Friday, August 31, 2012

KHASIAT BUAH PALA

BUAH PALA (Myristica fragrans) merupakan sejenis buah tropika dari keluarga Myristicaceae yang banyak khasiat terutama khasiat permakanan dan khasiat perubatan. Buah pala dipercayai berasal dari kawasan Indonesia khususnya kepulauan Maluku dan ditanam di kawasan Asia Tenggara, Granada, Mauritius dan West Indies. Di Malaysia pokok pala banyak ditanam di Pulau Pinang(islands) dan di proses untuk dijadikan jeruk buah pala, minyak buah pala dan halwa buah pala yang saya kenal semenjak berpuloh tahun dulu. Anggaran pengeluaran buah pala didunia sekitar 10,000-12,000 tan setahun kebanyakkannya oleh Indonesia (75%) dan Grenada (20%). Sebanyak 5% lagi penghasilan oleh India, Papua New Guinea, Malaysia, Sri Lanka dan kepulauan Carribean. Artikel kali ini saya menulis tentang pokok buah pala dan beberapa teknologi yang berkaitan dengan pokok buah pala berdsarkan pemerhatian, kajian, pembacaan dan pengalaman.

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau 'ovate-alternate' berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai 'Pokok Jantan' dan 'Pokok Betina' selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang 'hemaprodite' kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua2 bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau 'cross pollinatian'. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yng berwarna coklat.

Setelah membuat beberapa rujukan menganai kandungan permakanan buah pada dari beberapa buku mendapati setiap 100 gram buah pala yang boleh dimakan mengandungi 10 g air, 30 g karbohiderat, 33 g lemak, 7 g protin, 4.5 g zat besi dan 5 g minyak essen. Kandungan lain adalah sebanyak 11 g serabut, 0.1 g kalsium, 0.2 g posforan dan 0.1 g kalium.  Kandungan utama lemak dalam biji buah pala dikenali sebagai trimiristin dan minyak essen. Minyak essen ini pula didapati kaya dengan unsur Alfa-pinen, Beta-pinen, kamfen, dipenten, eugenol, isoeugenal, binen, monoterpen, miristin, eleminin dan jga unsur safrol. Minyak essen buah pala digunakan dalam industri minyak untuk komestik dan perubatan. Minyai ini dapat diekatrak daripada bahagian daun, bunga, biji , aril dn juga kulit kayu.  Munyai yang diekatrak dari biji buah pala ini digunakan dalam industri minyak wangi.  Isi biji juga boleh digunakan dalam industri cendawan sebagai bahan substrate dimana cendawan yang akan dihasilkan mempunyai aroma seperti buah pala.

Buah Pala yang masak dipetik dan dimakan segar atau diproses dahulu. Cara makan buah pala segar dengan makan mentah dicecah dengan garam atau sambal walau pun ramai tidak suka akan rasanya yang sangat kelat dan masam. Iisinya lebih sesuai di proses dengan menjeruk dalam cuka atau gula dan juga dikeringkan. Produk buah pala jeruk banyak dijual di Pulau Pinang begitu juga dengan produk buah pala kering. Buah ini dimakan sebagai snek ringan dan sedap dimakan bersama jeruk buah lain seperti buah betik, cermai, mangga dan sebagainya. Isi buah pala juga boleh dibuat jeli, jem, gula-gula dan pelbagai jenis manisan. Daun Pokok Pala Muda boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak seperti sayuran yang lain walau pun saya tidak pernah mencubanya.  Biji buah pala boleh dikeringkan dan dijual untuk dijadikan serbuk atau dijadikan rempahratus dalam masakan. Serbuk pala juga digunakan dalam aktiviti membuat kek, sup, masakkan ikan dan masakan daging. 

Beberapa buku yang saya baca menunjukkan banyak Khasiat Perubatan dari pokok pala terutama dari bahagian biji pala. Serbuk biji buah pala yang di campu dengan air dan ditelan akan mampu memanaskan badan. ianya juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan untuk melegakan perut, membantu sistem penghadaman dan mengeluarkan banyak angin dalam perut. Serbuk ini juga didakwa mampu menyembuhkan cirit birit, demam malaria, sakit perut, rheutism, sengal pada pangkal peha dan lain-lain lagi.  Jika hendak mudah, masukan serbuk buah pala dalam nasi dan dimakan untuk mengatasi masaalah sakit perut, disenteri, anorkesia dan lain masalah dalaman dalam perut.  Daun pokok pala yang dikeringkan dan dijadikan teh, direbus dan dimunum sangat baik untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Minyak ekstrak dari biji pala dan daun pala boleh dijadikan ubat salap dimana ia cuma perlu disapu pada pelipis kepala untuk rawatan sakit kepalam gosok pada bahagian bengkak mampu mengempiskannya dan jika digosok pada gigi yang sakit akan mengubatinya.  Jika anda mempunyai minyak buah pala, masukkan setitik minyai pala dalam air suam dan diminum, ianya akan mengatasi masaalah sakit perutdan muntah-muntah. Bagitulah banyaknya khasiat buah pala yang belum kita baca sebelum ini. Kalau hendak mencuba pastikan mendapatkan nasihat dan membuat rujukan dari sumber yang boleh dipercayai. Wasallam.

Gerai jual jeruk buah pala.
KHASIAT PALA....ORGAN DALAMAN....
JIKA DI TELAN...PASTI BUANG ANGIN....
MINYAK EKSTRAK...HARGA BOLEH TAHAN...
MENGUBATI PENYAKIT... JIKA TERINGIN...

By,
M Anem
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh,Melaka,
Malaysia
(7 Syawal 1433H)

Thursday, August 30, 2012

BAHAN PENGALAK ORKID

ORKID atau ANGGERIK merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang sering digunakan untuk hiasan (Ornamental) dengan lebih dari 800 genus dan sebanyak 20,000 - 30,000 spesis diseluruh dunia. Di Malaysia terdapat lebih daripada 100 genus orkid yang telah dikenalpasti dengan jumlah lebih dari 800 spesis orkid. Sebahagian daripada orkid-orkid tersebut telah di komersilkan dan ditanam dilokasi-lokasi strategik seperti di Johor, Pulau Pinang dan Selangor untuk pasaran domestik dan paling banyak adalah untuk  tujuan penghasilan 'cut flower' bagi diekspot.  Pasaran ekspot bunga orkid banyak kenegara-negara seperti Jerman, Belanda, UK, Itali, Hing Kong, Jepun dan Australia dimana kebanyakannya melalui Singapura dan sebahagian melalui KLIA. Di kalangan negara Asia Tenggara, dilaporkan Thailand dan Singapura merupakan pengekspot terbesar orkid dimana Malaysia hanya mengekspot antara 3 - 6% sahaja dari jumlah pasaran (Sebahagian keluaran Singapura adalah dari Negeri Johor). Industri orkid di Malaysia masih banyak faktur penghalang seperti kekurangan varieti yang bermutu tinggi, kos pembangunan awal yang tinggi, kos operasi yang tinggi, masaalah kekangan modal, masaalah ruang pasaran terhad dan kos tenaga buruh serta masaalah sokongan teknikal. Artikel subuh jam 4.30 pagi ini saya menulis berkenaan hasil dari satu pemerhatian yang dijalankan terhadap kesan beberapa jenis bahan penggalak pertumbuhan orkid yang dibuat di Pusat Pertanian Bukit Temiang, Perlis untuk di kongsi bersama dalam Anim Agro Technology.


