Thursday, January 2, 2014

BAWANG MERAH - VARIETI INDONESIA

BAWANG MERAH (Allium spp) merupakan tanaman kontan yang ditanam daripada keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Artikel kali ini saya membentangkan 4 varieti bawang merah yang popular di tanam di Indonesia. Bawang merah (Shallots) adalah tumbuhan lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding dari bawang besar (Onion). Bawang merah merupakan tanaman semusim (sekitar 2-3 bulan) yang ditanam secara komersil untuk umbisi dan juga daun bawang dinegara jiran Indonesia tetapi bukan di Malaysia. Ia memiliki umbisi yang berlapis (bulb), berakar serabut dan daunnya adalah berbentuk silinder berongga ditengahnya. Umbsiinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan akan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbisi berlapis. Apa yang saya perhatikan umbisi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu. Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin.Herba kecil setinggi 30-45 cm mempunyai jenis akar serabut. Daunnya adah jenis daun tunggal yang mempunyai susunan berpilin, panjang dengan hujung meruncing, tengah daun berlubang, berwarna hijau muda, permukaan berkulat, mempunyai aroma yang kuat. Bunga bawang merah jenis majmuk berwarna putih dan terdapat dalam jambak bunga di atas tangkai bunga yang panjang. Bunga bawang lazimnya akan keluar atau tumbuh di hujung daun. Buah atau biji-biji bawang bersaiz kecil berwarna kehitaman. Bebawang adalah daun (daun terubah suai) berisi yang berlapis-lapis diameter kurang dari 3 cm. Artikel pada malam cuti 1 Januari 2013 ini sementara menunggu 'countdown' jam detik 12.00 malam 1 Januari 2014, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 4 varieti bawang merah yang popular di Indonesia iaitu Pikatan, Pancasona, Mentes serta Trisula untuk dijadikan rujukkan.


a) Varieti Pikatan
Bawang Merah Varieti Pikatan mempunyai ketinggian sekitar 39 cm dengan bentuk umbisi Bulat Kerepot (Round winky), berwarna merah dengan diameter sekitar 3 cm. Bunganya berwarna putih yang berumpun dengan jumlah 3 bunga serumpun. Daunnya agak pipih dan berkerut dengan panjang sekitar 36 cm dan berwarna hijau tua. Jumlah rumpun sepokok sekitar 8 anakan. Varieti ini dituai selepas 55 hari (Hampir 2 bulan) selepas ditanam dengan hasil potensi 23.3 mt sehektar. Bawang merah varieti ini boleh disimpan dalam masa 6 bulan (Storage Shelflife). Bawang jenis ini banyak ditanam untuk pasaran domestik dan juga ekspot.


b) Varieti Pancasona
Bawang Merah Varieti Pancasona mempunyai ketinggian sekitar 41 cm dengan bentuk umbisi Bulat (Round), berwarna merah keuguan dengan diameter sekitar 2.65 cm. Bunganya berwarna putih yang berumpun dengan jumlah 4 bunga serumpun. Daunnya agak bulat dan berkerut dengan panjang sekitar 39 cm dan berwarna hijau tua. Jumlah rumpun sepokok sekitar 7 anakan. Varieti ini dituai selepas 75 hari (Hampir 2.5 bulan) selepas ditanam dengan hasil potensi 23.7 mt sehektar. Bawang merah varieti ini boleh disimpan dalam masa 3-4 bulan sahaja (Storage Shelflife).


c) Varieti Mentes
Bawang Merah Varieti Mentes ini mempunyai ketinggian sekitar 42 cm dengan bentuk umbisi Bulat (Round), berwarna merah pucat dengan diameter sekitar 1.0 - 2.27 cm. Bunganya berwarna putih yang berumpun dengan jumlah 3 bunga serumpun. Daunnya agak bulat dan berkerut dengan panjang sekitar 43 cm dan berwarna hijau muda. Jumlah rumpun sepokok sekitar 12 anakan. Varieti ini dituai selepas 58 hari (Hampir 2 bulan) selepas ditanam dengan hasil potensi 27.8 mt sehektar. Bawang merah varieti ini boleh disimpan dalam masa 3-4 bulan (Storage Shelflife).


d) Varieti Trisula
Bawang Merah Varieti Trisula mempunyai ketinggian sekitar 40 cm dengan bentuk umbisi Bulat Keriput (Round winky), berwarna merah tua (Maroon) dengan diameter sekitar 2.5 cm. Bunganya berwarna putih yang berumpun dengan jumlah 3 bunga serumpun. Daunnya agak bulat sedikit bergelombang dengan panjang sekitar 36 cm dan berwarna hijau tua. Jumlah rumpun sepokok sekitar 8 anakan. Varieti ini dituai selepas 55 hari (Hampir 2 bulan) selepas ditanam dengan hasil potensi 23.21 mt sehektar. Bawang merah varieti ini boleh disimpan dalam masa 8 bulan (Storage Shelflife).

VARIETI BAWANG...DI INDONESIA...
4 VARIETI.. MENTES, PANCASONA...
NAMA PIKATAN...JUGA TRISULA...
TIDAK DITANAM...DIMALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Bawang Wonosobo,
Jogjakarta, 
Indonesia.
(29 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.