Tuesday, May 31, 2011
Industri Perikanan Malaysia
SEKTOR PERIKANAN di Malaysia merupakan salah satu cabang sektor pertanian yang terus berkembang setiap tahun. Negara Malaysia yang mempunyai laut di sekelilingnya dan taburan hujan yang banyak mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain yng tidak mempunyai sumber alam tersebut. Jumlah pendaratan atau pengeluaran ikan di Malaysia adalah sebanyak 1,854,000 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 8,613.33 juta. Jumlah ini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan pendaratan atau pengeluaran pada tahun 2005 iaitu sebanyak 1,416,702 metrik tan bernilai RM 5,213.53 juta. Jumlah mereka yang terlibat dengan sektor ini pada 2010 adalah seramai 149,518 orang. Artikel ini saya mengemukakan sektor industri perikanan di Malaysia berdasarkan laporan dan kajian yang saya buat pada masa kini.
Sektor Perikanan di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sektor Perikanan Laut (Marine) dan Sektor Perikanan Penternak Akuakultur. Sektor Perikanan Laut adalah aktiviti yang melibatkan penangkapan ikan di kawasan Laut Pantai (Zon Ekonomik ZEE) dan kawasan Laut Dalam. Aktiviti menangkap ikan di laut ini menggunakan pelbagai teknik dan cara penangkapan daripada kaedah yang tradisional sehinggalah kepada kaedah moden menggunakan GPS, Ultra Sonic dan sebagainya. Kajian saya mendapati terdapat seramai 125,632 nelayan yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010. Hanya terdapat seramai 90,702 nelayan yang ujud pada tahun 2005 di Malaysia. Bilangan perkakas menangkap ikan yang dilesenkan pada 2010 adalah sebanyak 47,732 unit melibatkan sebanyak 48,745 buah vessel atau bot menangkap ikan. Daripada sebanyak 48,745 bot nelaayan sebanyak 2,998 adalah bot tidak berjentera, 27,857 bot yang berjentera sangkut (Injin Bot Sangkut) dan 17,890 buah adalah bot nerinjin laut dalam.
Jumlah pendaratan ikan laut pada tahun 2010 sebanyak 13,920,000 metrik tan bernilai RM 6,291.51 juta melalui beberapa pengkalan pendaratan LKIM atau Swasta yang terdapat di seluroh negara. Sebagai perbandingan hanya sebanyak 1,209,000 metrik tan ikan didaratkan pada tahun 2005 yang bernilai RM 4,017.52 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 296,470 metrik tan adalah dari hasil tangkapan laut dalam bernilai RM 1,132.45 juta. Jumlah tangkapan ikan dari kawasan Laut Pantai pula sebanyak 1,096,110 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5,159.06 juta. Ikan dari tangkapan laut pantai kebanyakannya adalah untuk keperluan domestik dalam Malaysia.
Bagi sektor Perikanan Akuakultur terdapat seramai 23,986 orang pengusaha terlibat pada tahun 2010 dengan penghasilan ikan sebanyak 472,310 metrik dimana sebanyak 152,630 mt adalah ikan air tawar bernilai RM 704.8 juta. Sebanyak 319,680 mt pula adalah hasil akuakultur air payau/masin bernilai RM 1,618.2 juta terutamanya udang harimau. Keseluruhan kawasan industri ikan akuakultur melibatkan kawasan seluas 32,200 hektar. Negeri Perak merupakan pengeluar utama ikan air tawar sebanyak 46,378,130 mt pada tahun 2010 dengan nilai RM 214.62 juta. ini diikuti dengan Sabah (28.86 juta),Johor (RM 24.2 juta) dan Selangor (29.9 juta).
Terdapat sebanyak 7,250 hektar kawasan ikan air tawar dimana seluas 5,029 ha adalah dalam struktur kolam, 2,104 ha adalah tasek bekas lombong, 38 ha sangkar ikan, 19 ha tangki simen, 3.1 ha tangki kanvas dan seluas 55 ha kandang ikan. Bagi industri ternakan air payau/masin terdapat seluas 25,050 hektar kawasan dimana 7,344 ha adalah kolam, 174 ha sangkar, 9,941 ha siput sudu, 33 ha tiram dan seluas 7,538 ha untuk rumpai laut.
Kajian menunjukkan hasilan Kerang adalah sebanyak 64,940 mt pada tahun 2010 yang bernilai RM 68.60 juta. Kawasan pengeluaran kerang utama adalah pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Sebanyak 10,640 mt Siput Sudu dihasilkan dengan nilai RM 6.23 juta pada tahun sama. Tiram juga dihasilkan sebanyak 2,300 metrik tan bernilai RM 5.82 juta terutama dari Sungai Muar, Johor Bahru dan beberapa lokasi lain. Udang dikeluarkan sebanyak 69,280 mt yang benilai RM 935.68 juta dan merupakan industri akuakultur yang menjadi penting di Malaysia. Satu industri baru yang semakin popular adalah rumpai laut dengan pengeluaran pada 2010 sebanyak 138,860 mt bernilai RM 27.7 juta.
Sektor perikanan di Malaysia perlu di majukan lagi dengan pelbagai program terutama untuk sektor Laut Dalam. Penangkapan ikan dan penguatkuasaan kawasan marin perlu dikukuhkan dari pencerobohan penangkapan ikan oleh nelayan asing terutama pada musim tengkujuh. Nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia menggunakan pelbagai alatan moden dan merosakkan pembiakan ikan apabila menggunakan pukat harimau. Sektor akuakultur masih luas lagi peluang untuk diperluaskan terutamanya dalam ternakan udang.
SEKTOR PERIKANAN...SANGAT PENTING...
PERLU DI MAJUKAN...WALAU PUN GENTING..
PERIKANAN MARIN...TINGKATKAN HASIL...
PERIKANAN AKUAKULTUR...TERUSKAN USAHA..
By,
M Anem
Johor Bahru
Malaysia
(Cuti rehat)
Monday, May 30, 2011
TANAH TERBIAR
TANAH TERBIAR (Idle Land) di definasikan sebagai tanah bermilik yang tidak diusahakan selama lebih 2 tahun berturut-turut atau 6 musim penanaman padi berterusan bagi sawah padi. Fenomena ini berlaku di Malaysia semenjak awal tahun 1980'an apabila ramai anak-anak muda dari kawasan luaar bandar berhijrah kekawasan bandar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan atau belajar makan golongan muda tiada untuk mengerjakan tanah. Penubuhan Rancangan FELDA pada tahun 1970'an juga menjadi satu faktur yang signifikan terhadap fenomena tanah terbiar di kampong-kampong. Jaminan generasi muda ketika itu yang dijanjikan dengan tanah seluas 10 ekar getah atau kelapa sawit serta tapak rumah dalam skim FELDA menyebabkan hanya orang-orang tua yang tertinggal dikampong. Artikel ini saya mengulas beberapa perkara penting berkaitan dengan fenomena Tanah Terbiar berdasarkan pengalaman saya bertugas dalam bidang pertanian selama 30 tahun.
Kajian saya daripada laporan rasmi Kementerian Pertanian Malaysia mendapati pada tahun 2009 terdapat seluas lebih 531,763 hektar tanah terbiar di Malaysia. Tanah terbiar tersebut di bahagikan kepada 2 kategori iaitu TANAH SAWAH TERBIAR dan TANAH DARAT TERBIAR. Bagi kategori tanah darat terbiar terdapat seluas 508,004 hektar iaitu seluas 14,011 di Semenanjung Malaysia, 66,335 di Sabah dan paling luas di Sarawak iaitu 427,637 hektar. Tanah terbiar di Sarawak kebanyakkannya adalah jenis tanah adat (NCR) yang tidak dimajukan. Tanag darat terbiar di Sabah juga agak luas merupakan tanah milik yang belum diusahakan.
Daripada seluas 14,011 hektar tanah darat yang terbiar pada 2009 di Semenanjung Malaysia didapati paling luas terletak di Negeri Johor iaitu seluas 6,044 hektar diikuti dengan Negeri Pahang (2,758 ha), Negeri Sembilan (2,146 ha), Terengganu (1,020 ha) dan Kedah (931 ha). Negeri-negeri lain mempunyai tanah darat terbiar kurang dari 500 hektar dengan Negeri Perlis paling sedikit iaitu seluas 42 hektar sahaja. Kejadian tanah darat terbiar di Negeri Johor disebabkan oleh faktur kecekapan Pegawai Jabatan Pertanian mengutip data selain dari kawasan tanah dusun yang tidak di optimakan penggunaannya. Daerah Segamat merupakan lokasi tanah terbiar paling luas di Johor iaitu melebihi 3,000 hektar terutama tanah-tanah milik individu yang di kurniakan oleh kerajaan negeri kepada pemilik. Tanah-tanah ini tidak mempunyai jalan masuk untuk di majukan oleh pemilik yang diberikan seluas 1 hektar seorang.
