Sunday, September 11, 2011

INDUSTRI IKAN AKUARIUM DIMALAYSIA

Industri Ikan Akuarium di Malaysia merupakan satu ‘LOMBONG EMAS' kerana ujudnya berbagai spesis ikan akuarium, berbagai warna, bentuk, perangai dan juga asal usul yang sangat unik. Kepelbagaian ini menyebabkan industri ikan akuarium di Malaysia mempunyai potensi pasaran yang cukup besar dengan nilai pasaran ikan hiasan dunia bernilai lingkungan RM 20 billion setahun (Baca blog saya June bertajuk 'Ikan Hiasan'). Jika dicampurkan dengan industri makanan ikan hiasan, industri tumbuhan akuatik, peralatan dan lain-lain aksesori nilai industri ikan hiasan dunia bernilai melebihi RM 100 billion setahun. Industri ikan akuarium di Malaysia telah di mulakan semenjak tahun 1950’an lagi dengan skala kecil-kecilan dengan pasaran tradisi untuk dijual ke Singapura dan seterusnya di edarkan keseluruh dunia. Singapura dikenalpasti mengekspot ikan hiasan ke Eropah semenjak tahun 1940’an lagi. Malaysia, Indonesia dan Thailand kini merupakan antara pengeluar ikan hiasan tropika didunia. Artikel kali ini saya buat ‘posting’ mengenai potensi industri ikan hiasan dan teknologi berkaitan dengannya berdasarkan pengalaman penulis bertugad di Johor selama 14 tahun dahulu.


Malaysia mempunyai peluang sangat cerah dalam industri ini dimana cuaca panas sepanjang tahun, sumber bekalan air yang banyak, kemudahan prasarana, keujudan teknologi serta luang pasaran yang ujud membuatkan ianya sangat berdaya maju. Kajian saya mendapati industri ikan akuarium secara sistematik dimulakan seawal tahun 1980’an lagi (Saya baru habis belajar di universiti). Pada masa ini Malaysia mempunyai seramai lingkungan 400 orang pengusaha ikan hiasan terutama di Johor yang mana 90% daripada mereka terlibat dengan pengeluaran ikan hiasan dan 10% lagi terlibat dengan pengeluaran makanan ikan serta pengeluaran tumbuhan akuatik untuk akuarium. Nilai penghasilan ikan hiasan telah meningkat berkali ganda daripada sebanyak 188 juta ekor bernilai RM 34 juta pada tahun 1993 kepada lebih 507.2 juta ekor bernilai RM 770.2 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan berkali-kali ganda. Malaysia juga kaya dan mempunyai pelbagai sumber tumbuhan akuatik untuk induatri ikan akuarium dengan mempunyai lebih dari 30 sspesis tumbuhan yang berbagai warna, bentuk, unik dan cirri tersendiri. Industri ini saya banyak peluang lawat di Johor dimana dimajukan dan sangat menguntungkan. Tumbuhan akuatik ini mudah dibiakna dengan teknologi yang ada seperti teknologi pembiakan dengan tisu didik, teknologi kawalan mutu air dan teknologi kaedah pemasaran.


Malaysia juga mempunyai potensi besar untuk mengeluarkan system pengurusan dan peralatan serta perkakasan untuk industri ikan akuarium. Keperluan untuk menbekalkan tangki akuarium, penapis air, pam akuarium, aerators, lampu, pemmanas air, sisitem pembersihan serta lain-lain sangat besar. Banyak kilang tempatan mampu menghasilkan peralatan ini berasaskan kaca, plastic, getah dan sebagainya. Bahan hiasan dalam akuarium seperti batu, kayu, replica, tumbuhan akuatik plastic dan sebagainya mudah dihasilkan di Malaysia. Makanan ikan akuarium adalah satu industri yang sangat kritikal kerana semua ikan akuarium perlu diberikan makan. Walaupun permintaan domestic masih kecil tetapi untuk pasaran global jumlahnya adalah besar. Negara kita juga mampu menghasilkan ubat-ubatan dan bahan kimia untuk ikan hiasan walau pun kini ianya masih banyak yang diimpot.


