Saturday, January 21, 2023

BUAH NAGA - TANAMAN ISTIMEWA

BUAH NAGA
atau ‘dragon fruit’ atau nama saintifiknya Hylocereus undatus adalah sejenis tanaman semakin popular di Malaysia iaitu daripada famili Cactaceae. Pokok buah naga sama seperti pokok Kaktus ini mempunyai pelbagai nama tempatan seperti Pitaya, Dragon Fruit (English) atau Kaew Mang Korn (Thailand), Than long (Vietnam), Strawberry Pear atau Pitahaya (Amerika Latin), Queen of the night (Amerika Utara), Red Dragon Fruit atau Fire Dragon Fruit (Asia), Huo Long Guo atau Hong Long Guo (Taiwan) dan mudah dikenali sebagai 'Buah Mata Naga' di Malaysia. Walau apa pun nama buah tersebut berlainan akan tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri dari segi marfologinya. Apa pun selain didakwa ia mampu menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit berikutan ada khasiatnya yang tersembunyi kini ada bermacam produk dipasaran yang dihasilkan dari buah naga. Buah Naga ialah tanaman baru yang belum meluas ia diterokai sepenuhnya di negara kita semenjak 15 tahun dulu. Bagaimana pun terkini di Malaysia keluasan kawasan tanaman buah naga sudah jauh telah berkembang. Kalau dulu kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang popular tetapi kini sudah ada estet buah naga secara besar-besaran di Malaysia. Merujuk kepada rekod Jabatan Pertanian pada tahun 2022 ada seluas 800 hektar tanaman buah naga yang menghasilkan sebanyak 11,257 metrik tan (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Kawasan utama tanaman buah naga 2022 adalah di Johor (380 ha) diikuti dengan Negeri Sembilan (144 ha) dan Selangor (85 ha). Walau bagaimanapun aktiviti penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 1990 apabila ia dilaporkan mengandungi khasiat yang tinggi. Penulis blog dapati buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Varieti Putih atau nama saintifiknya Hylocereus undatus, Varieti Merah (Hylocereus polyrhizus) dan Varieti Kuning (Hylocereus megalanthus). Sejarah mendapati peringkat awal penanaman di Malaysia adalah banyak dari varieti putih tetapi kini kebanyakan petani telah pun memilih varieti merah yang mengandungi anthocyanin yang amat tinggi. Kini hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti putih dan merah. Artikel tengahari Isnin ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai keistimewaan buah naga sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda.

Varieti buah naga memang mempunyai sifat tanaman yang berlainan antara satu sama lain. Dilaporkan dimana varieti putih mempunyai batang berwarna hijau putih, bahu yang tinggi dan kasar berbanding dengan varieti merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan jenis kaktus dimana ia mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran baik. Dulu pada tahun 2012 cuma kini terdapat sekitar 2,580 hektar tanaman pitaya di Malaysia dengan pengeluaran sekitar 95,000 metrik tan terutama untuk pasaran segar akan tetapi disebabkan wabak serangan penyakit reput menyebabkan keluasannya terus menurun kepada hany 800 hektar sahaja pada tahun 2022. Situasi serangan penyakit serius kini mula 'reda' akibat beberapa langkah kawalan dijalankan menyebabkan serangan reput disebabkan oleh Ervinia spp ada kalngan petani yang tidak meneruskan aktiviti penanaman ini. Sifat pokok buah naga adalah mempunyai sifat fisiologi jangkasiang (daylength) panjang atau dikatakan sebagai ‘long day plant’. Ini bermakna tanaman ini memerlukan tempoh cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Selain itu juga tumbuhan ini hidup secara menjalar (epipitik) dan memerlukan sokongan untuk tumbuh. Oleh sebab itu memang ia memerlukan tiang para untuk menyokong batangnya yang lembut. Tiang Para akan berfungsi bagi memudahkan batang dan dahannya memanjat dan menjalar. Tiang Para diperlukan untuk menahan dahan-dahan buah naga yang keluar nanti, di mana setiap batang tiang konkrit akan ditanam dengan empat batang pokok buah naga. Tiang sokongan biasanya diperbuat daripada tiang konkrit, para, konkrit, tayar, besi dan polypipe. Biji benih untuk menanam lazimnya menggunakan keratan batang dimana pokok buah naga boleh juga dibiak melalui semaian biji walau pun kurang dibuat. Penanaman melalui keratan batang lebih baik kerana bahan tanaman mudah diperoleh dan pokok membesar dengan cepat. Keratan benih tersebut dikeringkan di tempat yang sesuai dan ditanam ke dalam polibeg. Keratan boleh juga terus ditanam di ladang sekiranya tapak dan tiang para sudah disediakan.

