Monday, August 15, 2011

KENTANG

KENTANG (Solanum tuberosum) dari keluarga Solanaceae adalah sejenis tanaman umbisi (tubers) paling popular dalam kumpulannya. Kentang atau Potato digunakan sebagai sumber makanan penting oleh manusia semenjak beribu-ribu tahun dulu iaitu Zaman Orang Atzec di Andes dalam peradapan awal manusia didunia. Penanaman kentang di kawasan Eropah dimulakan sekitar kurun ke 16 dan mencapai tahap komersil pada kurun ke 18 lagi. Kini kentang merupakan komoditi penting didunia bilamana banyak syarikat makanan segera seperti KFC, McDonald, Burger King, A&W dan banyak lagi menjadikan produk kentang sebagai salah satu menu hidangan yang digemari oleh pengguna di seluruh dunia. Pengeluaran kentang dianggarkan sebanyak 315 - 400 juta metrik tan setahun. Artikel pagi 15 Ramadan ini saya menulis  satu komoditi tanaman penting didunia iaitu Kentang untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog saya.


Kentang dihasilkan sebagai satu komoditi utama dan digunakan sebagai sumber makanan penting. Negara China dilaporkan sebagai pengeluar utama kentang dunia dengan pengeluaran sebanyak 70 juta metrik tan setahun diikuti dengan Rusia (39 juta mt/tahun), India (24 juta mt/tahun), USA (20 juta mt setahun), Ukraine (19 juta mt/tahun), German (10 juta mt/tahun) , Poland (9 juta mt/tahun) , Belgium (8 juta mt/tahun), Natherland (7 juta mt) dan Perancis (6 juta mt). Dikalangan Asia Tenggara kentang banyak ditanam di Indonesia dan juga Thailand. Malaysia tidak menanam kentang tetapi banyak mengimpot dengan jumlah yang banyk terutama daripada negara China , India dan juga sedikit daripada Indonesia.


Harga kentang segar di Malaysia dikira murah dimana satu kotak atau satu karung (Anggaran Berat 5-8 kg) dengan harga RM 6.00 - RM 8.00 sahaja (Low grade - bersaiz kecil). Stok kentang dirumah saya memang sentiasa ada yang digunakan untuk dimasak dengan kari, di goreng dan dicampor dengan telur ayam untuk sarapan pagi dan di rebus atau dikukus untuk dimakan semasa suam panas. Produk kentang dipasaran makanan segera diproses sebagai Kentang Lenyek , Kentang Putar, Kentang Goreng (fun fries), Kerepek Kentang (Mr Potato), Kentang Sejuk Beku, Kentang berempah (Wedges) dan macam-macam lagi. Teknologi pembuatan kentang goreng sangat canggih dimana kentang tersebut di proses untuk sedap dimakan ketika panas sahaja (rangup) tetapi akan lembik apabila sejuk. Sebenarnya sel-sel kentang tersebut telah diproses dengan memasukkan gelembong udara menggunakan teknologi moden.

Penulis di Dina Farm, Eygpt

Saya kali pertama melihat tanaman kentang secara komersil di Dina Farm, Cairo, Mesir pada tahun 2005 semasa berkursus disana. Kawasan tersebut merupakan satu kawasan projek pertanian dari kawasan gurun yang di pulihkan menggunakan air dari 2 km dari dalam perut bumi seluas 10,000 ekar. Syarikat tersebut menanam kentang untuk pasaran domestik dan ekspot. Tanaman kentang menggunakan sistem 'pivot system' dimana pengairan diberikan secara sprinkler dari sistem penyembur berpusing bulat seluan 100-120 ekar satu pivot.

By,
M Anem
Air Keroh Melaka    
Malaysia
(Subuh 15 Ramadan ; 5.11 pagi)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.