Tanah Sawah Terbiar dilaporkan seluas 23,758 hektar dengan seluas 15,546 terdapat di Semenanjung Malaysia, 7,375 di Sabah dan hanya seluas 836 di Sarawak. Kajian menunjukkan Negeri Kelantan mempunyai Tanah Sawah Terbiar paling luas di Semenanjung iaitu 5,283 hektar diikuti dengan Negeri Pahang (3,943 ha), Negeri Sembilan (2,502 ha), Kedah (1,324 ha), Perak (948 ha), Terengganu (834 ha) dan Melaka (561 ha). Lain-lain negeri yang mempunyai tanah sawah terbiar adalah Johor (74 hektar) dan Perlis (9 hektar). Selangor dilaporkan tidak mempunyai tanah sawah terbiar.
Pada keselurohannya Sarawak Johor merupakan 'JUARA' fenomena tanah terbiar dengan seluas 428,474 hektar diikuti dengan Sabah seluas 73,731 hektar, Pahang seluas 6,622 hektar dan Negeri Johor seluas 6,118 hektar. Ini diikuti dengan Kelantan (5,494 ha), Negeri Sembilan (4,648 ha) , Kedah (2,255 ha), Terengganu (1,894 ha) dan Perak (1,379 ha). Negeri lain mempunyai keluasan tanah terbiar kurang dari 1,000 hektar dengan Perlis cuma seluas 127 hektar sahaja. Kajian menunjukkan terdapat 1,436 lokasi tanah terbiar di seluroh negara dengan lokasi paling banyak terletak di Negeri Sembilan (264) diikuti Johor (253), Pahang (200) dan Sarawak (160). Ini menunjukkan tanah terbiar di Sarawak mempunyai kawasan yang luas pada satu-satu lokasi sementara sebaliknya berlaku di Negeri Sembilan yang mempunyai lot-lot tanah kecil.
Pada tahun 1980'an hingga pertengahan 1990'an fenomena TANAH SAWAH TERBIAR adalah menjadi isu utama dalam pembangunan tanah terbiar. Beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang serta Negeri Sembilan menghadapi masaalah tanah sawah yang terbiar dengan tidak diusahakan dan sangat jelas kelihatannya. Kejadian tanah sawah di kawasan Bandar Melaka dalam Daerah Melaka Tengah contohya meningkat dengan begitu ketara dari hanya kira-kira 200 hektar pada awal 1980'an kepada seluas lebih 1,800 hektar pada pertengahan 1990'an. Faktur kekurangan air dan kurang minat dikalangan pemilik sawah serta tawaran dari pihak pemaju perumahan dan sektor industri menyebaabkan banyak kawasan sawah jadi terbiar.
Kajian saya mendapati kerajaan banyak membangunkan kawasan tanah terbiar melalui pelbagai kementerian, Jabatan dan agensi dengan pelbagai program dan projek. Peranan FELCRA yang aktif memajukan tanah terbiar dengan komoditi seperti Getah dan Kelapa Sawit di lihat satu pendekatan yang strategik terutama pada tahun 1980'an dan 1990'an dengan pengurusan yang tersusun. Kementerian Pertanian juga banyak memajukan tanah terbiar melalui Jabatan Pertanian , LPP/PPK dan Projek IADP/IADA dengan komoditi tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan serta ternak air. Pada masa ini sebagai contoh Jabatan Pertanian mempunyai program ACDA yang membangunkan kawasan tanah terbiar dengan pelbagai komoditi tanaman makanan yang diberikan bantuuan kerja penyediaan tanah, bahan tanaman, input pertanian, infrastruktur asas dan khidmat nasehat pertanian.
Fenomena tanah terbiar di Malaysia akan di tangani dengan baik melalui perancangan yang rapi pada masa akan datang. Sektor Pertanian yang bermotokan 'Pertanian adalah Perniagaan' perlu mengatasi beberapa masaalah pokok seperti masaalah infrastruktur asas di kawasan tanah terbiar selain daripada isu minat pemilik tanah, kekurangan tenaga pekerja sektor pertanian dan yang pasti sebahagian daripada tanah yang terbiar adalah tanah yang bermasaalah. Apabila isu dan masaalah ini dapat diatasi saya percaya jumlah tanah terbiar di Malaysia akan berkurangn mengikut peredaaran masa.
TANAH TERBIAR...FENOMENA SEMASA....
TANAH DARAT...SAWAH PUN ADA....
NEGERI SARAWAK...PENYUMBANG UTAMA...
KALAU DIUSAHAKAN...BANYAK GEMBIRA...
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Ditulis jam 5.00 subuh)
INDUSTRI BUNGA MALAYSIA
MALAYSIA adalah sebuah negara beriklim tropika yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun dan juga hujan yang banyak serta suhu yang stabil sepanjang tahun. Selain daripada tanaman industri yang maju seperti tanaman Kelapa Sawit (Elais guineensis) dan Tanaman Getah (Hevea braziliensis) serta koko (Theobroma cacao) dan Kelapa (Cocos nucifera), terdapat hutan malar hijau yang menghasilkan kayu balak dan menyumbang pendapatan negara yang sangat signifikan. Tanaman makanan utama seperti tanaman Padi (Oryza sativa), Buah-buahan dan Sayur-sayuran juga memberikan nilai pulangan ekonomi yang tinggi kepada Malaysia. Sektor Bunga-bungaan atau Florikultur di Malaysia merupakan salah satu daripada industri yang berkembang dengan pesat dimana pada tahun 2010 sebanyak 2,421 hektar bunga-bungaan telah di tanam dengan menghasilkan sebanyak 468.148 juta bilangan keratan bernilai RM 290.078 juta. Artikel pagi Ahad ini saya berbicara mengenai status industri bunga di Malaysia berdasarkan bacaan kepada satu laporan terkini daripada MoA yang saya baca.
Negeri Johor merupakan kawasan industri penanaman dan pengeluaran bunga paling aktif di Malaysia dengan melibatkan keluasan sebanyak 1,039 hektar dan menghasilkan sebanyak 41.3 juta keratan pada 2010. Johor juga telah menghasilkan 86% industri tanaman bungaan di Malaysia. Kebanyakan lokasi industri bunga di Johor terletak disekitar Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat dan Kluang. Sebahagian daripada pengusaha bunga-bungaan ini adalah merupakan pelabur-pelabur daripada Singapura yang menanam pelbagai jenis orkid dan bunga keratan lain. Pahang juga antara negeri yang menanam seluas 282 hektar menghasilkan sebanyak 84.4 juta keratan diikuti terutama di tanah tinggi Cameroon Highland. Negeri Perak pula menanam seluas 223 hektar dengan hasil sebanyak 2.5 juta keratan dan Selangor menanam seluas 103 hektar pada tahun 2010. Lain-lain negeri menanam kurang dari 25 hektar tanaman bunga setahun.
Kajian saya menunjukkan bahawa seluas 2,420 hektar kebun bunga beroperasi pada tahun 2010 berbanding hanya sebanyak 1,780 hektar kebun bunga beroperasi pada tahun 2005. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,294 hektar kebun bunga terdapat di Semenanjung Malaysia, 52.4 hektar di Sabah dan 66.1 hektar di Sarawak. Terdapat seramai 735 usahawan bungaan yang terlibat dalam industri ini pada 2010 dengan seramai 655 di Semenanjung Malaysia, 35 orang di Sabah dan 20 orang di Sarawak sementara hanya 15 orang di WP Labuan. Industri ini melibatkan seramai 7,640 orang bilangan pekerja pada tahun 2010 dengan kebanyakannya adalah buruh asing. Daripada seramai 735 pengusaha dalam industri bunga seramai 395 pengusaha beroperasi sebagai Syarikat, 320 pengusaha sebagai Individu dan hanya 20 pengusaha sektor agensi kerajaan. Kawasan yang dimajukan oleh syarikat seluas 2.051 hektar sementara keluasan oleh pengusaha individu cuma 339 hektar sahaja dan agensi kerajaan seluas 31 hektar.
Industri bunga di Malaysia di bahagikan kepada 4 kategori perusahaan iaitu ORKID, BUKAN ORKID, POKOK DAUN KERATAN dan POKOK BUNGA HIASAN. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada kesesuaian mengikut aktiviti industri bunga yang di laksanakan mengikut kesesuaian. Industri Orkid pada tahun 2010 di Malaysia melibatkan sebanyak 40,401,771 bilangan pokok yang di tanam berbanding hanya sebanyak 12,143,907 pokok orkid ditanam pada tahun 2005 (meningkat melebihi 3 kali ganda). Sebanyak 173,666,522 keratan atau pasu bunga orkid telah dihasilkan pada tahun 2010 bernilai sebanyak RM 104,119,913. Kawasan utama penanaman orkid adalah di Johor diikuti dengan Selangor, Perak dan Pahang. Kebanyakan keratan orkid yang dihasilkan adalah untuk pasaran ekspot.
