Friday, July 19, 2013

VARIETI KELAPA - NATIONAL LIST (Part 1)

KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae (dulu dinamakan keluarga Palmae) yang tumbuh di Malaysia dan dianggap sebagai tanaman penting. Ia juga merupakan satu jenis tanaman atau aktiviti pertanian yang dilaksanakan oleh ramai petani tradisional di Malaysia semenjak berkurun dahulu. Sejarah tanaman kelapa bermula kebanyakannya untuk kegunaan sendiri dimana kawasan utama penanaman adalah dikawasan persisir pantai dan sebagai tanaman keliling rumah. Pada masa ini terdapat seluas 110,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia (Perangkaan Jabatan Pertanian 2011) dengan pengeluaran sebanyak 527,422 metrik tan kelapa. Keluasan tanaman kelapa ini adalah berkurangan jika dibandingkan dengan keluasan tanaman kelapa pada tahun 2005 iaitu seluas 121,011 hektar, tahun 2007 (119,701 ha) dan menurun lagi kepada tahun 2009 kepada 100,362 hektar. Penurunan luas kawasan penanaman kelapa kerana ramai petani tradisional dikawasan kampong telah menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit yang lebih mudah diuruskan dan menguntungkan. Beberapa estet swasta yang dahulu menanam kelapa seperti di Perak, Melaka dan Johor juga telah menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info beberapa varieti tanaman kelapa yang baru sahaja didaftarkan dalam National Listing untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.

Terdapat 16 varieti kelapa yang telah pun didaftarkan dalam lamanweb Senarai Varieti Kebangsaan (Dipanggil sebagai National Listing) yang boleh dirujuk dalam lamanweb pvpbkkt.doa.gov.my. Saya juga dapati yang kebanyakan varieti yang telah didaftarkan adalah dari varieti 'public domain' iaitu varieti yang telah lama berada didalam negara dan telah dikenali ramai. Kecuali kelapa varieti Matag, semua varieti yang lain telah berbelas malahan berpuloh tahun telah ditanam dan dikenali ramai. Dalam program penanaman kelapa masa kini terutama yang dibantu oleh Jabatan Pertanian, hanya dua varieti yang diberikan galakan iaitu varieti Kelapa Matag dan varieti Kelapa Wangi (Kelapa Pandan). Ini adalah kerana kedua-dua varieti ini mempunyai potensi hasil tinggi (Matag) dan mendapat harga pasaran lebih baik (Pandan) untuk meningkatkan pendapatan penanam kelapa.


1. CN1 - KELAPA TINGGI MALAYA
Kelapa ini merupakan jenis kelapa paling lama ditanam di negara kita dikenali dengan nama Kelapa Tinggi Malaya (Malaysian Tall). Jenis pokok kelapa ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun. Pokok bersaiz besar dan tinggi. Ketinggian boleh mencapai 15-18 meter. Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta mengandungi air yang banyak. Purata buah setandan ialah 3-5 biji.


2. CN 2 - WEST AFRICAN TALL GREEN
Kelapa ini juga sejenis kelapa yang telah lama ditanam dinegara kita. Antara ciri varieti pokok kelapa ini adalah mempunyai Lebar Petiole: 10.36 cm, Panjang Rachis: 394.9 cm, Jumlah anak daun: 284 helai, Panjang anak daun 132.2 cm, Lebar anak daun: 5.1 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang tangkai bunga (peduncle): 34.2 cm, Panjang central axis:32 cm, Jumlah spikelet yang memiliki bunga betina: 24.8, Jumlah tangkai bunga tanpa bunga betina: 11


3. CN 3 - MAWA
Kelapa MAWA adalah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok kelapa MAWA boleh mencapai sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji. Pada masa ini kelapa MAWA kurang ditanam kerana sukar untuk mendapatkan anakbenih.


4. CN 4 - MALAYAN RED DWARF

Kelapa ini adalah dari ketegori kelapa renek yang berasal dari Malaysia dan dinamakan sebagai Kelapa Renek Merah dengan nombor daftar CN 4. Diantara cirinya adalah Panjang Petiol: 98.0 cm, Lebar Petiole: 8.0 cm, Panjang Rachis: 330 cm, Jumlah anak daun: 206 helai, Panjang anak daun 115 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 27.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 83.0 cm. Warna kulit buah adakah kemerahan dengan saiz buah yang kecil.


5. CN 5  - MALAYAN YELLOW DWARF
Kelapa ini adalah dari ketegori kelapa renek yang berasal dari Malaysia dan dinamakan sebagai Kelapa Renek Kuning dengan nombor daftar CN 5. Diantara cirii pada pokok kelapa ini adalah kerana ia mempunyai panjang petiol sepanjang 98.0 cm, Lebar Petiole: 7.0 cm, Panjang Rachis: 324.2 cm, Jumlah anak daun: 182 helai, Panjang anak daun 109 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 28.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 55.0 cm. Buahnya kecil dengan kulit buah berwarna kuning.


6. CN 6 - KELAPA PANDAN
Kelapa pandan ialah kelapa jenis rendah. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Bilangan buah setandan di antara 10-22 biji. Berpelepah pendek dan mempunyai cebis kapas dipangkal pelepah. Anak pokok Kelapa Pandan boleh dikenali melalui bau wangi pandan pada hujung akar yang dihancurkan dan melayur bahagian bawah lai daun.


7. CN 7 - KELAPA TAGNANAN GREEN
Kelapa Tagnanan Green atau Tagnanan Hijau ini didaftarkan dengan bombor rujukan CN 7. Pokok kelapa ini mempunyai ciri seperti Panjang Petiol: 144.8 cm, Lebar Petiole: 11.4 cm, Panjang Rachis: 282.8 cm, Jumlah anak daun: 234 helai, Panjang anak daun 129.2 cm, Lebar anak daun: 4.82 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 42.6 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 81.2 cm,


8. CN 8 - KELAPA TAGNANAN ORANGE
Kelapa Tagnanan Orange atau Tagnanan Oren ini didaftarkan dengan bombor rujukan CN 8. Diantara ciri pokok varieti ini adalah ia mempunyai panjang petiol sekitar140.2 cm, Lebar Petiole: 10.6 cm, Panjang Rachis: 418 cm, Jumlah anak daun: 224 helai, Panjang anak daun 124.7 cm, Lebar anak daun: 5.22 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 33.2 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 75.8 cm.

Demikian adalah 16 varieti kelapa yang telah didaftarkan dengan Senarai National Listing yang boleh dijadikan bahan rujukan. Masih terdapat banyak lagi vrieti kelapa di Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah yang masih belum didaftarkan dengan National Listing Jabatan Pertanian Malaysia. Kepada individu, syarikat, Jabatan, Agensi yang memiliki varieti kelapa boleh mendaftarkan dengan Bahagian Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian untuk diperiksa dan daftarkan setelah dluluskan. Pendaftaran varieti tanaman menggunakan boreng DK-1 yang boleh dimuatturun daripada lamanweb yang dinyatakan. Wasallam! 


VARIETI KELAPA.... 16 SEMUANYA...
IA DIDAFTAR.... KITA SEMAK NAMANYA...
KELAPA MALAYAN TALL...LAMANYA...
KELAPA LAIN... DITANAM DIMANA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyen Kelapa Parit Botak
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Jun 2013)






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.