Tuesday, June 7, 2011

DIAGNOSTIK TANAMAN



DIAGNOSTIK TANAMAN adalah satu perkataan yang perlu di fahami dan di ketahui oleh Agen-agen Pengembangan Pertanian dan juga petani maju. Perkataan 'Diagnostik' berasal dari perkataan Inggeris iaitu 'Diagnostic' yang bermakna proses untuk mencari punca atau penyebab kepada masaalah. Dalam bidang perubatan perkara ini merupakan satu proses yang sangat kritikal dalam mengenalpasti penyakit sebenar yang dihadapi oleh pesakit untuk dipastikan kaedah perubatan yanng sesuai setelah hasil diagnostik di kenalpasti. Kesilapan membuat diagnostik akan memberikan prescrepsi ubat yang salah dan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Dalam sektor pertanian juga penting untuk menjalankan proses diagnostik dengan tepat dan betul bagi menentukan punca dan masaalah yang dihadapi oleh tumbuh-tumbuhan. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca blog berkaitan pentingnya proses diagnostik tanaman berdasarkan kajian dan pengalaman dalam sektor pertanian selama 30 tahun dan membaca beberapa buku teknikal.


Tujuan membuat diagnostik penyakit atau perosak tanaman adalah untuk mengenalpasti APAKAH punca masaalah yang dihadapi oleh tanaman dan memberikan SYOR yang terbaik kepada pengurusan mengatasi masaalah tersebut. Peringkat paling awal yang perlu dijalankan adalah dengan membuat penilaian secara keseluruhan keadaan tanaman dengan meneliti dan mengenalpasti PERUMAH (Host) yang ujud. Pastikan apakah Genus, Kultivar, Varieti, Klon atau spesis tanaman yang ditanam kerana ini amat penting sebelum memulakan proses diagnostik. Lain kultivar mempunyai daya rintang yang berbeza-beza dan tahap serangan. Keperluan dan kesesuaian untuk persekitaran perlu diteliti untuk mempastikan pokok dapat tumbuh paling optima. Keadaan yang terlalu lembab mungkin sesuai untuk tanaman tertentu tetapi tidak sesuai untuk tanaman lain di kebun.


Perhatikan dengan teliti keseluruhan tanaman di kebun sama ada pertumbuhannya dilihat sebagai 'NORMAL' atau tidak dengan membuat perbandingan secara visual dengan tanaman lain. Buat perbandingan kasar dan pastikan sepsis atau kultivar mana yang diserang. Setelah membelek tumbuhan tersebut JANGAN TERUS MEMBUAT KONKLUSI segera berdasarkan kepada simptom pada daun atau batang pokok yang dilihat. Mungkin ada simptom lain yang berkalu pada bahagian akar atau kesan fizikal akibat Baja Foliar atau Cuaca Panas. Daun seperti terbakar, kering, rosak dan layu bukan semestinya disebabkan oleh serangan penyakit tetapi boleh disebabkan perkara-perkara lain yang perlu didiagnostik.


Periksa 'pattern' sebaran simptom kerosakan tanaman sama ada ianya berlaku pada semua pokok dalam barisan yang sama atau hanya beberapa pokok sahaja. Kemudian buat perbandingan teliti tahap kerosakan mengikut umur pokok sama ada hanya bertukar warna kuning pada daun tua sahaja atau daun muda juga mempunyai simptom yang sama. Kalau berlaku pada daun yang dapat dilihat adakah ianya menyeluruh atau sebahagian sahaja seperti tanda 'Nekrosis' pada daun. Kita perlu periksa tanda serangan yang berlaku sebenarnya dibahagian mana, adakah ia berlaku pada daun? Buah?, Batang?, Pucuk ?, Bunga? , Akar? atau pada keseluruhan pokok?.