Antara orkid yang banyak ditanam di Malaysia adalah seperti Noorah Aishagoff Pink, Orkid Mokara Chark Kuan, Orkid Mokara Red, Orkid Phalaenopsis, Pakis, Patthayya Beauty White, Peacock Pink, Peacock Purple, Peacock White, Sabine, Sharifah Fatimah Kuning, Solidago Golden Red, Sonia Bom Pink, Statice, Sumala dan Wah Chark Kuan. Orkid paling mahal dipasaran pada 2010 adalah Jenis Orkid Sumala dengan harga sebanyak RM 3.00 satu keratan. Ini diikuti dengan Jenis Orkid Mokara Chark Kuan dan Jenis Orkid Phalaenopsis dengan purata harga runcit RM 2.20 satu unit keratan diikuti dengan jenis Sharifah Fatimah Kuning dengan harga Runcit RM 2.05 satu keratan. Orkid Mokara Red adalah jenis paling murah dipasaran dengan purata harga runcit cuma RM 1.20 satu unit.
Bagi Kategori Bunga Bukan Orkid sebanyak 129,986,277 pokok ditanam pada tahun 2010 dengan menghasilkan sebanyak 178,709,489 keratan atau pasu yang bernilai sebanyak RM 123.6 juta. Antara pokok yang diusahakan adalah seperti Bunga Anne Black, Anthurium Merah (Foto di kiri), Aranda Iskandar Kuning, Bangkok Gold, Carnationn Standard Merah, Christine No 1, Christine No 130, Chrysthanthemum Standard Kuning, Etkatpol Merah, Gerbera Merah, Lilium Kuning dan Rose Merah. Kebanyakan bunga ini ditanam di nurseri swasta dan individu yang berada di kawasan tanah tinggi dan kawasan tanah rendah.
Kategori Pokok Bunga Daun Keratan melibatkan 38.7 juta pokok ditanam pada tahun 2010 dengan menghasilkn sebanyak 104.7 juta keratn atau pasu yang bernilai sebanyak RM 12.132 juta. Kebanyakan industri ini membekalkan produk untuk tujuan landskap di kawasan perbandaran dan hotel-hotel serta ketika diadakan perayaan keagamaan mengikut kaum di Malaysia. Bagi kategori Bunga Hiasan terdapat sebanyak 31.2 juta pokok di tanam pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 14.04 juta keratan atau pasu dan bernilai sebanyak RM 44.15 juta. Pada keseluruhannya industri bunga adalah berkembang baik di Malaysia dengan penglibatan banyak sektar swasta yang menyuntik banyak modak dalam industri ini. Peranan kerajaan untuk majukan lagi sektaor ini perlu dengan memberikan insentif khas, perkhidmatan R&D dan pengembangan serta kemudahan untuk keperluan pasaran ekspot.
TANAM POKOK....POKOK BUNGA...
BUNGA ORKID....JOHOR TEMPATNYA...
DIEKSPOT KELUAR....UNTUNG AGAKNYA...
TOLONG MAJUKAN...INDUSTRI BERGUNA...
Related articles:
1. Bahan Tanaman di Malaysia (Klik disini)
2. Fruit Industry Status in Malaysia (Click here)
3. Pengeluaran Benih Sayur (Klik disini)
4. Tanam Pokok Buah2an dalam Pasu (Klik disini)
5. Tanam Mangga dalam Pot (Klik disini)
6. Floriculture in Malaysia (Click here)
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Cuti pagi Ahad )
OPIUM
OPIUM (Papaver somniferum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga PAPAVERACEAE yang dikategorikan sebagai tanaman terkawal kerana sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Tanaman ini telah diusahakan oleh penduduk di kawasan Asia untuk kegunaan menghisap secara merokok (smoking) secara tradisional sebelum kedatangan orang Eropah yang telah menjadikan tanaman ini sebagai tanaman komersil dan mengedarkan keseluroh dunia untuk kegunaan perubatan dan juga mempunyai kesan menghayalkan (halucinogenic dan analgesic effect) kepada pengguna. Artikel kali ini saya cuba menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sedikit sebanyak tanaman ini dari segi botani, sejarah dan sebagainya berdasarkan kepada pembacaan saya dari buku lama tahun 1979 bertajuk 'An introduction to the Botany of Tropical Crops' terbitan Longman. Kalau nak tahu kesalahan dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952 di Malaysia (Sila klik disini).
Opium mentah diperolehi daripada bunga poppy yang muda dan di proses untuk mendapatkan produk. Apabila bunga poppy (popi) terbuka sahaja maka kelopak bunga akan di buang dan beberapa hari kemudian putik buah popi akan terluka dan mengeluarkan cairan seperti getah (latex) berwarna keputihan (ooze white latex). cairan getah ini akan mengeras beberapa hari kemudian di dikutip sebagai opium mentah. Kandungan nakotin dalam opium adalah kerana kandungan alkoloids seperti Morphine, Cordein, Narcotine dan Papaverine yang mempunyai kesan khas terhadap tubuh manusia. Laporan saintis menunjukkan dadah jenis Heroin adalah dihasilkan dari bahan Morfine. Bahan morphine dan cordein ini sering di gunakan sebagai bahan untuk perubatan bagi tujuan seperti ubat bius atau menghilang rasa skit ketika menjalani pembedahan dan sebagainya bermula dari kurun ke 18 lagi oleh pakar perubatan moden dari Eropah.
Dipercayai pokok opium atau poppy ini berasal dari kawasan Asia Tengah (Minor Asia) dalam bentuk tumbuhan liar (Papaver setigerum) semenjak lebih 1,000 tahun dulu. Tumbuhan yang tumbuh menegak adalah pokok renek dengan ketinggian sehingga 1 meter. Daun berstruktur susunan bersilang dengan permukaan daun yang kasar. Daun bahagian bawah adalah bersaiz besar berbanding dengan daun bahagian atas yang kebih kecil dan lembut (sesile). Dua spesis yang di tanam adalah dari jenis Opium Putih iaiatu Papaver somniferum iaitu menghasilkan bunga dan buah popi warna putih. Satu lagi spesis adalah spesis Opium warna Hitam iaitu Papaver hortense dengan biji warna hitam dan bunga berbintik gelap. Jenis kedua ditanam untuk mendapatkan hasil minyak dimana kandungan minyak dalam bijinya adalah sebanyak 50%. Minyak ini digunakan di India terutamanya sebagai 'minyak masak' untuk masak kari dan masakan daging manis. Minyak spesis jenis ini juga di ekapot ke Eropah untuk di buat sabun dan cat.
Dipercayai pokok opium atau poppy ini berasal dari kawasan Asia Tengah (Minor Asia) dalam bentuk tumbuhan liar (Papaver setigerum) semenjak lebih 1,000 tahun dulu. Tumbuhan yang tumbuh menegak adalah pokok renek dengan ketinggian sehingga 1 meter. Daun berstruktur susunan bersilang dengan permukaan daun yang kasar. Daun bahagian bawah adalah bersaiz besar berbanding dengan daun bahagian atas yang kebih kecil dan lembut (sesile). Dua spesis yang di tanam adalah dari jenis Opium Putih iaiatu Papaver somniferum iaitu menghasilkan bunga dan buah popi warna putih. Satu lagi spesis adalah spesis Opium warna Hitam iaitu Papaver hortense dengan biji warna hitam dan bunga berbintik gelap. Jenis kedua ditanam untuk mendapatkan hasil minyak dimana kandungan minyak dalam bijinya adalah sebanyak 50%. Minyak ini digunakan di India terutamanya sebagai 'minyak masak' untuk masak kari dan masakan daging manis. Minyak spesis jenis ini juga di ekapot ke Eropah untuk di buat sabun dan cat.
Tanaman poppy boleh di tanam menggunakan biji benih yang ditabur diatas tanah yag telah di buat kerja-kerja penyedian tanah pada peringkat awal. Di negara yang ada menanam pokok poppy ini kerja menyemai dijalankan berulangkali untuk mendapatkan kepadatan pokok yang optima bagi menghasilkan buah yang banyak. Tanaman ini adalah tanaman yang terkawal di kebanyakan dunia dan tidak di benarkan sama sekali di tanam di Malaysia di bawah Akta Tanaman Larangan dan tertakluk di bawah kesalahan dadah. Pada masa ini tanaman ini banyak di tanam di kawasan Asia Tengah seperti di Sempadan Afghanistan, Pakistan dan beberapa negara bergolak seperti di Segitiga Emas (Golden Triangle), beberapa negara di Amerika Selatan dan kurang kawalan oleh pemerintah. Kegunaan tanaman ini dalam sektor perubatan adalah sangat perlu tetapi oleh kerana banyak aktiviti penyalahgunaan dadah di seluroh dunia maka tanaman yang berguna ini terpaksa di kawal penanamnnya.
POKOK POPPY....SANGAT BERGUNA....
POKOK POPPY....SANGAT BERGUNA....
HASILKAN KIMIA...MAHAL HARGANYA....
UNTUK PERUBATAN...SUNGGUH BERJASA..
JIKA SALAH GUNA....MERBAHAYA...