Bahan BICOMINE
Kajian dan pemerhatian ini bertujuan untuk mebuat pemerhatian kesan beberapa jenis bahan penggalak pertumbuhan dan mengenalpasti kesesuaian bahan penggalak pertumbuhan yang terdapat di pasaran terhadap tanaman orkid. Jangkamasa pemerhatian ini telah dijalankan selama 3 tahun dan data dikutip serta di analisa mengikut kaedah yang sesuai dalam sistem membuat penyelidikan.  Dari segi definasi umum, 'Bahan Penggalak Pertumbuhan' dikatakan sebagai bahan yang digunakan sebagai bahan penggalak pertumbuhan pokok melalui pembahgian sel, proses fotosintesis agar lebih aktif dimana organ klorofil mampu meningkatkan sintesis enzim dalam tumbuhan. Terdapat 5 jenis rawatan yang dilakukan dengan penyiraman bahan tersebut dibuat 3 kali sehari iaitu pada jam 8.00 pagi dan jam 4 petang setiap hari. Pengurusan tanaman orkid yang lain seperti kawalan penyakit, kawalan rumpai, pemeriksaan pokok dijalankan mengikut jadual pakej amalan teknologi tanaman orkid. Pembajaan dibuat menggunakan baja foliar 21:21:21+TE dengan kekerapan 2 kali seminggu pada kadar 10 gram/ gelen.  Diantara musuh tanaman orkid yang dijumpai seperti serangan Kumbang Kuning, Kutu Thrips, Siput dan sebagainya serta dapat dikawal dengan baik. Serangan penyakit seperti Penyakit Bintik Daun dan Reput Bakteria dapat diatasi dalam plot pemerhatian. Antara jenis rumpai yang tumbuh dan dikawal dalam plot seperti jenis Portulaca pilusa, pepperomia pellucida dan jenis Amaranthus piridsi (Bayam liar).


Bahan AMINOFOL
Lima jenis rawatan yang dijalankan menggunakan kod TA1 iaitu rawatan dengan Bahan BICOMINE (Nitrophenol Sodium), Kod TA2 menggunakan bahan QUIMIXIN (Amino acid phytohormone),  TA3 telah menggunakan bahan SUPERBLACK (Humic Acid), TA4 menggunakan bahan AMINOFOL (L. cystiene) dan TA5 sebagai plot KAWALAN (Control). Diantara variable atau data yang dikutip adalah Jumlah Pengeluaran Bunga, Jumlah Pengeluaran Anak dan Peratus pokok hidup. Analisa data dibuat tidak menggunakan Statistical Analysis System (SAS) tetapi menggunakan kaedah visual dan analisa biasa. Beberapa buku 'experimental design methodology' telah dibuat sebagai panduan dan rujukan didalam membuat analisa pemerhatian ini serta dobuat kajian pemerhatian berkaitan.


Plot pemerhatian orkid.
Hasil daripada pemerhatian ini mendapati keputusan yang signifikan untuk dibincangkan. Hasil pertama pemerhatian mendapati, Bunga Orkid paling banyak dihasilkan oleh rawatan TA1 iaitu rawatan penggunaan bahan BICOMINE. Bahan ini memang didapati signifikan terhadap pengeluaran bunga orkid berbanding dengan bahan-bahan penggalak pertumbuhan lain yang diuji. Hasil pemerhatian kedua pula menunjukkan, pengeluaran anak orkid paling banyak dengan bahan AMINOFOL (Rawatan TA4). Bagi melihat prestasi peratus pokok hidup dalam plot pemerhatian pula, didapati rawatan yang menggunakan bahan penggalak pertumbuhan BICOMINE (Rawatan TA1) dan bahan penggalak pertumbuhan SUPERBLACK (Rawatan TA3) memberikan pokok kekal hidup paling tinggi. Berdasarkan kepada temuan-temuan diatas, penanam orkid boleh membuat perbandingan mudah jika berminat untuk memilih dan untuk membeli bahan penggalak pertumbuhan bagi tanaman orkid. Penulis menugucapkan terimakaseh pepada rakan yang membuat pemerhatian ini di PPK Perlis seperti En Meor dan pekerja yang terlibat. SELAMAT MENCUBA!

PENGGALAK PERTUMBUHAN..BANYAK JENISNYA....
PERLU MENGETAHUI..MANA PALING BAIKNYA....
LAIN TUJUAN...MEMANG LAIN JENISNYA...
SEMUGA BERJAYA...BANYAK BUNGANYA....

By,
M Anem
Stesyen Bukit Temiang,
Perlis, Malaysia.
(27 Ogos 2012) 

Wednesday, August 29, 2012

NAMA LAIN - SERAI

SERAI (Cymbopogon citratus) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Graminae atau keluarga rumput yang banyak ditanam dikeliling rumah atau secara komersil di Malaysia. Saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman serai di negara kita. Serai digunakan dalam masakan dan juga ada yang di ekstrak patinya bagi tujuan mendapatkan aroma minyak serai. Kajian saya mendapati terdapat beberapa jenis serai yang ditanam di Malaysia iaitu Serai Pasar, Serai Wangi, Serai Peha Ayam, Serai Peha Gajah dan Serai Liar. Serai sangat mudah ditanam dan mudah dijaga kerana ia merupakan tanaman yang tahan lasak. Lazimnya serai akan matang dalam masa 3-5 bulan sebelum dituai sepenohnya. Jika kita hendak tahu nama-nama lain serai dalam bahasa asing sila baca dalam artikel ini seterusnya...


  
NAMA BOTANI SERAI : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.

NAMA LAIN SERAI ATAU SYNONYM(S)

Andropogon citratus DC., 
Cymbopogon citratus (DC. ex Nees) Stapf


NAMA SERAI DALAM BAHASA LAIN :

BAHASA CHINA : Ning meng cao, Xiang mao, Xiang mao cao.

BAHASA BELANDA : Citroengras.

BAHASA INGGERIS  : Citronella grass, Lemon grass, West Indian lemon grass.

BAHASA PERANCIS : Verveine des Indes, Citronnelle.

BAHASA JERMAN : Lemongras, Zitronengras.

BAHASA HINDI : Khawi.

BAHASA INDONESIA : 
Sereh (Indonesia), Sereh makan (Indonesia). 

BAHASA JEPUN : Remon gurasu, Remonsou. 



BAHASA KOREA : 그라스.

BAHASA MALAYSIA : Serai, Serai makan,

BAHASA NEPAL : Pirhe ghaans.

BAHASA PORTUGIS : Erva-cidreira.

BAHASA RUSIA : Лимонное сорго.

BAHASA SRI LANKA (SINHALESE) : Sera.

BAHASA SEPANYOL (SPANISH) :
Limonaria (Argentina), Malojillo, Te de limon (Honduras), Pasto cedrón (Argentina), Pasto-limón (Argentina), Zacate-limón (El Salvador), Zacate-dete.

BAHASA SWEDEN (SWEDISH) : Citrongräs.

BAHASA FILIPINA (TAGALOG) : Tanglad.

BAHASA THAI : Ta khrai.

BAHASA VIETNAM : Sà.