Pokok yang telah ditanam akan menjalar ke atas mengikut tiang. Pokok yang telah ditanam hendaklah diikat pada tiang supaya ia tidak mudah terkulai dan patah (Sila lihat foto sebelah). Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para sokongan dan ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah. Pokok ini agak mudah ditanam berikutan ia mudah tumbuh di kawasan yang mempunyai sistem saliran baik dan ia tidak sesuai ditanam di kawasan air yang akan bertakung. Suhu sekitar 20 - 30 darjah celcius dengan taburan hujan antara 500 hingga 1,500 milimeter (mm) adalah sesuai. Pokok buah naga memerlukan tanah yang berpasir dan tanah lom berpasir yang kaya dengan bahan organik. Buah naga berbentuk bujur, berwarna merah dan mempunyai sisik. Saiz buah yang cukup matang antara 10-15 sentimeter (cm) dan beratnya antara 300 hingga 500 gram (g) sebiji serta mempunyai rasa manis, berbiji-biji halus yang berwarna hitam seperti biji sawi. Bagi mendapatkan buah yang cantik, maka proses pembajaan perlu dilakukan. Tanaman buah naga memerlukan baja organik untuk pertumbuhan yang baik. Pengapuran adalah perlu dilakukan sekiranya tanah didapati pada pH rendah (masam). Lubang tanaman dimasukkan baja organan, CIRP dan juga kapur. Setiap tiang akan ditanam dengan empat keratan benih buah naga. Dianggarkan lebih kurang 2,000 keratan diperlukan bagi 0.4 hektar. Jika ditanam pada tanah lembap dan mempunyai kandungan air tinggi maka pengairan tidak perlu. Pemberian baja hendaklah diberi secara ‘pemberian split’ atau ‘split application’ dengan kadar bulanan tertentu. Penjagaan danmakhluk perosak adalah perlu dijadikan amalan. Setiap tanaman atau tumbuhan mempunyai makhluk perosak dan penyakitnya. Antara makhluk perosak yang biasa menyerang tanaman buah naga ini ialah burung, tupai, tikus dan kelawar. Haiwan ini akan makan buah yang sudah masak. Oleh itu penjagaan yang rapi akan dilakukan supaya buah yang dihasilkan tidak rosak atau busuk dan seterusnya tidak boleh dipasarkan. Antara perosak lain yang menyerang ialah kumbang Xylopetrus, walaupun tahap seranggannya adalah rendah tetapi perlu diawasi juga. Lalat buah juga boleh dikawal dengan menggunakan kertas atau jaring pembungkus.

Pada penulis blog yang banyak membuat tinjauan teknologi kekebun tanaman buah naga mendapati dimana selain haiwan perosak ada kes serangan penyakit batang reput (stem rot) disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris dan penyakit antraknos turut menyerang tanaman ini. Penyakit antraknos akan menyebabkan batang mudah reput dan memperlihatkan bandal vaskular. Oleh itu bagi menghalang jangkitan dan penyebaran penyakit sebaiknya kawasan ladang akan sentiasa dibersihkan dan memastikan tiada sebarang kotoran atau tempat bagi makhluk perosak untuk hidup membiak di ladang. 
Buah Pitaya atau buah naga sama ada yang Merah atau Putih merupakan sumber Vitamin C yang hebat. Buah ini kaya dengan vitamin C dimana ia dapat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan. Ia juga kaya dengan sumber Vitamin B1 (thiamin) atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan mampu menghasilkan tenaga untuk badan. Ia juga ada sumber Vitamin B3 (niacin) yang mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulakadi dari dalam. Terdapat juga Vitamin B12 yang menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk di makan. Buah naga ini kaya dengan Serat (Fiber) dimana serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar. Dalam pada itu dia juga kaya dengan bahan Mineral seperti fosforus (P) dan kalsium (Ca). Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan pada organ tulang, gigi, dan perkembangan sel. Paling istimewa adalah kandungan bahan Antioksidan yang tinggi terutama pitaya merah dimana ia amat baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain. Memng kandungan bahan protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim dan sebatian lain yang terkandung didalam buah ini. Buah ini baik untuk kesihatan dan keperluan harian disebabkan ia kaya dengan zat vitamin dan mineral dilaporkan ia amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah, mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam badan serta mempunyai kandungan karotin (lycopene) yang tinggi. Anda boleh menikmati buah pitaya segar dengan membeli dari pasar malam, pasar tani atau pasaraya dan dimakan setelah dimasukkan dalam peti sejuk. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BUAH NAGA... DIKENALI PITAYA...
WARNA ISI PUTIH...MERAH ADA...
MUDAH DITANAM... PERLU DIJAGA...
HARGA MURAH... ADA DI PASARAYA...
BANYAK KHASIAT... SIHATKAN SEMUA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Pitaya Lim,
Sungai Pelek, Sepang,
Selangor, Malaysia.
(9 Dzulkaedah 1434H).

Kemaskini pada 18 Jamadilakhir 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.