Tuesday, January 31, 2012

Marfologi PADI

PADI (Oryza sativa Linn) merupakan sejenis tumbuhan yang penting di banyak negara didunia sebagai tanaman birijin utama.  Tanaman ini dinamakan sebagai 'PADDY' dalam bahasa Inggeris yang berasal dari perkataan bahasa Melayu semenjak dulu kala. Negara China merupakan negara yang paling luas menanam padi dan menghasilkan beras iaitu merupakan 25% daripada kawasan sesuai dengan pertanian. malaysia mempunyai sawah padi yang ditaman dengan padi seluas 673.745 hektar yang melibatkan seramai 173,000 pesawah padi. Negara kita mempunyai tahap kecukupan beras (SSL) sebanyak 65 - 70% dan bakinya diimpot dari negara jiran. Ramai rakyat Malaysia generasi lama yang kenal dengan tanaman padi tetapi mungkin juga generasi sekarang tidak kenal akan marfologi tumbuhan padi ini. artikel malam ini saya menulis mengenai marfologi biji padi untuk pengetahuan pembaca.


Biji Padi atau Buah Padi adalah bijirin kecil yang dihasilkan oleh pokok padi yang mempunyai kulit berwarna coklat cerah (Lihat foto) apabila matang dan mengandungi isi yang akan menjadi BERAS apabila dibuang kulitnya dan menjadi NASI apabila di masak.  Marfologi biji padi berbeza-beza mengikut varieti padi sama ada padi panjang, sederhana, pendek atau sifat kualiti nasi sama ada melekit atau tidak.  Nasi mengandungi banyak tenaga, garam galian serta vitamin yang dijadikan makanan asasi kebanyakan penduduk Asia Pasifik. Berdasarkan kepada sebaran geografi dan marfologi jenis Oryza spp boleh dibahagikan kepada O. Japonica, O. javanica dan O. Indica. Sila rujuk Jadual 3 dibawah uuntuk mengatahui perbezaan ketiga-tiga jenis padi tersebut.




Anakbenih Padi adalah asas untuk menanam padi semenjak dulu kala. Komponen utama anak benih adalah RADIKEL dan KOLOEOPTIL (Rujuk rajah sebelah). Lazimnya anakbenih padi akan menghasilkan radikel yang keluar apabila biji padi bercambah. Radikel ini hidup tidak lama berasaskan simpanan makanan dalam biji padi dan akan digantikan dengan akar adventitius yang lebih banyak cabang. Banyak akan keluar akar-akar lain dalam tanah semasa anakbenih padi membesar. Akar Padi akan menyerap bahan nutrien dalam tanah semasa proses pembesaran pokok.  anakbenih ini akan membentuk bahagian akar, batang dan bahagian daun. Akar padi mulanya berwarna putih tetapi oleh kerana terdapat banyak zat besi dalam tanah maka akhirnya akar akan bertukar warna menjadi kuning kemerahan  atau perang menunjukkan bahawa akar tersebut adalah akar yang sihat. Peranan akar berbeza bagi setiap varieti dari segi jumlah, kedalaman dan ketahannya terhadap persekitaran seperti kemarau atau faktur lain.


Batang Padi terdiri daripada bahagian buku dan ruas dimana dibahagian buku terdapat lai, ligul , upeh, daun , aurikel dan bulir. Pemerhatian saya mendapati pemanjangan ruas berlaku semasa proses pembesaran. Dalam keadaan dimana air dalam kadang-kadang berlaku akar akan keluar dari bukuruas yang dipanggil sebagai Akar Bukuruas (nodal root). Ciri marfologi inii terdapat pada padi jenis terapong yang mampu menyerap zat makanan daripada air. Padi jenis ini banyak ditanam di Bangladesh, Myanmar dan juga sebahagian lagi di India. Saya sempat melawat padi jenis terapong ini ketika melawat Myanmar pada tahun 2009 dimana kedalaman paras air lebih dari 8 kaki dan aktiviti menuai menggunakan sampan. Bagi jenis padi huma lazimnya batang pokok hidup lama sehingga setengah tahun berbanding dengan padi sawah moden yang mempunyai jangkahayat  sekitar 110 - 125 hari sahaja. 


Bahagian Daun Padi mempunyai 2 komponen iaitu LAI DAUN dan UPIH DAUN. Upih daun terdiri daripada ligul dan aurikel sementara lai daun bahagian permukaan berwarna hijau dimana kedua-duanya menjalankan proses fotosintesis. Lai daun mempunyai urat daun dibahagian tengah yang selari sepanjang daun. Jumlah daun dalam perdu merangkumi daun yang terdapat pada batang utama dan anak padi. Kajian menunjukkan jumlah daun paling banyak adalah pada peringkat beranak maksimuk (maximum tillering stage) dan akan berkurang selepas peringkat tersebut.  Jumlah hasil padi banyak ditentukan oleh kesuburan pokok iaitu jumlah anak padi dan bilangangan daun padi yang ujud.  Amalan agronomi penanaman padi perlu dijalankan untuk mendapatkan hasil padi optima melalui program 'Rice Check'.  Semuga artikel ini membantu pembaca mengenali mengenai marfologi tumbuhann yang namanya PADI.


SAWAH PADI...ADA TUMBUHAN PADI....
KELUARGA GRAMINAE....TIDAK TINGGI....
PADI BUANG KULIT...BERASLAH JADI....
BERAS DI TANAK..TENTU JADI NASI....


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH
(6 RabiulAwal 1433H) 

Monday, January 30, 2012

KACIP FATIMAH

KACIP FATIMAH (Labisia pumila) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Myrsinaceae yang digunakan oleh masyarakat Melayu semenjak dulukala terutama untuk kesihatan wanita khususnya selepas bersalin. Banyak maklumat mengenai Kacip Fatimah yang boleh didapati daripada internet daripada kajian-kajian institut penyelidikan, mengenai khasiat, kajian makmal dan penjualan anak benih untuk penanaman. Walau pun kini tidak banyak maklumat mengenai agronomi tanaman herba ini dan juga mengenai aliran wang tunai atau cashflow didapati tetapi kerajaan telah cuba membangunkan tumbuhan herba ini melalui program NKEA iaitu dibawah Pembangunan Kluster Herba (EPP1). Beberapa rujukan menyatakan kacip fatimah yang tumbuh dan terdapat di Malaysia dan terdapat  3 varieti yang telah dikenalpasti iaitu L. pumila var alata, L. pumila var pumila dan L. pumila var lanceolata (Stone, 1988). Kebanyakan tumbuhan ini adalah liar dimana sumber bekalan herba ini dahulu diperolehi daripada kawasan hutan atau belukar secara semulajadi dan tidak banyak maklumat mengenai penanaman herba ini secara komersil. Pengalaman penulis dalam membuat kajian mendapati pada tahun 2014 kawasan terluas menanam kacip fatimah secara komersil adalah di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor dengan kaedah penanaman yang moden dan monokrop. Projek ini yang dijadikan 'Model Farm' oleh Jabatan Pertanian melibatkan usahawan swasta untuk bersama dalam kajian daripada penanaman sehingga pemprosesan. Permintaan pasaran yang tinggi menyebabkan telah ada usaha untuk menghasilkan anakbenih secara komersil bagi penanaman kacip fatimah dan beberapa kaedah penanaman. Artikel lepas maghrib ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai sejenis herba yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu iaitu maklumat berkenaan dengan kacip fatimah.