Nama serai dalam bahasa Vietnam merupakan yang paling pendek dan paling mudah untuk diingati. Apa tidaknya hanya sebut 'Sa' sahaja untuk tanaman serai. Maknanya sama cuma sebutannya sahaja berbeza. Masakan Tom Yam diantara masakan yang banyak menggunakan bahan serai. Dimana-mana sahaja setiap malam di Malaysia terdapat restoran Tom  Yam yang menggunakan serai sebagai salah satu komponen utama. Wasallam!

DI NEGARA KITA ...SERAI WANGI NAMANYA...
DI THAILAND PULA...'TA KHRAI' PANGGILANNYA...
MELAZATKAN MAKANAN...MURAH HARGANYA...
MUDAH DITANAM.. KELILING RUMAH SAHAJA....

By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka , Malaysia.
(1 Shawal 1433H)

Tuesday, August 28, 2012

PEROSAK MANGGA

MANGGA (Mangifera indica) merupakan tanaman buah yang mempunyai banyak serangga perosak. Mangga adalah jenis buah-buahan bermusim yang saya tahu sesuai ditanam di kawasan tropika atau sub-tropika. Keluasan tanaman mangga di Malaysia pada tahun 2011 yang saya rujuk kepada buku statistik Jabatan Pertanian adalah 9,786 hektar dengan pengeluaran hasil mangga sebanyak  25,558 metrik tan. Mangga adalah jenis tumbuhan yang perlukan sdikit 'stress' atau cuaca panas kering untuk ianyanya mengeluarkan bunga bagi sesetangah varieti tertentu seperti varieti Harumanis.  Pengalaman yang saya ada  mendapati beberapa jenis varieti yag popular di Malaysia adalah seperti Chak Anan (MA 224), Harum Manis (MA 128), Golek (MA 162), Mas Muda (MA 204) dan Nam Dok Mai (MA 223). mengga varieti tradisional seperti Bacang, Kuini, Mempelam Pauh atau Mempelam Telor dan Sala juga banyak di tanam untuk tujuan khusus. Pada masa ini penanaman varieti Chok Anan merupakan paling banyak di minati petani kerana kapasiti pengeluaran hasil yang cepat dan potensi pengeluaran hasil yang tinggi sekitar 15 - 20 mt/ha. Pada petang ini saya akan menulis berkaitan beberapa jenis perosak tanaman mangga dalam 'Anim Agro Technology' untuk di baca bagi menerangkan masaalah tersebut.


Kumbang Belangkas
Perosak tanaman mangga boleh di bahagikan kepada 5 jenis atau kategori iaitu Perosak Pucuk dan Daun Muda, Perosak Daun Matang, Perosak Bunga, Perosak Putik dan Bunga dan Perosak Dahan/ Batang/ Akar.  Mangga memang di ketahui mempunyai banyak jenis perosak yang akan menyeriang pada semua peringkat penanaman terutama kepada varieti baru seperti Chok Anan. Terdapat 10 jenis perosak pada pucuk dan daun muda yang menyerang. Perosak tersebut adalah Kumbang Belangkas (Hypomeces squamosus) , Kumbang Pengerat Daun (Deporaus manginatus), Pengorek Pucuk (Chlumetia transversa), Lelompat Daun (Idioscpus mitidulus), Trip (Haplothrip pictipes), Ulat Pemakan Daun (Bombotclia jocosatrix) , Kumbang Milktis (Mictis longocornis) , Puru Daun (Procantaria malteina) , Kumbang Koboi (Anormala cupripes)  dan Belalang (Valangga nigriconis). Kebanyakan serangga tersebut memakan daun daun muda atau pucuk muda dengan memakan, mengerat dan mengorek bahagian tersebut sehingga rosak.  Daun yang diserang akan menjadi kering dan gugur atau ada yang akan mati.  Kawalan serangga perosak dengan menggunakan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) dan juga semburan racun serangga mengikut spesifikasi racun tersebut. Jenis racun serangga seperti profenofos, diaznon, malathion, deltamethrin, endosulfan, chlori-fos, cypermethrin, carbaryl dan dimethoate boleh digunakan.


Kumbang Koboi
Perosak daun matang ada 2 jenis iaitu Ulat Pembuat Sawang (Orthaga icarusalis) dan Hamama (Tetranyunchus cinnabarinus). Ulat atau larva serangga Ulat Pembuat Sarang tersebut akan berlindung didalam sawang daun jika jumlah populasinya banyak. Daun-daun mangga akan dilekatkan menggunakan benang sari yang keluar dari larva. Kemudian larva tersebut akan makan permukaan daun dan akibantnya daun akan menjadi kering dan akhirnya  mati. Kawalan adalah serangga ini dengan mencantas kawasan yang diserang dan musnahkannya. Hamama pula menghisap cairan sel dibawah permukaan daun terutama ketika musim kering dimana kadar serangan adalah tinggi. Kawalan hamama disyorkan dengan menggunakan racun dicotol, amitraz atau propargite. 


Bunga mangga yang mekar. 
Bunga Mangga diserang oleh 4 jenis serangga perosak iaitu Trips, Lelompat, Ulat Pemakan Daun dan Ulat Bulu. Trips (Haplothrips picitipes) juga merupakan serangga yang menghisap perukaan bunga dan tangkai bunga kemudian akan menghsiap cairan sel dimana akibatnya bunga akan kering dan gugur. Kawalan dengan kaedah semburan racun sepeti semburan bendiocarb, methiocarb dan acetamipirid. Lelompat (Idiocerus mtidubus) diperingkat dewasa dan nimfa menghisap cairan sel bunga menyebabkan bunga akan kering dan kemudian gugur. Kulat kulapuk yang saya nampak berwarna hitam akan tumbuh menutupi bunga sepenohnya. Penggunaan racun acetamiprid, diazinon, endosulfan dan chlopyrifos boleh  mengawal masaalah ini. Ulat Pemakan Daun (Bombotelia josatrix) juga menyerang bunga dan menyebabkan kerosakan pada unga. Kawalan untuk serangga ini dengan menyembur racun malathion, deltamethrin dan jenithrotthion. Ulat Bulu (Porthesia scinfillans) pula sering menyerang diperingkat larva akan makan daun dan bunga mangga. Ulat bulu boleh dikawal dengan permethrin, deltamethrin dan cyliuthrin fenvelerate. Perosak mangga perlu dikawal untuk mempastikan hasil mangga dapat di tuai dengan kualiti terbaik dan pokok mangga sentiasa sihat dan subur.


Buah mangga telah rosak.

PEROSAK MANGGA...MEMANG BANYAKNYA....
MENYERANG SEMUA PERINGKAT..TERUKNYA...
MEMANG SUSAH.. CARA KAWALANNYA...
SERANGAN TERUK...TIDAK DAPAT HASILNYA...

By,
M Anem
kg Tehel, Air Panas, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(29 Ramadan 1433H).        

