BUAH PELAGA (Elettaria cardamomum) merupakan sejenis tumbuhan dari kategori rempah ratus dari keluarga ZINGIBERACEAE yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan hutan ropika di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan Selatan India sebelum di komersialkan. Buah pelaga merupakan komponen penting dalam menyediakan serbuk kari yang sangat di minati oleh masyarakat kita di Malaysia dan yang sangat penting di India dan Sri Lanka. Bahan buah pelaga dijadikan produk minuman di kawasan negara Arab dan dijadikan perisa untuk biskut di Eropah. Walau pun tanaman ini perlukan hujan lebih 5,000 mm setahun tetapi telah di komersilkan di Guatemala untuk di ekspot. Nama lain bagi buah pelaga adalah seperti Cardomum (English), Bai Dou Kou (China), Choti elaichi (Hindi), Luk Krawan (Thai), Cardamomen (Germany) dan Kapulaga (Indonesia). Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak ada maklumat. Artikel ini saya tulis berdasarkan pembacaan sebuah buku teks terbitan Longman (An introduction to the tropical crops) dan pemerhatian semasa membuat lawatan ke Indonesia dulu.
Pokok Pelaga dewasa |
Bunga pokok pelaga |
Pokok buah pala sama seperti pokok halia jenis renek - 'herbs like' (Keluarga Zingerberaceae) yang tumbuh menegak dengan menghasilkan akar atau rizom. Pokok pelaga mampu tumbuh sehingga ketinggian 3 meter dengan daunnya berwarna hijau yang keluar dari pangkal pokok. Daun yang panjang dan tirus dihujung sepanjang 90 cm dengan 25 cm lebar. Daunya adalah bertekstur lembut dan ada bulu dibahagian bawah daun. Tangkai bunga keluar dari pangkal pokok dengan ketingian atau panjang sehingga 1 meter dari tanah. Setiap tangkai mengeluarkan banyak jambak bunga dimana tangkai bunganya berwarna ungu hijau pucat 4 cm panjang. Bunga yang berwarna ungu dan putih 15-20 mm panjang mempunyai satu stamen untuk pendebungaan. Buah yang matang berwarna coklat cerah atau kuning yang berbentuk bulat lonjong dan mempunyai kapsul. Kapsul ini mengandungi biji yang berwarna coklat kehitaman apabila cukup kering.
Pangkal pokok pelaga |
Terdapat dua jenis buah pelaga yang dikenalpasti iaitu Jenis Pokok Pelaga Sri Lanka dan Jenis Pokok Pelaga Malabar. Varieti Sri Lanka adalah jenis liar yang mempunyai biuah berbentuk bujur (oblobg) , daun lebar dan ada jalur dibahagian batang dengan biji berwarna coklat kehitaman. Varieti Malabar atau var. codamomom pula merupakan jenis yang dikomersilkan dengan buah sedikit kecil tetapi mempunyai aroma kuat dari jenis Sri Lanka. Kedua-dua jenis pokok pelaga ditaam diakawasan yang mempunyai tanah yang subur, saliran yang sempurna dan pH tanah antara 5.5 - 6.5. Penanaman lazimnya menggunakan rizom walau pun ada usaha menanam menggunakan biji benih. Penanaman menggunakan biji benih lambat dan pertumbuhan juga tidak seragam.
Ladang pelaga di Sri Lanka (Lereng) |
Buah pelada siap dipasaran |
Memetik buah pelaga |
Buah Pelaga merupakan komponen penting dalam kita masak kari ikan atau kari daging. Buah pelga akan digoreng bersama rempah lain peringkat awal sebelum di masukkan ikan , daging dan santan atau air dan dididih sehingga masak. Kari sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak. Buah pelaga juga sering digunakan untuk masak nasi beryani gam berserta lauk pauknya sperti Beriyani kambing, Beriyani Lembu dan Beriyani Ayam. Cerita pasal makan memang menyelerakan terutana ketika perut lapar tengahari ini. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog teknologi pertanian ini.
MAKAN NASI.....LAUK DAGING KARI...
KARI DICAMPUR...PELAGA DAH PASTI...
KEDAI MAMAK....IANYA SATU INDUSTRI...
TANPA PELAGA..PELANGGAN TAK MARI...
By,
M Anem
Pct 11
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.