By
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Simpang Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Senior Agronomist
Jalan Istana, Simpang Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka
Malaysia
(Kemaskini 12 Muharam 1435H)
Thursday, May 26, 2011
RAMI
Pokok RAMI (Boehmeria nivea) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga URTICACEAE yang ditanam untuk mendapatkan fiber untuk di jadikan tali sejak beribu-ribu tahun dulu. Saya pernah dengar mengenai 'tali rami' semenjak kecil dulu iaitu tali yang sering digunakan untuk mengikat barang-barang belanja dapur pada awal tahun 60'an lagi dan sekarang jarang kita menggunakannya. Terdapat dua jenis pokok rami yang ujud iaitu Rami Sebenar yang juga di panggil 'Chinese Ramie' atau 'Chinese Plant' atau 'White Ramie' iaitu kultivar yang ditanam dan di komersialkan. Jenis rami kedua adalah di panggil 'Rami Hijau' atau 'Green Ramie' yang juga dipanggil 'Rhea' yang pokoknya tumbuh liar dan rendah dipercayai berasal dari Semenanjung Malaysia. Artikel kali ini saya akan mengutarakan tumbuhan rami ini (atau dipanggil sebagai 'Bast Fibre') berdasarkan pembacaan beberapa buku dan carian dalam laman sesawang yang berkaitan.
Artikel berkaitan:
1. Jut (Klik didini)
2. Sisal (Klik disini)
3. Pandan (Klik disini)
4. Kekabu (Klik disini)
5. Kenaf (Klik disini)
6. Meringgai (Klik disini)
7. Rumbia (Klik disini)
8. Pinang (Klik disini)
Pokok Rami merupakan sejenis tumbuhan pokok renek (Herbacious plants) yang tumbuh menegak dengan ketinggian 1-2.5 meter. Fiber rami adalah antara jenis fiber tumbuhan yang paling kuat strukturnya dan mempunyai pelbagai kegunaan. Batang pokok berbentuk selinder dengan ukurlilit lingkung 12-12 mm dan lazimnya mempunyai kulit berwarna hijau. Daun pokok berwarna hijau dan agak berbulu dengan susunan bersilang (alternate) berukuran 3-13 cm lebar dan 10-15 cm panjang. Daunya mengandungi 24-26% protin dan boleh digunakan sebagai sumber makanan ternakan yang baik. Bunga rami berwarna hijau dengan bunga jantan dan betia berada pada tangkai sama dan terdapat 5 sepal tetapi tiada petal. Biji rami dihasilkan dengan banyak dimana setiap gram mengandungi 7,000 biji benih. Akar pokok jenis rizom yang juga menyimpan makanan serta mampu tumbuk untuk pembiakan.
Terdapat lebih 200 spesis tumbuhan ini tetapi hanya beberapa spesis sahaja yang boleh di komersialkan. Pokok rami sesuai ditanam diatas tanah gembur berpasir , tanah lom atau lom berpasir yang mempynyai saliran baik dengan pH 5.5 - pH 6.5. Cuaca panas dengan suhu 25-30 celsius dengan taburan hujan 1,500-3,000 mm setahun adalah amat sesuai. China merupakan pengeluar utama Rami dunia diikuti dengan Taiwan, Jepun, Filipina dan Brazil. Pengguna dan pengimpot utama rami dunia adalah Jepun, Eropah (Jerman, UK dan Perancis) untuk kegunaan domestik. Rami ini digunakan untuk di buat benang jahitan, jaring menangkap ikan , produk tekstil, barangan khemah, Barangan dapur serta perbagai kraftangan. Ada kajian di Jepun yang jadikan pokok rami untuk 'biofuel' dan kebanyakan pokok rami juga digunakan sebagai pokok hiasan ornamental.
Penanaman rami secara komersial lazimnya menggunakan bahan tanaman daripada akar rizom dari pokok yang berumur lebih 2 tahun dan bebas dari sebarang penyakit. Akar rizom dipotong sepanjang 10-15 cm panjang ditanam dengan jarak 45 cm x 60 cm memerlukan benih rizom sebanyak 250 - 275 kg sehektar. Penanaman rami boleh dibuat secara 'intercrop' dibawah pokok kelapa seperi dijalankan di Filipina. Pengapuran ijalankan 1 bulan sebelum menanam. Baja NPK 20:15:15 ditabur 2 bulan lepas tanam dan setrusnya berperingkat2. Pokok rami dijaga dan dituai sehingga berumur 6 tahun sebelum dicabut seluruh pokok dan ditanam baru. Antara musuh tanaman rami adalah Ulat Lipat Daun (Spilosama obliqua) dan Ulat Gulung Daun (Syleptera derogata) dan Ulat Makan daun (Spodoptera exigua). Kawalan dengan menyembur racun serangga jenis Endosulfan pada kadar kepekatan 0.04%. Tidak ada penyakit yang menyerant tanaman rami dilaporkan. Terdapat tanda 'Klorosos' berlaku akibat kekurangan zat makanan mikro. Kalsium dan baja organik.
Pokok rami akan mula dituai beberapa kali dalam setahun (3-4 kali) iaitu pada hari ke 50-45-45 dan 50 hari lepas tanam dengan penghasilan sekitar 1,500 -1,600 kg sehektar. Penuaian dijalankan dengan memotong batang pokok hampir dengan paras tanah dengan pisau tajam (sickle). Pokok akan dibuang dahan dan daun dengan tangan atau pisau dan tinggalkan batang (canes). Kulit dibuang dengan menggunakan mesin pelerai kulit dengan kelajuan 600-700 rpm,. Mesin ini juga menmbuang empulur tengah dan pecahkan batang tersebut. Mesin penmecah batang digunakan untuk menghancurkan dengan meyusun 5-6 batang rami sekali untuk di leperkan. bagi membuang kandungangam dalam fober ,bahan alkali digunakan seperti caustic soda dan sodium tripoly phosphate, soduim carbonate dan sodium silicate. Proses membuang gam juga boleh gunakan mikrobial agen. Hasil rami bergantung kepada cuaca dan engurusan iaitu lingkungan 1,200 -1,600 kg sehektar.
Kajian menunjukkan 10,000 kg bahan hijau rami (batang dan daun ) akan menghasilkan sebanyak 4,000 kg daun (40%) bersamaan 750 bahan kering (7.5%). Selebihnya sebanyak 6,000 kg adalah dalam bentuk batang hijau untuk dijadikan fiber (60%) yang akan di proses menjadi 1,250 kg batang kering (12.5%). Batang Kering inii apabila diproses jadi 350 kg fiber proses yang akhirnya cuma tinggal 200 kg (2%) sahaja hasilan akhir fiber tidak bergam. Kajian pendapatan di India menunjukkan untung kasar tanaman rami sekitar Rs 1.4 juta sehektar (Kira sendirilan bera Ringgit Malaysia). Kadar jualan fiber rami sekitar Rs 3- - Rs 40 satu kiogram manakala jualan akar rizom sebanyak Rs 10 satu kilogram. Tanaman ini memerlukan tenaga buruh murah yang ramai dan keuntungan juga rendah berbanding dengan tanaman industri getah dan kelapa sawit. Malaysia mungkin tidak akan menjadikan rami sebagai tanaman penting kerana faktur pulangan walau pun dalam kajian menunjukkan pokok rami liar adalah berasal dari Malaysia!
POKOKNYA RENEK....POKOK RAMI....
GUNAKAN RIZOM AKAR...BENIH DICARI...
NEGARA KITA.. NAK TANAM TAK BERANI...
TANAMAN TAK POPULAR LAH NI !
Artikel berkaitan:
1. Jut (Klik didini)
2. Sisal (Klik disini)
3. Pandan (Klik disini)
4. Kekabu (Klik disini)
5. Kenaf (Klik disini)
6. Meringgai (Klik disini)
7. Rumbia (Klik disini)
8. Pinang (Klik disini)
By,
M Anem
Pct 11 Putrajaya
Malaysia
(Cuti Rehat Hari ini )
Wednesday, May 25, 2011
MATE'
MATE' (Ilex paraguariensis) merupakan sejenis tumbuhan di bawah keluarga AQUIFOLACEAE yang terdapat di benua Amerika Selatan yang mana daunnya digunakan sebagai bahan minuman teh semenjak dulu kala oleh orang-orang tempatan sebelum di jadikan komoditi bahan minuman oleh orang Eropah. Tumbuhan yang berasal dari Selatan Brazil, Paraguay, Uruguay, Bolivia dan Argentina ini mungkin ramai orang Malaysia tidak kenal kerana saya sendiri pun tidak mengetahuinya sebelum ini. Tumbuhan Mate ini lebih di kenali secara komerial dengan 'Yerba Mate' oleh orang Sepanyol dan 'Erva Mate' oleh orang Portugis dan saya dengan bunyinya macam 'Herba' dalam Bahasa Malaysia. Mungkin tanaman ini boleh di majukan di negara kita memandangkan keadaan cuaca dan iklim yang mempunyai persamaan atau mungkin telah ada orang yang menanamnya. Artikel ini saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai tumbuhan ini yang saya baca dari 3 buah buku seperti Buku 'An introduction to Botany of Tropical Plants' karya L.S. Cobley & E.M. Steele terbitan Longman dan carian laman sesawang internet.