Monday, August 27, 2012

SISTEM 2L

SISTEM 2L atau Sistem Pengembangan 2L adalah satu kaedah dalam pengembangan yang bermaksud Sistem Latihan dan Lawatan (2L). Mungkin genarasi sekarang kurang tahu atau tidak kenal dengan Sistem 2L kerana perubahan teknologi terkini dan kaedah berkomunikasi sekarang. Kaedah ini merupakan satu asas sistem pengembangan secara tradisi dimana banyak negara-negara membangun telah mengadaptasi sistem ini terutamanya dalam pembangunan pertanian termasuk Jabatan Pertanian Malaysia seawal tahun 1970'an dan sangat popular dan aktif pada tahun 1980'an. Didalam sistem ini pegawai pengembangan barisan hadapan atau pekerja pengembangan akan menjalani latihan rasmi secara formal secara berterusan. Latihan ini akan diberikan oleh pegawai-pegawai kanan atau Pegawai Pakar Bidang Khas (Subject Matter Officer) mengenai tajuk-tajuk khusus yang dirancang mengikut jadual yang dirangka. Pegawai barisan hadapan atau Pegawai Pengembangan yang telah dilatih ini akan memberikan khidmat nasehat kepada golongan sasaran dengan membuat latuhan dan lawatan berdasarkan jadual yang disediakan oleh penyelaras di suatu daerah atau lokasi. Artikel petang ini saya akan mengimbas kembali kecemerlangan sistem 2L yang telah dilaksanakan oleh banyak agensi pertanian terutama Jabatan Pertanian dahulu dalam 'Anim Agro Technology' untuk pengetahuan anda semua.


Pegawai Pakar mengajar Agen Pengembangan
Jabatan Pertanian merupakan satu jabatan yang unggul dalam menerajui sistem pengembangan pertanian dalam tahun 1970 'an - 1980'an berasaskan kepada Sistem Pengembangan Latihan dan Lawatan (2L). Projek Pengembangan Kebangsaan (National Extension Project - NEP) merupakan kemuncak perlaksanaan sistem pengembangan ini yang sangat berjaya dalam membangunkan sektor pertanian pada 1970'an di Malaysia dahulu. Pegawai Pengembangan barisan hadapan adalah Juruteknik Pertanian Kawasan (Kini dipanggil sebagai Pembantu Pertanian Kawasan) yang ditugaskan mengikut Kawasan Perkhidmatan (Mengikut mukim atau unit-unit lain yang sesuai). Projek Pertanian Berkelompok ditubuhkan mengikut kawasan perkhidmatan dimana seorang pegawai pengembangan meliputi sebanyak 8 - 10 projek kelompok dengan anggaran 600 - 800 orang petani. Setiap kelompok perlu mempunyai Jawatankuasa Projek dan beberapa orang Kontek Tani. Kontek Tani dipilih dikalangan peserta kelompok yang bertanggungjawap menerima teknologi pertanian dari pegawai pengembangan. Kontek Tani akan hadir semasa sessi lawatan dan latihan yang diberikan oleh pegawai pengembangan. Kadang kala semua peserta kelompok diperlukan hadir jika ada kes-kes wabak penyakit seperti disawah padi untuk kaedah kawalan secara keseluruhan. 


Lawatan JP Kawasan perbincangan
dengan AJK Projek Kelompok
Program Latihan dan Lawatan (Training and Visit - T&V System) ini dijalankan setiap 2 minggu dimana ada satu minggu untuk latihan dan 1 minggu untuk lawatan. Latihan di jalankan oleh Pegawai Pakar kepada agen-agen pengembangan (Juruteknik Pertanian Kawasan) di beberapa pusat latuhan pertanian secara formal. Latihan dijadualkan oleh Ketua Pegawai Pengembangan Negeri (Chief Extension Officer - CEO) dan dipantau perlaksanaannya. Modiul-modiul latihan disediakan mengikut jadual latihan dan lawatan berdasarkan kepada 'impact point' yang diperolehi terdahulu untuk persediaan mengajar. Pegawai Pakar (SMO) ini terdiri dari pegawai-pegawai Teknikal Persekutuan dari pelbagai bidang seperti Bahagian Sains Tanah, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kawalan Penyakit, Bahagian Pembangunan Komoditi Tanaman, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Bahagian Pengurusan Ladang, Bahagian Pengembangan dan sebagainya. Pembelajaran formal ini didalam kelas dalam sessi ceramah, demonstrasi, life specimen, kajian kes, ujian minda dan sebagainya. Program latihan ini sangat berkesan dalam menyampaikan teknologi pertanian kepada pegawai-pegawai pengembangan dengan diberikan ilmu dan nota kursus secara berjadual. Pada masa tersebut semua pegawai pengembangan di mestikan pakar didalam bidang komunikasi umum (Public speaking) dan mengajar kepada gulongan sasaran. 


Demonstrasi mengguna jentera bajak
Program Latihan dan lawatan di adalah dalam Pondok 2L, Rumah Petani, Dalam Kebun, di Balai Raya, Dewan Orang Ramai, Rumah ESC, Tepi Jalan, Pondok Sawah atau mana-mana lokasi yang mudah untuk mengumpulkan petani. Pegawai Pengembangan akan menentukan tarikh lawatan dan latihan mengikut jadual setiap 2 minggu sekali atau mengikut keperluan khusus. Kaedah penyampaian tejuk-tajuk khusus diberikan kepada petani menggunakan kaedah ceramah, pertunjukan spesimen hidup (Live specimen), Flip-Chart, Manila Card, Risalah Pertanian, Petak Demonstrasi, Pertunjukan wayang Gambar, Pertunjukan Slaid dan berbagai kaedah lagi. Tajuk-tajuk ceramah sering disesuaikan dengan isu-isu semasa peringkat penanaman. Contonya jika di sawah padi pada peringkat hendak menanam, maka ceramah tertumpu kepada kawalan air, penyediaan benih padi berkualiti dan sebagainya. Jangkamasa latihan dan lawatan mengikut kesesuaian petani sama ada satu jam atau lebih lama lagi. Tunjuk ajar ini akan diselia oleh pegawai penyelaras diperingkat daerah atau lokasi.


Latihan kepada Kontek Tani
dengan gunakan 'Flip-chart'.
Sistem 2L pernah menerima pujian dari pelbagai pihak termasuk Bank Dunia kerana memberikan impak yang sangat berkesan dalam pembangunan sektor pertanian pada masa tersebut. Kejayaan dari segi modal insan dimana ramai pegawai-pegawai dilatih setiap minggu menyebabkan penyampaian maklumat pertanian dari sumber (Pakar Bidang Khas) dapat disampaikan kepada Juruteknik Pertanian barisan hadapan untuk diberikan kepada gulongan sasaran iaitu petani, pesawah, JKKK, petani hobi sangat berjaya. Bagaimana pun ramai juga yang tidak mahu mengiktiraf akan kejayaan sistem 2L sehingga ada ahli politik yang berani kata 'Sistem Lemah Lutut' dan sebagainya.  apa yang nyata laporan kajian impak yang dijalankan semuanya menunjukkan impak sangat positif diatas perlaksanaan Sistem Pengembangan 2L pada masa tersebut.  Mereka yang terlibat dengan sistem 2L kini ramai yang telah bersara....dan ada yang telah tiada lagi. Generasi baru yang terlibat dengan pengembangan perlu meneruskan lagi lagenda kejayaan sistem 2L ini mengikut peredaran zaman. Mereka perlu  mengadaptasi sistem ini dengan kecanggihan teknologi masa kini.

