Pokok Markisa adalah jenis tumbuhan yang menjalar dan memerlukan kayu sokongan untuk hidup serta untuk mendapatkan cahaya matahari. Terdapat dua jenis markisa iaitu Jenis Buah Markisa Ungu (Passsiflora endulis L.) dan Jenis Buah Markisa Kuning (Pasiflora flavicarpa L.). Jenis Ungu lazimnya ditanam di India dan Afrika sementara jenis Kuning pula banyak ditanam dikawasan Peru, Brazil dan Equador. Jenis atau varierti yang ditanam di Malaysia pula kebanyakannya adalah jenis kuning walau pun ada juga jenis buah ungu yang ditanam.
Penanaman pokok markisa biasanya menggunakan bahan tanaman dari BIJI BENIH atau menggunakan Kaedah MENGETUT. Jenis Buah Markisa Ungu lebih mudah untuk di buat proses tut berbanding dengan jenis buah markisa kuning yang batang kayunya agak lebih keras. bagi penanaman monokrop komersial perlu disediakan kawasan dengan membajak dan pastikan membuat saliran yang sempurna. Pokok ini tidak tahan dengan keadal terendam. Pasangkan kayu sokong dengan menggunakan tiang kayu beruti dengan ketinggian 21.8 - 2.0 meter bergantung kepada kesesuaian untuk membuat pengurusan. Sebaiknya ikat dengan kawat atau dawai no 10 keatas untuk menyambung antara tiang kayu sokong bagi membenarkan batang markisa menjalar kelak (Trellis system). Jarak penanaman disyorkan 2.5 m x 3.0 m bergantung kepada keadaan topograpi dan cuaca.
Anakbenih yang tersedia di tanam di pangkal tiang kayu sokong dan diberikan baja organik serta MOP pada kadar sesuai. Pokok akan merambat naik melalui tiang kayu dan pastikan ianya menjalar dengan seimbang diatas para. Buat cantasan pembentukan agar pembahagian dahan baru akan terbentuk dan tidak terlalu rapat pertumbuhannya. Rujuk rajah bagaimana kaedah membuat cantasan pembentukan dibawah. Tunas-tunas yang jatuh kebawah perlu dipotong atau diasuh agar ianya menjalar dalam keadaan horizontal.
Pendebungaan pokok markisa adalah dijalankan oleh serangga seperti lebah keran (Apis cerana), Lebah liar (Apis dorsata), Kumbang, Semut, Lalat Langau dan sebagainya bagi jenis markisa buah kuning. Jenis buah markisa warna ungu menjalankan pendebungaan tersendiri (iaitu Self compatible pollinated flower). Bagaimana pun kajian menunjukkan proses pendebungaan yang dijalankan oleh tangan manusia dapat meningkatkan pengeluaran buah markisa dengan lebih optima. Ini kerana debunga jantan pasti sampaai kepada stigma bunga betina 100% jika dibuat oleh manusia.
Kulat bintik buah markisa. |
Buah markisa ungu dalam kotak |
BUAH MARKISA...DIPANGGIL BUAH SUSU...
SUUSAH DITANAM...SERANGGA MEMBURU...
DIMAKAN SEGAR...DIPROSES JADI JUS...
NAK TANAM SENDIRI....BOLEH TANYA GURU...
Related articles:
1. Epal (Klik disini)
2. Anggur (Klik disini)
3. Jambu Air Merah (Klik disini)
4. Nona Kapri (Klik didini)
5. Cermai Belanda (Klik disini)
6. Limau Mandarin (Klik disini)
7. Watermelon (Klik disini)
8. Star Fruit (Klik disini)
9. Jackfruit (Click here)
By,
M Anem
Serdang, Selangor,
Malaysia (23 Zulkaedah 1432H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.