Tumbuhan Yerba mate' merupakan jenis pokok rendah atau juga boleh dikatakan sebagai pokok renek (shrubs) yang mampu mencapai ketinggian sehingga 6 meter. Tumbuhan ini mempunyai daun berwarna hijau yang berukuran 7-11 cm panjang dan 3-5 cm lebar dengan urat lai daun yang sangat ketara. Bahagian daun ini merupakan bahagian penting yang digunakan sebagai 'teh' yang mengandungi kafien (Caffiene) untuk kegunaan sebagai perasa minuman semenjak dulukala oleh orang-orang tempatan di Benua Amerika Selatan. Batang tumbuhan ini adalah pokok berkayu dengan mempunyai banyak cabang dan warna kulit kayu coklat gelap kehitaman. Akar pokok merupakan akar tunjang yang masuk agak dalam tanah (Deep rooted tree) . Bunga pokok Mate' ini berbentuk jambak berwarna kuning keputihan dengan 4 kelopak dan banyak stamen ditengahnya (Lihat foto bunga). Buah berbentuk bulat seperti buah cherry berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Setiap buah mengandungi sebiji benih sahaja.
Pada asalnya tumbuhan ini hanya tumbuh liar sahaja dan daun dikutip setiap 3-4 tahun sekali untuk di proses dijadikan teh secara tradisional. Keseluruhan dahan dan daun di potong dan di keringkan dengan menyusun dekat dengan api sehingga kering (Toasted). Daun Mate yang telah kering ini akan dikumpulkan dan disimpan untuk beberapa lama bagi menghasilkan aroma yang dikehendakki. Setelah kering daun ini akan dikisar secara manual dan digunakan sebagai bahan perasa seperti minuman teh oleh penduduk tempatan secara tradisional. Lazimnya cara ini kandungan caffien dalam daun tinggal 2 % sahaja dengan aroma yang menyelerakan dan agak pahit sedikit.
Kini industi minuman ini telah dimodenkan oleh penjajah Eropah dengan menggunakan Teknik 'Infusion' bagi meningkatkan lagi kualiti produk tersebut . Kaedah yang digunakan ialah dengan mengukus (steming) daun Mate' dengan suhu panas dalam bekas atau alat khas yang dipanggil sebagai 'Guampa' oleh orang Sepanyol, 'Zucca' oleh orang Itali dan 'Cabaca' oleh orang Portugis (Lihat Foto). Mate sedap diminum dengan air panas untuk mendapatkan rasa dan aroma yang optima. Minuman ini juga boleh di minum dengan ais jika berminat tetapi rasa pahit yang ada tetap ada. Terdapat juga peminat yang mencampurkan dengan beberapa perisa lain seperti perasa 'papermints' bagi menambahkan kelazatan minuman ini.
Pada masa kini Mate telah dikomersilkan dengan menanam secara komersial di beberapa negara seperti Uruguay, Paraguay, Peru, Chile, Brazil dan Argentina dan banyak digunakan oleh negera Meditrenean seperti Syria, Lebanon dan Jordan. Rakyat dinegara Arab ini mengemari minuman ini kerana kandungan kafien dan tidak memabukkan sama seperti minuman dari pokok Cola (Cola acuminata). Pada masa ini 62% pengeluaran Yerba mate dari Argentina diikuti dengan Brazil (34%) dan Paraguay (4%) dengan penghasilan sebanyak 33,700 mt pada tahun 2009. daripada jumlah tersebut sebanyak 34% di ekspot ke Syria. Pengeluaran produk ini dijangka meningkat berkali ganda dengan kadar permintaan yang tinggi dari negara-negar timur tengah. Malaysia mungkin berpeluang mengusahakan tanaman ini jika ada usaha untuk memajukan sebagai salah satu daripada tanaman minuman yang berkhasiat pada masa akan datang.
Kajian menunjukkan beberapa 3 unsur penting iaitu Xanthines iaitu Caffiene, Theobromines dan Theophyllines. caffiene adalah paling utama dengan 0.7-1.7% kandungan berat kering lebih tinggi berbanding dengan Daun Teh (Camellia sinensi) cuma mengandungi 0.4-9.0% sahaja. Kandungan caffein dalam kopi (Coffea spp) adalah sebanyak 3.2% berat kering sementara sebanyak 2.5-7.6% berat kering didalam bahan Guarana (paling tinggi). bahan Xanthines ini dipercayai dalat berfungsi sebagai bahan yang merehatkan tisu otot dalam badan manusia (relaxation effects) apabila diminum dan memudahkan kita berehat. kajian-kajian lanjut menunjukan bahan Yerba mate ini mengandungi Anti-oksidan yang tinggi dan mampu menurukan paras kolesterol dalam darah. Kesan terhadap serangan penyakit jantung juga di dapati berkesan kerana pengambilan minuman ini.
Tanaman ini mungkin mudah ditanam menggunakan biji benih matang yang boleh di semai dalam tapak semaian. Walau pun tidak ada amalan agronomi yang saya cari dalam buku dan laman sesawang tetapi saya fikir tanaman ini boleh ditanam seperti kita menanam pokok kopi. Jarak tanaman 6m x 6m mugkin sesuai dengan pengurusan seperti menanam kopi. Pembajaan menggunakan baja organik dan baja NPK serta kawalan rumpai yang sempurna boleh dijalankan. kaedah moden menuai deun dijalankan dengan memotong dahan muda atau mengutip daun untuk diproses menggunakan kaedah moden seperti mesin pengering (Mechanical Dryer) dan di kisar mengikut keperluan pasaran seperti industri tanaman teh. Malaysia mungkin perlu membuat kajian kesesuai dari segi serangan penyakit, kaedah amalan agronomi dan pemprosesan bagi tanaman ini yang rasanya mudah dilaksanakan. Petani yang di kenalpasti mesti dari satu lokasi dimana mesin dan peralatan boleh di gunakapai bersama. Mana tahu satu hari nanti tanaman ini akan popular di negara kita? Wassalam...
NAMA POKOK....ILEX PARAGUAINENSIS....
YERBA MATE...NAMA KOMERSIL DIBERI...
BAHAN MINUMAN...PAHITNYA TERPERI....
TANAM DI MALAYSIA....JADI INDUSTRI...
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
Thursday, May 19, 2011
TEH
Pokok TEH (Camellia sinensis) merupakan sejenis tumbuhan yang telah di tanam manusia semenjak 2,000-3,000 tahun dahulu yang digunakan daunnya sebagai perasa minuman berkhasiat dari keluarga THEACEAE. Pokok Teh di percayai terdapat dengan banyak di kawasan kontinen India, Asia Tenggara, China dan juga kawasan Timur Jauh. Air perasa Teh di minum lebih daripada seperuh penduduk dunia dan mempunyai sejarah tersendiri di kalangan orang China semenjak beribu-ribu tahun dahulu dengan minuman 'Chinese Tea' yang popular di minum diseluruh dunia. Khasiat daun teh dianggap penting dengan nilai perubatan sebagai Anti oksidan yang baik kepada tubuh manusia. Keluasan tanaman teh di Malaysia adalah sebanyak 2,564 hektar yang terdapat di Cameroon Highland Pahang, Sabah dan Sarawak. Artikel kali ini saya akan mengupas mengenai tanaman teh berdasarkan pembacaan saya dari beberapa buah buku serta pemerhatian saya mengenai tanaman tersebut semasa bertugas dalam sektor pertanian selama 30 tahun.
Pokok teh dipercayai berasal dari kawasan hutan hujan tropika di Delta Sungai Irrawady sebelum di sebarkan ke kawasan Selatan Barat China dan kawasan Asia Tenggara dan kini luas ditanam di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. Industri tanaman teh yang di pelopori oleh penjajah kolonial British dan Belanda pada masa dulu lagi. Orang British merupakan pengguna teh yang tegar pada kurun ke 19 dan membuka ladang-ladang teh di kawasan tanah jajahannya termasuk di Malaysia, Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi. Tumbuhan ini kurang berprestasi jika di tanam di kawasan tanah rendah di tropika berbanding jika di tanam di tanah tinggi dari segi pertumbuhan, kualiti daun dan juga penghasilan pucuk daun teh baru. Teh sesuai di tanam di tanah subur dengan pH 6, lembab, sejuk dan menerima hujan melebihi 1,500 mm setahun dan musim kering lingkungan 50 mm setahun. Suhu antara 13-30 celsius sangat sesuai yang hanya terdapat dikawasan tanah tinggi kawasan tropika.
