Friday, August 31, 2012

KHASIAT BUAH PALA

BUAH PALA (Myristica fragrans) merupakan sejenis buah tropika dari keluarga Myristicaceae yang banyak khasiat terutama khasiat permakanan dan khasiat perubatan. Buah pala dipercayai berasal dari kawasan Indonesia khususnya kepulauan Maluku dan ditanam di kawasan Asia Tenggara, Granada, Mauritius dan West Indies. Di Malaysia pokok pala banyak ditanam di Pulau Pinang(islands) dan di proses untuk dijadikan jeruk buah pala, minyak buah pala dan halwa buah pala yang saya kenal semenjak berpuloh tahun dulu. Anggaran pengeluaran buah pala didunia sekitar 10,000-12,000 tan setahun kebanyakkannya oleh Indonesia (75%) dan Grenada (20%). Sebanyak 5% lagi penghasilan oleh India, Papua New Guinea, Malaysia, Sri Lanka dan kepulauan Carribean. Artikel kali ini saya menulis tentang pokok buah pala dan beberapa teknologi yang berkaitan dengan pokok buah pala berdsarkan pemerhatian, kajian, pembacaan dan pengalaman.

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau 'ovate-alternate' berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai 'Pokok Jantan' dan 'Pokok Betina' selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang 'hemaprodite' kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua2 bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau 'cross pollinatian'. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yng berwarna coklat.

Setelah membuat beberapa rujukan menganai kandungan permakanan buah pada dari beberapa buku mendapati setiap 100 gram buah pala yang boleh dimakan mengandungi 10 g air, 30 g karbohiderat, 33 g lemak, 7 g protin, 4.5 g zat besi dan 5 g minyak essen. Kandungan lain adalah sebanyak 11 g serabut, 0.1 g kalsium, 0.2 g posforan dan 0.1 g kalium.  Kandungan utama lemak dalam biji buah pala dikenali sebagai trimiristin dan minyak essen. Minyak essen ini pula didapati kaya dengan unsur Alfa-pinen, Beta-pinen, kamfen, dipenten, eugenol, isoeugenal, binen, monoterpen, miristin, eleminin dan jga unsur safrol. Minyak essen buah pala digunakan dalam industri minyak untuk komestik dan perubatan. Minyai ini dapat diekatrak daripada bahagian daun, bunga, biji , aril dn juga kulit kayu.  Munyai yang diekatrak dari biji buah pala ini digunakan dalam industri minyak wangi.  Isi biji juga boleh digunakan dalam industri cendawan sebagai bahan substrate dimana cendawan yang akan dihasilkan mempunyai aroma seperti buah pala.

Buah Pala yang masak dipetik dan dimakan segar atau diproses dahulu. Cara makan buah pala segar dengan makan mentah dicecah dengan garam atau sambal walau pun ramai tidak suka akan rasanya yang sangat kelat dan masam. Iisinya lebih sesuai di proses dengan menjeruk dalam cuka atau gula dan juga dikeringkan. Produk buah pala jeruk banyak dijual di Pulau Pinang begitu juga dengan produk buah pala kering. Buah ini dimakan sebagai snek ringan dan sedap dimakan bersama jeruk buah lain seperti buah betik, cermai, mangga dan sebagainya. Isi buah pala juga boleh dibuat jeli, jem, gula-gula dan pelbagai jenis manisan. Daun Pokok Pala Muda boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak seperti sayuran yang lain walau pun saya tidak pernah mencubanya.  Biji buah pala boleh dikeringkan dan dijual untuk dijadikan serbuk atau dijadikan rempahratus dalam masakan. Serbuk pala juga digunakan dalam aktiviti membuat kek, sup, masakkan ikan dan masakan daging. 

Beberapa buku yang saya baca menunjukkan banyak Khasiat Perubatan dari pokok pala terutama dari bahagian biji pala. Serbuk biji buah pala yang di campu dengan air dan ditelan akan mampu memanaskan badan. ianya juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan untuk melegakan perut, membantu sistem penghadaman dan mengeluarkan banyak angin dalam perut. Serbuk ini juga didakwa mampu menyembuhkan cirit birit, demam malaria, sakit perut, rheutism, sengal pada pangkal peha dan lain-lain lagi.  Jika hendak mudah, masukan serbuk buah pala dalam nasi dan dimakan untuk mengatasi masaalah sakit perut, disenteri, anorkesia dan lain masalah dalaman dalam perut.  Daun pokok pala yang dikeringkan dan dijadikan teh, direbus dan dimunum sangat baik untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Minyak ekstrak dari biji pala dan daun pala boleh dijadikan ubat salap dimana ia cuma perlu disapu pada pelipis kepala untuk rawatan sakit kepalam gosok pada bahagian bengkak mampu mengempiskannya dan jika digosok pada gigi yang sakit akan mengubatinya.  Jika anda mempunyai minyak buah pala, masukkan setitik minyai pala dalam air suam dan diminum, ianya akan mengatasi masaalah sakit perutdan muntah-muntah. Bagitulah banyaknya khasiat buah pala yang belum kita baca sebelum ini. Kalau hendak mencuba pastikan mendapatkan nasihat dan membuat rujukan dari sumber yang boleh dipercayai. Wasallam.

Gerai jual jeruk buah pala.
KHASIAT PALA....ORGAN DALAMAN....
JIKA DI TELAN...PASTI BUANG ANGIN....
MINYAK EKSTRAK...HARGA BOLEH TAHAN...
MENGUBATI PENYAKIT... JIKA TERINGIN...

By,
M Anem
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh,Melaka,
Malaysia
(7 Syawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.