Thursday, September 6, 2012

UBI GORENG

UBI GORENG merupakan sejenis makanan yang disediakan daripada Ubi Kayu (Manihot esculenta) dari keluarga Euphobiaceae. Ubi Goreng sesuai di makan sebagai hidangan untuk saraapan pagi atau hidangan minum petang yang di sajikan bersama-sama 'Teh Tarek' atau 'Kopi Kaw Kaw'. Saya memang sangat suka makan ubi goreng yang masih panas selepas digoreng yang disediakan daripada ubi yang masih segar di tuai dari ladang keliling rumah. Tanaman ubi kayu atau Tapioca atau Cassava merupakan tanaman kontan yang mudah di tanam di negara kita asalkan ada kawasan tanah sesuai, cukup cahaya matahari dan tidak mudah banjir. Terdapat lebih dari 1,550 hektar CHE tanaman ubi kayu di Malaysia yang kebanyakannya ditanam untuk kegunaan kilang seperti kilang berasaskan makanan ringan (Buat kerepek ubi), kilang ubat gigi, kilang buat sagu ubi dan hanya kira-kira 15-20sahaja yang di jual sebagai ubi segar untuk dimakan sama ada di rebus, digoreng atau di buat kueh muih tradisional. Beberapa varieti ubi kayu didapati sesuai untuk dipilih sebagai ubi goreng seperti varieti 'Black Twig', Varieti Ubi Putih, Ubi Medan, Ubi Sri Pontian dan sebagainya.  Artikel malam ini saya menulis mengenai ubi goreng dalam anim Agro Technology untuk tatapan dan bacaan semua berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan bebrapa sumber rujukkan.

Cara penyediaan ubi goreng bermula dengan mendapatkan ubi kayu segar dari kebun atau membelinya dari pasar besar, pasar trani atau pasar malam. Pastikan ubi tersebut masih segar dan kemudian di potong sepanjang 6 - 10 cm panjang. Buang kulitnya dengan pisau tajam dan basuh dengan air bersih. Lazimnya saya akan potong atau hiris ubi kayu dengan saiz 1-2 cm mengikut bentuk potongan asal dan kadang-kadang saya potong kecil-kecil. Bagi menyediakan Ubi Goreng Asli atau resepi tradisional, kita terus masukan potongan ubi terus kedalam kuali setelah di celup dengan air garam. Pastikan minyak dalam kuali telah cukup panas sebelum menggoreng. Setelah cukup garing, angkat ubi tersebut dari kuali dan toskan minyaknya.  Bagaimana pun saya paling suka makan Ubi Goreng Berempah (UGB). Ubi Goreng Berempah ini cara penyediaan asas agak sama dengan yang ubi goreng tradisional cuma ianya di gaul dengan ramuah rempah. Ramuan rempah disediakan dengan menumbuk sehingga lumat bawang merah, bawang putih dan ketumbar serta garam dan campur dengan kunyit serbuk. Gaulkan sama rata dengan potongan ubi kayu dan perap selama 10 -15 minit. Goreng dengan minyak panas sehingga garing sebelum dihidangkan. Hidangkan ubi goreng sebagai sejenis makanan tradisional apabila agak sejuk sedikit.

Ubi Goreng Berempah
Khasiat Ubi Goreng memang tidak dapat dinafikan lagi. Selain daripada membekalkan Karbohiderat, ubi goreng mengandungi zat protin, lemak, vitamin dan garam galian lain. Kebanyakan ubi goreng disediakan sendiri oleh mereka yang suka akan makanan tersebut dan jarang-jarang ianya dijual di tepi jalan atau di pasar malam tidak seperti Goreng Keladi, Goreng Cempedak, Goreng Pisang, Goreng Sukun atau Goreng Keledek. Saya dapati hanya beberapa hotel sahaja yang pernah saya jumpa akan menu ubi goreng seperti Hotel Quality, Kuala Lumpur lama dahulu. Walau pun ubi goreng lazim di makan terus ketika suam-suam panas, saya kadang-kadang suka juga celup ubi goreng dengan sambal kicap. Saya paling seronok makan ubi goreng berempah yang di potong halus-halus dan digoreng garing sehingga warna coklat gelap.  Kadang-kadang ubi goreng sesuai dimakan dengan nasi putih sebagai satu daripada lauk yang lazat. Sesuai juga ubi goreng dimakan dengan nasi goreng kampong di waktu pagi atau petang. Mungkin resepi ubi goreng boleh dihidangkan semasa Majlis Kenduri Kahwin, Aqikah, jamuan Rumah Terbuka Hari raya dan sebagainya. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda. Wasallam! 


UBI GORENG....TRADISIONAL RASANYA....
KUNING EMAS...MENARIK WARNANYA...
JENIS BEREMPAH.... LAGI LAZATNYA....
BILA MAKAN... KENYANG AKIBATNYA...

By,
M Anem
Room 259, Oriental Star Hotel,
Lumut, Perak,
Malaysua.
(17 Shawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.