Pembiakan pokok teh lazimnya menggunakan Keratan Dahan walau pun ada dijalankan penanaman menggunakan biji benih tetapi ianya hanya untuk tujuan penyelidikan bagi mendapatkan klon atau kultivar baru. Penanaman secara komersial memerulan anakbenih keratan dari dua kultivar yang terpilih seperti Kultivar Camellia sinensis var . sinensis (Chinese Tea) dan juga Kultivar Camellia sinensis var. assamica (Assam Tea). Kultivar Chinese Tea merupakan kultivar dimana pokok tahan lasak, pokok renek rendah serta mempunyai daun kecil yang tirus dan bunga padat. Walau pun keluarga Theaceae mempunyai lebih dari 200 spesis tetapi hanya terdapat 45 spesis teh hijau yang berasal dari kawasan Asia dari Genus Camellia yang ujud. Sebahagian besar digunakan sebaagai pokok tanaman hiasan.
Pokok teh merupakan pokok saka yang renek (Shrub) yang mampu tumbuh sehingga 10 meter atau lebih tinggi dalam keadaan semulajadi. Habitat untuk pokok teh yang ditanam secara komersial mesti dibuat CANTASAN atau kutipan pucuk untuk di jadikan teh bagi memudahkan pengurusan dan benarkan pokok bercabang banyak setinggi 2.5-3 kaki. Daun teh berwarna hijau muda bagi daun muda dan akan menjadi hijau gelap apabika matang berukuran 4-15 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Daun segar mengandungi 4% unusr Caffien. Daun dan pucuk muda merupakan bahagian terpenting untuk di kutip bagi dijadikan serbuk teh dan kualiti teh sering berkait dengan umur daun teh. Batangnya besar dan kukuh kerana tidak dibenarkan tinggi dan banyak cabang seolah-olah 'carpet' kila dipandang dari atas. Akar nya adalah akar tunjang yang kuat dengan akar rerambut di permukaan tanah. Akar teh menyimpan makanan KANJI (Starch) didalamnya yang penting bagi pokok teh kerana aktiviti cantasan daun pucuk yang banyak dan untuk pertumbuhan pucuk baru.
Biji benih teh terhasil daripada proses pendebungaan teh. Bunga teh yang dihasilkan dari pokok yang tidak dikutip pucuknya berwarna putih kekuningan dan terbuka cuma 2 hari sajaha. Pendebungaan silang berlaku oleh agen serangga dan juga berlaku berlaku sendiri (Self pollination). Buah Teh yang bersaiz kecil dengan 1.5 cm matang 9-12 bulanselepas proses pendebungaan. Biji teh yang dikutip perlu disemai segara jika hendak digunakan kerana ketahanan biji benih agak pendek. Semaian dijalankan di tapak kebun atau nurseri yang mempunyai naungan sempurna dan siram selalu. Apabila semaian berumur 3-4 tahun akar tunjang dipotong sepanjang 10 cm sebelum diubah keladang. Ini kerana pada umur ini akar pokok sudah terlalu panjang dan agak sukar untuk di alih keladang.
Kaedah mendapat benih melalui KERATAN dibuat dengan memotong dahan muda dan meninggalan sehelai daun sebelum diletakan dalam tapak semaian. Pastikan keratan mempunyai ruas dan matatunas sesuai dari pokok induk terpilih yang dikenalpasti berhasil tinggi dan tahan penyakit. Pastikan juga siraman dijalankan sentiasa di tapak semaian keratan. Apabila anakbenih berakar selepas 1 tahun boleh diubah keladang. Jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman teh adalah 1.2 meter x 1.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 5,000 - 7,000 pkok sehektar. Oleh kerana di kawasan tanah tinggi tanahnya agak bercerun maka kepadatan tanaman CHE setiap hektar adalah lebih tinggi berbandng dengan tanah mendatar.
Pokok muda peru sentiasa dibuat cantasan dari peringkat awal lagi untuk menggalakan pengeluaran cabang dan dahan baru. Ini perlu dibuat untuk tujuan dan memudahkan proses mengutip hasil dengan ketinggian 60 cm diatas tanah. Pengeluaran daun sebanyak 4 helai serentak satu pusingan sebelum dormant dalam pusingan selama 70-90 hari yang menjari kurang menuai dan mengeluarkan pucuk baru. Lazimnya aktiviti memetik daun muda dijalankan dengan jarak 7-14 hari satu pusingan bergantung kepada cuaca, huhu dan varieti. Pada musim hujan dangan panas silih berganti lebih kerap kerana perumbuhan pucuk yang cepat.
Mengutip daun teh memang kerja yang sangat kritikal dalam industri ini kerana lazimnya dijalankan secara manual. Walau pun ada mesin untuk memotong pucuk teh dibuat tetapi kaedah menual tetap dilaksanakan untuk menjamin kualiti teh. Pekerka akan memetik 2-4 helai daun atau pucuk muda dengan menggunakan tangan dan di masukkan didalam bakul dibelakangnya. Daun yang lebih tua akan menjejaskan kualiti teh. Lebih kerap mengutip daun dan pucuk muda dijalankan akan mengrangsang lebih banyak pucuk dihasilkan. Jika berlaku masaalah jadual dan pusingan memetik hasil makan penghasilan pusingan berikutnya akan berkurangan dan kualiti yang sangat kurang. Pokok perlu dicantas keseluruhan dahan setiap 2-5 tahun untuk membentuk sistem pertumbuhan baru.
Pembajaan sangat perlu dibuat selepas membuat cantasan menyeluruh dengan memperbanyakan unsur Nitrojan, Posforan dan Kaliam. Bagaimana pun banyak ladang teh di Sri Lanka mendapat Persijilan Organik kerana sememagnya mengikuti akreditasi perladangan organik. Banyak simpanan kaji dalam akar pokok teh yang digunakan pokok selepas proses cntasan menyeluroh pokok. Cantasan pokok membuang hampir keselurohan daun dan dahan-dahan yang telah tinggi menggunakan parang atau alatan lain. Daun dan ranting yang ditinggalkan diatas tanah akan reput dan menjadi baja semulajadi kepada pokok teh.
Penuaian daun teh perlu diatur dengan baik oleh pengurus ladang dari segi pusingan lokasi penuaian. Daun dan pucuk yang dipetik perlu dihantar segera ke kilang diladang terdekat bagi menjamin kualiti teh dalam mengekalkan 'aroma' yang akan terbentuk. Kebanyakan daun segar akan di keringkan dulu sebelum di keringkan, di gredkan, diperam dan di kisar dalam kilang. Pemeraman akan menurunkan kadar caffiene kepada hanya 1.5-5% sahaja daripada 4% yang segar. Kandungan 'Polyphenols' dalam daun teh akan memberikan kekuatan rasa dan bau kuat dari daun teh muda. Serbuh teh yang dikisar akan di gredkan mengikut saiz dari yang sangat halus, halus, sederhana, kasar dan sangat kasar dalam bungkusan yangberbeza-beza.
Terdapat pelbagai jenama teh di seluroh dunia dengan harga, kualiti, promosi dan bentuk pembungkusan yang berbagai jenis. Di negara China, Jepun dan taiwan produk TEH HIJAU lebih popular dimana daun teh yang diproses tidak melalui proses fermentasi dahulu. Jenis 'OBLONG TEA' pula dimana daun teh hanya menjalani proses separa-fermentasi sahaja. Semasa lawatan saya ke Beijing pada tahun 2004 dan berpeluang melawat keagungan industri teh di China, mereka mempunyai banyak produk berasaskan pokok teh dari yang paling mahal sehinga produk yang sangat murah. Satu demonstrasi menggunakan 'TOYOL KECIL' yang akan 'kencingkan' pengujung akan di demonstrasikan dimana air teh diisikan dlam toyol tersbut dan disiram dengan air panas. Apabila udara dalam toyol tersebut mengembang, maka air pancutan toyol akan kerpancut dan tepat kemuka pengunjung..... Amboi satu set toyol dengan teh china berharga RM200 satu set dalam premis tersebut...kat luar cuma lingkungan RM 50.00 sahaja. Itulah namanya business!
PRODUK TEH...BANYAK KHASIATNYA....
DICAMEROON HIGHLAND..BANYAK POKOKNYA...
ANDA MINUM....TAMBAH KESIHATANNYA...
BACA ARTIKEL...ADA MENAFAATNYA....
Pokok teh dipercayai berasal dari kawasan hutan hujan tropika di Delta Sungai Irrawady sebelum di sebarkan ke kawasan Selatan Barat China dan kawasan Asia Tenggara dan kini luas ditanam di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. Industri tanaman teh yang di pelopori oleh penjajah kolonial British dan Belanda pada masa dulu lagi. Orang British merupakan pengguna teh yang tegar pada kurun ke 19 dan membuka ladang-ladang teh di kawasan tanah jajahannya termasuk di Malaysia, Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi. Tumbuhan ini kurang berprestasi jika di tanam di kawasan tanah rendah di tropika berbanding jika di tanam di tanah tinggi dari segi pertumbuhan, kualiti daun dan juga penghasilan pucuk daun teh baru. Teh sesuai di tanam di tanah subur dengan pH 6, lembab, sejuk dan menerima hujan melebihi 1,500 mm setahun dan musim kering lingkungan 50 mm setahun. Suhu antara 13-30 celsius sangat sesuai yang hanya terdapat dikawasan tanah tinggi kawasan tropika.
