Wednesday, May 25, 2011

MATE'

MATE' (Ilex paraguariensis) merupakan sejenis tumbuhan di bawah keluarga AQUIFOLACEAE yang terdapat di benua Amerika Selatan yang mana daunnya digunakan sebagai bahan minuman teh semenjak dulu kala oleh orang-orang tempatan sebelum di jadikan komoditi bahan minuman oleh orang Eropah. Tumbuhan yang berasal dari Selatan Brazil, Paraguay, Uruguay, Bolivia dan Argentina ini mungkin ramai orang Malaysia tidak kenal kerana saya sendiri pun tidak mengetahuinya sebelum ini. Tumbuhan Mate ini lebih di kenali secara komerial dengan 'Yerba Mate' oleh orang Sepanyol dan 'Erva Mate' oleh orang Portugis dan saya dengan bunyinya macam 'Herba' dalam Bahasa Malaysia. Mungkin tanaman ini boleh di majukan di negara kita memandangkan keadaan cuaca dan iklim yang mempunyai persamaan atau mungkin telah ada orang yang menanamnya. Artikel ini saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai tumbuhan ini yang saya baca dari 3 buah buku seperti Buku 'An introduction to Botany of Tropical Plants' karya L.S. Cobley & E.M. Steele terbitan Longman dan carian laman sesawang internet.

Tumbuhan Yerba mate' merupakan jenis pokok rendah atau juga boleh dikatakan sebagai pokok renek (shrubs) yang mampu mencapai ketinggian sehingga 6 meter. Tumbuhan ini mempunyai daun berwarna hijau yang berukuran 7-11 cm panjang dan 3-5 cm lebar dengan urat lai daun yang sangat ketara. Bahagian daun ini merupakan bahagian penting yang digunakan sebagai 'teh' yang mengandungi kafien (Caffiene) untuk kegunaan sebagai perasa minuman semenjak dulukala oleh orang-orang tempatan di Benua Amerika Selatan. Batang tumbuhan ini adalah pokok berkayu dengan mempunyai banyak cabang dan warna kulit kayu coklat gelap kehitaman. Akar pokok merupakan akar tunjang yang masuk agak dalam tanah (Deep rooted tree) . Bunga pokok Mate' ini berbentuk jambak berwarna kuning keputihan dengan 4 kelopak dan banyak stamen ditengahnya (Lihat foto bunga). Buah berbentuk bulat seperti buah cherry berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Setiap buah mengandungi sebiji benih sahaja.

Pada asalnya tumbuhan ini hanya tumbuh liar sahaja dan daun dikutip setiap 3-4 tahun sekali untuk di proses dijadikan teh secara tradisional. Keseluruhan dahan dan daun di potong dan di keringkan dengan menyusun dekat dengan api sehingga kering (Toasted). Daun Mate yang telah kering ini akan dikumpulkan dan disimpan untuk beberapa lama bagi menghasilkan aroma yang dikehendakki. Setelah kering daun ini akan dikisar secara manual dan digunakan sebagai bahan perasa seperti minuman teh oleh penduduk tempatan secara tradisional. Lazimnya cara ini kandungan caffien dalam daun tinggal 2 % sahaja dengan aroma yang menyelerakan dan agak pahit sedikit.

Kini industi minuman ini telah dimodenkan oleh penjajah Eropah dengan menggunakan Teknik 'Infusion' bagi meningkatkan lagi kualiti produk tersebut . Kaedah yang digunakan ialah dengan mengukus (steming) daun Mate' dengan suhu panas dalam bekas atau alat khas yang dipanggil sebagai 'Guampa' oleh orang Sepanyol, 'Zucca' oleh orang Itali dan 'Cabaca' oleh orang Portugis (Lihat Foto). Mate sedap diminum dengan air panas untuk mendapatkan rasa dan aroma yang optima. Minuman ini juga boleh di minum dengan ais jika berminat tetapi rasa pahit yang ada tetap ada. Terdapat juga peminat yang mencampurkan dengan beberapa perisa lain seperti perasa 'papermints' bagi menambahkan kelazatan minuman ini.

Pada masa kini Mate telah dikomersilkan dengan menanam secara komersial di beberapa negara seperti Uruguay, Paraguay, Peru, Chile, Brazil dan Argentina dan banyak digunakan oleh negera Meditrenean seperti Syria, Lebanon dan Jordan. Rakyat dinegara Arab ini mengemari minuman ini kerana kandungan kafien dan tidak memabukkan sama seperti minuman dari pokok Cola (Cola acuminata). Pada masa ini 62% pengeluaran Yerba mate dari Argentina diikuti dengan Brazil (34%) dan Paraguay (4%) dengan penghasilan sebanyak 33,700 mt pada tahun 2009. daripada jumlah tersebut sebanyak 34% di ekspot ke Syria. Pengeluaran produk ini dijangka meningkat berkali ganda dengan kadar permintaan yang tinggi dari negara-negar timur tengah. Malaysia mungkin berpeluang mengusahakan tanaman ini jika ada usaha untuk memajukan sebagai salah satu daripada tanaman minuman yang berkhasiat pada masa akan datang.

Kajian menunjukkan beberapa 3 unsur penting iaitu Xanthines iaitu Caffiene, Theobromines dan Theophyllines. caffiene adalah paling utama dengan 0.7-1.7% kandungan berat kering lebih tinggi berbanding dengan Daun Teh (Camellia sinensi) cuma mengandungi 0.4-9.0% sahaja. Kandungan caffein dalam kopi (Coffea spp) adalah sebanyak 3.2% berat kering sementara sebanyak 2.5-7.6% berat kering didalam bahan Guarana (paling tinggi). bahan Xanthines ini dipercayai dalat berfungsi sebagai bahan yang merehatkan tisu otot dalam badan manusia (relaxation effects) apabila diminum dan memudahkan kita berehat. kajian-kajian lanjut menunjukan bahan Yerba mate ini mengandungi Anti-oksidan yang tinggi dan mampu menurukan paras kolesterol dalam darah. Kesan terhadap serangan penyakit jantung juga di dapati berkesan kerana pengambilan minuman ini.

Tanaman ini mungkin mudah ditanam menggunakan biji benih matang yang boleh di semai dalam tapak semaian. Walau pun tidak ada amalan agronomi yang saya cari dalam buku dan laman sesawang tetapi saya fikir tanaman ini boleh ditanam seperti kita menanam pokok kopi. Jarak tanaman 6m x 6m mugkin sesuai dengan pengurusan seperti menanam kopi. Pembajaan menggunakan baja organik dan baja NPK serta kawalan rumpai yang sempurna boleh dijalankan. kaedah moden menuai deun dijalankan dengan memotong dahan muda atau mengutip daun untuk diproses menggunakan kaedah moden seperti mesin pengering (Mechanical Dryer) dan di kisar mengikut keperluan pasaran seperti industri tanaman teh. Malaysia mungkin perlu membuat kajian kesesuai dari segi serangan penyakit, kaedah amalan agronomi dan pemprosesan bagi tanaman ini yang rasanya mudah dilaksanakan. Petani yang di kenalpasti mesti dari satu lokasi dimana mesin dan peralatan boleh di gunakapai bersama. Mana tahu satu hari nanti tanaman ini akan popular di negara kita? Wassalam...

NAMA POKOK....ILEX PARAGUAINENSIS....
YERBA MATE...NAMA KOMERSIL DIBERI...
BAHAN MINUMAN...PAHITNYA TERPERI....
TANAM DI MALAYSIA....JADI INDUSTRI...


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.