AMALAN AGRONOMI tanaman anggur (Vitis vinifera) perlu dijalankan mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Penanaman anggur di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan beberapa negara lain dengan pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technologi" beberapa amalam agronomi tanaman anggur yang diamalkan oleh petani di negara yang banyak menghasilkan anggur didunia.
Buku yang saya baca terbitan CABI ada menyatakan kombinasi pokok penanti jenis Vitis rupestis, Vitis riparia dan Vitis berlandieri sangat sesuai digunakan kerana tahan serangan nematod dan juga phylloxera. kombinasi varieti ini juga menghasilkan pokok tahan tahan lasak, tahan cuaca kering, lembab malahan mampu menghasilkan buah anggur lebih cepat. Jarak tanaman yang disyorkan untuk ladang anggur adalah 2.7 meter atau 3.0 meter dengan jarak antara barisan tanaman sekitar 1 - 2 meter jauhnya didalam sistem trellis atau berpara (lihat foto sebelah). Jarak tanam ini dipengaruhi oleh faktur jenis tanah, cuaca, varieti anggur dan sebagainya. Petani di Eropah sering menanam anggur pada jarak 1 meter sahaja antara pokok dan barisan dalam bentuk empatsegi sama. Bagi ladang anggur yang luas, penggunaan jentera menanam anggur digunakan.
Pokok anggur adalah jenis menjalar dan perlukan latihan penjalaran dari peringkat awal penanaman (Lihat foto sebelah). Terdapat banyak sistem penjalaran pokok anggur sama ada berbentuk bebas, vertical, VSP dan sebagainya dimana disesuaikan dengan keadaan rupabentuk tanah, iklim, varieti dan juga tujuan pengeluaran sama ada untuk segar atau untuk diproses buat wain. Penjarangan (thinning) dahan dijalankan mengikut kesesuaian setiap masa. Kawalan rumpai dibuat diantara barisan tanaman dengan cara manual atau semburan racun rumpai yang disyorkan. Pokok anggur akan mula berbuah 2-3 musim penanaman dan akan berbuah penoh selepas 4 musim penanaman. Bergantung kepada pengurusan, jangkaan hail anggur sangat bergantung kepada kultivar dan lokasi penanaman. Pada tahun ke 2 dianggarkan sebanyak 4 mt/ha dan akan meningkat kepada 8 - 15 mt/ha pada tahun ketiga. Pengeluaran hasil anggur mencapai 10 - 20 mt/ha pada tahun ke 4 dan terus meningkat.
Beberapa kajian yang dibuat mendapati jangkahayat pokok anggur mampu mencapai sehingga 40 - 60 tahun (sama umur dengan petani sendiri) jika dijaga dengan baik. Bagaimana pun jika pokok diserang penyakit atau tidak diurus dengan baik , umur pokok anggur memang singkat. Kaedah menuai buah anggur bergantung kepada tujuan pasaran. Bagi pasaran makan anggur segar kaedah memetik anggur dengan memotong gunakan gunting dengan tangan (Lihat foto sebelah). bagi tujuan untuk diproses buat wain, penggunaan jentera atau mesin digunakan agar cepat dalam penuaian hasil. Buah anggur memang tahan disimpan didalam suhu sejuk pada 1 celcius selama 3 - 6 bulan dan masih segar. Itulah sebabnya kita di Malaysia boleh beli dan makan buah anggur segar walau pun kita tidak menanamnya dengan luas. Kadang-kadang penggunaan bahan kimia pengawet seperti 'sulphur dioxide' ada digunakan untuk rawatan buah anggur. Basuh dulu buah anggur sebelum dimakan atau buang kulitnya untuk elakkan gatal tekak atau batu. Wasallam!
BUAH ANGGUR ... ADUH MEMANG SEDAPNYA...
TANAM DI CHINA.... BERJUTA TAN HASILNYA....
DI MAKAN SEGAR ... WAIN JUGA KEBANGGANNYA..
NEGARA JIRAN ... BERJAYA MENANAMNYA...
By,
M Anem
Room 202, Hotel Jelai,
35-36, Jalan Tiong , Bandar Raub,
Pahang,
Malaysia.
(30 Disember2012)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.