Saturday, January 12, 2013

LEBAH MADU - PERALATAN (2)

LEBAH MADU (Honey bee) merupakan serangga yang boleh diternak secara komersil untuk menghasilkan pelbagai produk seperti madu, pollen, lilin lebah, propolis, royal jelly dan banyak lagi. Penternakan lebah madu di Malaysia masih belum dieksploit sepenohnya pada masa ini walau pun mempunyai potensi amat baik. Terdapat 3 jenis lebah yang menghasilkan madu iaitu Lebah Keran (Apis cerana)Lebah Impot (Apis melifera) dan Lebah Tualang/Lebah Liar (Apis dorsata). Lebah Tualang tidak boleh diternak kerna sifatnya yang liar habitat semulajadinya. Lebah Keran (jenis lebah tempatan) dan Lebah impot sesuai di ternak secara komersil menggunakan amalan penternakan dan teknologi sedia ada. Penternakan lebah madu secara moden kini memang memerlukan peralatan dan kelengkapan khusus untuk digunakan. Antara keperluan khas peralatan bagi memelihara lebah madu adalah seperti HAIF LEBAH (bee hive), PENGASAP (Smoker), PAKAIAN SUT (Bee suit), PENUTUP MUKA (Veil), PENGEMPAR MADU (Honey Extractor), SARUNG TANGAN (Gloves), PISAU PEMISAH (Scraper/Knife), BERUS (Brush) dan sebagainya. Artikel malam jumaat ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai peralatan untuk menternak lebah madu.


PENUTUP MUKA (Veil) merupakan alat sangat penting didalam penternakan lebah madu. Veil diperbuat daripada topi pandan atau topi keras yang dipasang kain jarang atau kain kasa agar kita boleh melihat dengan jelas (Lihat foto). Anggaran harga veil sekitar RM 25 - RM 30 bergantung kepada kualiti topi. Kain jarang ini dilabuhkan sehingga paras dada agar lebah tidak dapat menyengat bahagian muka kita. Seekor lebah lepas masuk dalam veil dan dapat menyengat bahagian muka (terutama dekat mata atau bibir) memang bengkak jadinya!. Pemeriksaan haif lebah memang dimestikan memakai veil kerana kemungkinan banyak lebah akan menyengat tiba-tiba dan ini membahayakan. 


PENGEMPAR MADU (Honey Comb Extractor) merupakan satu alat berbentuk selinder yang diperbuat daripada 'stainless steel' untuk mengeluarkan madu daripada kom lebah (Lihat foto sebelah). Anggaran harga satu unit extractor sekitar RM 1,500 sebuah. Terdapat 4 rangka ditengah untuk diletakkan kom yang mengandungi madu yang telah dikikis penutupnya. Pemegang (Handle) ditepi akan dipusing dan gear akan memusingkan kom dimana madunya akan terkeluar kedinding pengempar dan turun kebawah. Madu yang terkumpul dibawah akan dikeluarkan melalui paip sebelum ditapis dan dibotolkan.


SARUNG TANGAN (Gloves) merupakan alat dipakai pada tangan kita untuk melindungi daripada sengatan lebah. Terdapat beberapa jenis sarung tangan boleh dibeli dikedai yang diperbuat daripada bahan kain, kulit, getah dan sebagainya. Walau pun kita kurang selesa memakai sarung tangan ketika memeriksa haif lebah, terutama jenis getah dan kulit tetapi ianya adalah penting bagi elakkan sengatan lebah. Paling murah dan selesa adalah menggunakan sarung tangan kain yang berharga RM 1.00 sepasang (Foto sebelah). Ini kerana jenis kain agak selesa dipakai dan murah. Gangguan sengatan lebah menganggu kerja pengurusan haif lebah. Lain peralatan untuk menternak labeh madu adalah pisauu scraper untuk memisahkan kom bersambung dan mengikis penutup madu pada kom. Berus pula digunakan untuk membersihkan lantai haif jika ada kekotoran.

By,
M Anem
Kg Teluk Rimba, Kesang, 
Ledang, Johor,
Malaysia - 
Kawasan Paya Gelam Ternakan lebah madu
(15 Dec 2012)
    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.