Pada masa ini jenis Labisia pumila var alata merupakan varieti yang didakwa paling baik untuk digunakan bagi tujuan perubatan tradisional dan mendapat permintaan tinggi dipasaran. Bahagian DAUN kacip fatimah adalah tidak banyak dan ttumbuh mendatar atau menegak yang berwarna hijau gelap dibahagian atas dan hijau cerah dibahagian bawah daun atau pucuk muda. Lazimnya saiz daun kacip fatimah adalah berukuran 5 -30 cm panjang dan 3 - 9 cm lebar bergantung kepada jenis dan habitat. Daunnya mempunyai bau dan rasa agak kelat. Dilaporkan juga yang daun ini tidak mempunyai stomata yang dapat dilihat dibawah mikroskop. Pokok renek ini mempunyai ketinggian antara 10 - 50 cm dengan akar utama panjang dan akar rambut yang kukuh yang merebak dibawah batangnya. Bahagian akar kacip fatimah dan bahagian batang dikatakan mempunyai khasiat untuk diproses bagi produk kesihatan. Pelepah daun tumbuh dari perdu pangkal pokok dengan susunan spiral. Bunganya agak kecil berwarna putih atau pink dengan jambak berukuran 6-30 cm panjang. Kacip Fatimah menghasilkan buah yang kecil berwarna ungu atau merah terang berukuran 0.5 cm garispusat (Sila lihat foto dibawah). Penulis bagaimana pun tidak pernah jumpa buah kacip fatimah yang ditanam di Johor kerana ia dikutip hasil diperingkat awal lagi.


Biji kacip fatimah untuk disemai.
Penanaman herba Kacip Fatimah memerlukan ilmu pengetahuan kepada usahawan yang ingin memajukannya. Habitat semulajadi tumbuhan ini adalah dikawasan terbuka bagaimana pun dilaporkan penanaman dikawasan bernaung untuk pertumbuhan lebih baik. Kepada mereka yang menanam kacip fatimah sebagai hobi sahaja boleh ditanam dikawasan lapang keliling rumah atau pun ditanam dalam pasu, kotak atau bekas tong. Isikan tanah gembur kedalam pasu dan masukan anakbenih kacip fatimah didalamnya.  Pembiakan herba kacip fatimah pada masa kini dibuat dengan memilih bijibenih matang dan disemai dalam kotak pasir sehingga tumbuh. Teknik keratan akar (pecahan akar) juka boleh digunakan untuk mendapatkan anak benih.  Alihkan anakbenih kedalam polibeg plastik sehingga berukuran sesuai untuk dijual atau dialihkan keladang. Kini terdapat beberapa syarikat yang telah mula membiakan anakbenih kacip fatimah dengan teknologi tisu kultur. Isu utama kekurangan anakbenih kacip fatimah perlu diatasi bagi mempercepatkan insudtri tanaman kacip fatimah.


Antara kaedah penanaman kacip fatimah adalah dikawasan redup atau kawasan bernaung yang sesuai dari tanah yang subur dan mempunyai saliran yang baik. Jarak penanaman disyorkan 1m x 0.5m empatsegi sama atau lebih rapat bergantung kepada sistem tanaman. Berikan baja organan dikawasan lubang penanaman dan baja TSP diperingkat awal. Ada yang menanam diatas batas untuk memudahkan pengurusan rumpai dan amalan agronomi. Terdapat usahawan yang menanam kacip fatimah didalam kawasan khas seperti tapak semaian dengan menggunakan polibeg yang mengandungi media tanaman tanah campuran atau cocopeat diletakkan dibawah struktur jaring hitam (netted shade). Cara ini memang memudahkan pengurusan dan boleh dilihat pertumbuhannya jika diletakan dihadapan rumah (Lihat foto diatas). Sebaiknya saiz plastik agak besar untuk memberikan sistem pengakaran yang lebih jauh. Pasangkan sistem pengairan dikawasan tanaman.


Pada masa ini tidak banyak laporan mengenai musuh dan perosak tanaman kacip fatimah yang dilaporkan.  Sekali imbas kalau ditanam dicelah rumpai ianya kelihatan seperti tumbuhan yang tidak berfaedah jika orang tidak mengenalinya. Peringkat awal penanaman kadang-kadang anakbenih rosak dan mati jika terlalu banyak air atau akarnya terendam lama dalam air.  Pokok yang matang dan sesuai untuk dituai berumur hampir 1 tahun lebuh dimana pokok dicabut dari bahagian akar sehingga bahagian daun , batang dan pucuk. Bersihkan daripada tanah dan kacip fatimah boleh di proses dalam bentuk segar atau dikeringkan dahulu. Permintaan kacip fatimah dipasaran adalah tinggi dimana harga pasaran tidak menentu bergantung kepada bekalan. Harga kacip fatimah dari kawasan hutan atau belukar yang hidup liar berbeza sedikit dengan harga yang ditanam secara komersil.


Khasiat Kacip Fatimah memang diketahui dikaitkan dengan wanita untuk memudahkan kelahiran bayi dan mengambalikan kesihatan ibu selepas bersalin. Selain itu khasiatnya didakwa dapat menghilangkan masaalah sengugut, pusingan kitaran haid dan membantu mengecutkan rahim selepas bersalin. Tonik kacip fatimah juga menyembuhkan masaalah Cirit Birit, Buasir,  Sakit Sendi dan merangsang pengeluaran hormon untuk keseluruhan kesihatan wanita. Cara menggunakan sama ada merebusnya dalam air bersih dan diminum apabila suam sejuk. Sebaiknya seluruh bahagian pokok termasuk daun, akar dan batang direus dalam periok tanah yang agak lama untuk mendapatkan khasiat optima. Penting difahamkan tentang dos menggunakannya sebab jika terlalu banyak minum akan menyebabkan kesan toksik yang mungkin boleh memudaratkan pengguna. Kajian lanjut perlu diteruskan untuk herba ini dimasa akan datang.


