Thursday, September 15, 2011

MINYAK KELAPA DARA

MINYAK KELAPA DARA adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada santan kelapa (Cocos nucifera) melalui proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara pengeluar kelapa lain tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 5 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Artikel ini dalam 'Anim Agro Technology' saya membentangkan mengenai minyak kelapa dara dan potensi untuk dijadikan industri yang menguntungkan di Malaysia.

Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang ummph!.  Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Meminum minyak kelapa dara seraca berjadual didakwa dapat menambah daya ketahanan (immune syatem) badan seseorang bagi melawan serangan penyakit. Kajian oleh saintis Dr Bruce Fife ND menunjukkan kandungan 50% Asid lauric dalam VCO membantu menambahkan daya tahan ini dari serangan virus AID, HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik (termasuk Bakteria Helicobakter pylori dan Bakteria Monocytogenes. Minyak ini juga bertindak sebagai makanan kesihatan (Functional food) bredasarkan penuelidikan saintifik yang telah dijalankan. 

Perusahaan memproses minyak kelapa dara di Malaysia banyak dijalankan di Johor, Selangor , Perak dan Sabah sera dibeberapa negeri lain dimana tumpuan keluasan tanaman kelapa banyak didapati. Kajian menunjukkan terdapat seramai 120-150 usahawan yang memproses minyak kelapa dara di Malaysia tetapi belum ada data rasmi mengenai pengeluaran tahunan minyak kelapa dara. Salah satu pengusaha yang pernah saya lawat ialah Minyak Dara Jenama 'Aliff' dari Batu Pahat yang dibimbing oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor semenjak tahun 2007. Kini syarikat tersebut mampu menghasilkan antara 250 - 300 botol produk minyak kelapa dara seminggu (1 botol mengandungi 150 ml dan 250 ml). 

Kaedah memproses minyak kelapa dara ada dua cara iaitu Kaedah Kering dan Kaedah Basah. Kaedah Kering adalah cara memproses yang melibatkan perahan terus (direct expellng) minyak VCO dari kelapa tua yang telah diparut (kelapa parut yang telah dikeringkan lebih awal) menggunakan mesin khas. Kaedah Basah pula melibatkan cara-cara penghasilan VCO dari santan yang diperah melalui proses sejukbeku, pancingan, pemeraman , pemggunaan enzim dan pemisahan minyak VCO. Pemeraman selama 24 jam santan pada suhu bilik dijalankan untuk menghasilkan VCO lebih asli dan menghasilkan kandungan asid laurik yang tinggi.  Minyak VCO cara ini didapati mampu menghasilkan kualiti minyak terbaik dimana kandungan asid laurik lazimnya melebihi 50% berbanding dengan kaedah kering cuma lingkungan 41% sahaja. 

Hasil daripada beberapa pemerhatian yang telah saya buat daripada lawatan ke premis membuat minyak kelapa dara mendapati penghasilan minyak VCO berbeza-beza mengikut bahan asas kelapa yang digunakan. Jika kita gunakan kelapa pandan (Kelapa Wangi)  kajian mendapati daripada sebanyak 117 biji kelapa mampu hasilkan 6 liter minyak VCO berbanding dengan kelapa Matag sebanyak 145 biji menghasilkan sebanyak 7 liter minyak VCO. Kelapa Tua dari jenis Malaysn tall menghasilkan sebanyak 12 liter minyak VCO dari 250 biji. Hasil dari campuran kelapa Matag, Kelapa Malaysn Tall dan Kelapa pandan menghasilkan cuma sebanyak 9 liter dari sebanyak 180 biji kelapa. Kadar purata penghasilan minyak kelapa dara dari setiap biji kelapa adalah sebanyak 1 liter dari 20 biji kelapa. 

Kajian diatas menunjukkan setiap 20 biji kelapa akan menghasilkan purata 1 liter minyak kelapa dara. Jika seseorang usahawan itu hendak mengeluarkan sebanyak 500 liter minyak kelapa setahun dia perlu mencari sebanyak 100,000 biji Kelapa Matang atau kelapa Pandan atau Kelapa Tinggi. Anggaran pengeluaran Kelapa Matag di Malaysia sekitar 24,000 biji/ha setahun (pada tahun ke 10) dan Kelapa Pandan sebanyak 28,000 biji/ha (pada tahun ke 10).  Pengusaha tersebut perlu mengenalpasti kebun kelapa seluas 4.2 hektar kebun untuk bekalan kelapa Matag atau seluas 3.6 hektar untuk bekalan kelapa Pandan bagi di proses mengikut jangkaan sasaran pengeluaran tahunan tersebut. Pada masa ini beberapa alatan dan mesin memproses telah ada untuk membantu memudah dan mempercepatkan proses pembuatan minyak kelapa dara. Pengeuaran minyak kelapa dara dari Malaysia diharap akan terus maju pada masa akan datang.

DARI  KELAPA...JADI MINYAK KELAPA DARA.
TEKNOLOGI BIOTEK....MEMENG DIREKA.....
KHASIAT TERBUKTI.....MENYIHATKAN KITA....
HARGA KELAPA...PETANI AKAN GEMBIRA....

Related articles:
1. Coconuts (Klik disini)
2. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
3. VCO Technology (Click here)
4. Air Kelapa Muda (Klik disini)
5. KOPRA (Klik disini)


By,
M Anem
Projek memproses VCO Aliff,
Batu Pahat,
Johor
Malaysia
(14 September 2011)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.