Pemeriksaan kebun oleh agen
pengembangan pertanian.
Sistem Pengembangan 2L dahulu kini telah pun dijelmakan dengan Sistem Pengembangan Teknologi Pertanian (SPTP) setelah menjalani peredaran masa. Sistem SPTP ini menumpukan pendekatan yang sama pada asasnya tetapi pendekatan yang diubahsuai. Pada masa ini banyak sumber maklumat boleh diperolehi dengan mudah daripada pelbagai sumber. Setiap rumah di Malaysia mempunyai television yang mempaparkan pelbagai maklumat berkaitan dengan teknologi pertanian, teknologi pemprosesan, teknologi moden dan sebagainya. Tidak salah dikatakan pada masa sekarang ramai petani yang telah mempunyai telefon bimbit (Handphone) yang mamou memberikan maklumat terkini jika memerlukan informasi. Laman web dalam internet juga sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran. Kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, lebuhraya, pengangkutan, bilik sejuk, lori dan sebagainya sangat canggih masa ini dan perlu digunakan dalam pengembangan pertanian. Website 'Anim Agro Technology' contohnya, lazimnya di baca oleh lebih 60,000 pembaca setiap bulan dari pelbagai gulongan sasaran dan ini menunjukkan trend masa kini agak berbeza dengan tahun 1970'an - 1980'an dulu.  Artikel ini diharap dapat memberikan maklumat berguna kepada pembaca semua. Wasallam!
Juruteknik Pertanian memberi ceramah selepas
tayangan 'Wayang Pacak' tahun 1970'an.
SISTEM 2L...LATIHAN DAN LAWATAN ASASNYA....
PEGAWAI PENGEMBANGAN...FORMAL LATIHANNYA...
SETIAP 2 MINGGU...LAWATAN DILAKSANAKANNYA...
SISTEM BERJAYA...KINI DITUKAR PENDEKATANNYA...

By,
M Anem
Jalan Istana, 
Lebuh Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(7 Shawal 1433H)


Sunday, August 26, 2012

AZZOLA - Peranan dalam tanaman

AZOLLA (Azolla sp) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang terapong diatas permukaan air serta berwarna hijau dan sering kita jumpa dalam sawah padi atau kolam. Tumbuhan ini telah dikenalpasti memberikan menafaat unggul untuk tanaman padi dan juga aktiviti ternakan serta ternak air (Perikanan). Kesan paling nyata oleh tumbuhan azolla ini adalah berkaitan penghasilan unsur Nitrojen (N). Nitrojen merupakan salah satu unsur penting dalam pertumbuhan tanaman seperti padi. Nitrogen adalah antara unsur utama tanaman dan ia juga merupakan komponen terdiri dari asid amino, asid nukleid, nudeotides, klorofil, enzim serta dan hormon. Nitrojen membantu dalam pertumbuhan tanaman dimana ia cepat bertindak dalam memperbaiki kesuburan pokok seterusnya dapat tingkatkan hasil dan kualiti padi melalui peningkatan jumlah bilangan anak (Tillering), mengembangkan saiz luas daun, pembentukan biji padi, proses pengisian padi serta menjalankan aktiviti sintesis protein. N juga dilaporkan sangat mudah bergerak atau 'mobile' di dalam tanaman dan pada tanah. Artikel petang ini saya menulis mengenai peranan azolla dalam aktiviti penanaman padi di negara kita yang masih kurang diketahui oleh ramai pesawah.

Aplikasi Baja N pada Padi 

Baja N merupakan elemen yang menjadi batasan pada hampir semua jenis tanah pertanian yang dikaitkan dengan kesuburan tanah. Oleh itu pemberian baja N yang tepat sangat penting untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman padi khususnya dalam sistem pertanian intensif. Kekurangan baja N atau cara aplikasi baja N yang tidak sesuai akan memberi kesan buruk pada tanaman seperti padi dan persekitarannya. Strategi dalam mengaplikasi Baja N yang optima ditujukan pada keserasian pemberian baja N dengan berpandukan kepada keperluan sebenar oleh tumbuhan sehingga kadar serapan oleh tanaman terhadap N adalah pada tahap paling  maksima dan mengurangkan kehilangan N ke udara yang disebabkan oleh pelbagai faktor semulajadi.

Simptom dan Akibat Kekurangan N.
Kajian oleh para saintis menunjukkan jika tanaman kekurangan unsur baja N, maka tanaman akana jadi kecil, kerdil atau daun menguning dan jumlah bilangan anakpadi yang kurang sedikit. Kesannya hasil padi akan menjadi rendah disebabkan oleh jumlah tangkai buah atau bilangan biji padi yang kurang. Ini disebabkan oleh kerana kekurangan N memberikan kesan tanah yang akan menjadi masam yerutama jika tekstur tanah jenia kasar (coarse) dan dimana kandungan bahan organik rendah (kurang dari 0.5 % organik C). Kesan tanah masam (pH tinggi) ini juga menyebabkan kesan saliniti juga mungkin disebabkan oleh sistem saliran buruk, jenis tanah kurang subur dan sebagainya. Kajian juga mendapati akan berlaku pemeluhwapan amonia keudara (Amonia evaporation)  dengan mudah jika tidak dikawal dengan baik. Akibatnya berlaku proses pembebasan N keudara yang sepatutnya N tersebut sepatutnya boleh diambil oleh tanaman padi.

Faedah Azolla pada baja N
Dari beberapa kajian oleh para saintis mendapati, pertumbuhan Azolla adalah sangat cepat sekitar 0.355 – 0.390 gram per hari (Pemerhatian di dalam makmal) dan sekitar 0.144 – 0.860 gram per hari (Jikan dibuat di kawasan sawah) dan sesuai digunakan bagi mengatasi masaalah kekurangan N dalam sawah padi. Kemampuan tumbuhan ini yang mengikat N dan simbiosisnya dengan bakteria menyebabkan Azolla berpotensi dijadikan baja mesra alam dan cara pertanian organik. . Pada umumnya biomass Azolla yang mencapai tahap maksima akan tercapai setelah 14 –28 hari setelah proses penanaman atau proses inokulasi dijalankan. Hasil pemerhatian dan analisa penelitian oleh pihak penyelidik mendapati, dengan cara menginokulasikan sebanyak 200 gram Azolla segar per m2 hasilnya didapati setelah 3 minggu maka Azolla tersebut akan menutupi seluruh permukaan sawah tempat Azolla tersebut dibiakkan. Anggaran mata kasar dan rekod menunjukkan azolla dalam keadaan ini dapat menghasilkan sebanyak 30 – 45 kg N/ha iaitu satu kadar yang dikira sama dengan 100 kg baja urea. Didapati juga bahawa Azolla yang tumbuh subur dan berkembang dengan cepat terutama semasa musim hujan berbanding dengan kadar pertumbuhan pada musim kemarau. Lapisan Azolla di atas permukaan air sawah padi dapat menjimatkan penggunaan urea sebanyak 50 kg urea/ha dan kadangkala bila musim sangat baik Azolla dapat menjimatkan sehingga 100 kg baja urea sehektar.