HERBA TEMPATAN.....KACIP FATIMAH...
POKOKNYA RENEK...DIATAS TANAH...
BENIH DISEMAI.....KEMUDIAN DIUBAH...
IA BERKHASIAT...JANGAN GUNDAH...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1433H)
Kemaskini pada 2 Oktober 2014

Sunday, January 29, 2012

SISTEM TANAMAN RAMBUTAN

RAMBUTAN (Nephelium lappaceum L) merupakan sejenis buah-buahan tropika penting dari keluarga Sapindaceae yang ditanam untuk buah segar dinegara kita semenjak dulukala. Pokok rambutan ditanam di keliling rumah dan tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim dengan jumlah yang banyak. Laporan Jabatan Pertanian menunjukkan seluas 24,749 hektar tanaman rambutan ditanam pada 2011 dengan penghasilan sebanyak hampir 80,000 metrik tan. Kawasan utama tanaman rambutan adalah di Kelantan, Johor, Perak, Kedah, Pahang dan juga  Terengganu. Artikel pagi Ahad ini saya minat menulis dalam "Anim Agro Technology' satu tajuk teknologi sistem penanaman rambutan komersil untuk pengetahuan semua pembaca yang masih berminat untuk menanam rambutan.


Penyediaan kawasan tanaman rambutan dimulakan dengan membersihkan kawasan dan membajak serta menyediakan prasarana asas. Kawasan tanah rendah yang sering tenggelam perlu digali perparitan sempurna. Anak benih disahkan dari varieti yang disyorkan perlu disediakan seperti Varieti R3 (Gula Batu), R156 (Gading Mas Muar), R170 (Deli Cheng), R 191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Sediakan lubang penanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm dan diisikan dengan CIRP (200 gram) bersama 10 kg tahi ayam iaitu seminggu sebelum menanam. Jarak penanaman yang disyorkan untuk pokok rambutan adalah 9 meter x 9 meter dengan beberpa sistem penanaman seperti SISTEM PENANAMAN TIGASEGI SAMA, EMPAT SEGI SAMA dan SESIKU KELUANG. Kepadatan dan susunan kaedah menanam rambutan akan dibincangkan.




Sistem Tanaman Tiga Segi Sama (Foto diatas) menanam dengan jarak 9m x 9m dimana memberikan kepadatan agak banyak iaitu sebanyak 142 pokok sehektar berbanding dengan sistem empatsegi sama. Lubang penanaman diatur dengan bentuk segitiga sama seperti rajah diatas dan tidak perlu disesuaikan dengan kedudukan sinaran matahari kerana pembahagian pokok yang seimbang dalam kebun. 


Sistem Tanaman Empat Segi Sama adalah dengan menyusun lubang penanaman dengan jarak 9m x 9m dalam susunan empat segi sama (Lihat rajah diatas) yang akan memberikan sebanyak 123 pokok sehektar. Penanaman kaedah ini pelu disesuaikan dengan pancaran matahari utara-selatan bagi mempastikan kedudukan pokok rambutan seimbang. Kaedah penanaman cara ini memudahkan aktiviti pengurusan kebun seperti kerja memotong rumput, mengawal perosak tanaman dan aktiviti menuai hasil.  Cara ini paling banyak diamalkan oleh ramai petani yang menanam rambutan di Malaysia.


Sistem Tanaman Siku Keluang agak berbeza kerana sistem ini mengamalkan Pokok Kekal dan juga Pokok 'Filler' dengan jarak tanaman 9m x 9m empatsegi sama. Sistem ini memberikan kepadatan tanaman sebanyak 246 pokok sehektar dimana pokok filler akan dibuang apabila mencapai umur 12 tahun atau apabila kanopi pokok rambutan tersebut telah hampir bercantum. Sistem ini memberikan hasil rambutan perigkat awal dengan lebih banyak dan cepat berbanding dengan dua jenis sistem diatas. 


Sistem Pemangkasan pokok rambutan bagi ketiga-tiga sistem penanaman tersebut diatas adalah sangat penting untuk dibuat. Cantasan Pembentukan dilakukan pada tahun pertama penanaman dengan kaedah cantasan ;Terbuka Tengah'. Dahan utama dipotong setinggi 0.5 meter dari paras tanah untuk membenarkan 4 - 5 dahan baru keluar di pilih yang kedudukannya adalah seimbang.  semua tunas-tunas air yang keluar hendaklah dibuang. Cantasan Penjagaan perlu dijalankan berterusan sehingga pokok bersedia untuk berbunga dan berbuah. Dahan yang terlalu rapat, dahan berpenyakit dan yang kering perlu dibuang menggunakan gergaji cantasas atau alatan lain yang sesuai. Pokok rambutan mula berbuah selepas 3 tahun ditanam bermuola dengan hasil sekitar 2,000 kg sehektar dan terus meningkat sehingga 9,000 kg sehektar mengikut peningkatan umur pokok.


Buah rambutan lazimnya perlukan masa sekitar 120 -130 hari daripada masa keluar bunga sehingga cukup matang untuk dipetik. Tanda masak setiap jenis atau varieti rambutan adalah berbeza seperti rajah diatas.  Rambutan selalunya masak serentak dan seragam dimana perlu dipetik untuk dipasarkan sebelum terlewat dimana buah rambutan yang terlalu masak tidak tahan lama kerana terlalu berair dan agal lembut serta mudah rosak. Potong menggunakan pengunting buah rambutan dan elakkan dari jatuh ketanah kerana buah akan pecah dan kotor. Buah rambutan digredkan sebelum dimasukkan kedalam bakul plastik untuk dipasarkan. Harga rambutan segar di peringkat ladang sekitar RM 0.50 - RM 1.50 sekilogram bergantung kepada musim dan kualiti buah. Kini buah rambutan seolah-olah tidak menarik minat petani untuk menanam secara komersil kerana kurang menguntungkan.


TANAMAN RAMBUTAN...ESMPATSEGI SAMA....
JARAK TANAMAN...9MX9M PERLU DIGUNA....
BUAH DAH KELUAR....NAK JUAL DIMANA....
HARGA MURAH...DAH RAMAI TIDAK SUKA...


