Friday, May 18, 2012

GAJAH MENARI

GAJAH (Family Elephantidae) merupakan sejenis haiwan bersaiz besar dalam kumpulan mamalia dan perlukan masa selama 22 hari dalam kandungan. Terdapat dua jenis gajah didunia iaitu Gajah Afrika yang bersaiz lebih besar dan Gajah Asia yang saiznya kecil sedikit. Haiwan in hidup selama 50 - 70 tahun seperti juga manusia tetapi penah direkodkan sehingga 82 tahun. paling istimewa menganai gajah adalah kerana haiwan ini mempunyai Belalai (Trunk) dan juga Gading (Spesis tertentu).  Makanan gajah terdiri daripada buah-buahan, tumbuhan hijau seperti rumput dan umbut serta merupakan riminan dengan kapasiti keperluan makanan sehingga 200 kilogram sehari. Walau pun badan gajah besar, katanya gajah mempunyai mata dan otek yang agak kecil berbanding saiz badannya. Apa yang saya hendak kongsi disini adalah mengenai persembahan gajah yang mampu menari, menaiki basikal, bermain bowling, mengurut, melukis, bermain bola sepak dan sebagainya. Semua ini saya dapat lihat di Taman Nong Nooch di Pattaya, Thailand iaitu sebuah taman bunga terbesar di Thailand dan juga merupakan sebuah Taman Rekreasi.


Persembahan dimulakan dengan beberapa puloh ekor gajah dari yang besar dan kecil berjalan membentuk bulatan sambil dimainkan muzik.  Kemudian gajah-gajah tersebut menari mengikut rentak muzik. Ramainya pengunjung dikeliling pentas sehingga tidak muat yang ketawa dan gembira melihat 'Gajah Menari'. Seterusnya dua ekor gajah di berikan 5 bili bola untuk di masukkan kedalam karung dalam permainan Bola Jaring menggunakan belalainya. Kiraan pemenang di buat gajah paling banyak masukkan skor dan di berikan hadiah makan pisang. Selepas itu gajah bermain bola sepak dengan menggunakan belalai juga...agaknya gajah sukar untuk menendang bola masuk ketiang gol seperti manusia!. Seekor gajah comel di naikan keatas basikal roda tiga dan mampu mengayoh basikal tersebut mengelilingi pantas sebanyak 3 kali. Memang laju kayuhan gajah ini diatas basikal warna hijau...silap-silap johan peserta Lumba Basikal Le-Tour De Langkawi di potong....itu kalau pelumba itu berhenti rehat!


Paling saya suka melihat gajah bermain bowling.... Bukan geng-geng kita sahaja yang pandai main boling tetapi gajah pun pandai juga. Pin di susun sebanyak 10 juga dan bola bowling di campak menggunakan belalai. Saya kira skill gajah di sini sama dengan skill saya main bowling kerana banyak yang tidak kena. Seekor gajah akhirnya menjatuhkan semua balingan pin dalam masa 13 minit dan menerima hadiah ...makan pisang..tidak payah bungkus hamper macam kita.  Seterusnya pertandingan melukis oleh dua ekor gajah menggunakan dye berwarna warni di atas T-Shirt. Apabila siap rupanya gambar pokok yang cantik dan T-Shirt tersebut dijual kepada penonton (RM50.00 sehelai - ada 2 helai sahaja). Pesembahan yang menarik juga adalah bagaimana gajah mengurut menggunakan belalai dan kaki. Seram sejuk dibuatnya penonton yang baring diatas tanah untuk diurut dan 'di pijak-pijak' oleh kaki gajah...saya ngeri tengok lagak ini...mana tahu gajah tersilap...masuk kubur jawabnya. Memang seronok tengok show gajah menari..ini kali pertama saya melihat persembahan yang menarik ini.


BERBADAN BESAR...GAJAH NAMANYA....
PANDAI MENARI...MOLEK GAYANYA....
MASA MELUKIS...POKOK GAMBARNYA...
BERMAIN BOWLING...ADA KELASNYA...
NAIK BASIKAL...LAJU LAGAKNYA...
HATI GEMBIRA...PANAS CUACANYA....


By,
M Anem
Nong Nooch Garden,
Pattaya, Thailand.
(25 JamadilAkhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.