Wednesday, September 15, 2010

Inovasi CENDAWAN


Perusahaan cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju) secara komersil di Muar dimulakan semenjak 15 tahun lalu oleh beberapa syarikat yang beroperasi di Gersik. Teknologi penanaman cendawan terus berkembang dengan pesat dimana pengeluaran cendawan di Muar telah meningkat sehingga 1,800 -2,000 metrik tan atau bernilai sebanyak RM 9.0 juta setahun. Sebanyak 14 projek cendawan berkelompok bumiputra telah dilaksanakan dengan bimbingan Jabatan Pertanian Muar yang diketuai oleh Pegawai Pertanian Daerah dengan melibatkan seramai 124 orang petani terpilih dan mampu mengeluarkan sebanyak 120 m.t. sebulan. Artikel dan kertas ini membincangkan beberapa inovasi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa temuan teknologi penanaman cendawan tiram kelabu berdasarkan pengalaman penulis selaku Pegawai Pertanian Daerah Muar/ Ledang selama 5 tahun di Daerah Muar.

Jabatan Pertanian telah meningkatkan amalan teknologi tanaman cendawan kepada peserta projek dengan memperkenalkan amalan terkini dan inovasi seperti Penambahbaikan Teknologi Kaedah Penyusunan Bongkah, Penambahan isipadu media dalam bongkah, Penggunaan Dinding Plastik (Netting) rumah cendawan, Penggunaan Teknologi EM dan Ubahsuai Rekabentuk lantai Rumah Cendawan. Konsep 'Anchor Company’dan ”Contract Farming’yang dilaksanakan di kawasan projek membantu meningkatkan keupayaan kawasan pagoh sebagai salah satu kawasan pengeluaran cendawan jenis tiram kelabu di negara ini.Keywords: Cendawan Tiram, Teknologi, Bongkah, Media

1. PENGENALAN
Tanaman cendawan merupakan satu cabang aktiviti pertanian dibawah ketagori tanaman berpotensi dimana ianya telah diusahakan secara komersial sebagai satu industri yang baru. Cendawan atau Kulat dahulu kala hanya dikenali sebagai tumbuhan liar yang hanya didapati disekitar kawasan kebun pada masa-masa tertentu. Kaedah menanam cendawan telah maju dengan pelbagai teknologi yang di ubahsuai dari semasa kesemasa dan juga selain daripada penggunaan segar dapat di proses untuk dijadikan makanan proses, perubatan, kesihatan dan sebagainya.

Kertas ini membincangkan beberapa inovasi yang saya jalankan dan perkara teknikal mengenai penanaman cendawan maklumat mengenai projek penanaman cendawan khususnya projek
di Kawasan Pembangunan Pertanian Khas Kawasan. Projek cendawan di Muar disokong dengan kepakaran pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Muar dan kerjasama dengan satu syarikat
‘anchor company’ yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan, pembekalan bahan-bahan mentah dan pembelian hasil dengan melaksanakan ‘contract farming’
. Nilai Kasar Pengeluaran oleh syarikat tersebut mencapai RM 1.2 - RM 1.8 juta setahun.
2. LATARBELAKANG PROJEK CENDAWAN DI MUAR

Projek Cendawan merupakan salah satu komoditi yang dimajukan di Kawasan Projek Khas Kawasan oleh Jabatan Pertanian dan PPK/LPP. Projek ini diberi penekanan memandangkan potensi sedia ada dan usahawan baru. Peserta yang dikenalpasti akan diberikan kursus
'Hands-On' oleh Jabatan Pertanian selama 5 hari di PLC Parit Medan dan PLC Parit Simpang, Muar. Latihan daripada mengenal cendawan tiram, peyendiaan bungkah, kawalan penyakit, mengurus air, menyuntik, mengukus sehingga menuai dan menjual hasil cendawan.

