Saturday, February 1, 2014

POKOK CINCAU

POKOK CINCAU (Grass Jelly) merupakan sejenis tumbuhan renek menjalar daripada keluarga Lamiaceae yang menghasilkan agar-agar dinamakan 'cincau'. Tumbuhan renek ini memang agak kurang dikenali dikalangan orang Malaysia walau pun ada sesetengah orang menanamnya dirumah. Tumbuhan Cincau ini adalah daripada keluarga Lamiaceae yang popular ditanam di China dan Taiwan jenis Mesona chinensis sementara varieti yang popular di Indonesia pula adalah Mesoma parviflora. Kedua-dua varieti ini merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membut agar-agar atau cincau sama ada ia CINCAU HITAM atau CINCAU HIJAU. Jenis M. chinensis mempunyai daun berwarna hijau dengan bentuk daun lebar menirus dihujungnya atau dikatakan bentuk antara ovat kepada separuh bulat. Ia juga dipanggil atau sinonim dengan nama Mesona procumbens yang selalunya akan dipetik bahagian atas tumbuhan seperti daun dan ranting untuk diproses menjadi agar cincau. Bahan ini akan dipetik dan dijemur sehinga menjadi warna kehitaman kerana berlaki proses oksidasi. Lazimnya daun ini akan diproses dengan memasaknya dengan air sehingga mendidih dan disejukkan sebelum membeku untuk menjadi jelly iaitu agar-agar cincau. Persoalannya adakah kita boleh mendapatkan benih dan menanam sendiri dirumah?. Dimanakah hendak mendapatkan keratan benihnya?. Siapa boleh berikan nasehat teknikal mengenai tanaman ini? adakah ianya berpotensi untuk ditanam secara komersil?. Siapa boleh membantu dalam memproses daunnya? Dimana hendak membuat rujukkan?. Saya telah menulis mengenai apa dia cincau dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Saya dapati tidak banyak artikel berkait dengan tumbuhan ini ditulis oleh saintis dan juga agronomis di Malaysia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" untuk saya sama-sama bincang tumbuhan yang kurang kita kenali tetapi penting ditanam dinegara jiran iaitu pokok cincau.


Dikawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand ada terdapat sejenis pokok cincau hijau dari tumbuhan Grass Jelly (Cyclea barbata) yang mudah ditanam (Lihat foto sebelah). Tumbuhan ini mudah hidup diatas tanah pamah sehingga ketinggian 800 m dari aras laut dan jenis menjalar atau melilit kayu sokong. Ia dibiakkan melalui keratan batang walau pun peratus percambahan sederhana atau rendah jika kurang mahir. Batang yang mempunyai ulurlilit 2 cm akan dipotong dengan panjang 12 - 18 cm dan disemai ditapak semaian. Siran dengan air sehingga mengeluarkan akar sebelum dialihkan kekebun. Tanag peroi dengan saliran baik sesuai untuk tanaman ini dengan pH antara 5.5 - 6.5 dan banyak bahan organik. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk seperti hati akan dikutip untuk diproses menjadi cincau hijau. Penjagaan yang baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang. Di negara Vietnam tanaman ini dipanggil sebagai 'surong saoatau 'thach surong sao' yang ditanam dibawah naungan pokok kelapa secara komersil (Sila lihat foto dibawah). Mereka menjadikan tanaman ini sebagai satu jenis tumbuhan untuk diekspot dalam bentuk serbuk untuk dijadikan agar-agar atau cincau yang sememangnya mampu menurunkan suhu badan.


Dalam meneruskan pembacaan mengenai pembuatan cincau, saya dapati ada beberapa jenis tumbuhan lain yang boleh dijadikan 'gel' atau 'jelly'. Tumbuhan tersebut adalah Premna oblongifolia, Mesona palustris dan juga Cyclea barbata. Tumbuhan ini tumbuh liar didalam kawasan di Asia Tenggara dimana memang belum banyak yang dikomersilkan atau dibuat kajian secara khusus. Ini mungkin disebabkan oleh potensi tumbuhan ini sebagai herba untuk kesihatan masih belum meluas penggunaannya. Nama tumbuhan ini adalah Prema oblongifolia dan ia juga mempunyai nama lain sebagai Melastoma polyanthum yang sama dengan tumbuhan jensi Senduduk (Melastoma malabraticum). Tumbuhan ini akan menghasilkan cincau berwarna hitam sama dengan tumbuhan Mesona palustris dan Mesona chinensis. Sementara itu tumbuhan jenis Cyclea barbata pula lazimnya digunakan untuk menghasilkan cincau hijau (Sila lihat foto dibawah). Pernahkah anda minum air cincau hijau seperti ditunjukkan dibawah?. Dari segi rasa adalah sama dengan cincau hitam cuma terdapat perbezaan pada warna da aromanya. Wasallam!



TANAMAN HERBA...RENEK SAJA...
MUDAH DITANAM..DIMANA-MANA...
BENIH KERATAN...HIJAU DAUNNYA...
DIPROSES MUDAH...CINCAU JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Herba Swasta, 
Sg Buloh, Selangor, 
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1435H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.