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(4 RabiulAwal 1433H)  

Saturday, January 28, 2012

VARIETI MELON

MELON (Cucumis melo Linn) merupakan sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam untuk dimakan segar. Buah melon ini mempunyai banyak varieti yang dihasilkan dengan pengeluaran sebanyak lebih dari 17 juta metrik tan setahun dimana negara China merupakan pengeluar terbesar buah melon dengan keluasan tanaman melebihi 150,000 hektar setahun. Kini buah melon di tanam di Malaysia secara komersil mulai penghujung tahun 1980'an dengan teknologi penanaman ditumpukan kepada penanaman kaedah "Horizontal' iaitu penanaman diatas tanah datar atau Kaedah 'Vertical' iaitu penanaman dalam Struktur Pelindung Hujan dengan sistem Fertigasi. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' berkaitan beberapa varieti atau kultivar melon yang popular ditanam di negara kita untuk rujukan para pembaca dan usahawan melon yang berminat.


Terdapat sebanyak 2 jenis melon yang perlu diketahui iaitu JENIS ROCK MELON dan jenis yang dipanggil sebagai MUSK MELON. Jenis rock melon adalah dimana kulitnya mempunyai jaring-jaring (netted skin) dan jenis musk melon adalah dimana kulit buah sangat licin dengan pelbagai warna terang yang menarik. Berikut adalah beberapa jenis melon yang popular ditanam di Malaysia sama ada boleh didapati di pasar borong , pasar basah dan gerai buah-buahan biasa. Hidangan melon di hotel merupakan satu menu yang sering dihidangkan. 
Berikut beberapa jenis melon tersebut :




Nama Varieti : Glamour
Warna Kulit : Hijau berjejaring
Warna Isi : oren
Tahap Kemanisan : 12 - 16% Brix
Purata Berat : 1.0 - 2.0 kg sebiji





Nama Varieti : GORDES
Warna Kulit : HIJAU DAN BERJARING
Warna Isi : OREN
Struktur isi : LEMBUT dan HALUS
Tahap Kemanisan : 12 - 16% Brix
Purata Berat : 1.0 - 2.0 KG SEBIJI




Nama Varieti : SIGNAL
Warna Kulit : KUNING OREN
Warna Isi : PUTIH OREN
Struktur isi : LEMBUT & HALUS
Tahap Kemanisan : 13 - 14% Brix
Purata Berat : 1.0 - 2.0 KG SEBIJI




Nama Varieti : CUPID
Warna Kulit : HIJAU CERAH 
Warna Isi : OREN
Struktur isi : LEMBUT , HALUS
Tahap Kemanisan : 13 - 16% Brix
Purata Berat : 600 - 800 GRAM




Nama Varieti : KUNING JATI
Warna Kulit : KUNING TERANG
Warna Isi : PUTIH 
Struktur : LEMBUT dan HALUS
Tahap Kemanisan : 13 - 15% Brix
Purata Berat : 800 gram  - 1.0 KG SEBIJI

Melon ditanam dan perlu dijaga amalan agronomi dengan membaja, membuat cantasan, mengawal rumpai dan kawalan perosak seperti Serangga dan Kulat. Pengalaman saya mendapati penanaman ditanah rata memberi penghasilan melon sekitar 5 - 30 metrik tan sehektar kerana banyak risiko serangan perosak yang perlu dikawal dengan serious. Kajian saya di Melaka dan Muar mendapati kebanyakan petani cuma memperolehi sekitar 10 - 13 metrik tan sehektar. Harga jualan di ladang sekitar RM 2.00 - RM 5.00 sekilogram bergantung kepada kualiti, varieti, lokasi penanaman dan musim penanaman. Sebenarnya banyak lagi jenama dan varieti melon dipasaran kerana boleh dikatakan hampir 100% benih melon adalah diimpot dari luarnegara. Negara kita mempunyai potensi tinggi untuk menanam dan menghasilkan buah melon sebagai komoditi untuk pasaran domestik dan ekspot pada masa akan datang kerana faktur cuaca panas sepanjang tahun dan tanah yang subu dengan pengurusan betul. 


TANAM MELON....TIDAKLAH MUDAH....
BANYAK VARIETI...POKOKNYA RENDAH....
KAWAL PENYAKIT...SEMBURKAN RACUN....
BUAH MAHAL...HARGA JARANG TURUN....

By,
M Anem
Minat makan melon,
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia 
(3 Rabiulawal 1433H)

Friday, January 27, 2012

PASCATUAI MANGGA

MANGGA (Mangifera indica Linn) adalah sejenis buah tropika yang popular di dunia dimana buah mangga menyumbangkan sebanyak 40% dari kategori buah-buahan tropika. Kebanyakkan buah mangga di hasilkan bagi tujuan pasaran segar atau untuk diproses. Seluas 9,540 hektar tanaman jenis mangga ditanam di Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran hasil sekitar 25,400 metrik tan. Aktiviti Amalan Pertanian Baik (APB) diperingkat ladang perlu dilaksanakan dengan baik sebelum peringkat menuai hasil. Program pembajaan, kawalan serangga perosak dan penyakit, kawalan rumpai , cantasan pokok dan sistem pengairan diperlukan bagi memberikan pertumbuhan pokok yang sempurna. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses untuk pengendalian lepastuai buah mangga sebagai satu rujukan dan pengetahuan pembaca semua.


Buah mangga yang dipetik mengikut indeks kematangan buah yang disyorkan mengikut varoeti atau klon yang lazimnya berbeza-beza. Penuaian dijalankan dengan memungut buah mangga yang cukup matang bersama pembalut yang telah ditanda. Pastikan potong tangkai buah dengan gunting atau galah yang mempunyai karung untuk mengelakan buah mangga jatuh kebawah. Buah yang jatuh dari pokok akan menjadi rosak dan kualiti mangga terjejas. Kumpulkan buah mangga kedalam bakul yang masih mempunyai kertas pembalut.Susun dengan lapisan yang tidak terlalu banyak bersama pembalut untuk elakkan kesan pertindihan yang menjejaskan buah. Bakul yang telah penuh dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk dibasuh atau dilap agar bersih. 