Cara Menggunakan Azolla
Penggunaan Azolla ada beberapa cara yang boleh dijalankan. Saya membaca beberapa buku dan artikel mengenai cara aplikasi azolla serta pemerhatian persendirian.  Cara asas yang paling mudah adalah dengan menebar semasa proses penyediaan kawasan atau semasa kerja-kerja pembajakan tanah kali kedua dijalankan. Kemudian setelah permukaan sawah padi penoh dengan azolla, tanah sawah perlu dibajak putar agar azolla terbenam didalam tanah dan pastikan tumbuhan azolla terbenam. Kemudian baru dilakukan kerja penaman padi (Tabur terus atau Mencedung) dan Azolla yang tidak terbenam perlu dibiarkan tumbuh. Azolla yang tumbuh di permukaan ini dapat mengambil N yang hanyut dan akan berlaku proses pengikatan N serta mampu menahan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini. Aktiviti Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices - GAP) seterusnya dari proses menanam padi , membaja, mengawal air, mengawal musuh dan penyakit, memeriksa batas dan sebagainya. Kajian menunjukkan faedah dari pada azolla 
sebagai baja hijau semulajadi dalam tanah sawah. Selamat Mencuba!

TUMBUHAN AZOLLA...NITROJEN HASILNYA....
CEPAT MEMBIAK.... MUSIM HUJAN CEPATNYA....
DITABUR AWAL...DIBAJAK PUTAR AKHIRNYA....
SUBURKAN TANAH...PADI NAIK HASILNYA....

By,
M Anem
Sawah Kesang Tasek, Merlimau,
Melaka, Malaysia.
(5 Syawal 1433H)


Saturday, August 25, 2012

KHASIAT NANGKA


NANGKA (Artocarpus heterophyllus Lamk) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Moraceae yang mempunyai banyak khasiat. Terdapat seluas 3,962 hektar tanaman nangka di Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak 27,459 metrik tan (Sumber Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2011). Negeri Pahang mempunyai kawasan paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 669 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2011. Daerah Temerloh di Pahang merupakan daerah paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat dengan semua pembaca tentang khasiat tanaman nangka berasaskan kepada pembacaan, pengalaman dan kajian persendirian mengenai tanaman nangka dalam 'Anim Agro Technology' untuk rujukkan pembaca semua.

Nangka adalah tanaman yang sederhana besar dengan ketinggian pokok di antara 20 - 30 meter dan garispusat batang antara 80 - 200 cm. Kajian dan pemerhatian saya mendapati iaitu keseluruhan pokok nangka mengeluarkan getah putih yang melekat pada tangan. Daun pokok nangka berbentuk bujur telur, walau pun lai daunnya nipis tetapi liat kalau hendak disiat dan ukuran panjang daun sekitar 5 - 25 cm dengan lebar daun 4 - 12 cm. Warna permukaan atas daun hijau tua berkilat dan dibahagian bawah daun hijau muda dan tangkai daun yang  berbulu sepanjang 1.5 - 4 cm panjang. Bunga nangka antara jantan dan betina berada pada jambak yang sama. Jambak bunga jantan sepanjang 1.5 - 3.5 cm panjang dan jambak bunga betina berukuran 5 - 15 cm panjang yang keluar daripada pucuk khas pada batang dan dahan. Bentuk buah nangka berbentuk bulat memanjang atau pir yang berukuran 30 - 100 cm panjang dengan ukurlilit 25 - 30 cm bergantung kepada varieti nangka. Bau buah nangka yang masak sangat kuat jika masak pada pokok dengan isi yang berwarna kuning dan lazimnya sangat manis.

Kajian di makmal mendapati setiap 100 gram isi buah nangka yang masak mengandungi 70 - 78 gram air, Karbohiderat (1.3 - 2.0 gram), Lemak (0.1 - 0.4 g), Serabut ( 0.8 - 1.1 g ), Zat Besi (0.4 - 1.1 g), Posforus (18 - 38 mg), Kalium (22 - 37 mg), Natrium ( 2 mg), Vitamin A (175 - 540 IU), Thiamine (0.03 - 0.09 mg), Riboflavin (0.05 mg), Niasin (0.9 - 4.0 mg) dan Vitamin C (8 - 10 mg). Kajian ini juga ada menunjukkan bahawa buah nangka muda mengandungi banyak unsur permakanan dimana kandungan air yang lebih tinggi. Secara amnya, buah nangka masak mengandungi 57% air dan sebanyak 35% kandungan protin. Kayu pokok nangka mengandungi 'morin' iaitu agen perwarna kuning serta juga kandungan siano-maklurin. Kulit kayu nangka diketahui mengandungi bahan Tanin dimana getah nangka sebenarnya adalah bahan yang ujud dari Asid Serotik.

Daun nangka sering digunakan sebagai makanan ternakan terutama untuk kambing dan lembu. Buah nangka muda yang tidak berkualiti juga dgunakan untuk makanan ternakan. Buah nangka masak digunakan sebagai makanan buah segar yang dimakan mentah atau diproses untuk ditinkan dan di buat makanan 'Pencuci mulut'. Buah nangka juga boleh diproses menjadi jem, jeli, acar, dodol, pengat, kerepek nangka (Teknologi Vacuum Fry), manisan kering, ais kerim, sirap nangka dan sebagainya. Nangka muda memang hebat untuk dijadikan sayuran dimasak lemak, kerabu nangka, ulam nangka (perlu direbus) dan dimakan dengan sambal belacan. Nangka muda mudah di perolehi atau dibeli dipasar atau pasar malam dengan harga runcit sekitar RM 1.00 - RM 2.00 sebungkus. Biji Nangka pula boleh direbus untuk dimakan atau boleh juga di proses menjadi tepung. Jika ada sesiapa yang suka, tepung biji nangka boleh dicampur dengan tepong gandum memang sangat sedap untuk dibuat kueh atau kek. Saya suka juga makan biji nangka rebus dan biji durian rebus. Memang sedap jika dimakan masih suam-panas lagi.

Kayu batang nangka
Bahagian batang pokok nangka agak keras dan kurang diserang oleh anai-anai (termites), kulat serta bakteria dan sesuai untuk dijadikan perabot. Lagi tua pokok nangka , lagi keras dan besar kayunya dan ianya boleh dijadikan alatan muzik, bahan kraftangan molek, bingkai gambar, tiang layar dan juga perabut rumah. Getah Nangka jika boleh dikumpulkan mempunyai kuasa melekat yang baik dan sering zaman dahulu digunakan sebagai menjerat burung, menampal sampan yang bocor dan berfungsi sebagai gam untuk mencantum barangan dalam rumah. Kandungan Tanin dalam kulit kayu sering dimenafaatkan sebagai pemprosesan kain dan tali. Warna kuning daripada kayu juga digunakan dalam pewarna sutera dan menjadikan kain sami buddha. 

Dalam pembacaan saya dari buku karangan H.C. Ong menyatakan khasiat dari pokok nangka memang banyak. Bahagian pokok dan Batang Nangka yang mengeluarkan getah jika dicampur dengan cuka lalu di sapu pada bisul akan mengecutkan pembengkakkan dan bisul akan segara baik. Bekas patukkan ular dan bengkak kelenjar juga sesuai disapu dengan getah tadi. Kulit pokok nangka yang ditumbuk lumat kemudian ditampal pada bisul atau ulser mampu merawatnya. Air kulit kayu yang direbus dan diminum mampu merawat sawan bagaimana pun dinasihatkan jangan diberi minum kepada ibu sedang mengandung. Daun Nangka yang dipanaskan dan diletak pada luka akan merawatnya. Lebih baik lagi jika daun nangka di bakar bersama jagung dan tempurung kelapa sampai hangus lalu abunya dicampur minyak dan disapukan kepada bahagian anggota badan yang kena ulser atau luka. Air rebusan daun nangka yang diminum mampu merangsang penghasilan susu kepada ibu yang baru bersalin.

