Monday, May 30, 2011

OPIUM

OPIUM (Papaver somniferum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga PAPAVERACEAE yang dikategorikan sebagai tanaman terkawal kerana sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Tanaman ini telah diusahakan oleh penduduk di kawasan Asia untuk kegunaan menghisap secara merokok (smoking) secara tradisional sebelum kedatangan orang Eropah yang telah menjadikan tanaman ini sebagai tanaman komersil dan mengedarkan keseluroh dunia untuk kegunaan perubatan dan juga mempunyai kesan menghayalkan (halucinogenic dan analgesic effect) kepada pengguna. Artikel kali ini saya cuba menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sedikit sebanyak tanaman ini dari segi botani, sejarah dan sebagainya berdasarkan kepada pembacaan saya dari buku lama tahun 1979 bertajuk 'An introduction to the Botany of Tropical Crops' terbitan Longman. Kalau nak tahu kesalahan dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952 di Malaysia (Sila klik disini).

Opium mentah diperolehi daripada bunga poppy yang muda dan di proses untuk mendapatkan produk. Apabila bunga poppy (popi) terbuka sahaja maka kelopak bunga akan di buang dan beberapa hari kemudian putik buah popi akan terluka dan mengeluarkan cairan seperti getah (latex) berwarna keputihan (ooze white latex). cairan getah ini akan mengeras beberapa hari kemudian di dikutip sebagai opium mentah. Kandungan nakotin dalam opium adalah kerana kandungan alkoloids seperti Morphine, Cordein, Narcotine dan Papaverine yang mempunyai kesan khas terhadap tubuh manusia. Laporan saintis menunjukkan dadah jenis Heroin adalah dihasilkan dari bahan Morfine. Bahan morphine dan cordein ini sering di gunakan sebagai bahan untuk perubatan bagi tujuan seperti ubat bius atau menghilang rasa skit ketika menjalani pembedahan dan sebagainya bermula dari kurun ke 18 lagi oleh pakar perubatan moden dari Eropah.

Dipercayai pokok opium atau poppy ini berasal dari kawasan Asia Tengah (Minor Asia) dalam bentuk tumbuhan liar (Papaver setigerum) semenjak lebih 1,000 tahun dulu. Tumbuhan yang tumbuh menegak adalah pokok renek dengan ketinggian sehingga 1 meter. Daun berstruktur susunan bersilang dengan permukaan daun yang kasar. Daun bahagian bawah adalah bersaiz besar berbanding dengan daun bahagian atas yang kebih kecil dan lembut (sesile).  Dua spesis yang di tanam adalah dari jenis Opium Putih iaiatu Papaver somniferum iaitu menghasilkan bunga dan buah popi warna putih. Satu lagi spesis adalah spesis Opium warna Hitam iaitu Papaver hortense dengan biji warna hitam dan bunga berbintik gelap. Jenis kedua ditanam untuk mendapatkan hasil minyak dimana kandungan minyak dalam bijinya adalah sebanyak 50%. Minyak ini digunakan di India terutamanya sebagai 'minyak masak' untuk masak kari dan masakan daging manis. Minyak spesis jenis ini juga di ekapot ke Eropah untuk di buat sabun dan cat.

Tanaman poppy boleh di tanam menggunakan biji benih yang ditabur diatas tanah yag telah di buat kerja-kerja penyedian tanah pada peringkat awal. Di negara yang ada menanam pokok poppy ini kerja menyemai dijalankan berulangkali untuk mendapatkan kepadatan pokok yang optima bagi menghasilkan buah yang banyak. Tanaman ini adalah tanaman yang terkawal di kebanyakan dunia dan tidak di benarkan sama sekali di tanam di Malaysia di bawah Akta Tanaman Larangan dan tertakluk di bawah kesalahan dadah. Pada masa ini tanaman ini banyak di tanam di kawasan Asia Tengah seperti di Sempadan Afghanistan, Pakistan dan beberapa negara bergolak seperti di Segitiga Emas (Golden Triangle), beberapa negara di Amerika Selatan dan kurang kawalan oleh pemerintah. Kegunaan tanaman ini dalam sektor perubatan adalah sangat perlu tetapi oleh kerana banyak aktiviti penyalahgunaan dadah di seluroh dunia maka tanaman yang berguna ini terpaksa di kawal penanamnnya.


POKOK POPPY....SANGAT BERGUNA....
HASILKAN KIMIA...MAHAL HARGANYA....
UNTUK PERUBATAN...SUNGGUH BERJASA..
JIKA SALAH GUNA....MERBAHAYA...

Artikel ini hanya untuk bacaan teknikal sahaja dan penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang tujuan lain.

By
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Simpang Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka
Malaysia
(Kemaskini 12 Muharam 1435H)   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.