ANGSA (Cygnus spp atau Coscorba spp) adalah haiwan dari keluarga Anatidae yang sama dengan haiwan seperti Itek dan Swan. Haiwan ini terdapat di seluruh dunia dan mampu terbang terdiri daripada beberapa jenis seperti Angsa Toulouse, Angsa Afrika, Angsa Embden, Angsa Norway, Angsa Pilgrim dan juga Angsa China. Bagaimana pun jenis Angsa Putih merupakan jenis yang paling banyak diternak untuk tujuan komersil diseluroh dunia. Angsa di panggil sebagai Goose ; Geese (English), bebek (Indonesia) dan sebagainya. Di Australia banyak jenis angsa hitam dan juga kelabu. Taburan angsa mengikut kawasan geografi seperti jenis Angsa Hitam Australia (Cygnus atratus), Angsa di Eurasia (Cygnus olor), Angsa di Eropah dan Amerika Utara (Cygnus colombianus), Angsa di asia dan Eropaah (Cygnus cygnus) dan juga Angsa di Amerika Selatan (Cygnus melancorypus). Artikel subuh ini saya akan menulis mengenai angsa untuk pengetahuan dan tambahan ilmu kepada pembaca semua.
Menternak angsa di kampong masa dahulu memang menjadi satu aktiviti penting dan ramai suka dengan perangai angsa yang suka kejar kanak-kanak yang menggangunya (Lihat Foto). Angsa juga merupakan haiwan yang setia kepada tuannya dan mampu menjadi 'Jaga' kawasan rumah selain daripada anjing kerana apabila ada orang datang berkunjung kerumah kita, angsalah yang akan berbunyi dulu memberitahu tuannya. Malahan angsa sangat baik untuk menjadi jaga dimalam hari untuk memberitahu tuannya ada orang hendak mencuri dibelakang rumah kita. Kini tidak ramai orang kampong yang menternak angsa seperti dulu. Penternakan angsa hanya dijalankan oleh beberapa usahawan untuk tujuan pengeluaran daging angsa secara komersil atau Itek Angsa bersama dengan ternakan itek lain.
Pemerhatian saya mendapati angsa merupakan sejenis haiwan yang sangat tahan dari serangan penyakit berbanding dengan ternakan unggas yang lain. Angsa memang sinonim dengan aie kerana habitatnya memang perlukan air. Walau pun kawasan ternakan angsa dan itek kotor dan lembab tetapi jarang sekali angsa kita sakit. Pemeliharaan angsa sama ada untuk hobi atau komersil perlukan modal membeli anak angsa. Jenis untuk pengeluaran daging angsa menggunakan baka jenis Angsa Tolouse, Baka Angsa Embden atau Baka Angsa Afrika yang cepat membesar dan boleh dijual selepas 4-6 bulan diternak. Jenis Angsa China agak ringan ukuran berat badannya berbanding jenis diatas. Pengalaman menternak angsa akan menentukan jenis angsa mana yang banyak menghasilkan telur untuk dijadikan telur masin atau dijual sebagai telur angsa segar.
Angsa memerlukan kawasan khas untuk menternaknya dimana setiap ekor angsa memerlukan kawasan seluas 1m x m dan untuk bergerak perlukan lagi kawasan seluas 1m x 3-4m kerana angsa sentiasa bergerak dan tidak suka duduk diam dalam reban. Reban angsa diperbuat dari tiang kayu yang berbunbung zink atau atap nipah dan diletakan bekas makanan serta tempat angsa berteduh ketika hujan atau gangguan angin kuat. Bekas minuman sebaiknya diletak berjauhan dari reban untuk mempastikan dalam reban sentiasa kering. Alas rumpai atau kain guni untuk bertelur diletakkan dalam reban untuk persiapan bagi angsa matang bertelur nanti. Anak angsa yang dibeli pastikan daripada sumber pembekal yang dikenalpasti dari baka yang baik dan tulin. Anak angsa perlu dipelihara dalam reban sehingga 3 -4 minggu dann diberi makanan sepenohnya serta bantuan pemanas sebelum cukup sesuai untuk dilepaskan keluar.
Makanan angsa sama seperti ternakan itek lain ada dijual dipasaran daripada beberapa syarikat ternama sperti Cargill, Sin Heng Chan dan sebagainya dalam bentuk pelet atau serbuk dedak. Pembesaran angsa adalah lebih cepat dengan memberikan makanan 'full feeding growers - finisher pellet' yang mampu manjasikan berat badan angsa seberat 5.5 - 7.5 kg dalam masa 12 - 14 minggu. Bagi mengelakan pertumbuhan bulu yang sangat lebat maka disyorkan agar diberikan makanan tambahan terdiri daripada rumput yang dipotong dan diberikan kepada angsa. Angsa adalah jenis haiwan yang HERBIVORE dimana mampu makan didaratan dan dalam air dengan menyudu tumbuhan, anak ikan, hidupan dalam air dal tumbuhan yang tumbuh didaratan. Angsa adalah haiwan yang MONOGAMI dimana seekor jantan akan bersama dengan 2-3 ekor bentina dan setia dengan pasangannya beberapa tahun. Angsa betina mampu bertelur selama 10 tahun dimana bilangan telurnya akan bertambah dari tahun ketahun sehingga angsa itu tua.
Telur Angsa perlu dikutip setiap hari terutama pada musim hujan. Telur angsa perlu dibersihkan dahulu sebelum dijual dipasaran atau untuk diproses untuk dijadikan telur masin (Rujuk blog saya mengenai pembuatan telur masin). Bagi tujuan penyimpanan telur perlu dimasukkan dalam bekas khas (foto sebelah) dengan kelembapan 70% dan suhu sekitar 7-13 celcius dan akan tetap segar simpanan selama 6-7 minggu. Bagi tujuan untuk penetasan masukkan telur angsa dalam inkubator yang membalikan 4-5 kali sehari untuk selama 29 -30 hari sebelum menetas. Pastikan telur angsa yang bernas sahaja dimasukkan sebanyak 10-12 biji dalam satu tray dalam inkubator. Keluarkan anak angsa yang telah menetas uuntuk tujuan pemeliharaan yang lain.
Daging Angsa sesuai dimasak dengan pelbagai cara dimana salah satu menu adalah dengan menggoreng ala Chinese Peking Dick (Roasted Duck). Resepi ini yang saya makan di Restoran Dragon Muslim di Beijing pada 4 Dec 2011 lalu dan memang sedap sekali. Semasa bertugas di Mersing dulu masakan dang angsa dibuat Rendang Angsa memang enak sekali dimana semua kakitangan mengadakan Hari Keluarga di Stesyen Pertanian Teluk Sari, Endau yang terletak di tepi pantai. Rendang Angsa dan Rendang Itek Muscovy dihidangkan selepas acara Sukaneka dan kena dengan angin laut ...wow memeng best betul!. Sekarang agak sukar nak makan daging angsa dan itek muscovy seperti dulu kerana tidak tahu dimana hendak beli daging angsa.
MENTERNAK ANGSA....MEMANG MENYERONOKKAN...
ANGSA BERBUNYI...MAKNANYA ADA ORANG DATANG...
DIMASAK RENDANG...BERAMAI-RAMAI MAKAN...
DULU ADA BEKALAN...KINI TINGGAL INGATAN...
Related Article:
1. Itek Muscovy (Klik disini)
2. Telur Masin (Klik disini)
3. Ayam Telur (Klik disini)
4. Telur (Klik disini)
5. Industri Ternakan di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 Muharam 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.