Pembiakan pokok teh lazimnya menggunakan Keratan Dahan walau pun ada dijalankan penanaman menggunakan biji benih tetapi ianya hanya untuk tujuan penyelidikan bagi mendapatkan klon atau kultivar baru. Penanaman secara komersial memerulan anakbenih keratan dari dua kultivar yang terpilih seperti Kultivar Camellia sinensis var . sinensis (Chinese Tea) dan juga Kultivar Camellia sinensis var. assamica (Assam Tea). Kultivar Chinese Tea merupakan kultivar dimana pokok tahan lasak, pokok renek rendah serta mempunyai daun kecil yang tirus dan bunga padat. Walau pun keluarga Theaceae mempunyai lebih dari 200 spesis tetapi hanya terdapat 45 spesis teh hijau yang berasal dari kawasan Asia dari Genus Camellia yang ujud. Sebahagian besar digunakan sebaagai pokok tanaman hiasan.
Pokok teh merupakan pokok saka yang renek (Shrub) yang mampu tumbuh sehingga 10 meter atau lebih tinggi dalam keadaan semulajadi. Habitat untuk pokok teh yang ditanam secara komersial mesti dibuat CANTASAN atau kutipan pucuk untuk di jadikan teh bagi memudahkan pengurusan dan benarkan pokok bercabang banyak setinggi 2.5-3 kaki. Daun teh berwarna hijau muda bagi daun muda dan akan menjadi hijau gelap apabika matang berukuran 4-15 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Daun segar mengandungi 4% unusr Caffien. Daun dan pucuk muda merupakan bahagian terpenting untuk di kutip bagi dijadikan serbuk teh dan kualiti teh sering berkait dengan umur daun teh. Batangnya besar dan kukuh kerana tidak dibenarkan tinggi dan banyak cabang seolah-olah 'carpet' kila dipandang dari atas. Akar nya adalah akar tunjang yang kuat dengan akar rerambut di permukaan tanah. Akar teh menyimpan makanan KANJI (Starch) didalamnya yang penting bagi pokok teh kerana aktiviti cantasan daun pucuk yang banyak dan untuk pertumbuhan pucuk baru.
Biji benih teh terhasil daripada proses pendebungaan teh. Bunga teh yang dihasilkan dari pokok yang tidak dikutip pucuknya berwarna putih kekuningan dan terbuka cuma 2 hari sajaha. Pendebungaan silang berlaku oleh agen serangga dan juga berlaku berlaku sendiri (Self pollination). Buah Teh yang bersaiz kecil dengan 1.5 cm matang 9-12 bulanselepas proses pendebungaan. Biji teh yang dikutip perlu disemai segara jika hendak digunakan kerana ketahanan biji benih agak pendek. Semaian dijalankan di tapak kebun atau nurseri yang mempunyai naungan sempurna dan siram selalu. Apabila semaian berumur 3-4 tahun akar tunjang dipotong sepanjang 10 cm sebelum diubah keladang. Ini kerana pada umur ini akar pokok sudah terlalu panjang dan agak sukar untuk di alih keladang.
Kaedah mendapat benih melalui KERATAN dibuat dengan memotong dahan muda dan meninggalan sehelai daun sebelum diletakan dalam tapak semaian. Pastikan keratan mempunyai ruas dan matatunas sesuai dari pokok induk terpilih yang dikenalpasti berhasil tinggi dan tahan penyakit. Pastikan juga siraman dijalankan sentiasa di tapak semaian keratan. Apabila anakbenih berakar selepas 1 tahun boleh diubah keladang. Jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman teh adalah 1.2 meter x 1.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 5,000 - 7,000 pkok sehektar. Oleh kerana di kawasan tanah tinggi tanahnya agak bercerun maka kepadatan tanaman CHE setiap hektar adalah lebih tinggi berbandng dengan tanah mendatar.
Pokok muda peru sentiasa dibuat cantasan dari peringkat awal lagi untuk menggalakan pengeluaran cabang dan dahan baru. Ini perlu dibuat untuk tujuan dan memudahkan proses mengutip hasil dengan ketinggian 60 cm diatas tanah. Pengeluaran daun sebanyak 4 helai serentak satu pusingan sebelum dormant dalam pusingan selama 70-90 hari yang menjari kurang menuai dan mengeluarkan pucuk baru. Lazimnya aktiviti memetik daun muda dijalankan dengan jarak 7-14 hari satu pusingan bergantung kepada cuaca, huhu dan varieti. Pada musim hujan dangan panas silih berganti lebih kerap kerana perumbuhan pucuk yang cepat.
Mengutip daun teh memang kerja yang sangat kritikal dalam industri ini kerana lazimnya dijalankan secara manual. Walau pun ada mesin untuk memotong pucuk teh dibuat tetapi kaedah menual tetap dilaksanakan untuk menjamin kualiti teh. Pekerka akan memetik 2-4 helai daun atau pucuk muda dengan menggunakan tangan dan di masukkan didalam bakul dibelakangnya. Daun yang lebih tua akan menjejaskan kualiti teh. Lebih kerap mengutip daun dan pucuk muda dijalankan akan mengrangsang lebih banyak pucuk dihasilkan. Jika berlaku masaalah jadual dan pusingan memetik hasil makan penghasilan pusingan berikutnya akan berkurangan dan kualiti yang sangat kurang. Pokok perlu dicantas keseluruhan dahan setiap 2-5 tahun untuk membentuk sistem pertumbuhan baru.
Pembajaan sangat perlu dibuat selepas membuat cantasan menyeluruh dengan memperbanyakan unsur Nitrojan, Posforan dan Kaliam. Bagaimana pun banyak ladang teh di Sri Lanka mendapat Persijilan Organik kerana sememagnya mengikuti akreditasi perladangan organik. Banyak simpanan kaji dalam akar pokok teh yang digunakan pokok selepas proses cntasan menyeluroh pokok. Cantasan pokok membuang hampir keselurohan daun dan dahan-dahan yang telah tinggi menggunakan parang atau alatan lain. Daun dan ranting yang ditinggalkan diatas tanah akan reput dan menjadi baja semulajadi kepada pokok teh.
Penuaian daun teh perlu diatur dengan baik oleh pengurus ladang dari segi pusingan lokasi penuaian. Daun dan pucuk yang dipetik perlu dihantar segera ke kilang diladang terdekat bagi menjamin kualiti teh dalam mengekalkan 'aroma' yang akan terbentuk. Kebanyakan daun segar akan di keringkan dulu sebelum di keringkan, di gredkan, diperam dan di kisar dalam kilang. Pemeraman akan menurunkan kadar caffiene kepada hanya 1.5-5% sahaja daripada 4% yang segar. Kandungan 'Polyphenols' dalam daun teh akan memberikan kekuatan rasa dan bau kuat dari daun teh muda. Serbuh teh yang dikisar akan di gredkan mengikut saiz dari yang sangat halus, halus, sederhana, kasar dan sangat kasar dalam bungkusan yangberbeza-beza.
Terdapat pelbagai jenama teh di seluroh dunia dengan harga, kualiti, promosi dan bentuk pembungkusan yang berbagai jenis. Di negara China, Jepun dan taiwan produk TEH HIJAU lebih popular dimana daun teh yang diproses tidak melalui proses fermentasi dahulu. Jenis 'OBLONG TEA' pula dimana daun teh hanya menjalani proses separa-fermentasi sahaja. Semasa lawatan saya ke Beijing pada tahun 2004 dan berpeluang melawat keagungan industri teh di China, mereka mempunyai banyak produk berasaskan pokok teh dari yang paling mahal sehinga produk yang sangat murah. Satu demonstrasi menggunakan 'TOYOL KECIL' yang akan 'kencingkan' pengujung akan di demonstrasikan dimana air teh diisikan dlam toyol tersbut dan disiram dengan air panas. Apabila udara dalam toyol tersebut mengembang, maka air pancutan toyol akan kerpancut dan tepat kemuka pengunjung..... Amboi satu set toyol dengan teh china berharga RM200 satu set dalam premis tersebut...kat luar cuma lingkungan RM 50.00 sahaja. Itulah namanya business!
PRODUK TEH...BANYAK KHASIATNYA....
DICAMEROON HIGHLAND..BANYAK POKOKNYA...
ANDA MINUM....TAMBAH KESIHATANNYA...
BACA ARTIKEL...ADA MENAFAATNYA....
By,
M Anem
Putrajaya
MalaysiaTuesday, May 17, 2011
KERENGGA
KERENGGA (Oceophylla smaradgina) adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki ( 3 pasang) dari Keluarga FORMICIDAE yang mudah kita jumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau bersarang. Satu petang minggu lepas saya ketawa apabila ada 3 pelajar Arab yang mana seorang darinya panjat pokok ornamental iaitu di sekitar Taman Bunga PICC Putrajaya. Apa lagi!... apabila sahaja kerengga sudah serang banyak ekor dalam baju dan seluar... maka si Arab tadi berlari-lari kesakitan dan buka baju dan seluar.... ramai pengunjung ketawa melihat aksi gelagatnya. Kerengga merupakan serangga yang tinggal berkoloni dengan RATU, JANTAN, PEKERJA (Askar) , LARVA (Anak) dan juga KEPOMPONG. Kerengga di panggil sebagai Weaver Ants, Green Ant, Green Tree Ant dan Orange Gaster dalam bahasa Inggeris. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis serangga iaitu KERENGGA berdasarkan pembacaan buku, carian di laman sesawang dan pengalaman penulis sendiri.
