PISANG (Musa spp) merupakan tanaman dari keluarga Musacece yang popular ditanam di seluruh dunia kerana mudah di tanam dan mempunyai khasiat permakanan yang baik. Terdapat beratys-ratus jenis pisang yang ujud tetapii jenis pisang yang boleh dimakan lazimya didalam kumpulan Musa accuminata dan Musa balbisiana Colla. Terdapat banyak lagi pisang liar, pisang hutan dan pisang untuk dijadikan pokok hiasan (Ornamental tree). Antara beberapa negara di kawasan Asia Tenggara, Filipina merupakan paling banyak menanam pisang untuk pasaran domestik dan ekspot diikuti dengan Indonesia, Thailand dan Malaysia. Diantara varieti pisang yang popular di tanam di negara kita untuk pasaran ekspot seperti Pisang Berangan ( Matang -12 bulan), Pisang Mas (Matang - 8 bulan) , Pisang Rastali (Matang - 12 bulan) dan Pisang Cavendish (Matang - 13 bulan). Beberapa varieti khusus untuk psaran tempatan adalah seperti Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Tanduk dan Pisang Raja. Saya fikir ramai diantara kenal akan marfologi pokok pisang dan ramai juga yang kenal akan beberapa varieti pisdang yang popular di Malaysia. Subuh ini bagaimana pun Anim Agro Technology akan berkisar mengenai perosak tanaman pisang yang mungkin ramai kurang arif akan perkara ini. Maklumat ini disediakan berdasarkan pemerhatian penulis, kajian persendirian dan membuat rujukkan kepada manual tanaman Jabatan Pertanian dan MARDI.
Terdapat sebanyak 6 jenis perosak tanaman pisnag di negara kita yang boleh kita belajar pada kali ini. Perosak tersebut adalah (1) Pengorek Umbisi Pisang (2) Pengorek Batang Pisang (3) Ulat Gulong Daun (4) Trips (5) Lalat Buah dan (6) Nematod. Kesemua perosak ini mampu mengancam kesuburan tanaman pisang dan menyebabkan kualiti buah pisang teejejas. Mungkin serangan oleh satu jenis perosak sahaja tetapi ada juga kemungkinan akan berlaku kombinasi serangan beberapa jenis perosak dan juga penyakit. Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopoites sordidus ) merupakan sejenis perosak yang mana diperingkat larva akan menyerang bahagian umbisi dan pangkal batang pisang yang berhampiran dengan tanah (Foto diatas). Saya lihat tisu yang diserang dan berlubang dikeliling pangkal batang akan menjadi perang kemidioan akan busuk dan menyebabkan akar tidak akan tumbuh. Pada kadar serangan yang teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbuang akibat kekurangan akar pokok. Jika serangan berlaku diperingkat anak pokok muda, pokok akan mati dan serangan merebak sehingga bahagian atas batang. Pokok dewasa yang diserang akan menghasilkan tandan buah yang kecil dari saiz biasa. Kawalan dijalankan dengan cara kultura iaitu menggunakan anak benih bebas dari perosak ini. Rawatan mencelup sulur dalam air panas bersuhu 55 Celsius selama 5-10 minit boleh dijalankan. Cara lain dengan memasang perangkap menggunakan batang pisang yang di belah dua sepanjang 2-3 kaki panjang dan di telungkupkan diatas tanah. Pungut kumbang yang terdapat dibawahnya dan musnahkan. Kawalan kimia dijalankan dengan menggunakan racun seperti carbofuran dengan kadar dinyatakan pada label.
Perosak Pengorek Batang Pisang (Odaiporis longicollis) dimana peringkat larva akan menyerang batang pisang di bahagian tisu batang dan bahagian tengah batang (Foto sebelah). Akibatnya bahagian diserang menjadi coklat dengan cepat dan daun akan menjadi kuning serta batang mudah patah. Kejadian pokok patah terutama jika ada angin kencang menyebabkan pokok tidak akan berhasil seperti diharapkan dan menyebabkan kerugian teruk. Serangan berlaku pada peringkat pokok mudan dan lebih teruk pada pokok dewasa yang berbuah. Kawalan boleh dijalankan dengan membuang bahagian atau sulur-sulur yang ada tanda serangan. Amalan kultura lain seperti menggunakan anak benih yang bebas dari perosak ini seperti bahan tanaman dari kultur tisu yang telah disahkan. Benih kultur tisu lazimya memberikan prestasi pertumbuhan baik pada peringkat awal penanaman. Kaedah kawalan racun kimia boleh menggunakan racun serangga dengan menyembur pada pangkal batang menggunakan racun yang sesuai.
