Saturday, July 14, 2012

STOMATA

STOMATA sdalah satu struktur apertur halus yang terdapat pada permukaan lapisan epidermis daun tumbuh-tumbuhan yang sangat penting dalam sistem pernafasn dan penghasilan tenaga untuk pokok tersebut. Stomata merupakan satu unit lubang udara (pore) yang  dikelilingi dengan sel pengawal (guard cell) yang mampu membuka dan menutup lubang stamata untuk tujuan kemasukan dan pengeluaran gas dan bahan lain. Lubang ini di panggil STOMA dimana ia berasal dari satu perkataan asas dari bahasa Greek yang bermakna 'laluan komunikasi' antara bahagian luar dan dalam sel terutama untuk laluan udara. Fungsi utama stoma adalah untuk membenarkan gas Karban dioksid, Oksijan dan Wap Air bebas keluar masuk kedalam stomata. Organ stomata terdapat pada bahagian tumbuhan yang berada diatas tanah seperti pada bahagian DAUN, BUNGA, KELOPAK BUNGA, BAHAGIAN BATANG LEMBUT dan lain-lain bahagian. Kebanyakan struktur stomata berada pada bahagian aktif tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis tetapi apabila tisu menjadi tua, maka fungsi stomata tidak ada lagi. Petang SABTU ini saya menulis artikel bertajuk stomata sambil menonton TV rancangan tayangan filem hindustan untuk 'Anim Agro Technology' bagi tatapan semua.


Kita mula dengar dan belajar perkataan 'stomata' semasa dibangku sekolah rendah lagi, iaitu dalam Mata Pelajaran Sain Kajihayat (Kini Biologi) yang ada mempaparkan peranan stomata dalam proses fotosintesis. Kepadatan bilangan stomata setiap milimeter persegi diantara 100 - 1,000 buah bergantung kepada jenis daun, varieti tanaman, umur pokok dan iklim serta faktur persekitaran. Lazimnya lebih banyak bilangan stomata pada permukaan daun yang terdedah dengan banyak cahaya matahari, kawasan lembab berair dan kawasan dimana terdapat banyak karbon dioksida. Kajian yang saya temui dari banyak rujukan menyatakan, tumbuhan rumpai yang rendah kurang bilangan stomata dari pokok tumbuhan yang tinggi (deciduous trees). Saiz stomata dan saiz sel pengawal juga berbeza mengikut jenis tumbuhan dimana ada yang berbentuk buah pinggang (Kidney) dan sebagainya (Lihat foto sisebelah atas). Foto tersebut menunjukkan lubang stoma terbuka (Bahagian atas) dan Ruang stoma tertutup (Bahagian bawah) yang dilaksanakan oleh Sel Pengawal (Guard cells)


Bahagian DAUN pada tumbuhan yang saya faham sejak dulu, merupakan kilang untuk membuat makanan pada tumbuhan. Proses FOTOSINTESIS yang berlaku melalui proses transpirasi kemasukan CO2 dan mengeluarkan Oksijan serta tenaga daripada wap air serta bahan nutrien dalam daun. Kadar kecekapan transpirai ini di nilai dengan satu formula dipanggil sebagai Kadar Kecekapan Penggunaan Air (Water Use Efficiency - WUE). Proses transpirasi ini sangat aktif pada waktu ada cahaya matahari dimana kita akan melihat pada ketika ini keadaan daun akan seakan layu dimana berlaku banyak transpirasi keluar masuk gas, air dan sebagainya. Kemasukan CO2 dan penghasilan Oksijan kedalam udara menjadikan bekalan oksijan dikawasan banyak tumbuhan berlaku. Manusia pula akan menyedut oksijan dan akan membebaskan CO2. MasyaAllah .... agungnya ciptaan Allah yang telah menjadikan perseimbangan ini!


Pada masa ini banyak asap-asap dari kilang, kenderaan, kesan kekotoran kimia pada alam sekitar yang telah membahayakan pengambilan gas oleh stomata dan daun tumbuhan. Gas Tercemar (Air pollutant) seperti Sulfur dioxide, Carbon monoxide dan Oxides of Nitrogen akan diambil oleh daun ketika proses fotosintesis. Kesannya tumbuhan akan mendapat kesan toksik dan racun dimana berlaku perubahan dalam kadar metabolisma, penurunan kadar tumbesaran tumbuhan dan mampu mengubah sifat atau ciri-ciri marfologi tumbuhan tersebut atau akan kelihatan pokok jadi pokok lain (mutant tree). Kalau tumbuhan ini diambil oleh manusia sebagai makanan dimana akan terdapat juga kesan logam berat (heavy metal) didalamnya sudah menjadi tidak selamat untuk dimakan.  Kawasan penanaman sayuran daun dikawasan perindustrian, tepi jalan yang sesak dengan asap dan kenderaan atau penggunaann bahan terlarang akan menyebabkan kesan toksik dan pengeluaran gas yang merbahaya kepada tumbuh-tumbuhan. Di harap stomata akan terus berfungsi untuk kesinambungan bekalan oksijan di mukabumi ini dan pelbagai kebaikan lain. Wasallam!


NAMANYA 'STOMATA'...PENTING UJUDNYA...
MENYERAP KARBAN DIOKSIDA...OKSIJAN HASILNYA....
KEPADATAN STOMATA....PELBAGAI SEBABNYA....
DENGAN STOMATA ... KITA PANJANG UMURNYA....


By,
M Anem
Jalan Bellamy, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(14 Syaaban 1433H)   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.