Biji Nangka mempunyai khasiat perubatan yang agak unik dimana jika biji nangka direbus dan dimakan akan mengatasi masaalah kelebihan hempedu badan. Lebih berkesan lagi jika biji tersebut direbus, di jadikan tepong kemudian dicampur dengan iar sejuk lalu diminum. Ada kawan-kawan lama di kawasan perkampongan orang Asli Kg Peta, Mersing , Johor mendakwa yang biji nangka yang dipanggang kemudian dimakan akan bertindak sebagai tonik alat kelamin. Bahagian Akar Nangka merupakan bahagian yang jarang kita jumpa kecuali pokok ditebang dan akarnya dikeluarkan. Bagaimana punn terdapat dakwaan yang akar nangka jika direbus dan airnya diminum akan membantu dalam rawatan masaalah semput (asma), menghentikan masaalah cirit birit, demam panas dan juga beberapa masalah penyakit kulit. Kesemua petua diatas merupakan maklumat yang diperolehi dari orang-orang lama dan keberkesanannya bergantung kepada kaedah rawatan, jenis masalah atau penyakit serta kepercayaan pengamal perubatan tersebut. Semuga artikel ini membuka sedikit minda dalam mengenalpasti perubatan alternatif dalam dunia moden dari tanaman pokok nangka.

POKOK NANGKA ...BANYAK KHASIATNYA....
DAUN NANGKA ... LUKA DI SEMBUHKANNYA...
KULIT NANGKA... BISUL DAN ULSER BAIKINYA....
MAKA BUAH NANGKA...KENYANGLAH JAWABNYA...

By,
M Anem
Kg Sermin, Segamat,
Johor, Malaysia.
(7 Syawal 1433H)

Friday, August 24, 2012

NAMA LAIN - PETOLA

PETOLA SEGI (Luffa acutangula) merupakan sejenis sayuran buah  yang menjalar dari keluarga Cucurbitaceae dan di tanam untuk pasaran domestik. Seluas 1,367 hektar petola ditanam sepanjang tahun 2011 dengan pengeluaran hasil sebanyak 16,009 metrik tan. Kawasan utama penanaman petola di Malaysia adalah di Pahang (489 hektar), Kelantan (258 hektar) dan Johor (208 hektar). Beberapa varieti petola yang ditanam adalah petola tempatan, Petola Segi Panjang (No 3311) dan Petola Segi Gred A F1 (3322). Kegunaan petola segi ini hanya untuk dijadikan sayuran dengan dimasak tumis, masak air atau pun sayur campur. Kajian saya dibeberapa kawasan tanaman petola mendapati harga ladang sekitar RM 1.44/kg dan harga runcit pula sekitar RM 3.05/kg sepanjang tahun 2011. Artikel petang ini saya menulis beberapa sebutan lain dalam bahasa asing tentang petola segi yang boleh kita pelajari dalam 'Anim Agro Technology'.




NAMA BOTANI : Luffa acutangula (L.) Roxb.
NAMA LAIN ATAU SYNONYM(S) : 
Luffa acutangula (L.) Roxb. var. acutangula
Cucumis acutangulus L., Cucurbita acutangula (L.) Blume

NAMA DALAM BAHASA ASING :

BAHASA ARAB : Bamya seeny 

BAHASA BENGALI :  Jhingey.


BAHASA CHINA : 
Guang dong si gua, Guang dong si gua, Yue si gua, Leng jiao si gua, Lin jiao si gua, Si gua (Guangdong), Si gua (Cantonese Sze kwa, See kua), Si gua (Taiwan), Sing kwa , Kak kuey (Hokkien - Singapore).

DANISH : Kantagurk.

BAHASA INGGERIS : 
Angled loofah, Chinese okra, Ribbed loofah, Ribbed gourd, Silky gourd, Ridged gourd, Silk gourd.

BAHASA PERANCIS : 
Courge anguleuse de Chine, Papengaye (Mauritius), Papangay (Mauritius).

BAHASA HINDI : 
Peerkankai, Jhinga torooee, Jhingli torai, Kali, Torai (Torooee), Turai, Hireballi.

INDONESIA : 
Hoyong (Indonesia), Oyong (Indonesia), Gambas (Java).

BAHASA JEPUN :  Shokuyou hechima.

KANNADA :  Heeray kayi.



BAHASA KHMER : Ronôông chrung.

BAHASA LAOS : Looy.

BAHASA MALAYSIA : Ketola, Ketola sagi, Petola sagi, Petola Sanding, 

BAHASA NEPAL : Pate ghirola, Pate toriya.

BAHASA ORIYA :  Kunduru.

BAHASA PORTUGIS : Lufa riscada.

BAHASA SINHALESE :  Dara veta kola, Veta kola, Vata kolu, Wetakolu.

BAHASA SEPANYOL : Calabaza de aristas.

BAHASA TAGALOG - FILIPINA : Patola, Patolang.

BAHASA TAMIL : Pekan aki, Peerkan kai.

BAHASA THAI : Buap, Buap liam (Boap liam), Manoi liam.

BAHASA VIETNAM:  Murop kai

VISAYAN : Buyo buyo.

Diharap pembaca dapat maklumat berguna mengenai panggilan petola didalam bahasa asing. Apa yang menarik adalah gelaran petola dalam bahasa Thai sebagai 'Buap', memang jauh daripada sebutan kita di Malaysia.

DI INDONESIA...DIPANGGIL GAMBAS SAHAJA....
'BARMA SEENY'....ORANG ARAB BERI NAMA....
DI NEGARA KITA.. PETOLA SEGI MUDAHNYA...
DI MASAK SAYUR... MEMANG ENAK RASA...

By,
M Anem
TKPM Sekijang,
Segamat, Johhor,
Malaysia.
(29 Ramadan 1433H)   

Thursday, August 23, 2012

PEROSAK PISANG

PISANG (Musa spp) merupakan tanaman dari keluarga Musacece yang popular ditanam di seluruh dunia kerana mudah di tanam dan mempunyai khasiat permakanan yang baik. Terdapat beratys-ratus jenis pisang yang ujud tetapii jenis pisang yang boleh dimakan lazimya didalam kumpulan Musa accuminata dan Musa balbisiana Colla. Terdapat banyak lagi pisang liar, pisang hutan dan pisang untuk dijadikan pokok hiasan (Ornamental tree). Antara beberapa negara di kawasan Asia Tenggara, Filipina merupakan paling banyak menanam pisang untuk pasaran domestik dan ekspot diikuti dengan Indonesia, Thailand dan Malaysia. Diantara varieti pisang yang popular di tanam di negara kita untuk pasaran ekspot seperti Pisang Berangan ( Matang -12 bulan), Pisang Mas (Matang - 8 bulan) , Pisang Rastali (Matang - 12 bulan) dan Pisang Cavendish (Matang - 13 bulan). Beberapa varieti khusus untuk psaran tempatan adalah seperti Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Tanduk dan Pisang Raja. Saya fikir ramai diantara kenal akan marfologi pokok pisang dan ramai juga yang kenal akan beberapa varieti pisdang yang popular di Malaysia. Subuh ini bagaimana pun Anim Agro Technology akan berkisar mengenai perosak tanaman pisang yang mungkin ramai kurang arif akan perkara ini. Maklumat ini disediakan berdasarkan pemerhatian penulis, kajian persendirian dan membuat rujukkan kepada manual tanaman Jabatan Pertanian dan MARDI.