Antara mereka ada yang akan menerima projek cendawan yang merupakan bangunan asas dan beberapa jenis bahan input asas menanam cendawan tiram kelabu. Perkhidmatan khidmat nasehat kepakaran oleh pegawai pertanian dan PP Kawasan sentiasa diberikan sehingga ketahap maksimum dan penghasilan. Projek cendawan di Muar khususnya di Daerah Muar antara yang berjaya dan menjadi contoh.
3. JENIS-JENIS CENDAWANTerdapat beberapa jenis cendawan yang berpotensi untuk dimajukan di Malaysia sama ada sesuai di usahakan di Kawasan tanah Tinggi atau pun di kawasan tanah Rendah. Jenis-jenis cendawan adalah seperti berikut:

CENDAWAN TANAH TINGGI
A. Shiitake - Shiitake
B. Butang - Agricus spp
C. Jarum Mas - Flammulinavelutypes


CENDAWAN TANAH RENDAH:
1. Tiram Kelabu
2. Tiram putih
3.Abalone
4. Tiram Merah Samar
5. Tiram Kuning
6. Perut Lembu
7. Telinga Kera
8. Jerami
9. Bunga Kobis
10. Ling Zhi
11. Cendawan Sisik/Kukur


NAMA SAINTIFIK CENDAWAN:
1.Pleurotus sajor-caju
2.Pleurotus florida
3.Pleororus cystidiosus
4. Pleurotus flabellatus
5. Pleurotus cironipileatus
6. Clitocybe spp
7. Auricularia polytricia
8. Volvariella vaolvaceae
9. Hericium erinacium
10. Ganoderma licidum
11. Schizophyllum spp

Sumber :
Pakej Teknologi Tanaman Cendawan Tiram kelabu .
Jabatan Pertanian (2006)


4. TEKNIK-TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN

4.1 Sejarah penggunaan media cendawan di Malaysia

Tanaman cendawan pada awal tahun 1960án diusahakan secara tidak serious menggunakan batang-batang kayu, terutama untuk jenis shiitake dan telinga kera. Tidak ramai pengsaha yang mempunyai kemahiran untuk pengeluaran cendawan di Malaysia pada awal tahun 1960 an. Pada tahun 1970án barulah penggunaan jerami padi digunakan dan diikuti dengan bahan kapas pada tahun 1980án. Pada masa kini dengan adanya bahan buangan habuk kayu getah dan campuran bahan-bahan media baru , perusahaan cendawan menjadi satu industri baru pertanian yang mendapat pehatian ramai usahawan. Cendawan jenis tiram kelabu
(Pleurotus sajor-caju)
menjadi pilihan ramai usahawan di kawasan tanah rendah.
4.2 Teknik Campuran Media

Pada masa dahulu kaedah mencampur media cendawan dijalankan secara manual dimana bahan dedak/ kapas/ habuk/ lain-lain bahan digaul mengunakan penyodok (scoope) secara manual. Campuran yang dihasilkan lambat dan kualiiti campurann media bergantung kepada kepakaran seorang pekerja. Pada masa ini mesin pembancuh media(Mixer) telah digunakan dengan kapasiti 25 – 50 kg setiap bancuhan dengan campuran lebih seragam. Mesin ini beharga antara RM 6,000 hingga RM 10,000 bergantung kepada jenis, model dan kapasiti. Mesin ini menpercepatkan proses membuat campura media.
4.3 Teknik Penyediaan Bongkah

Kaedah mengisi campuran media dalam beg plastik dahulu dijalankan dengan tangan dan secara manual. Seorang pengusaha yang mahir mampu membuat kira-kira 20 bongkah dalam satu jam. Kini apabila ujudnya mesin pengisi bongkah bersaiz medium, seorang usahawan mampu mengisi media campuran dengan kadar 100 – 150 bongkah satu jam. Harga mesin pengisi media dalam lingkungan RM 35,000 hingga RM 40,000 bergantung kepada kapasiti dan model. Satu syarikat C&C di Grisek mempunyai mesin dengan kapasiti 40,000 bungkah seminggu.
4.4 Pengukusan Bongkah Cendawan
Pengukusan dijalankan terhadap setiap bongkah cendawan bertujuan untuk membunuh semua organisma dalam campuran media. Kerja ini dahulu dijalankan menggunakan tong drum yang mampu diisi antara 40-60 bungkah setiap tong dengan jangkamasa mengukus antara 6-8 jam. Pada masa ini mesin ’Stainless Steel Steamer’digunakan dengan kapasiti 250-400 bongkah sekalu kukus dengan masa antara 4-5 jam sahaja. Bagaimana pun kos alatan tersebut agak mahal tetapi sangat berkesan untuk rumah cendawan yang kapasiti hingga 50,000 bungkah.
4.5 Penyuntikan Benih Cendawan

