Sunday, February 2, 2014

BENTUK DAUN (PART 6)


BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan memang mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb yang ada iaitu lamanweb http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun dari definasi saintis lain serta susunan daun (leaf arrangment) yang jarang-jarang kita dengar atau jumpa tetapi iang berguna untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian.


19. BENTUK CORDATE
Bentuk Cordate adalah bentuk daun yang mempunyai bentuk seperti HATI (Heart shaped  leaf). Bsntuk seperti hati dimana ada lekukan pada pangkal daun dan terus membulat serta tirus dihujung daun (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun adalah jelas dan nyata pada daun seperti ini. Lazimya daun bersaiz kecil, sederhana dan sebahagian kecil sahaja yang bersaiz besar. Daun cordate banyak pada tumbuhan herba yang menjalar dan kurang pada pokok jenis parrenials.


20.  BENTUK - ROUND
Bentuk daun ini adalah bulat walau pun bentuk bulat tersebut tidak berapa ideal. Bentuk bulat ini terbentuk daripada pangkal daun (dekat tangkai daun - petiol) membulat sehingga kehujongnya (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun juga agak ketara dan bersistem. Bentuk daun bulat ini agak mudah kita kenali kerana memeng agak mudah untuk diklasfikasikan dengan melihat bentuknya sahaja. Anda mungkin kenal daun tumbuhan seperti dikawasan anda.



21.  BENTUK - ELLIPTIC
Daun jenis ini memang mudah juga dikenali kerana memang banyak jenis tumbuhan dikeliling kita yang ada bentuk seperti ini. Pada asasnya bentuk daun adalah jenis oval tetapi ianya adalah bersaiz pendek (Lihat foto sebelah). Terdapat banyak saiz daun jenis eiliptik ini dimana ada yang sainya kecil, sederhana dan juga berdsaiz besar. Susunan urat daun pada bentuk jenis ini agak kemas. 


22.  BENTUK - OVATE
Bentuk ini merupakan satu bentuk asas pada daun tumbuhan yang mudah kita jumpa. Semasa kita belajar buat lukisan di sekolah rendah dulu, rupanya kebanyakan kita memang terfikir akan bentuk daun jenis ininiaitu asasnya daun berbentuk oval tetapi meruncing pada bahagian hujung (Lihat foto sebelah). Lazimnya susunan urat daun jenis ini adalah kemas dan mudah untuk dikenali oleh pakar tumbuhan.


23.  BENTUK - LANCE SHAPED
Bentuk daun ini adalah umumnya panjang atau pun memanjang (elongated leaf. Bezanya dengan daun dibawah adalah kerana bentuk daun yang memanjang ini agak lebar dibahagian tengah laidaun (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun agak jelas daripada urat ditengahnya dan menyusun sehingga kehujung daun. Mungkin anda semua akan kenal akan tumbuhan apa yang termasuk didalam kumpulan daun 'Lance-shaped'.

24.  BENTUK - SWORD SHAPED
Daun jenis ini berbentuk seperti sebilah 'Pedang' atau Sword-shaped dimana ia panjang, nipis dan hujungnya sangat tirus (pointed). Daun lalang mempunyai ciri bentuk daun seperti ini yang mempunyai urat daun yang lurus dan selari sepanjang daun. Kebanyakan tumbuhan jenis rumpai dan herba sahaja mempunyai daun bentuk ini dan jarang-jarang pokok berkayu besar yang mempunyai bentuk daun seperti ini.

DAUN LALANG ... MACAM PEDANG ...
BENTUK OVATE ... DIJUMPAI SENANG...
DAUN ELLIPTIK... DIJUMPAI JARANG...
MEMBACA ARTIKEL ..SEMANGAT JUANG...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1434H)
-Telah ditulis setahun lalu baru dipostkan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.