Buangkan kertas pembalut buah sebelum proses mencuci buah. Buah mangga perlu bebas dari lelehan getah mangga, kulat atau lain-lain kekotoran dibasuh dalam tangki yang mengandungi air bersih suam antara 50 - 52 darjah selsius selama 5 minit. Buah yang belum cukup matamg lazimnya akan timbul apabila dimasukkan dalam tangki dan buah yang matang akan tenggelam. Gunakan kain atau span untuk membersihkan kulit buah agar tidak cedera. Buah yang telah bersih perlu dikeringkan menggunakan kaedah biasa atau angin atau lap dengan kain berih yang kering. Seterusnya mangga perlu digredkan mengikut gred yang disyorkan. Bagi mangga chok anan Gred A adalah buah beratnya lebih 250 gram/biji, Gred B (200 - 250 gram/biji) dan Gred C (Kurang dari 200 gram sebiji). Buah yang terlalu besar tau terlalu kecil dikumpulkan dalam bekas lain untuk pasaran khusus.


Mangga jenis chok anan perlu diperam untuk mangga yang dipetik pada indeks 2 dan indeks 3. Buah yang masak pada indeks 4 atau 5 tidak perlu menjalani proses pemeraman kerana boleh terus dipasarkan atau di makan. Pemeraman dibuat dengan menggunakan bakul plastik yang dilapik dengan susunan kertas suratkhabar dikeliling bakul atas, bawah dan tepi sehingga rapat. Masukan buah dan kalsium karbid (dibalut dalam kertas suratkhabar) dibawah dan bahagian tengah bakul. Susunan buah pula tudak perlu terlalu penoh atau terlalu padat dan simpan selama 70 jam. Selepas 70 jam buka penutup kertas bahagian atas bakul dan dedahkan buah tersebut. Buah yang telah didedahkan dikeringkan dan disusun selapis dalam bakul plastik diletakkan dalam setor penyimpanan pada suhu 20 - 22 darjah celsius secara bertingkat-tingkat.   Buah akan masak dalam masa 4-5 hari dimana buah akan menjadi kuning cantik untuk dipasarkan dengan warna yang cantik dan seragam. Harga jualan mangga chok anan sekitar RM 3.00 - RM 5.00 sekilogram bergantung kepada kualiti, musim, jenis premis jualan (Tepi jalan, Pasaraya, Hypermarket) dan faktur lain berkaitan.


BUAH MANGGA...PEMERAMAN DILAKUKAN.....
GUNAKAN KARBID....KELILING TUTUPKAN....
DISUSUN IKUT SAIZ....BUAH DIGREDKAN....
WARNA KUNING EMAS...DAYA TARIKAN....


By,
M Anem
Room 116, Seri Malaysia Hotel ,
Kangar, 
Perlis, 
Malaysia.
(3 Rabiulawal 1433H)



Thursday, January 26, 2012

PENGGALAK BUNGA HARUMANIS

MANGGA VARIETI HARUMANIS (Mangifera indica L) dari keluarga Anacardiaceae merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dipopularkan di negara kita terutama di Negeri Perlis. Mangga merupakan salah satu daripada jenis buah tropika yang utama ditanam dan dikeluarkan untuk pasaran domestik dan ekspot oleh beberapa negara didunia daripada 9 jenis buah-buahan tropika yang disenaraikan. Sebanyak 26 juta metrik tan mangga dikeluarkan setiap tahun diseluruh dunia dan jumlah ini merupakan 40% daripada pengeluaran buah-buahan tropika. India merupakan pengeluaran mangga terunggul didunia dengan pengeluaran sebanyak 12 juta metrik tan setahun atau kira-kira 35% daripada pengeluaran dunia.  Terdapat seluas 9,500 hektar tanaman mangga ditanam Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak lebih 25,000 metrik tan dari bebagai jenis dan varieti. Antara jenis yang popular adalah Mangga Chok Anan, Harumanis, Sala, Golek/Foofat dan Nam Dok Mai. Ada juga jenis mempelam pauh termasuk kategori buah nadir seperti bacang dan kuini yang ditanam tetapi tidak komersil. Teknologi tanaman mangga telah dibangunkan dengan mengaplikasikan kaedah pengurusan cantasan, aplikasi pembajaaan, aplikasi agen pendebungaan dan juga yang terkini penggunan bahan pengalak bunga khususnya untuk varieti Harumanis. Artikel malam ini saya menulis teknologi aplikasi penggunaan bahan kimia penggalak bunga harumanis untuk pengetahuan pembaca semua.


Harumanis merupakan salah satu mangga yang perlukan amalan teknologi pertanian khusus untuk mendapatkan hasil yang banyak dengan mempunyai kualiti yang baik. Penanaman mangga jenis Harumanis ini di tumpukan di kawasan negeri utara di Semenanjung Malaysia seperti di Kedah dan Perlis khususnya kerana kesesuaian cuaca panas yang agak panjang yang diperukan oleh verieti ini. Kajian oleh beberapa pakar mangga Jabatan Pertanian Perlis mendapati salah satu teknologi yang boleh diamalkan untuk pengurusan pengeluaran bunga adalah penggunaan bahan kimia penggalak bunga yang dipanggil sebagai PACLOBUTRAZOL (PBZ). 


Bahan kimia ini digunakan bagi mempastikan pengeluaran bunga yang lebat dan seragam serta membantu menghasilkan buah yang banyak terutama pengeluaran untuk luar musim bagi mendapatkan harga lebih tinggi.  Selain itu tujuan kaedah aruhan bunga dapat mempercepatkan pengeluaran bunga, jumlah atau bilangan bunga banyak serta masa keluar serentak dan mempunyai tangkai jambak bunga lebih panjang dan bilangan bunga lebat. Penggunaan Paclobutrazol merupakan satu kaedah yang telah diterima oleh ramaip petani terutama mereka yng telah menanam Mangga  Harumanis melebihi 20 tahun. Bahan ini praktikal, murah, senang digunakan dan tidak memberikan kesan negatif kepada tanaman.


Masa yang paling sesuai untuk menggunakan PBZ bergantung sama ada Kaedah SIRAMAN ATAS TANAH   atau kaedah SEMBURAN DAUN. Jika guna kaedah siraman atas tanah makan kerja ini perlu dibuat 2-3 bulan sebelum berbunga tetapi jika gunakan kaedah semburan daun pada 1 bulan sebelum pengeluaran Tunas Bunga. Pokok mangga harumanis yang telah dicantas sebanyak dua kali dan mempunyai tahap daun yang matang (berwarna hijau muda) serta pokok yang sihat dengan bilangan ranting melebihi 30 batang sesuai dijalankan aktiviti aruhan bunga. Kadar PBZ yang perlu digunakan adalah sebanyak 1.0 - 3.0 gram sepokok bahan aktif PBZ (mengikut umur pokok) atau kalau dimudahkan sekitar 1.0 -1.5 ml PBZ (atau 25% bahan aktif) bagi setial 1 meter persegi kawasan dibawah kanopi pokok harumanis. Bahan PBZ yang masih pekat perlu dicampur dengan 1.0 - 2.0 liter  air bersih  dan disiram secara lencunan disekeliling pangkal pokok (Lihat foto). Sebagai contoh jika lebar kanopi pokok mangga harumanis dengan ketinggian 3 meter perlukan sebanyak 9 - 10 ml PBZ untuk setiap pokok mangga. Pastikan penyiraman dijalankan dengan rata dan tidak berlaku pembaziran.