Kaedah penyuntikkan benih cendawan dahulu mengunakan kertas tisu secara terbuka dan sering berlaku kontaminasi pada bungkah. Pada masa kini semua pengusaha mempunyai bilik suntik sendiri untuk mempastikan kurang berlaku kejadian kontaminasi. Benih-benih diambil dari botol-botol sterill yang telah dipastikan kualiti benih. Benih tersebut dimasukkan kedalam setiap bungkah yang telah dikukus (telah sejuk) dan kemudian disimpan dalam rumah cendawan.
4.6 Pengurusan Hasil Cendawan

Hasil cendawan di kutip mengikut jadual dan boleh dijadualkan pengeluarannya. Lazimnya cendawan dipetik setiap hari dengan memotong menggunakan pisau tajam dan kemudian dikumpulkan. Buangkan bahagian akar cendawan dan gredkan mengikut saiz. Pemerikkan satu bungkan diantara 508 kali dan paling maksimum saya rekodkan sampai 12 kali. Untuk jualan 'contract farming' biasanya pemetikkan tidak melebihi 8-10 kali. Hasil yang dikutip akan dihantar terus ke Pasar atau dijual setelah di pek dalam kotak polistyrene.

5. POTENSI, CABARAN DAN STRATEGI

5.1 Permintaan dan pasaranMalaysia pada tahun 2001-2004 (4 tahun) telah mengimpot sebanyak 7,283,861 kg cendawan dengan nilai RM 65,655,000 juta atau purata sebanyak 1,821 m.t. setahun dengan nilai RM 16.4 juta setahun. Keluaran untuk ekspot cendawan dari Malaysia pada masa yang sama hanya sebanyak 421,161 kg iaitu defisit sebanyak 6,862,700 kg atau dikira dari segi nilai cuma RM 8.072 juta iaitu defisit sebanyak RM 56.935 juta. Selaras dengan Dasar pertanian Negara ke Tiga (DPN3) menjadi hasrat kerajaan untuk mengurangkan impat makanan dan mningkatkan ekspot makanan maka projek tanaman cendawan wajar dimajukan lagi.
5.2 Permakanan dan pengunaan cendawan

Penduduk Malaysia hanya menggunakan cendawan sebanyak
324 gram/orang/ tahun
berbanding dengan pengambilan daging ayam sebanyak 3.5 kg seorang setahun. Jika dikira secaa mudah dengan kadar pengambilan sebanyak 324 gm/org/tahun sebanyak 8,200 tan cndawan diperlukan sedangkan bekalan sedia ada Cuma 5,500 tan/tahun bermakna kekurangan 2,600 tan/tahun. Penggunaan cendawan untuk setiap penduduk Malaysia perlu dinaikan kepada sebanyak 2 kg/orang/tahun dan akan meningkatkan permintaan kepada sebanyak 50,000 tan setahun. Sebagai perbandingan, Orang Jepun makan cendawan sebanyak 8 kg/orang/tahun.
5.3 Prospek penanaman cendawan

Penanaman cendawan perlu dimajukan lagi untuk memenuhi keperluan tempatan dan juga potensi untuk ekspot. Secara mudah penanaman cendawan perlu dimajukan kerana :
a. Cendawan masih tidak mencukupi untuk menempung keperluan tempatan.
b. Pengeluaran akan dapat mengurangkan penggantungan impot
c. Penanaman cendawan dapat meningkatkan pendapatan ptani
d. Potensi untuk cendawan proses dan produk2 hiliran
e. Bahan-bahan buangan dan teknologi yang sedia ada mencukupi
f. Bantuan kewangan dan khidmat teknikal mudah didapati

6. PENEMUAN KAJIAN TEKNOLOGI CENDAWAN

Pemerhatian terhadap teknologi penanaman cendawan yang telah saya laksanakan di Daerah Muar meliputi perkara-pekara yang telah dirancang untuk menambaik teknologi.
a. Teknologi Penyusunan Bongkah Cendawan

Bongkah-bongkah cendawan lazimnya di susun diatas rak-rak kayu dengan 5-6 lapisan setiap tingkat. Jabatan Pertanian Muar telah memperkenalkan kaedah penyusunan bongkah-bongkah cendawan melalui dua kaedah iaitu Kaedah menambah Bongkah di tingkat paling atas dan Kaedah Menggunakan Ruang di tepi rumah bongkah (Sila lihat foto). Pada keadaan biasa sebanyak 10,000 biji bongkah disusun dalam bangsal berukuran 20 kaki x 30 kaki dan 50,000 bongkah pada bangsal berukuran 30 kaki x 120 kaki kini dapat diisika lebih 30% lebih banyak dengan kaedah tersebut.

