pula lazimnya diberi makan dengan daun hijau, sayuran dan makanan Pelet. Makan kura-kura berbeza mengikut spesis dan habitat yang ada diseklilingnya. Kura-kura juga tahan tidak makan dan minum air untuk satu jangkamasa yang agak lama berbanding dengan haiwan yang lain. Selain daripada dijadikan binatang peliharaan (pets), kura-kura ini digunakan sebagai makanan berkhasiat bagi sesetengan kumpulan manusia. Labi-labi ini dijadikan makanan eksotik dengan dimasak sebagai sup, daging dimasak pelbagai perasa dan sebagainya. Saya pernah lihat di Sarawak dalam satu upacara perayaan dimana seekor labi-labi besar diterbalikan kulitnya dan isinya dijadikan hidangan istimewa. Selain itu dibuat juga minyak kura-kura atau patu minyak urut. Belum banyak produk berasaskan kura-kura dipasarkan dikalangan masyarakat kita.  Apa yang pasti orang Islam memang tidak boleh makan haiwan dua alam.
   


HAIWAN UNIK... ITU KURA-KURA...
LAMBAT JALAN...DIDARAT JUGA...
JANIE HERBIVOR...SENANG JAGA...
DI BUAT SUP... YANG MAKAN SIAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lapangan Terbang Sultan Ismail,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(4 Rabiulawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.