Monday, December 31, 2012

IKAN PIRANHA

IKAN PIRANHA (Serrasalmus rhombeus) atau disebut 'Ikan Pirana' merupakan spesis ikan yang terdapat di Sungai Amazon, Brazil yang mampu mengigit mangsa dengan rakus dan cepat. Salah satu spesis ikan air tawar yang karnibal ini ialah "Spesis Mata Merah" atau (Red eye species) yang dikatakan mampu mempunyai kuasa gigitan melebihi 30 kli ganda daripada berat badan ikan tersebut. Kajian oleh beberapa saintis perikanan baru-baru ini yang dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia menyatakan, kehebatan gigitan ikan ini mampu mengalahkan haiwan besar seperti Tyranosaurus rex (T-Rex) yang selalu digambarkan sebagai haiwan ganas zaman pra- sejarah. Kajian tersebut mendapati kekuatan gigitan ikan piranha adalah sekuat 32 Newton (N) iaitu hampir 3 kali ganda lebih kuat daripada gigitan buaya aligator Amerika yang dikatakan memang sungguh kuat gigitannya.  Kalau hendak difahami, satu Newton (1N) adalah ukuran kuasa yang diperlukan untuk mengerakkan satu kilogram jisim (Benda) bagi satu meter persegi. Artikel petang Isnin ini semasa bercuti hujung tahun, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk mengenai ikan piranha atau ikan Pirana untuk dikongsi bersama rakan-rakan pembaca blog ini.


Mayat mangsa gigitan piranha
di Sungai Amazon
Adakah spesis ikan ini di pelihara atau dalam keadaan liar di Malaysia?. Saya rasa agak sukar untuk menjawap soalan ini kerana mungkin ada orang yang hobinya melihat ikan merbahaya ini dalam akuarium. Ikan ini memang dikatakan dilarang dibawa masuk kenegara kita kerana kalau terlepas kedalam sungai kita...alamak...Ngerinya, tengoklah foto sebelah dari internet yang menunjukkan mayat yang menjadi mangsa serangan ikan piranha di Sungai Amazon. Tidak ada apa yang mampu diselamatkan lagi. Dalam beberapa jam sahaja hanya tinggal tulang, itu pun kerana ikan piranha tersebut tidak boleh gigit. Keganasan ikan ini kerana kekuatan yang ada pada gigi yang tajam pada ikan tersebut dan serangan berlaku secara berkelompok dalam air. Kalau ikan ini menyerang dalam kelompok yang banyak, seekor mangsa seperti haiwan kambing atau lembu akan mengambil masa beberapa jam sahaja untuk dihabiskannya berdasarkan kepada filem dokumentari yang dapat saya tengok. Memang ngeri tengok aksi tersebut.


Dalam keadaan liar, ikan jenis karnibal ini mampu membesar dengan kadar 3 cm setahun dan anggaran piranha dewasa sekitar 15 - 30 cm panjang. Warna badan ikan ini bergantung kepada habitat persekitaran dimana ianya agak kehitaman pada air sungai yang liar dan akan menjadi cerah jika dipelihara didalam akuarium. Susunan giginya yang tajam dihadapan mulut ikan piranha ini mampu mengigit dan putuskan mangsa dengan cepat. Ketajaman dan kekuatan gigi piranha mampu mengigit tangan pemilik akuarium dan mencederakannya.  Bagi peminat ikan ini di Amerika dikatakan memberikan makan dengan ikan keli atau udang hidup sebagai makanan. Kajian oleh beberapa saintis perikanan manyatakan ikan ini mampu hidup selama tiga (3) bulan tanpa makanan dalam air.  Kita di Malaysia pernah diperkenalkan dengan ikan dari kumpulan ikan piranha iaitu Ikan Paku atau Ikan Pacu yang popular sekitar pertengahan tahun 1990'an. Ikan Pacu ini mempunyai bentuk lebih lebar dari ikan piranha hitan diatas dan tidaak mengigit diternak dalam kolam ikan air tawar.  Ikan Pacu ini diberi makan pelet atau dedak ikan dan cepat membesar dimana kini jarang-jarang saya jumpa dijual lagi dipasar. Saya pernah menternak ikan ini di kolam saya di Kg Tehel, Jasin sekitar tahun 1999 dan beberapa kali menuai dan menggoreng ikan ini. Memang sedap rasanya.


Ikan Piranha ini sebenarnya sejenis ikan yang boleh dijadikan lauk oleh penduduk tempatan Sungai Amazon di Brazil dan Peru. Ikan ini boleh diburu dengan menggunakan jaring atau kail yang akan di siang dan dibuang bahagian giginya yang tajam. Rasa ikan jenis ini hampir sama dengan ikan-ikan lain yang kita goreng dicampur dengan ramuan seperti garam, kunyit dan diperah limau. Ikan ini boleh juga dijadikan ikan kering masin jika mahu. Sebenarnya ikan piranha ini mempunyai banyak spesis iaitu Kumpulan Catoprion, Pristobrycon, Pygocentrus, Pygopristis, Megapiranha dan Serrasalmus. Ikan dari keluarga Charachidae ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sungai-sungai di Amerika Selatan. Spesis piranha ini belum dapat kepastian kerana ada dianggarkan antara 30 - 60 spesis yang mungkin ada. Kepada sesiapa yang telah menonton filem serangan piranha, awas kerana filem ini akan memberikan kesan spsaikologi kalau kita hendak turun kesungai dikampong kelak.


Serangan piranha dalam mimpi!

IKAN PIRANHA... PIRANA JUGA NAMANYA....
GIGINYA TAJAM ... TAKUT IBUATNYA...
SUKA MAKAN DAGING... 'CARNIBAL' NYA.. 
DI GORENG GARENG... ENAK AGAKNYA...

By,
M Anem
Stesyen Petronas, Bandar Iskandar,
Perak,
Malaysia.
(16 Safar 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.