Thursday, November 14, 2013

VARIETI - LONGAN DI MALAYSIA

Pokok LONGAN (Dimocarpus longan) adalah sejenis buah daripada keluarga Sapindaceae iaitu sama dengan buah rambutan. Buah Longan yang masak adalah seperti 'Mata Naga' yang mempunyai isi manis dan rasa sedap. Negara China dan Thailand merupakan pengeluar utama buah longan didunia walau pun nilai ekspot longan Thailand mencecah jutaan ringgit setahun. Malaysia antara negara yang banyak mengimpot buah longan sama ada dalam bentuk buah segar atau pun buah longan kering. Penanaman longan di Thailand yang saya sempat buat tinjauan teknologi merupakan satu industri yang berkembang dan menghasilkan buah berkualiti untuk pasaran domestik dan ekspot. Pokok Longan boleh tumbuh tegak dengan kanopi daun yang merimbun dan boleh mencapai ketinggian antara 10-20m. Daun longan adalah jenis kompaun (compound leaf). Lai daunnya tersusun berpasangan secara berselang di antara 6-9 pasang dan berbentuk bujur. Bunga longan bersaiz kecil dan terdapat pada hujng pucuk. Jambak bunganya besar (3-50cm panjang), bercabang dan tiada daun. Terdapat 3 jenis bunga longan iaitu bunga jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Hanya bunga hermafrodit yang akan menjadi buah. Dalam satu jambak boleh terdapat sehingga 80 biji buah yang berbentuk bulat dengan beratnya di antara 5-20g sebiji. Pada peringkat awal, warna buahnya kehijauan dan kulitnya agak kasar. Kulit buah longan akan bertukar menjadi agak licin dan berwarna perang bila telah matang. Artikel subuh 14 Ramadan 1434H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa varieti longan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.



Terdapat 10 varietii longan yang mungkin boleh ditanam di Malaysia seperti Jadual 1 diatas. Kesemua 10 varieti longan diatas belum didaftarkan dan belum disyorkan lagi untuk penanaman komersil di Malaysia walau pun terdapat ramai petani telah menanamnya secara kecil-kecilan. Saya dapati semasa saya membuat lawatan teknikal ke Chiang Mai, Thailanf terdapat banyak varieti longan dinegara tersebut yang ditanam mengikut 'province' atau kawasan yang berbeza-beza. Jadual diatas menunjukkan 4 varieti yang dikatakan sesuai untuk di tanam di Malaysia dan berhasil iaitu Varieti Edaw, Belian (Diamond), Ping Pong dan Biew Kiew. Lain-lain varieti masih ditanam dibeberapa stesyen pertanian untuk melihat prestasi tanaman agaknya sebelum dikomersilkan. Pemerhatian penulis terhadap Varieti Diamond dan Edaw yang  ditanam di Pusat Pertanian Jementah, Segamat mendapati ia banyak mengeluarkan hasil apabila sampai musim. Bagaimana pun beberapa dahan 'sekah' apabila buah terlalu banyak dan terdapat serangan kelawar. Kebanyakan varieti longan di negara kita memang berasal daripada Thailand atau China. Tidak mengapalah kalau tanaman ini kurang sesuai di Malaysia kerana kos mengimpot buah ini jauh lebih murah berbanding dengan kos kita mengeluarkannya di Malaysia.

Terdapat banyak aduan daripada pengguna yang mengatakan selepas makan buah longan segar yang diimpot dari Thailand  akan menyebabkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana ada dakwaan mengatakan buah longan tersebut disembur racun untuk membolehkan buah tersebut tahan lama. Setelah membuat rujukkan dengan beberapa rakan penyelidik dan persatuan pengguna, memang ada rawatan diberikan pada buah longan segar untuk di ekspot ke Malaysia tetapi katanya tidak membahayakan kesihatan. Nasehat daripada pihak Thailand mengatakan buah longan tersebut jangan dibasuh dengan air bersih untuk elakkan tindakbalas kimia. Sebaiknya buah tersebut dikupas terus atau dibuang kulitnya dan terus dimakan sahaja. Adakah ini perkara benar atau hanya sekadar alasan yang diberikan. Sebaiknya makan buah longan dengan sedikit sahaja dan ini akan mengurangkan risiko daripada perit tekak dan batuk. Wasallam!! 

Buah longan yang masak.

BUAH LONGAN... MANIS RASANYA...
ADA 10 VARIETI...TIADA DAFTARNYA...
4 VARIETI.. DITANAM DIMALAYSIA...
BANYAK LONGAN IMPOT...MURAHNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Saujana Hijau,
Precint 11, Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.