Inovasi ini telah di praktikan oleh beberapa kelompok cendawan komersil dan Jabatan Pertanian mengembangkan inovasi ini kepada peserta-peserta lain didalam daerah Muar. Tidak ada kos tambahan infrastruktur diperlukan tetapi perlukan satu cara pengurusan yang lebuh untuk memeriksa bungkah2 tersebut kerana bahagian tepi akan mudah diserang perosak (tikus, Kulat) dan juga semburan air kerana mudah kering akibat tiupan angin dari luar.
b. Teknologi Pengisian Media Cendawan

Bongkah-bongkah cendawan biasanya diisikan dengan berat 700-800 gram media campuran dan inovasi dibuat dengan menggunakan beg bongkah yang lebih besar yang mampu diisikan dengan media sebanyak 1.0 - 1.2 kg. Ini dilaksanakan dengan mengubahsuai mesin pengisian bongkah untuk kadar yang lebih dalam bongkah. Hasil kajian mendapati purata cendawan yang dihasilkan telah meningkat daripada 180-200 gram satu bungkah kepada 200-230 gram satu bongkah dengan tambahan media. Kenaikan ini tidak banyak menjejaskan kos kerja pengisian tetapi meningkatkan kos media walau pun lebih menguntungkan sebanyak 15-25% daripada kaedah asal. Inovasi ini menjadi amalan kepada beberapa kelompok cendawan progressif dan beberapa usahawan baru.
c. Teknologi Penggunaan EM

Bongkah-bongkah cendawan lazimnya diisi dengan media yang terdiri daripada habuk kayu getah, kapur, sekam padi dan lain2 kemudian di kukus selama beberapa jam untuk membunuh organisma lain. Penggunaa EM dijalankan dengan dua kaedah. Bancuhan larutan EM disembur dan digaul dalam media ketika dibuat campuran dalam mesin pembancuh. Simpan media campuran selama beberapa jam untuk tindakbalas EM dalam media sebelum dimasukkan kedalam beg plastik. Cara kedua penggunaan EM ialah dengan menyembur larutan EM didalam rumah pemeraman setiap 2 -3 hari sekali. Sembur di lantai, dinding dan belakang bongkah menggunakan knapsack sprayer.
Inovasi ini dijalankan dibeberapa kelompok seperti di Kg Pt Simpang, Kg Muda Jaya dan Kg Jorak. Hasil pemerhatian mendapati hasil cendawan setiap bongkah purata meningkan antara 20-30 gram daripada kawasan yang tidak menggunakan EM. Kejadian 'contamination' juga berkurang sebanyak 30% dibanding dengan yang tidak menggunakan EM. Penulis telah membuat kajian mengenai kualiti cendawan yang dihasilkan dan menerima komen daripada pembeli dan pengguna. Hasil kajian mendapat cendawan tiram kelabu yang dirawat dengan EM tahan lebih lama atau segar (tahan 1-2 hari lebih lama) berbanding yang biasa. Mereka juga mendakwa kualiti cendawan yang dirawat dengan EM lebih segar, gelap sedikit dan agak kental.
d. Teknologi Penggunaan Dinding Guna Netting di rumah Cendawan

Bangsal atau rumah cendawan lazimnya menggunakan dinding dari bahan ATAP NIPAH. Nipah dipilih sebab dapat memberikan kelembapan dan mudah di pasang pada kayu dinding. Kos Nipah juga masih murah tetapi mempunyai kelebihan khusus dan kelemahan tersendiri. Antara masaalah dinding nipah ialah sukar nak mencari atap nipah, ketahanan antara 3-5 tahun sahaja, berat dan kadang-kadang jadi peumah kepada perosak dan penyakit.

Inovasi dijalankan dengan menggantikan dinding nipah dengan plastik Netting Hitam yang dipasang sebanyak 2 lapisan berjarak 1.0 - 1.2 kaki diantaranya diberikan ruang udara sebagai perangkat angin (air trap). Kaedah ini lebih mudah dipasang, bersih, mudah untuk diselenggara dan lebih tahan lama berbanding atap. Penulis membuat kajian berkaitan kos dan mendapati dapat menjimatkan sebanyak 20-25% daripada penggunaan dinidng atap nipah.


e. Teknologi Rekabentuk Lantai Rumah Cendawan
Pada peringkat awal pembabitan awal penulis dalam penanaman cendawan tiram kelabu tidak banyak rekabentuk bangsal cendawan dibincangkan. Mula-mula bangsal cendawan di buat dengan empatsegi bujur setinggi 10-12 kaki dan berlantaikan tanah. Kemudian teknologi lantai pasir sungai di perkenalkan dan akhir sekali apabila kejadian serangan penyakit cendawan mengganas diperkenalkan lantai konkrit. Memang lantai konkrit memberikan kawasan yang bersih, kurang berlku kejadian kontaminasi, mudah dibersihkan dan dibasuh tetapi kosnya juga tinggi.