Terdapat sebanyak 6 jenis perosak tanaman pisnag di negara kita yang boleh kita belajar pada kali ini. Perosak tersebut adalah (1) Pengorek Umbisi Pisang  (2) Pengorek Batang Pisang  (3) Ulat Gulong Daun (4)  Trips  (5) Lalat Buah dan (6) Nematod. Kesemua perosak ini mampu mengancam kesuburan tanaman pisang dan menyebabkan kualiti buah pisang teejejas. Mungkin serangan oleh satu jenis perosak sahaja tetapi ada juga kemungkinan akan berlaku kombinasi serangan beberapa jenis perosak dan juga penyakit. Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopoites sordidus ) merupakan sejenis perosak yang mana diperingkat larva akan menyerang bahagian umbisi dan pangkal batang pisang yang berhampiran dengan tanah (Foto diatas). Saya lihat tisu yang diserang dan berlubang dikeliling pangkal batang akan menjadi perang kemidioan akan busuk dan menyebabkan akar tidak akan tumbuh. Pada kadar serangan yang teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbuang akibat kekurangan akar pokok. Jika serangan berlaku diperingkat anak pokok muda, pokok akan mati dan serangan merebak sehingga bahagian atas batang. Pokok dewasa yang diserang akan menghasilkan tandan buah yang kecil dari saiz biasa. Kawalan dijalankan dengan cara kultura iaitu menggunakan anak benih bebas dari perosak ini. Rawatan mencelup sulur dalam air panas bersuhu 55 Celsius selama 5-10 minit boleh dijalankan. Cara lain dengan memasang perangkap menggunakan batang pisang yang di belah dua sepanjang 2-3 kaki panjang dan di telungkupkan diatas tanah. Pungut kumbang yang terdapat dibawahnya dan musnahkan. Kawalan kimia dijalankan dengan menggunakan racun seperti carbofuran dengan kadar dinyatakan pada label.


Perosak Pengorek Batang Pisang (Odaiporis longicollis) dimana peringkat larva akan menyerang batang pisang di bahagian tisu batang dan bahagian tengah batang (Foto sebelah). Akibatnya bahagian diserang menjadi coklat dengan cepat dan daun akan menjadi kuning serta batang mudah patah. Kejadian pokok patah terutama jika ada angin kencang menyebabkan pokok tidak akan berhasil seperti diharapkan dan menyebabkan kerugian teruk. Serangan berlaku pada peringkat pokok mudan dan lebih teruk pada pokok dewasa yang berbuah. Kawalan boleh dijalankan dengan membuang bahagian atau sulur-sulur yang ada tanda serangan. Amalan kultura lain seperti menggunakan anak benih yang bebas dari perosak ini seperti bahan tanaman dari kultur tisu yang telah disahkan. Benih kultur tisu lazimya memberikan prestasi pertumbuhan baik pada peringkat awal penanaman. Kaedah kawalan racun kimia boleh menggunakan racun serangga dengan menyembur pada pangkal batang menggunakan racun yang sesuai.


Ulat Gulong Daun (Erionata thrax) merupakan serangan yang paling ,udah kita lihat. Saya suka akan ulat ini yang boleh digunakan sebagai umpan memancing di sungai kerana ikan keli sangat suka akan ulat ini. Serangga dewasa akan bertelur pada daun pisang muda dan akan menetas serta larvanya akan menggulung daun pisang. Larva ini aktif pada waktu malam hari dengan memotong daun dan menggulong kearah tulang daun pisang. Larva ini menggulong dan mengikat menggunakan bebenang putih dan apabila daun tadi telah  terbuka dan kepompong terdedah keluar, maka daun akan rosak menjadi kering dan ianya tidak berfungsi lagi. Kardah paling mudah adalah dengan memungut ulat tersebut secara manual dan boleh digunakan sebagai umpan untuk memancing. Saya ada juga pernah mendengar ada orang goreng ulat ini dan makan, banyak khasiat protin pada larva ini. Beberapa saintis mengesyorkan penggunaan serangga pemangsa ulat gulong daun seperti Angiommantus sp, Anastatus sp dan Ooencrytus sp. Penggunaan cara ini kurang popular.


Perosak Trips (Thrips spp) tertumpu pada kulit buah pisang. Serangan pada kulit buah pisang menyebabkan kulit pisang akan mengeruping dan kematangan buah pisang akan terganggu. Kawalan dengan semburan racun serangga mengikut kadar yang disyorkan. Walaupun serangan oleh thrips ini dianggap 'minor' tetapi pemantauan perlu sentiasa dijalankan untuk mengetahui tahap serangan. Perosak Lalat Buah (Bactocera musae) terhadap buah pisang berlaku apabila buah pisang masank terdapat bintik-bintik hitam pada bahagian kulit akibat bekas tusukkan ovipositor lalat dewasa memasukkan telur pada kulit (Foto sebelah).  Kawalan boleh dijalankan dengan membungkus buah pisang pada peringkat buah muda. Pengalaman saya melawat beberapa ladang pisang mendapati masa untuk membungkus buah pisang apabila sisir terakhir tandan pisang terbentuk kira-kita 10-14 hari selepas berjantung. Media untuk membungkus tandan pisang boleh gunakan plastik nipis (sering guna warna bier), Kertas minyak atau kain yang bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan.


Perosak Nematod (Radpholis similis) adalah satu jenis perosak yang biasa dijumpai di Malaysia dan perlu kita tahu. Serangan cacing nematod ini adalah pada akar yang menyebabkan  Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam, berbintil-bintil dan pecah serta menjadi reput terutama di bahagian umbisi. Kelihatan lubang-lubang kecil pada rizom dan sulur. Apabila rizom dikerat melintang kelihatan tompok-tompok hitam di tengah bulatan. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pada pokok muda, tepi daun akan kelihatan kering. Pada pokok yang berbuah, buah menjadi kecil, kering dan hitam semasa muda lagi. Pokok juga mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium.  Kawalan dengan menggunakan sulur yang sihat. Bersihkan akar-akar dan umbisi dan lakukan rawatan dengan merendam dalam air bersuhu 55°C selama 10 minit. Cara lain adalah dengan memusnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang oleh nematod. Cara kimia dijalankan dengan menabur dengan racun carbofuran bagi kawalan nematod mengikut kadar yang disyorkan pada label. Apabila anda tahu akan ppenyakit pisang maka anda boleh mengenali dan mengawalnya untuk menghasilkan kualiti pisang yang baik.

PEROSAK PISANG... 6 JENIS SEMUANYA.....
PENGOREK BATANG ... PATAH DIBUATNYA...
ULAT GULONG DAUN...BUAT UMPAN JAWABNYA....
KAWALAN PEROSAK...BANYAK CARA-CARANYA....

By,
M Anem
Tangkak, Ledang,
Johor, Malaysia.
(4 Shawal 1433H)