Kenalpasri ciri-ciri simptom serangan seperti BINTIK, LAYU, REPUT, NEKROSIS, KLOROSIS dan KEBANTUTAN. Simpton bintik adalah dimana terdapat beberapa tanda bintik-bintik pada tumbuhan yang kelihatan dan mudah dilihat dengan mata kasar atau menggunakan kanta pembesar. Simptom Layu pula apabila sebahagian atau keseluruhan pokok menjadi layu bukan kerana sinaran matahari. Reput pula simptom dimana tisu tanaman menjadi reput atau buruk dan sering mrnghasilkan bau. Nekrosis dan Klorosis adalah simptom pada daun atau batang yang berlaku. Pokok bantut dilihat apabila pokok bersaiz kecil dan bantut berbanding dengan tanaman sebaya yang lain.


Semasa membuat diagnostik tanaman perlu di periksa kaedah penyebaran serangan atau simptom yang ada. Adakah cara penyebarannya SETEMPAT (Localised) atau MEREBAK (Spread) ? Sebaran simptom ini penting untuk mengenalpasti jenis srangan dan punca masaalah yang akan dikenalpasti kelak dan kaedah kawalan paling sesuai. Jika simptom merebak adakah ianya hanya kepada spesis tanaman yang sama atau melibatkan banyak spesis lain yang ada dalam kawasan kebun? Ada simptom serangan yang bertompok-tompok pada suatu kawasan dan ada yang berselerak. Perkara-perkara ini tidak mudah dibuat kepada mereka yang belum berpengalaman atau masih baru dalam bidang diagnostik tanaman. Mereka perlu menjalani latihan khas untuk meningkatkan kemahiran membuat diagnostik tanaman. Kena pastikan sama ada simptom oleh satu jenis Pathogen atau Banyak Jenis Pathogen.


Kepakaran membuat diagnostik tanaman berkait dengan kemampuan untuk membezakan antara apa itu SIMPTOM SERANGAN dan apakah itu TANDA SERANGAN. Apa yang saya belajar adalah Simptom Serangan merupakan tindakbalas tumbuhan apabila diserang patogen/agen penyakit seperti Bintik Daun, Layu, Nekrosis, Klorosis dan Terbantut. Tanda Serangan (Signs) adalah struktur yang dihasilkan oleh patogen/agen penyakit pada tumbuhan yang diserang seperti miselium, cendawan dan spora. Tanda lebih mudah digunakan dalam membuat diagnostik kerana kita mudah mengenalpasti patogen atau agen penyakit dengan melihat miselium, cendawan atau spora pada tumbuhan.


Antara tanda yang boleh dikenalpasti adalah Agen Biotik seperti SERANGGA, KULAT dan BAKTERIA. Serangga dapat dilihat dalam bentuk serangga sebenar, telur atau jaringan/web sama ada menggunakan mata kasar atau pun menggunakan kanta pembesar. Keujudan serangga tersebut pada tisu tumbuhan mudah untu dibuat diagnostik berdasarkan spesis dan kaedah kawalan yang sesuai. Tanda serangan oleh Kulat adalah dalam bentuk Maisiliam, spora atau cendawan pada tumbuhan. Tanda serangan oleh bakteria pula lazimnya dalam bentuk kuraian bakteria atau 'cairan ooze' pada bahagian batang atau daun tumbuhan. Cara nak lihat ujudnya cairan ooze dengan memotong batang/daun dan celup dalam air jernih dalam gelas. Jika ada cecair putih keluar tandanya 'confirm' ada serangan bakteria.


Setelah tahu jjenis perosak dengan membuat diagnostik tanaman maka kita boleh mengesyorkan kaedah kawalan yang sesuai supaya kadar kerosakan akibat serangan agen penyekit dapat diminimakan atau dihapuskan terus. Lebuh awal kita membuat diagnostik tanaman akan mengurangan kerugian jika dapat dijalankan kawalan. Kawalan sama ada menggunakan kaedah IPM, Kimia, Fizikal, Amalan Kukltura atau lain-lain kaedah boleh dijalankan dengan lebih terancang dan sempurna serta berkesan.


MEMBUAT DIAGNOSSTIK...PERLU BELAJAR...
ADA KEMAHUAN....MEMANG AGAK SUKAR...
PATOGEN SERANG...DAUN DAN AKAR...
MALAHAN SEMUA BAHAGIAN...TANYA PAKAR...


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Masih Cuti rehat)      

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.