Penulis telah membuat inovasi dengan menggabungkan ketiga-tiga kaedah diatas. Dalam kaedah trbaru penulis menggunakan kaedah lantai konkrit pada laluan utama dan laluan sisi dan bagi bawah rak-rak cendawan digunakan lantai pasir sungai atau lantai tanah (jika bangsal dibina diatas tanah yang jenis berpasir). Hasilnya penjimatkan kos pembinaan bangsal dapat dijimatkan antara 30-40% berbanding dengan lantai konkrit 100%. Cendawan yang dihasilkan juga berwarna lebih gelap berbanding dengan cendawan yang mempunyai lantai konkrit 100%.
7. PERBINCANGANTeknologi penanaman cendawan tiram kelabu masih banyak yang perlu di perbaiki teknologinya. Pada masa ini kos pengeluaran adalah agak tinggi bagi pengusaha individu secara kecil-kecilan kurang 5,000 bungkah. Oleh itu kos pengeluaran perlu diturunkan keparas tahap ekonomi yang akan menguntungkan. Pengalaman penulis mendapati pusingan pertama perusahaan cendawan tiram kelabu biasanya berjya capai 75-90% penghasilan berbanding dengan pusingan seterusnya kedua dan ketiga yang mana biasanya akan berlaku pengurangan hasil cendawan akibat pengurusannya yang berbeza2.

Inovasi dalam penanaman cendawan tiram kelabu seperti pebggunaan EM, Tambahan rak di kiri kanan rumah bangsal cendawan dan penggunaan lantai konkrit dengan lantai pasir meningkatkan produktiviti. Pencapaian sebenar cendawan tiram kelabu masih perlu diterokai kerana negara kita Malaysia memang sesuai untuk penanaman cendawan tiram kelabu.



8. RUMUSAN
Penamanan cendawan tiram kelabu di Muar merupakan satu projek yang berjaya mengeluarkan cendawan segar sehingga 240 metrik tan sebulan. Jabatan Pertanian perlu meningkatkan akiiti program pengembangan berkaitan cendawan dengan melaksanakan aktiviti hilira daripada industri ini. Kini Pusat Makmal Cendawan telah disiapkan di Kompleks PBU Pagoh yang berfungsi sebagai Pusat Pengeluaran Benih dan Pusat Kajian serta pemerhatian industri cendawan di Daerah Muar. Pusat ini beroperasi mulai Oktober 2010 dengan pemindahan teknologi dan aktiviti memproses produk2 cendawan.
9. PENGHARGAAN

Penulis mengucapkan terimakasih kepada Pengurus Syarikat C&C Mushroom Sdn Bhd, Pembantu Pertanian Projek Khas dan semua individu yang terlibat dengan pengumpulan maklumat sehingga kertas ini nerjaya disediakan.

10. BAHAN RUJUKAN
1. Ahmad Zamzuri (2006) Industri Tanaman Cendawan di Malaysia.Seminar Bahagian Industri Asas Tani.
2. Chew CC (Pers. Com) (2007. Pengusaha Syarikat C&C Mushroom Sdn Bhd.
3. Mohd Anim Hosnan Pers. Com) (2007. Pegawai Pertanian Daerah Muar//Ledang dengan Pengusaha Syarikat

C&C di Gersik, Muar, Johor.
4. Mohd Anim Hosnan (Pers. Com) (2007. Pegawai Pertanian Muar /Ledang dengan Ketua Kelompok Cendawan Kg
Sg Terap, Muar, Johor.
5. Chew CC, Mohd. Anim & Mohidin AB (Pers. Com) (2007. Kursus Hands-On Tanaman Cendawan di Kg Pt Medan,
Muar, Johor.
6. Norma Othman (2007. Jabatan Pertanian Malaysia. Kursus Teknologi Penyediaan Benih Cendawan Tiram Kelabu. 7. Mohd Anim H. (2008). Kursus Penyakit Tanaman Cendawan tiram kelabu. PLPM, Muar Johor.

By,
M Anem
Muar


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.