Thursday, July 18, 2013

POKOK CERMAI

POKOK CERMAI (Phyllanthus acidus) merupakan sejenis tumbuhan yang natif dibeberapa negara tropika seperti Malaysia daripada keluarga Phyllanthaceae. Pokok cermai merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah sepanjang tahun walau pun ia mempunyai penghasilan puncak mengikut musim. Kegunaan buah cermai adalah bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun. Buah yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman. Kajian saya daripada beberapa buku menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik. Artikel ini saya amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang di panggil dengan Cermai yang mudah di tanam dankhasiat dari cermai berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan di beberapa buah buku dan risalah pertanian.

Tumbuhan Cermai ini dipercayai berasal daripada Madagascar dan tumbuh liar di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam serta Selatan India, Sri Lanka dan Jamaica, Cuba, Carribean serta Amerika Selatan. Pokok ini dari jenis tropika dan sub-tropika yang dipanggil 'Gooseberry". Nama lain ialah Malay Berrry ; Oteiberry ; Gooseberry ; Country Gooseberry (English), Cermai ; Cheremai ; charmella ; charmin-charmin ; Kemangor (Malaysia), cherme ; tcherme (Indonesia), cherembelier ; cham dot (Vietnam), mayom (Thailand), Mak-nkhom (Laos), charmori ; harphanori (India) dan Grosella ; Groselha (Kawasan Caribean, Costa Rica dan Brazil). Tanaman cermai ditanam dikeliling rumah di Malaysia dan jarang kita jumpa penanaman cermai secara meluas yang ditanam secara MONOKROP semasa pemantauan dibanyak lokasi penanaman.

Pokok Cermai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 3-9 meter iaitu seakan-akan sama dengan pokok belimbing buluh. Bentuk batang dan dahan pokok cermai berwarna coklat kehitaman dengan susunan kanopi seimbang. Daun cermai berwarna hijau muda dan berukuran 3-5 cm panjang dan 1-2 cm lebar dengan susunan bersilang tersusun rapi. Bunga yang bersaiz kecil lazimnya keluar dari bahagian dahan dan batang pokok cermai berwarna putih kemerahan dan dalam jambak yang bersusun. Pendebungaan berlaku dengan sendiri dimana ada bunga Jantan, Bunga Betina dan ada yang Hemaprodite dan juga ada bantuan daripada serangga terutamanya semut dan juga angin. Buah cermai berbentuk seperti apel kecil yang mempunyai 6-8 keluk atau ketak berwarna hijau muda keputihan. Buah yang masak akan bertukar kepada hijau kekuningan. Saiz buah lingkungan 1 - 1.5 cm garispusat dan mempunyai rasa sangat masam. Di bahagian tengan cermai ada beberapa bijibenih yang berwarna kekuningan dan keras sebanyak 4-6 biji.

Penanaman cermai sesuai di kawasan tropika yang mempunyai hujan mencukupi serta tanah jenis lom berpasir. Kawasan perlu mempunyai sistem saliran yang sempurna dan cahaya matahari mencukupi untuk pastikan pembungaan dan pengeluaran buah. Kajian saya mendapati tidak ada maklumat mengenai keluasan dan penanaman cermai di Malaysia kerana tumbuhan ini tidak ditanam secara komersil. Kebanyakan tanaman di tanam dikeliling rumah dan didalam susun buah-buahan bercampur. Saya anggar keluasan sekitar 220 hektar berdasarkan kajian CHE oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1990 dan sekitar 280 hektar pada tahun 2012. Kultivar yang ada di tanam di Malaysia adalan jenis Cermai Tempatan yang masam. Terdapat beberapa spesis cermai yang manis dilaporkan di Indonesia dan Filipina dan mempunyai khasiat yang baik.

 Kegunaan lain pokok cermai adalah bahagian  kayu dan dahan kayu yang boleh digunakan  sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam  cermai boleh digunakan dalam perubatan  tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki  saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan.

Penanaman cermai boleh menggunakan biji benih atau keratan batang , 'grafting' dan teknik cantuman udara (air layering). Penanaman menggunakan biji benih perlukan masa selama 4 tahun untuk pokok mula berbuah jika ia di bandingkan dengan cara keratan dan cantuman cuma 2-3 tahun sahaja. Jarak penanaman 4 m x 6 m dan jalankan cantasan untuk mendapatkan dahan seimbang. Pembajaan dengan baja organik dan baja tumberaran NPK 15:15"15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah. Tanaman kontan dibuat dalam kebun untuk meningkatkan produktiviti di ladang. Pastikan kawasan tanah adalah dari jenis tanah subut dengan bahan baja organik yang mencukupi dan mempunyai sistem saliran yang baik. Cantasan awal perlu dibuat untuk mendapatkan bentuk sistem percabangan yang banyak kerana buah cermai banyak keluar daripada bahagian batang dan dahan.

 Pokok Cermai tidak mempunyai masaalah  serangan perosak dan penyakit yang serius.  Terdalat serangan Ulat Makan Daun yang  makan daun terutama dalam musim kering dan  boleh dikawal dengan semburan racun  serangga. Buah yang matang berisi padat akan di kutip menggunakan tangan dan di basuh sebelum di proses. Satu pokok cermai dewasa mampu menghasilkan kira-kira 10 - 15 kilogram buah cermai setahun. Pengeluaran musim puncak di Malaysia adalah pada bulan April, Mei dan Jun setiap tahun. Buah cermai jeruk yang di jual di pasar malam dan di supermarket dengan harga RM 2.50 - RM 3.00 setiap 100 gram. Pulau Pinang yang terkenal dengan produk jeruk buah-buahan tidak ketinggalan menjual 'Buah Cermai Jeruk' dengan harga RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram.

Penanaman cermai dapat membantu petani mengisi kawasan tanah lapang keliling kebun atau kawasan kosong. Pokok cermai mudah dijaga dan penghasilannya juga adalah tidak mengecewakan jika dijaga dengan baik. Pada masa akan datang mungkin kita boleh mendapatkan jus cermai, pil cermai, candys cermai atau kapsul cermai dipasaran selain daripada produk makanan kesihatan berasaskan buah cermai. Tanamlah cermai untuk dimakan sendiri, diproses atau dijual kepada orang lain. Khasiat cermai bagaimana pun masih perlukan banyak kajian lanjut oleh pakar nutrisi makanan. Mungkin akan banyak produk berasaskan cermai akan dicipta seperti jus cermai, teh cermai, kordial cermai, scahet cermai dan sebagainya dimasa akan datang. Wasallam!.

BUAH PELIK .... DI PANGGIL CERMAI....
RASA MASAM... JADI SATU INDUSTRI...
DIBUAT JERUK ...BAYARAN TUNAI...
BOLEH DI TANAM...BENIH DISEMAI...


By,
M Anem
Bilik Kenanga,
ILPP Serdang, Selangor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 18 Julai 2013)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.