Kerengga adalah serangga yang mempunyai 3 segmen iaitu Bahagian Kepala (Head), Bahagian Badan (Thorax) dan Bahagian Abdomen (Belakang). Bahagian Kepala mempunyai sepasang mata kompound yang besar dan sepasang sesungut. Mata kerengga berwarna hitam di bahagian atas hadapan (Lihat Foto sebelah). Sesungut kerengga mampu bergerak-gerak dan merupakan alat penghubung penting diantara mereka. Kajian menunjukkan sesungut kerengga digunakan untuk berkomunikasi didalam koloni. Terdapat sepasang taring bergigi tajam di hadapan mulut kerengga. Taring ini merupakan senjata untama bagi kerengga pekerja (askar) untuk mnyerang mangsa, juga membawa makanan, membuat sarang dan pelbagai fungsi lain. Leher kerengga adalah kecil tetapi sangat kuat sehingga mampu mengangkat objek atau mangsa berkali ganda saiz dan berat. Taringnya yang tajam dan kuat mampu mengigit, mengoyak dan mampu dijadikan senjata bagi koloni kerengga.
Bahagian Badan (Thorax) Kerengga mempunyai 6 pasang kaki yang kuat. Kakinya berfungsi untuk berjalan dengan kaedah pergerakan yang amat unik dan mampu berherak dengan pantas. Kelebihan pada kaki kerengga adalah kemampuannya untuk 'melekat' atau 'gripping power' ajaib dimana cengkamannya mampu melekat pada semua sudut pergerakan. Kekuatan kaki juga untuk membawa objek besar dan serangga mangsa yang masih hidup untuk di bawa kesarang. Kaki kerengga juga di gunakan bersama bahagian badan lain untuk kerengga 'Terbang' dari bahagian atas ke bawah kesasaran dengan baik. Bahagian tengah ini mempunyai beberapa 3 ketak dan bersambung dengan Bahagian Abdomen yang sangat ramping. Itulah sebabnya wanita cantik sering dikaitkan dengan mempunyai pinggang ramping 'Seperti Pinggang Kerengga'.
Bahagian Abdomen Kerengga bulat besar di belakang badan kerengga yang hujungnya tajam. Bahagian ini terdiri dari bahagian perut dan mempunyai kulit berketak-ketak atau ruas. Kerengga yang terdapat di Malaysia lazimnya berwarna merah tetapi di negara lain terdapat jenis Weavers Ant atau Kerengga yang berwarna Hijau atau Hujau kehitaman (lihat foto sebelah). Kerengga adalah berbeza dengan 'SEMUT API' walau pun dalam beberapa artikel yang saya baca dikatakan hampir serupa. Kerengga Hijau mempunyai ciri dan habitat yang sama dengan kerengga merah di negara kita. Ada sesiapa yang pernah perhati dan kaji tentang keujudan kerengga warna hijau di Malaysia??
Kerengga RATU merupakan penentu bilangan koloni yang kecil, sederhana atau besar (Lihat foto kiri). Uniknya Ratu Kerengga adalah kerana ia berpindah-randah daripada satu sarang kepada sarang lain dalam koloni yang sama. Setelah proses mengawan denga Kerengga jantan, Ratu lebah akan bertelur antara 10-15 biji satu sarang yang akan di jaga oleh kerengga pekerja. Saiz Badan kerengga Ratu lebih besar daripada Kerengga Pekerja. Lazimnya kerengga ratu di sediakan oleh proses pemilihan telur khusus yang di pilih dikalangan koloni untuk di jadikan 'ratu'. Pemerhatian saya mendapati pokok buah-buahan yang ada sumber makanan yang banyak seperti buah, bunga, nektar dan serangga lain mampu di huni oleh beberapa sarang kerengga. Populasi pada musim panas kering lebih tinggi berbanding dengan populasi pada musim hujan.
Telur Kerengga yang dikeluarkan oleh Kerengga Ratu berbentuk bulat lonjong berukuran 3-6 mm berwarna putih (Foto kanan) . Telur kerengga menjadi makanan utama di Thailand, Vietnam, Filipina dan merupakan makanan eksotik kerana mengandungi protin yang tinggi. Aktiviti mengutip telur kerengga dijadikan satu 'bisnes; dinegara tersebut. Mereka juga memungut kerengga dewasa untuk dijadikan makanan dengan mengutipnya. Di Malaysia telur kerangga merupakan satu jenis 'umpan' yang sangat effisien untuk memancing ikan puyu atau kadang-kadang ikan haruan atau seluang. Telur yang di kutip di gaul dengan kuning telur dan sedikit tepung untuk menaikan baunya. Telur kerengga mampu menarik semua populasi ikan puyu dalam lubuknya.
Koloni kerengga tinggal didalam 'SARANG' khas yang diperbuat daripada daun-daun pokok dan ranting kayu (Foto kiri). Proses membuat sarang baru bermula dengan peningkatan koloni kerengga terutama di waktu puncak seperti musim bunga dan musim buah. Kerengga akan mengigit daun-daun lebar yang sesuai dan di cantumkan dengan menggunakan 'air liur' atau benang yang melekit. Bahagian dalam sarang biasanya disusun daun kering berlapis-lapis sehingga sarang menjadi tebal dan kuat. Pintu keluar masuk terdapat beberapa laluan dan di kawal oleh kerengga askar. Ajaibnya sarang kerengga tidak tembus air, angin dan jarang-jarang di rosakkan oleh musuh. Terdapat sarang kerengga yang bersaiz besar melebihi 1 kaki garispusat jika saiz koloni itu sangat besar.
Kerengga makan daun, nektar dan yang utama serangga lain yang mampu di buru oleh kerengga. Keupayaan Kerengga Pekerja atau Kerengga Askar memburu mangsa sangat hebat sehingga seekor burung pun mampu di tangkap oleh koloni kerengga. Makanan yang lazim ialah seperti ulat, belalang, semut lain, kumbang dan kalau dekat kuarters saya di Mersing Kanan dulu kerengga masuk rumah di dapur dan curi ikan, ikan kering, bilis, belacan, nasi, cili kering dan macam-macam lagi. Terdapat lebih dari 12 sarang kerengga pada pokok Jambu Mawar di belakang dapur. Pening juga saya dibuatnya kerana kalau nasib tak baik kerengga memburu tuan rumah dengan mengigit saya ketika tidur. Gigitan kerengga biazanya mengeluarkan cecair yang menambahkan lagi bisa gigitan tersebut. Cecair tersebut mampu melemahkan musuh kecil yang digigit kerengga.
Berbalek kepada pengalaman saya di Mersing, Johor (5 tahun tinggal di Mersing) dulu sampai pening macam mana nak mengawal atau mengurangkan populasi kerengga. Apabila pokok telah membesar dan saya hendak buat cantasan dahan kerana dikhuatiri dahan pokok patah dan menghempap rumah, saya panggil rakan-rakan untuk bantu mencantas. GAGAL....kerana baru dekat dengan pokok semua lari tak tahan diserang kerengga yang amat banyak. Mereka gunakan 'RIDSECT' dan menyembur di batang pokok, GAGAL.... kerana populasi sangat banyak. Di atas masaalah tersebut saya buat kajian dengan menangkap berpuloh ekor kerengga dan bunuh. Saya gaulkan kerengga tersebut dengan sedikit udang kering dan nasi serta 'UBAT SEMUT' di beli di pasar malam RM 1.00 sepokok. Letakkan di pangkal pokok dan ianya habis di makan esoknya. Sebulan selepas itu ....... tiada kerengga lagi dipokok jambu mawar belakang rumah.
BERGERAK PANTAS ... ITU KERENGGA....
SARANG DI KAIT....KEMAS BERONGGA....
PANDAI MEMBURU....TIDAK KIRA MANGSA....
BERGUNA....KAWAL PEROSAK SERANGGA..
Related articles:
1. Semut Hitam (Klik disini)
2. Serangga Perosak (Klik disini)
3. Kutu Beras (Klik disini)
4. Lebah Madu (Klik disini)
5. Pepatung -Dragonfly (Klik disini)
6. Warna label Racun Perosak (Klik disini)
By,
1. Semut Hitam (Klik disini)
2. Serangga Perosak (Klik disini)
3. Kutu Beras (Klik disini)
4. Lebah Madu (Klik disini)
5. Pepatung -Dragonfly (Klik disini)
6. Warna label Racun Perosak (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Bunga PICC,
Senior Agronomist,
Taman Bunga PICC,
Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(Kemaskini pada 24 Jun 2013)