Ulat Gulong Daun (Erionata thrax) merupakan serangan yang paling ,udah kita lihat. Saya suka akan ulat ini yang boleh digunakan sebagai umpan memancing di sungai kerana ikan keli sangat suka akan ulat ini. Serangga dewasa akan bertelur pada daun pisang muda dan akan menetas serta larvanya akan menggulung daun pisang. Larva ini aktif pada waktu malam hari dengan memotong daun dan menggulong kearah tulang daun pisang. Larva ini menggulong dan mengikat menggunakan bebenang putih dan apabila daun tadi telah terbuka dan kepompong terdedah keluar, maka daun akan rosak menjadi kering dan ianya tidak berfungsi lagi. Kardah paling mudah adalah dengan memungut ulat tersebut secara manual dan boleh digunakan sebagai umpan untuk memancing. Saya ada juga pernah mendengar ada orang goreng ulat ini dan makan, banyak khasiat protin pada larva ini. Beberapa saintis mengesyorkan penggunaan serangga pemangsa ulat gulong daun seperti Angiommantus sp, Anastatus sp dan Ooencrytus sp. Penggunaan cara ini kurang popular.
Perosak Trips (Thrips spp) tertumpu pada kulit buah pisang. Serangan pada kulit buah pisang menyebabkan kulit pisang akan mengeruping dan kematangan buah pisang akan terganggu. Kawalan dengan semburan racun serangga mengikut kadar yang disyorkan. Walaupun serangan oleh thrips ini dianggap 'minor' tetapi pemantauan perlu sentiasa dijalankan untuk mengetahui tahap serangan. Perosak Lalat Buah (Bactocera musae) terhadap buah pisang berlaku apabila buah pisang masank terdapat bintik-bintik hitam pada bahagian kulit akibat bekas tusukkan ovipositor lalat dewasa memasukkan telur pada kulit (Foto sebelah). Kawalan boleh dijalankan dengan membungkus buah pisang pada peringkat buah muda. Pengalaman saya melawat beberapa ladang pisang mendapati masa untuk membungkus buah pisang apabila sisir terakhir tandan pisang terbentuk kira-kita 10-14 hari selepas berjantung. Media untuk membungkus tandan pisang boleh gunakan plastik nipis (sering guna warna bier), Kertas minyak atau kain yang bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan.
Perosak Nematod (Radpholis similis) adalah satu jenis perosak yang biasa dijumpai di Malaysia dan perlu kita tahu. Serangan cacing nematod ini adalah pada akar yang menyebabkan Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam, berbintil-bintil dan pecah serta menjadi reput terutama di bahagian umbisi. Kelihatan lubang-lubang kecil pada rizom dan sulur. Apabila rizom dikerat melintang kelihatan tompok-tompok hitam di tengah bulatan. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pada pokok muda, tepi daun akan kelihatan kering. Pada pokok yang berbuah, buah menjadi kecil, kering dan hitam semasa muda lagi. Pokok juga mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium. Kawalan dengan menggunakan sulur yang sihat. Bersihkan akar-akar dan umbisi dan lakukan rawatan dengan merendam dalam air bersuhu 55°C selama 10 minit. Cara lain adalah dengan memusnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang oleh nematod. Cara kimia dijalankan dengan menabur dengan racun carbofuran bagi kawalan nematod mengikut kadar yang disyorkan pada label. Apabila anda tahu akan ppenyakit pisang maka anda boleh mengenali dan mengawalnya untuk menghasilkan kualiti pisang yang baik.
PEROSAK PISANG... 6 JENIS SEMUANYA.....
PENGOREK BATANG ... PATAH DIBUATNYA...
ULAT GULONG DAUN...BUAT UMPAN JAWABNYA....
KAWALAN PEROSAK...BANYAK CARA-CARANYA....
By,
M Anem
Tangkak, Ledang,
Johor, Malaysia.
(4 Shawal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.