Pemerhatian diladang mendapati tunas bunga akan keluar (Flushing) selepas 60 - 70 hari selepas aruhan bahan PBZ yang diaplikasikan bergantung kepada keadaan kesuburan pokok, pengurusan tanaman dan cuaca. Amalan agronomi perlu dijalankan dengan menjalankan kawalan rumpai, musuh serangga perosak dan penyakit kulat untuk mempastikan bunga yang di keluarkan akan mengeluarkan putik buah yang banyak dan sihat. Apabila bunga telah keluar makan digalakan proses pendebungaan dengan mengalakan agen pendebungaan seperti lebah keran, kelulut atau lalat (Langau) dikawasan kebun. Letakan beberapa bekas yang mengandungi ikan baja didalam kawasan kebun untuk menarik lalat berada dikawasan kebun bagi membantu proses pendebungaan mangga harumanis. Amalan agronomi yang ada dalam Pakej teknologi Penanaman Mangga Harumanis seterusnya dijalankan bagi menghasilkan buah sehinggi melebihi 8 metrik tan sehektar (hasil potensi harumanis).  Semuga penggunaan bahan penggalak bunga PBZ akan meningkatkan kapasiti pengeluaran bunga dan seterusnya pengeluaran buah mangga harumanis di negara kita!


BAHAN KIMIA...PACLOBUTRAZOL NAMANYA....
DISIRAM DIPANGKAL...IKUT SUKATANNYA...
LEPAS 2 BULAN...BANYAKLAH BUNGANYA...
AMALKAN PENJAGAAN...BANYAK HASILNYA....


By,
M Anem
Room 216, Putra Brasmana Hotel,
Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
(2 Rabiul Awal 1433H) 

Tuesday, January 24, 2012

Kompatibiliti Belimbing

BELIMBING (Averrhoa carambola Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang menpuynyai banyak varieti. Tanaman belimbing di Malaysia adalah satu industri yang terkenal dikalangan negara Eropah dan China serta Hong Kong yang mengimpot belimbing segar semenjak lama dahulu. Pengeluaran Belimbing ditingkatkan lagi pada masa akan datang dibawah Program Transformasi Kerajaan iaitu Projek Peningkatan Makanan (EPP7) yang diumumkan oleh Perdana Menteri tahun lepas. Antara beberapa puloh varieti belimbing yang ujud di Malaysia, terdapat beberapa jenis yang perlu ditanam secara bercampur bagi meningkatkan pengeluaran hasilnya. Artikel sempena cuti Tahun Baru Cina 2012 ini saya menulis mengenai Teknologi Belimbing berkaitan Kompatibiliti (Campatibility) beberapa jenis varieti belimbing untuk pengetahuan anda semua.


Kajian saya mengenai varieti atau Klon Belimbing daripada Jabatan Pertanian mendapati ada sebanyak 18 varieti belimbing yang telah didaftarkan semenjak tahun 1866 seperti artikel saya bertajuk Klon Belimbing di Malaysia (Klik disini). Varieti ini telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri pokok, buah, bunga dan sebagainya yang berbeza-beza. Antara varieti yang paling popular di komersilkan di Malaysia untuk pasaran Domestik dan Ekspot adalah Varieti B10, B2 dan B17. Klon-klon sebanyak 15 lagi ditanam untuk dijadikan pengeluaran secara kecil-kecilan atau untuk tujuan biak baka. Bunga belimbing dikeluarkan dalam satu jambak bunga yang mana ada banyak unit melekat setiap jambak. Saiznya kecil iaitu 8 mm -10 mm sahaja yang berwarna putih dihujung kelopak dan ungu kemerahan dibahagian tengah (Lihat foto diatas).


Ada 2 jenis bentuk bunga belimbing secara marfologinya iaitu Bunga Stigma Pendek (Short style) dan Bunga Stigma Panjang (Long style). Kedudukan stigma bunga ini mempengaruhi proses pendebungaan yang dipanggil sebagai 'Tak-sama Serasi' diantara klon dalam proses  pendebungaan (Lihat foto). Lazimnya bunga belimbing melalui proses pendebungaan secara semulajadi atau oleh agen pendebungaan seperti lebah, semut, lalat, kelulut atau serangga lain . Antara jenis Bunga Pendek adalah Varieti B3, B4, B8, B9, B30 dan B17 sementara jenis Bunga Pendek adalah varieti B1, B2, B5, B6, B7, B11, B12, B14, B15 dan B16. Kadar kejayaan pendebungaan bagi bunga pendek adalah tahap sederhana dan boleh ditingkatkan keupayaannya lagi dengan mendekatan kehadiran debunga lain dari varieti bunga belimbing panjang dengan mencamporkn pelbagai klon dalam kawasan kebun yang sama. Ini dapat meningkatkan kualiti buah belimbing dari segi bentuk, aroma, kemanisan, rupabentuk , kadar kejayaan buah melekat dan sebagainya.


Pokok belimbing perlu ditanam dengan jarak 6m x 6m untuk memberikan kepadatan sebanyak 276 pokok sehektar. Cara menanam pula boleh dibuat dalam susunan Segi Empat Sama, Segi Empat Tepat atau Susunan Tigasegi Sama. Teknologi menanam pokok belimbing perlu dirancang bagi menentukan proses pendebungaan yang akan menentukan hasil dan kualliti buah belimbing kelak. Caranya adalah dengan menanam pokok belimbing dari pokok klon yang berasingan atau pun mencantum sebahagian dahan setiap pokok dengan jenis klon lain yang dikehendakki. Teknologi ini didapati berjaya diamalkan oleh penanam belimbing komersil di Malaysia  semenjak lama dahulu.


