Thursday, November 24, 2011

NAMA LAIN - PETAI

PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae yang popular dikalangan masyarakat Asia Tenggara sebagai ulam yang sangat istimewa. Kajian saintis menunjukkan yang petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan memyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai. Kajian mendapati petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang mempunyai bau seperti buah petai juga.

Pokok petai tumbuh menegak dengan batang kayu keras dan daun berwarna hijau seperti pokok petai belalang dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 30 meter. Buah petai dalam bentuk papan yang ada biji petai (Beans) berwarna hijau muda. Bunga petai berjambak berwarna putih dan terbentuk dihujong dahan. Akar petai mempunyai akar tunjang. Pokok petai biji jika tidak dikawal dengan cantasan akan terlalu tinggi dan sukar untuk mengutip hasil Kini anak benih petai cantuman lebih rendah dan cepat mengeluarkan hasil. Elakkan menanam petai dikawasan yang kelilingnya pokok tinggi kerana pokok petai kita akan kurus dan tinggi juga. Pengalaman penulis mendapati benih petai yang ditanam tanpa lindungan dan terdedah dikawasan lapang lambat membesar.

Buah petai panjangnya kira-kira 30-40 cm secara purata namun ada yang mencapai sehingga 52 cm panjang. Susunan mata biji petai berbeza-besa ada yang vertical dan ada yang horizontal berbanding dengan papan petai. Penulis merasa hairan ketika bertugas di Sarawak kerana menjumpai banyak biji petai yang vertical di Sarawak (Kebanyakkan petai di Semenanjung adalah Horizontal). Kajian mendapati berat biji petai lingkungan 60-80gm satu papan. Petai ditanam menggunakan biji benih dari buah petai yang cukup masak dengan menyemai dalam polibeg. Benih dari buah yang masak di potong2 ikut mata dan dimasukkan dalam polibeg semaian beberapa minggu lepas itu biasanya akan bercambah. Petai ditanam dengan jarak 10 meter x 15 meter dan sesuai ditanam dengan tanaman lain seperti pisang atau buah-buahan lain. Lubang penanaman disediakan dan bubuh baja asas organik dan TSP serta baja 15:15:15. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik.

Nama Botanikal Petai : Parkia speciosa Hassk. (Mansf)
Nama lain Petai atau SYNONYM(S) :
Parkia roxburghii G. Don (Mansf),
Parkia speciosa hort. ex Hassk.

Nama petai di negara lain :

BURMA : To khao
ENGLISH : Petai bean, Twisted cluster bean, Stink bean.

JEPUN : ネジレフサマメノ木 Nejire fusa mame no ki.
MELAYU : Petai
INDONESIA : Pete' (Jawa), Sindootan
BORNEO : Patag
TAGALOG : Kupang
THAI : กะตอ Kato, ปะตา Pa ta, ปาไต Pa tai, ปัตเต๊าะ Pat to, สะตอ Sato (Satoo, Sator, Sataw), To dan, To kkhao.

Keluarga Petai (Parkia spp.) dari keluarga Fabaceae ada banyak iaitu mempunyai 37 spesis yang mana hanya beberapa spesis sahaja yang menghasilkan buah yang boleh dimakan iaitu Parkia speciosa. Kebanyakan pokok petai sedia ada adalah tumbuh secara semulajadi walau pun usaha menanam petai kini merupaka satu aktiviti yang berdaya maju. Dalam lawatan saya kebeberapa kebun petai di Johor dan Negeri Sembilan mendapati masaalah utama dalam penanaman petai secara komersial adalah untuk mendapatkan baka petai yang baik dan berbuah tanpa henti. Masaalah menuai dan serangan musuh semulajadi juga mengurangkan hasil. Harga petai tidak pernah turun dipasaran dan kini petai yang siap dikopek telah dipasarkan didalam bekas kaca (jar) yang telah diekspot sehingga ke negara-negara arab dimana ad apermintaan yang sangat baik (mungkin warga Indonesia yang bekerja dinegara tersebut). Berikut disenaraikan ahli keluarga petai untuk makluman pembaca semua.

1. Parkia africana R. Br. (GRIN) (FAO) - Parkia biglobosa (Jacq.) (GRIN) (FAO)
2. Parkia bicolor A. Chev.
3. Parkia biglandulosa Wight & Arn.
4. Parkia biglobosa (Jacq.) R. Br. ex G. Don
5. Parkia biglobosa (Roxb.) Benth. (Wang) R. Br. ex G. Don (GRIN)
6. Parkia clappertoniana Keay R. Br. ex G. Don)
7. Parkia decussata Ducke
8. Parkia discolor Benth.
9. Parkia oliveri Macbr. (FAO) ex G. Don (GRIN) (FAO)
10. Parkia filicoidea sensu Keay & sensu Dalziel. (FAO) R. Br. ex G. Don (GRIN) (FAO)
11. Parkia filicoidea Welw. ex Oliv. (GRIN) (Wang)
12. Parkia gigantocarpa Ducke (GRIN) (ILDIS)
13. Parkia intermedia Hassk.
14. Parkia inundabilis Ducke -> Parkia nitida Miq.
15. Parkia javanica auct. (GRIN)
16. Parkia javanica (Lam.) Merr. t)
17. Parkia javanica (Lam.) Merr.
18. Parkia macrocarpa Miq. (Ecocrop FAO) -> Parkia speciosa hort. ex Hassk. (Ecocrop FAO)
19. Parkia multijuga Benth.
20. Parkia nitida Miq. (FAO)
21. Parkia oppositifolia Benth. -> Parkia nitida Miq.
22. Parkia panurensis Benth. ex H. C. Hopkins
23. Parkia pectinata auct. -> Parkia panurensis Benth. ex H. C. Hopkins
24. Parkia pedunculata J. F. Macbr. -> Parkia biglandulosa Wight & Arn.
25. Parkia pendula (Willd.) Walp.
26. Parkia platycephala Benth.
27. Parkia roxburghii G. Don (ILDIS) (GRIN) -> Parkia timoriana (DC.) Merr. (GRIN) (ILDIS)
28. Parkia roxburghii G. Don (Mansf) -> Parkia speciosa Hassk. (Mansf)
29. Parkia speciosa Hassk. (Mansf) (Smit)
30. Parkia streptocarpa Hance (Smit) -> Parkia sumatrana Miq. subsp. streptocarpa (Hance) H. C. F. Hopkins (Smit)
31. Parkia sumatrana Miq. (Smit)
32. Parkia sumatrana Miq. subsp. streptocarpa (Hance) H. C. F. Hopkins (Smit)
33. Parkia timoriana (DC.) Merr.
34. Parkia timoriana (DC.) Merr. (Mansf) -> Parkia javanica (Lam.) Merr. (Mansf)
35. Parkia ulei (Harms) Kuhlm.
36. Parkia ulei var. surinamensis Kleinhoonte
37. Parkia velutina Benoist

MAKAN PETAI...BERSAMA NASI....
PETAI SEGAR....BARU DIBELI....
TANAM SENDIRI...HASIL LAMBAT LAGI...
TAK DAPAT MAKAN...DI LUAR NEGERI...



By,
M Anem
Tampin, Negeri Sembilan,
Malaysia
(28 Zulhijjah 1432H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.