Friday, January 11, 2013

LEBAH MADU : PERALATAN

LEBAH MADU (Honey bee) merupakan serangga yang boleh diternak secara komersil untuk menghasilkan pelbagai produk seperti madu, pollen, lilin lebah, propolis, royal jelly dan banyak lagi. Penternakan lebah madu di Malaysia masih belum dieksploit sepenohnya pada masa ini walau pun mempunyai potensi amat baik. Terdapat 3 jenis lebah yang menghasilkan madu iaitu Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Impot (Apis melifera) dan Lebah Tualang/Lebah Liar (Apis dorsata). Lebah Tualang tidak boleh diternak kerna sifatnya yang liar habitat semulajadinya. Lebah Keran (jenis lebah tempatan) dan Lebah impot sesuai di ternak secara komersil menggunakan amalan penternakan dan teknologi sedia ada. Penternakan lebah madi moden memerlukan peralatan dan kelengkapan khusus bagi digunakan. Antara keperluan dan peralatan memelihara lebah madu adalah seperti HAIF LEBAH (bee hive), PENGASAP (Smoker), PAKAIAN SUT (Bee suit), PENUTUP MUKA (Veil), PENGEMPAR MADU (Honey Extractor), SARUNG TANGAN (Gloves), PISAU PEMISAH (Scraper/Knife), BERUS (Brush) dan sebagainya. Artikel malam jumaat ini sambil menonton perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia lawan Thailand saya m3nulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai peralatan untuk menternak lebah madu.


HAIF LEBAH merupakan 'rumah' yang disediakan dari bahan kayu seperti kotak untuk lebah madu dan koloninya tinggal. Haif ini mempunyai banyak lapisan untuk memudahkan kita membukanya bagi menjalankan aktiviti pemeriksaan. Paling bawah adalah lantai, lapisan ruang utama (terdapat frame untuk kom lebah), lapisan penghalang ratu, lapisan simpanan madu (Super) dan juga penutup dibahagian atas sekali. Pintu utama dilantai iaitu bahagian bawah membenarkan lebah pekerja keluar masuk dan boleh ditutup untuk tujuan pengurusan. Anggaran kos satu hais standard di Malaysia sekitar RM60 - RM100 satu unit mengikut ukuran saiz, jenis bahan kayu digunakan dan 'finishing'. Lazimnya haif lebah di cat warna putih untuk memudahkan lebah nampak, mengekalkan ketahan daripada cepat reput kerana cuaca dan mudah dilihat didalam kebun.


PENGASAP atau Smoker merupakan sejenis alat yang diperbuat daripada zink dan pengepam kayu dicantumkan (Lihat foto). Didalam kotena zink diletak lapisan untuk meletakan bahan bakar yang akan di tiup oleh pam bagi menghasilkan asap. Bahan bakar sabut kelapa atau kayu, sekam,abuk kayu dan sebagainya dibakar dan asap yang keluar melalui corong akan dihalakan kepada koloni lebah pada permukaan atas haif yang dibuka. Kepulan asap ini mampu memutuskan komunikasi antara lebah dan ini menyebabkan ia tidak akan bertindak garang untuk menyengat kita. Kesan Asap juga membantu kita dalam menyelenggara koloni lebah tanpa takut kena sengatan dengan cekap. Satu unit pengasap dijual dengan harga RM40 - RM60 dan kalau hendak buat sendiri pun boleh juga.


PAKAIAN SUT LEBAH MADU (Bee suit) merupakan pakaian khas yang diperbuat daripada bahan yang tahan daripada serangan atau sengatan lebah (Lihat foto sebelah). Baju ini lazimnya berwarna putih sama ada diperbuat daripada kulit, plastik, getah, kapas atau polimer yang memang harganya agak mahal. Pernah saya tanya baju ini yang diimpot berharga lebih dari RM 500 satu sut (Termasuk kasut dan veil). Kita di Malaysia kurang selesa pakai sut ini kerana cuaca panas dan lembab menyebabkan kita cepat berpeluh. Lebah juga suka menyengat mereka yang mempunyai bau badan yang tertentu (mungkin busuk baunya). Pakaian untuk menggantikan sut lebah di negara kita memadai dengan dua atau tiga lapis baju (T-shirt didalam) dan baju tebak berlengan panjang dilapisan luar. 
BERSAMBUNG!

HAIF LEBAH .... KOTAK KAYU ASALNYA....
DISUSUN BERBARIS... PUTIH WARNANYA...
SMOKER ASAP ... BERKESAN GUNANYA...
SUIT LEBAH... SANGAT MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem
Pernah menternak lebah
Merlimau, Melaka,
Malaysia
(28 Safar 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.