Penanaman Belimbing sebaiknya ditanam secara tanaman TUNGGAL (Monocrop) untuk memudahkan kerja pengurusan didalam ladang. Elakan menanam secara dusun bercampur kerana kurang ekonomik kecuali untuk hobi keliling rumah sahaja. Pengalaman saya mendapati adalah disyorkan menanam klon belimbing komersil (B10 atau B17) bersama dengan Klon Pendebunga (B2) pada kadar 5:1 (5 pokok klon komersil bersama 1 klon pokok klon belimbing pendebunga). Cara menyusun benyak kaedah sama ada diselang setiap beberapa baris atau diletakan ditengah setiap klon komersil (Lihat rajah ditas). Bagaimana pun teknologi terbaik adalah dengan mencantum setiap pokok klon komersil pada dahannya satu klon belimbing pendebunga. Galakkan agen pendebunga seperti lebah, kelulur, lalat untuk dipelihara dikawasan kebun bagi meningkatkan proses pendebungaan.


Bagi mengatasi masaalah serangan Lalat Buah (Daucus dorsalis) yang merupakan musuh utama dalam industri penanaman belimbing kini telah dibuat kajian penanaman belimbing dalam struktur kalis serangga seperti yang saya lawat di TKPM Lanchang, Pahang (Lihat foto sebelah). Struktur ini didapati mampu mengelakan kerosakan akibat lalat buah dan tidak perlu kerja membalut buah. Hasilnya buah belimbing adalah lebih cantik kulitnya dan mendapat jaminan untuk pasaran ekspot lebih baik. Pastikan untuk masukkan koloni Lebah keran atau Kelulut dalam struktur ini untuk membantu dalam proses pendebungaan. Walau kos pembinaan struktur ini mahal tetapi ianya berkesan untuk jangkamasa panjang dan boleh di kaji lagi teknologi lain yang lebih murah. Semuga artikel ini memberikan ilmu berguna kepada pembaca semua. Wasallam...


VARIETI BELIMBING...ADA 18 SEMUANYA....
BELIMBING B10, B17...KOMERSIL BUAHNYA....
VARIETI B2 PULA...KELUAR DEBUNGANYA...
CARA MENANAM...PERLU TEKNOLOGINYA...


Related artikel:
1. Indek kematangan Belimbing (Klik disini)
2. Star Fruit (Klik disini)
3. Klon Belimbing di Malaysia (Klik disini)
4. Cashflow Buah-buahan (Klik disini)
5. Belimbing Buloh (Klik disini)


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Persint 11, Putrajaya,
Malaysia
(29 Safar 1433H)

Monday, January 23, 2012

INDEK KEMATANGAN BELIMBING

BELIMBING (Averrhoa carambola) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang ditanam di negara kita untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot. Keluasan tanaman belimbing di Malaysia meningkat dari 760 hektar pada tahun 2000 kepada 1,356 hektar pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 14,570 metrik tan. Kawasan utama pengeluaran Belimbing adalah Negeri Selangor, Perak dan Johor. Terdapat 3 varieti belimbing yang popular ditanam di negara kita iaitu Varieti B2, Varieti B10 dan Varieti B17. Kawasan di Gombak , Selangor dan Mantin serta Balakong dahulu merupakan kawasan utama pengeluaran belimbing. Penanaman belimbing di jalankan secara monokrop dan komersil oleh syarikat swasta dan juga pekebun kecil melibatkan kos tenaga yang banyak untuk kerja membungkus buah. Artikel lepas waktu maghrib ini saya sempat menulis dalam 'Anim Agro technology' mengenai bagaimana untuk mengetahui indeks kematangan buah belimbing untuk dijadikan panduan semua.


Indeks kematangan Buah Belimbing penting untuk petani, peraih dan pemborong serta peruncit memahaminya dari peringkat awal. Kualiti buah belimbing selepas aktiviti menuai banyak menentukan harga dan kadar kerosakan semasa pengendalian lepas tuai. Pengalaman saya dalam sektor pertanian dengan menjalankan projek tanaman belimbing di Projek-projek TKPM membantu saya memahami indeks kematangan belimbing di ladang. Terdapat 7 skala yang digunakan untuk menentukan INDEKS KEMATANGAN BUAH BELIMBING iaitu dari Skala Indeks 1 hingga Skala Indeks 7.  Program membalut putik buah belimbing perlu ditandakan mengikut kod tertentu supaya ketika memetik buah hanya buah yang dikehendakki mengikut indeks sahaja.


Berikut ada 7 Indeks kematangan buah belimbing untuk pengetahuan pembaca semua :-


a. Indeks Kematangan 1 : Buah Sangat Muda 


b. Indeks Kematangan 2 : Buah Muda




b. Indeks Kematangan 3 : Masak Muda


b. Indeks Kematangan 4 : Sederhana Masak


b. Indeks Kematangan 5 : Masak
b. Indeks Kematangan 6 : Masak Ranum




b. Indeks Kematangan 7 : Terlalu masak






Pasaran untuk domestik dan untuk ekspot adalah berbeza indeks kematangan untuk dituai. Sila rujuk kepada Jabatan Pertanian dan FAMA untuk mendapatkan risalah mengenai indeks kematangan buah belimbing dengan lebih jelas lagi.


BUAH BELIMBING...5-SEGI BENTUKNYA...
INDEKS MATANG...ADA 7 SEMUANYA...
PETIK YANG MUDA...EKSPOT GUNANYA...
PETIK INDEK 5-6...DOMESTIK PASARANNYA..


By,
M Anem
Sri Kembangan dan Balakong,
Selangor, 
Malaysia.
(29 Safar 1433H)

Sunday, January 22, 2012

LADYBIRD

KUMBANG LADYBIRD (Coccinella spp) merupakan sejenis serangga dari kumpulan Kumbang iaitu dari keluarga Concinellidae yang terdapat diseluruh dunia dan sangat popular kerana warnanya yang terang berbintik-bintik hitam.  Tarikan warna merah, oren, kuning dengan bintik hitam yang terang dan bentuknya yang cantik menyebabkan serangga ini digunakan dalam dunia Fesyen Pakaian atau Barang permainan terutama bagi golongan kanak-kanak. Di Malaysia jenama 'LadyBird' banyak digunakan dalam industri Pakaian Kanak-kanak, Restoran, Mainan Kanak-kanak dan pelbagai produk. Kumbang Ladybird ini mudah didapati dikawasan keliling rumah kita dimana ada tanaman seperti pokok buah-buahan, rumpai dan juga dalam kawasan semak belukar. Nama lain bagi kumbang ini seperti Kumbang Kura-kura, Lady Fly, Lady Beetle, Lady Bug dan juga Lady Cock. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga Kumbang Lady Bird untuk bacaan dan rujukan umum.