Negeri Johor merupakan antara negeri yang paling aktif dengan industri ternakan ikan hiasan di Malaysia. Kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura, Kawasan Sesuai, Sumber air bersih, Rantaian Sistem Pasaran., Galakan oleh Kerajaan serta keujudan teknologi sesuai menjadikan Johor pilihan terbaik. Bilangan pengusaha telah meningkat di Johor dari seramai 18 orang pada 1980 (217 hektar) kepada 345 orang (314 ladang) pada tahun 1990 dan kini telah melebihi 400 pengusaha. Kebanyakan daripada mereka mengeluarkan ikan hiasan atau ikan akuarium hidup jenis ikan guppy dan beberapa jenis lagi (Lihat foto sebelah). Pengeluaran ikan akuarium adalah spesifik mengikut lokasi, kepakaran dan keperluan pasaran. Syarikat Xian Leng di Batu Pahat merupakan syarikat yang menghasilkan ikan Arowana terbesar di Malaysia dengan kualiti ikan diekspot keseluruh dunia. Syarikat ini merupakan syarikat disenaraikan di BSKL dengan setiap ikan dimasukkan microchip sebagai tanda kelahiran dan rekod. Pengusaha ikan akuarium di Pulau Pinang terlibat dengan pengeluaran spesis ikan Discus Symhosodon Discus. Pengusaha di kawasan Perak pula lebih tertumpu kepada sepsis ikan emas (goldfish) dan Ikan Koi Jepun (Japanese Koi Carps). Kemajuan program biakbaka (Breeding program) ikan hiasan di Malaysia belum begitu maju seperti di Jepun dan Taiwan kecuali untuk ikan arowana. Pembiakan perlu digiatkan lagi dengan penglibatan oleh sector kerajaan dan swasta bagi menghasilkan lebih banyak pilihan terhadap banyak sepsis ikan hiasan tempatan yang boleh dikomersilkan.


Saya pernah melawat beberapa pengusaha tumbuhan akuatik untuk akuarium di Kota Tinggi Johor yang Berjaya. Antaranya adalah satu syarikat yang beroperasi di Lembah Bio Sungai Lebak yang mengusahakan beberapa tumbuhan akuatik untuk di ekspot ke Singapura. Syarikat ini telah berjaya menanam, membiak, menjual dan measarkan sebanyak 5 jenis tumbuhan akuatik seperti Anubias spp., Microsporium spp dan Echinodorus spp dengan teknologi yang didapati dari Negara jiran. Paling penting dalam industri tumbuhan akuatik adalah kaedah pembiakan serta kualiti air yang tidak tercemar. Sumber air didapati daripada sungai yang dating daripada hutan simpan bersebelahan dan sangat bersih.


Industri ikan hiasan di Malaysia mempunyai potensi cerah dimasa akan dating dengan banyak penyelidikan dan pengembangan teknologi ini kepada lebih ramai pengusaha. Masalah halangan sistem untuk mengekspot perlu dikemaskan pada masa akan dating bagi memudahkan dan mempercepatkan jangkamasa yang diambil kerana ikan hiasan adalah hidupan yang perlu dijaga dengan teliti. Gas oksijan yang dimasukkan dalam bungkusan ikan hiasan bertahan untuk jangkawaktu yang singkat dan perlu sampai kedestinasi sebelum habis. DOF dan Kastam Malaysia perlu memudahkan proses pengekspotan ini untuk meningkatkan potensi ekspot ke luar Negara. Beberapa insentif kepada pengusaha ikan akuarium dan pengusaha makan ikan akuarium serta pengusaha tumbuhan akuatik akuarium perlu difikirkan kaedahnya. Penyelidikan, Pengembangan Teknologi, Latihan dan Sistem Kuarantin juga perlu di perbaiki bagi industri ini berkembang pada masa akan dating.


IKAN AKUARIUM…SANGAT BERPOTENSI…
NEGERI JOHOR…PENGUSAHA BERPAKSI…
TIDAK RAMAI TERLIBAT…TAKUT RUGI….
YANG DAH BERJAYA…DIAM-DIAM BERISI


Artikel lain yang anda minat:
1. Ikan Hiasan (Klik disini)
2. Ikan Tilapia (Klik disini)
3. Ikan Sepat (Klik disini)
4. Industri Perikanan di Malaysia (Klik disini)
5. Rumpai Laut di Malaysia (Klik disini)


By,
M Anem
Peminat Ikan Akuarium
Johor Bahru
Malaysia
(12 Shawal 1432H, Ahad Jam 8.30 pagi)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.