Serangga Kumbang Ladybird ini adalah merupakan sejenis serangga bersaiz kecil sahaja iaitu sekitar  1.0 mm - 10.0 mm sahaja bergantung kepada spesis. Sumber dari laman Wikipedia mendapati serangga ini mempunyai lebih dari 5,000 spesis diseluruh dunia dimana di Malaysia sahaja mungkin lebih dari 50 spesis. Serangga comel ini mempunyai marfologi Bahagian Kepala, Badan (pronotum) dan Abdomen dengan sepasang sesungut (Rujuk foto diatas). Sepasang kepak menyebabkan kumbang ini mampu terbang dengan sedehana pantas dan ada laporan yang nyatakan dan menunjukkan kepantasan kepak ladybird bergerak keatas kebawah adalah sebanyak 85 kali satu saat. Lapisan sayap ladybird diliputi dengan lapisan sayap yang berwarna dipanggil sebagai Elytra. Kaki ladybird adalah berbulu sedikit dan menyebabkan ianya mampu hinggap dengan cekap pada permukaan daun dan sebarang pautan.


Kitaran Hidup serangga Ladybird berbeza antara negara tropika dengan negara yang mempunyai 4 musim. Di Malaysia serangga ini aktif membiak dan bergerak sepanjang tahun tetapi di negara 4 musim pula ianya selalunya tidak aktif dimusim sejuk selama beberapa bulan cuma aktif dimusim panas. Ladybird mempunyai kitaran hidup yang lengkap iaitu peringkat Telur, Larva, Kepompong (Pupa) dan Dewasa. Kumbang ini akan mengawan dengan memilih kawasan yang banyak sumber makanan dan kemudian akan bertelur dibawah permukaan daun. Telur yang kecil berbentuk lonjong ini berwarna kuning atau oren ini akan menetas dalam masa 3-7 hari bergantung kepada keadaan cuaca (Kalau panas dan suhu tinggi akan lebih cepat berbanding musim hujan). Peringkat Larva adalah dalam masa 10-21 hari dimana larva Ladybird adalah bertubuh panjang, berbulu dan mempunyai 6 kaki untuk bergerak. Masa ini larva akan makan aphid dan koya yang ada disekitarnya.


Peringkat seterusnya adalah Peringkat Kepompong dimana  larva yang cukup masa dan saiz akan membentuk kepompong berwarna oren dengan beberapa bintik hitam (Lihat foto sebelah). Peringkat ini adalah selama 5-7 hari sebelum ianya keluar menjadi Ladybird  Muda. Ladybird muda ini selalunya mempunyai bintik hitam yang sangat jelas dibelakangnya dan bintik ini lazimnya akan menjadi lebih jelas semasa proses pembesarannya. Kitaran hidup dari peringkat telur sehingga menjadi Lady Bird dewasa adalah selama 4-7 minggu. Peringkat akhir kitaran hidup adalah Peringkat Dewasa dan lazimnya akan hidup selama 9 bulan bergantung kepada keadaan cuaca, serangan musuh yang memakannya dan juga faktur kesediaan makanan dalam habitat disekelilingnya. 


Tabuan (Wasp)
Ladybird merupakan serangga yang terang dan ini merupakan petanda ianya jenis serangga yang tidak enak untuk dimakan (Dibahagian sayap elytron).  Antara sistem pertahananya adalah dengan mengeluarkan cairan berwarna kuning yang berbau busuk (alkoloid) dari bahagian kaki dan ini menyebabkan musuh tidak akan mendekatinya. Satu lagi ciri istimewa kumbang ladybird adalah sifat 'Mematikan Diri' dengan tidak bergerak apabila disentuh oleh musuh. Lazimya pemangsa tidak akan makan atau minat dengan serangga yang telah mati untuk dimakan (Sporting juga spesis serangga - tak makan yang mati). Serangga yang suka dan tetap makan ladybird adalah jenis Labah-labah, Jenis Burung dan juga jenis Kumbang Besar. Tebuan menupakan serangga yang akan bertelur dengan menyuntik telurnya kedalam badan Ladybird (semua peringkat) dan apabila telur tebuan menetas maka akan membunuh serangga ladybird ini. Memang jahat jenis tebuan ini (Dinocampus spp) yang juga menyerang Lebah Madu (Baca artikel Tebuan - Klik disini). 


Serangga - Aphids
Kumbang Ladybird ini merupakan sejenis kumbang yang tidak membahayakan kepada manusia malahan ianya adalah serangga PEMANGSA (Predetors) kepada serangga perosak tanaman lain yang merosakan tanaman kita seperti Aphids, Koya (Mealybug), Whitefly serta beberapa jenis serangga kecil lain. Pemerhatian di Ladang TKPM dengan tanaman Betik yang saya lihat mendapati Kumbang Ladybird memakan mangsanya seperti Aphid dengan menghisap cairan dalam tubuh mangsanya dan akibatnya mangsa akan mati. Rujukan menunjukkan kemampuan seekor Larva Ladybird mampu makan sebanyak 20-25 ekor aphid dalam satu hari.  Seekor Ladybird Dewasa pula mampu makan kutu daun ini lebih daripada 50 ekor sehari. Jika populasi ladybird dalam ladang ini banyak dimakan, secara tidak langsung ianya merupakan kaedah kawalan biologi terbaik yang sedia ada diladang kita. Selain itu ada laporan yang menyatakan ladybird mekan sejenis kulat Kulapok Berdebu (Mildew) dari jenis iaitu Psyllobora vigintiduopunctata di dalam kebun.


Nampaknya kita dah banyak tahu mengenai Kumbang Ladybird ini setelah membaca artikel ditulis. Nasihat saya adalah apabila kita nampak serangga ini dikebun maka jangan bunuh atau musnahkan dia. Ini kerana kumbang Ladybird memang sangat berguna kepada sektor pertanian kerana memusnahkan serangga prosak. Kepada petani yang suka menyembur racun serangga perlu siasat dahulu kadar infestasi serangan serangga perosak (ETL) sama ada perlu menyembur racun atau tidak kerna ianya akan membunuh serangga ladybird yang berfaedah ini. Serangga ini juga sangat cantik untuk dikutip bagi dijadikan koleksi yang menarik untuk tujuan pendidikan dan hiasan. Wasalam.

KUMBANG LADYBIRD... CANTIKNYA...
WARNA TERANG...BINTIK HITAM ADA...
SERANGGA BERGUNA...BERGUNA...
JANGAN BUNUH...PELIHARANYA...


By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Puncak Saujana,
Pct 11, Putrajaya, WP,
Malaysia
(28 Safar 1433H)